Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 20 March 2013

Anak Bujang Sibuk Nak Tunang!

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Semua orang tahu itu dan semua akur. Tapi bila tiba bab realiti, mulalah menggelabah andai tak kuat iman. Nape Che Mid cakap macam tu?

Anak bujang ibu dah sibuk beri indikasi nak bertunang sejak tahun 2011 lagi. Masa tu dia tengah study, tak habis pun lagi. Memang ibu Mid tahu dia dah ada teman istimewa sejak tingkatan 4 tapi takkan nak sibuk tunang kut.. merepek je kan. Yalah, muda sangat lagi, dan tentu ada peluang untuk berkenalan dengan perempuan lain, mana tau jatuh hati pulak nanti, kan satu hal.. (Maknya dulu ramai kawan lelaki.. dua tiga kali gak bercinta baru dapat kawen he he)

 Ayan dengan adik dan Atuk. Farhan ni cucu sulung sebelah ibu, memang sah-sah le jadi kesayang atuk nenek dan makcik pakciknya.. Semua pun susah hati bila dengar dia sibuk nak tunang..

Farhan genap 21 tahun bulan November 2012. Gelfrennya tua sedikit, satu atau dua tahun.. dia habis belajar dulu dan terus bekerja. Farhan pulak baru mula kerja main-main, sambar je apa peluang yang datang. 

Awal tahun ni, desas desus nak bertunang semakin serius. Farhan dan tanya ibu betul-betul hajat nak menyarung cincin. Aduii.. ibu pun naik pening! Farhan tu umur memang muda tapi dari segi rupa memang nampak matang. Bila dia berjalan dengan Deeja, memang orang ingat dia jalan dengan anak. 

Satu lagi, ibu perasan juga Farhan ni memang tak de gelfren lain sejak dari sekolah. Masa di Unisel dulu pun macam tu. Rupa memang kacak dan hensem (keturunan I la tu..) dan memang ramai peminat.. kalau berjalan dengan dia, memang selalu jadi perhatian.. tapi setakat ini rasanya tak pernah dia berdating ke apa dengan anak dara lain. Adalah juga dia cuba-cuba usha.. tapi takdenye lekat.. setakat calling-calling tu ada la..

Nak di tahan-tahan pun nampak beria sangat nak bertunang. Berdikit-dikit membeli barang hantaran dan buat persiapan. Gaji tak seberapa tapa azam beria-ia. Farhan cuba yakinkan ibu, " Ibu, Ayan dah 6 tahun berkawan dan itulah pilihan Ayan. Kami nak bertunang dulu, dan terus kumpul duit untuk nikah. Kalau boleh nikah pun nak cepat. Tak payah buat kenduri besar, antar cincin je pun tak pe..." Amboi, bukan main lagi...Not as simple as that ok..!

Si gelfren Farhan tu kawan sekolah dan tinggal di kampung sama. Jarak rumah kami cuma dua batu je. Arwah mamanya tu kawan sekolah dan mengaji sekali dengan ibu. Jadi kami saling mengenali. Kebetulan, mak sedaranya pulak jadi jiran ibu.."

Lama juga ibu dan abah ambil masa fikir. Awal dulu memang tak setuju betul.  Saja je buat lengah-lengah dan bagi bagi syarat itu ini.. Tapi bila mereka berdua dah bekerja dan tengok kesungguhan di sebalik 'kegarangan' ibu akhirnya ibu dan abah lembut hati.

Ibu doa sungguh-sungguh semoga Allah permudahkan urusan budak berdua ni. Memang betullah pun, kawan dah lama cuma umur Farhan je muda sangat lagi.. kalau perempun tu lain la.. 

Eh, Che Mid  berhenti kat sini je dulu.. buat saspen sikit.. kalau kawan-kawan nak bagi pendapat silalah..





36 comments:

  1. Salam che Mid,
    Teringat baru-baru ni, kami mengikut rombongan saudara. Bakal pengantinnya muda lagi, dalam 21 kalu saya tak silap. Kami pihak lelaki. Bertunangnya sekejap sangat. (kalau saya pun, membebel juga rasanya hehe..)
    Barangkali sebab ini anak lelaki pertama yg nak kahwin selepas kakaknya, keluarganya nampak risau. Bakal pengantin nampak bersungguh-sungguh hendak mmbuat persiapan kahwinnya. Alhamdulillah, berkat kerjasama keluarga dan restu, semuanya berjalan lancar.

    Untuk Faris, cuma kena selalu ingatkan dia.. meskipun keluarga bakal tunang orang dekat, tidak bermaksud kena ala kadar, harus menjaga banyak hati.. Jadi harus ada persiapan. Oh kak, dlm Semanis kurma dulu, ustazah bagitau parents boleh istikharah utk jodoh anak supaya ia yg terbaik. Saya doakan yang terbaik buat Faris dan kak sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Indah.. t kasih atas pandangan. Sebagai orang Islam kita kena yakin pada jodoh pertemuan. Dalam bebel-bebel pada anak ibu abah pun kena fikir juga, ini bukan perkara kecik..

      Oh ya, akak cuba tinggal komen dalam blog Indah tapi mcm payah.. tak taulah kalau akak sorang je ada masalah..

      Delete
  2. Tahniah.
    Nah sampai masa CM, kawinkan je, lama2 berkawan pun masalah jugak dr segi hukum.
    Nampak Farhan bersungguh walaupun muda.
    Doakan kebahgian mereka. Hari tu anak duta Msia ke Mesir pun kawinkan anak lelakinya umur 21.Ramai yg kawin muda skrg. hehe mak bapak kena sponserlahkan...nanti jemput tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, belum-belum dah tahniah...

      ha ha jangan nak kawen bersungguh, hal lain sambil lewa kan mama.. banyak benda kena fikir ni.. ke setan saja je goda-goda supaya kita gaduh anak beranak.. kan setan tak suka anak Adam ni nikah atau membina masjid..

      Delete
  3. salam che mid...

    kak bagi saya dia dah besar dan berfikiran matang dah kot,sebab tu lah dia nak segerakan perkara baik ni,dia tak nak nanti orang mengata di belakang...rasanya semua keputusan dia dah bagi tinggal green light akak je kan...teruskanlah kalau akak pun suka...jangan lupa ida kat sini ye..layangkanlah apa2 yang patut...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Tepat sekali.. benda yang baik jangan diberat-beratkan..dan ditangguh-tangguhkan.. aduhai..

      Delete
  4. Tahniah kak mid ☺☺

    Mungkin anak bujang akk ni dah bersedia nak memikul tanggungjawab kot. Usia memang masih muda, tapi pemikiran dah matang. Kawan pon dah lama kan. Cuma Farhan kena cari keja yg stabil dan kukuhkan ekonomi dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah jugak alahai...

      Kebanyakan orang yang Che Mid tanya akan bagi jawapan macam Fiza kata ni.. nampaknya emak bapak kena stabil juga ni hehe

      Delete
  5. Tapi klu dah terbuka hatinya nak pikul tanggungjawab, apa kata beri aje peluang. Heee....Walau apapun, sy doakan Allah permudahkan segala urusan akak ya?

    ReplyDelete
  6. Kalau tanya saya, saya pun rasa 21 tu muda sangat lagi. Tapi, adik lelaki saya kawin umur dia 22 tahun. Isterinya lebih tua 3 tahun dari dia. Tapi, sehingga hari ini, umur dia dah 35 tahun dan dia nakhodakan keluarganya dengan baik sekali. Alhamdulillah. Saya yakin Farhan boleh. Yang penting kasih sayangnya ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih bagi reference dan testimoni yang baik ha ha...Insyaallah, doa je la banyak-banyak

      Delete
  7. Apa yang penting restu ibu bapa. Dan doakan saja kebahagiaan mereka. Kalau lambat2 sgt jadi apa2 susah jugak kita kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pun yang Che Mid fikirkan sangat-sangat. Daripada dia berdua berkawan tanpa apa-apa ikatan, baik tunangkan ikut kehendak mereka. Kalau dah tunang tu Insyaallah akan nikah juga.. tapi kalau berkawan tak tau hujung pangkal pun susah kita sebagai orang tua.. (eh orang tua ke!)

      Delete
  8. Umur bukan ukuran kematangan..kadang2 yang berumur pun tak matang kan..selamat bertunang untuk Farhan dan selamat menerima menantu buat che mid =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, umur bukan ukuran kematangan. Adik Che Mid (pakcik Ayan) dah berumur 31 thn tapi jodoh tak sampai lagi. Bila dengar anak buah nak bertunang wah tercabar gak dia tu. Tapi tulah, soal jodoh ni bukan tentang umur sebenarnyakan..

      Delete
  9. mungkin jodoh.. kita sama2 doakan yg terbaik.. insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. cepat anak kawen cepat che mid jadi nenek.. oh noooooo!

      Delete
  10. Baru berkesempatan membaca dan dah baca komen2 kat atas tu. My komen : Tahniah..dan bertabahlah! (ada anak bujang sorang .. risaulah jugak baca kisah mid ni) . Apa-apa pun.. jodoh pertemuan ajal maut dan rezeki adalah ditangan Allah swt. Minggu lepas menghadiri majlis kawen anak kawan di Tmn Klang Utama. Pun pengantinnya muda remaja. Emaknya kata baru bertunang 3 minggu tapi dah dibawa ke hulu hilir tunangnya. So untuk lebih berkat... betterlah dikawenkan cepaat. Happy ending.. citer Melayukan.. hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya skrg macam trend kawen muda.. ibubapa pun dah tak kisah sgt adat-adat ni. yang penting hukum terjaga, adab terbela. tapi sebagai ibu memang risau dan rasa tak kena masa..macam-macam pantang larang dan amaran dah bagi.. he he

      Delete
  11. Doa kan yg terbaik utk farhan ....moga dipermudahkan urusan ayan dan mndpt redhaan dari Allah....ameeeenn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang paling pentingkan.. redha Allah!

      Delete
  12. Kak Zai rasa umur bukan jadi ukuran tapi yang penting tanggung jawab yang akan dipikul bersama.

    Semoga segalanya dipermudahkan, In Shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk hati baca pandangan dari orang lama.. t kasih kak..

      Delete
  13. xpe la kak.. rasanya dia dh bersedia tu..sbb dh terlalu lam gak hubungan di org kan.. tp yela..sbg ibubapa mmg la risau, lg2 ank kt lelki, nk menanggung ank org,

    ReplyDelete
  14. owh ya.. lya dulu kawen usia 21tahun & fain umur 22 tahun.. tp alhamdulillah, semuanya bjln lncar & mjadikan kami lbh mtang dgn kehidupan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, satu contoh yang baik.. kalau farhan baca ni mesti dia suka.. t kasih.

      Delete
  15. che mid..eloklah segerakan benda yang elok. baguslah anak bujang che mid berfikiran matang begitu. sedia pikul tanggungjawab di usia muda. insya-Allah, bila dah kahwin, rezekinya bertambah. contohnya kan ada pada ibu bapanya sendiri. makan murah rezeki selepas berkahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya, ibu selalu anggap anak ni kecik lagi atau muda lagi..kan mak bapak makan garam dulu. Tau.. kena yakin bahawa rezeki akan ada saja selepas kahwin. tapi hati seorang ibukan...entahlah

      Delete
  16. salam che mid
    Moga semuanya bjalan lancar.doa dari tirana aduka..

    Kapan yo..? Ojo kelalen aku diundang angger mantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, alaaaa jek sui meneh... pak kon rewang ko ..

      Delete
  17. dh berlangsung lum majlis pertunangan nye..
    kalo belum, sy cadangkan tunangkan je..mase dialam pertunangan tu,che mid kene byk beri die input mcm mane nk bentuk satu family..kene byk beri support..
    sy bg pendapat mcm dh kawin plak...hehehe...=P

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum akak...akak mcm umi sy...sy ni anak tunggal, umur sy dh cecah 30 tahun...dan sy dah ada calon utk dijadikan isteri...tp umi sy susah utk bg keizinan...mgkin die trauma...sbb sblm ni sy pernah putus tunang...dan die takut sy dikecewakan lagi...tp Alhamdulillah calon isteri sy ni bukan mcm bekas tunang sy...sy sentiasa yakinkan umi sy yg si dia bukan mcm ex-fiance sy...tp Alhamdulillah, skrg die dh bg green light... In Shaa Allah, x lame lg rombongan merisik akan datang ke rumah kekasih hati sy ni...sy mohon doa yg terbaek dr anda semua agar kami sekeluarga kekal bahagia dunia akhirat... Aamiinnn :)

    ReplyDelete
  19. check out the post right here replica designer backpacks find out this here buy replica bags online check my site aaa replica bags

    ReplyDelete