Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 6 June 2013

Doakan Baby Firash

Ingatkan nak buat entri pasal Che Mid jumpa Ain Noraini, tapi emosi gembira disentap oleh berita sedih. Anak sepupu Che Mid yang baru beberapa bulan usianya telah disahkan mengidap barah mata. (Gambar-gambar yang Che Mid paparkan adalah semasa kenduri aqiqah dan tahnik baby Firash Januari lepas).


Allah membukakan hati nenek Firash yang berasa ada yang tidak kena pada mata hitam sebelah kiri baby.  Mata hitam tu seolah-olah jernih. Kedua ibu ayah Firash terus merujuk kepada klinik pakar kanak-kanak yang kemudian merujuk mereka ke hospital. Pemeriksaan MRI mengesahkan bahawa baby Firash mengidap barah mata sejak lahir. 

 Tak boleh bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu apabila mendapati anaknya yang 'sihat' rupanya menanggung sakit merbahaya. Baby Firash memang nampak sihat, tidak meragam, tidak pernah demam pun dan membesar sebagaimana anak-anak lain sebayanya. Dah boleh meniarap dan rancak mencapai itu ini.


Selepas Che Mid dapat tahu semalam dari mak, terus Che Mid hubungi Fahmy (ayah Firash). Suaranya kedengaran sangat lemah tapi masih menjawab 'khabar baik' bila Che Mid tanya bagaimana khabarnya. Mungkin dia tak tahu Che Mid dah tahu tentang anaknya. 

Malam tadi, Che Mid ziarah ke rumah, Wani, ibu Firash terus menangis bila nampak Che Mid. Allah menguji pasangan muda ini dengan ujian sebesar ini..tentu terkejut sangat. Tapi mereka berdua nampak redha dan tabah menghadapi saat genting ini walau bahasa tubuh mereka nampak letih sangat. 

Alhamdulillah, mereka dikelilingi mak ayah dan keluarga yang tinggal berdekatan. Tentunya apa jua bantuan dan sokongan yang diperlukan Insyaallah akan diperolehi setakat termampu. Selainnya, kita berserah pada Yang Maha Kuasa yang menguji hambaNya mengkut kemampuan masing-masing. 

Pada ketika ini, bukan ibu bapa Firash sahaja yang diuji tetapi KITA semua turut diuji sama. Bagi Che Mid, dapat menelefon dan memeluk ibu Firash pun cukup bagi menyatakan " I'm with you".  Nak cakap banyak-banyak pun takut menambah hiba hati mereka. Nenek Firash sebelah ayah iaitu mak su Che Mid dah bengkak-bengkak mata menangis mengenang nasib si cucu. Atuk pun tentu banyak 'menangis' di dalam hati. 

Esok (Jumaat) baby Firash akan dirujuk ke hospital untuk menentukan hari pembedahan bagi membuang mata kiri yang telah dipenuhi sel kanser. Ini untuk mengelakkan sel kanser merebak ke otak. Mata kanan dah mula dijangkiti tapi belum tahu bagaimana nasibnya nanti. Allahu Akbar.. ibu ayah Firash kena kuat ya.. Che Mid tahu mereka kuat iman.. Fahmy dah pun menunaikan umrah ketika bujang dulu, Insyaallah dia kuat menghadapi ujian ini. 

Kepada sahabat diluar sana, doakan Firash Shafy bin Sahrul Fahmy. Apa jua nasib hidupnya nanti, semoga Allah sentiasanya bersama baby Firash, Fahmy dan Wani. Jika ada sesapa yang nak share pengalaman serupa, sila tinggal komen.. nanti Che Mid akan link entri ni di facebook untuk tatapan mereka berdua. Wallahua'lam. 

13 comments:

  1. Ya Allah..

    moga ketabahan milik ibu ayah muda ini..
    dan juga untuk si kecil Firash..

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar. Ujian yang datang memang selalunya tanpa di sangka. Itulah pentingnya iman dan aqidah saat ini. Semoga semuanya akan berakhir dengan baik. Amiin.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah berikan kekuatan kepada Firash dan keluarga Firash esp ibu bapa Firash. Amin .

    ReplyDelete
  4. Tak tau nak cakap apa Che Mid. Doa yang terbaik buat Firash, buat kedua org tuanya tabahkanlah hati.

    ReplyDelete
  5. comel si kecil tu.semoga Allah permudahkan segala urusan,harap ibubapa Firash kuatkan semangat.sama2 berdoa pembedahan berjalan lancar

    ReplyDelete
  6. Ya! allah kak, sedihnya saya membacanya. Bergenang air mata. Hebat sungguh dugaan buat mereka. Semoga mereka tabah. Dan semoga baby Firash diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam melawan penyakit.

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah memberi ketabahan kpd kedua ibubapa muda nie..mmg kuat dugaan ini..Allah knows best kan utk baby Firash..inshaallah Dia akan memberikan yg terbaik..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah... besarnya ujian buat kamu berdua dik... Luruh airmata kakak tak sama dgn kamu yg menanggung. Hanya Allah yg tahu apa hikmah disebaliknya. Bersama kita berdoa moga baby Firash sentiasa di dalam perlindungan Allah.

    CM kakak sangat terharu dgn ujian mereka ini. Moga Allah beri mereka kekuatan.

    ReplyDelete
  9. Allahuakhbar...semoga ibubapa Firash tabah menghadapi ujian ini.

    Adik besan kak Zai juga diuji dengan musibah.

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan keberkatan, kesabaran dan keteguhan iman kepada ibubapanya untuk menghadapi dugaan yang amat besar ini..amin. Insha Allah.. dengan izinNya,sama2 kita berdoa semoga baby Firash akan sembuh.

    ReplyDelete
  11. sama2 kita doakan yer, moga ibu bapanyer tabah !

    ReplyDelete
  12. Rahayu @ Mak Chu7 June 2013 at 15:15

    semoga ibu & ayah Firash tabah dgn dugaan ini...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih pada semua yang mendoakan baby Firash dan ibu ayahnya. Hanya Allah yang boleh membalas dengan cara mana yang disukaiNya..

    ReplyDelete