Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 2 August 2013

Ibulah Syurga - gugur air mata

Tanyalah Ustaz - Ibulah Syurga oleh Ustaz Haslin Bollywood



Che  Mid catat laju-laju dan post dalam facebook, tapi rasanya nak kongsi juga dengan kawan-kawan blogger. Maaf kalau agak kelam kabut sedikit tapi TRUST ME.. sangat bermanafaat. Ini adalah sambungan dari program semalam di TV9.

  a) Bukan senang nak jadi anak soleh. Banyak duit belum tentu dah jadi anak soleh.
      Ibu juga ujian untuk anak-anak. Jaga tutur kata supaya tidak menderhaka
      " Mak ni asyik mintak duit saya je, mintaklah pada abang long tu.."
      " Alah, mak nak kuih keria, saya terbeli kuih donut.. makan je la.." 

      Contoh kata-kata anak yang boleh menyebabkan derhaka.

 b) Seorang ibu yang masih Islam lebih suka tinggal dengan anak lelakinya yang telah masuk Islam dari anak   yang lain kerana anak yang Islam lebih baik. Sesungguhnya Islam mendidik anak menjadi mulia dan memuliakan ibunya.

c) Buat salah dengan Allah sejuta kali, mudah saja Allah memafkan tetapi buat jahat dengan ibu bapa Allah   bayar cash.

d) Soalan : Tidak taat pada ibu tiri, adakah dikira menderhaka? 
Jawab : Secara umum, sesiapa yang bergelar ibu kena taat. Lebih khusus jika dia isteri kepada bapa kita maka WAJIB taat. Jangan hukum pada akal saja. Hak ibu tiri tetap ada walaupun bapa kandung meninggal.

e) Soalan : Keluarga menentang anak-anak yang keluar berdakwah, komen ustaz?. Jawab : Jangan taat pada mereka tapi pada masa yang sama tarik hati mereka. Dakwah2 juga tapi mak kena jaga. Mak pun kita dakwah sekali. Ustaz bagi contoh bagaimana muallaf berdakwah dgn ahli keluarga walaupun keluarga menentang sehingga akhirnya ayahnya seorang paderi masuk Islam.

f) Ustaz nyanyi - Bila ibu bapa telah dibawa pergi menuju pusara meninggalkan kita, baginya permata tak berguna lagi, selain dari doa dari anak tercinta..

g) Soalan : Adakah roh ibu bapa bila Ramadhan balik rumah? Jawab : Nape gaduh mak ayah balik ke tak balik.. balik ke tidak.. yang penting jadi anak yang baik dari semasa mak ayah hidup lagi. Kena jadi anak yang mak ayah redho.

h) Ustaz tegur mak bapak yang tak restu anak nak kahwin sehingga sanggup halau dan haramkan dari balik rumah. Sepatutnya mak bapak redha anak kawin dengan doakan anak walaupun tak suka.

i) Jangan cakap kurang ajar dengan mak ayah. Cakap elok-elok dan lembut kalau tak dapat penuhi permintaan mak ayah. Ustaz kata, dari perut ibu kita ke perut tanah. Jadilah anak soleh walaupun kita tak belajar ilmu agama. Ustaz akhiri dengan "SEDAR DIRI SIAPA SAYA"

Ramai penonton menitiskan airmata semasa ustaz membacakan doa penutup (memang terasa sangat lebih-lebih lagi masa nak raya ni..). Lebih memilukan, semasa ustaz bersalaman dengan penonton selepas rancangan tamat, ada seorang anak tahfiz bersalam dan mencium tangan ustaz, tiba-tiba dia peluk ustaz kuat-kuat.. 


Semalam, Che Mid sempat catat sedikit ..

 Soalan : Syurga anak terletak dibawah tapak kaki ibu, tapi masih adakah keberkatan jika ibu tidak solehah?

Jawaban : Ustaz kata jawapan mudah baginya ialah " Jangan ganggu kerja Allah. Itu antara dia dengan Allah. Ibu tidak baik ke lantak ke dia tapi tugas anak ialah doa dan usaha". Terus taat perintahnya selagi tidak menyalahi syara'.


P/s : Rindu mak di Makkah.. baru je call mak mertua..love you both very much!


   

23 comments:

  1. Saya sangat tersayat hati kalau lihat anak2 yang bercakap kasar dengan ibu bapanya sehingga nampak riak air muka ibu bapa tu berubah. Kalau mereka dalam golongan keluarga, selalunya saya akan tegur direct. Kita nie, apa saja mak ayah cakap, awalaupun kita x bersetuju, iyerkan saja lah. Bila dah reda, baru cuba bincang kembali dengan berhikmah. Yang penting, usahakan sedaya mampu untuk menyenangkan hati mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga anak atau keluarga yang jenis kasar, cakap suara tinggi termasuk emak ayah sekali. Jadi bagi mereka yang biasa spt menantu yang baru masuk dlm keluarga tu, memang 'sakit' le..

      Delete
  2. saya sempat juga lihat tanyalah ustaz di tv9 tu che mid..sungguh, airmata saya turut mengalir. tambah2 semalam ibu mertua saya called, nak balik mana dulu (rumah mak saya@rumah dia). walaupun anak lelakinya nya berada di mekah, dia tetap risaukan kami anak beranak di kedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah emak mertua yang dah jadi mak sendiri.. Alhamdulillah..

      Delete
  3. baca catatan ni bergenang air mata saya.Tak tengok kat tv mlm td nasib baik che mid kongsi di sini.Cuma sy tak bape ingat kenangan dgn arwah mak abah coz mereka meninggal ketika saya usia 6hn.Lepas tu saya tggal dgn embah di bkt kapar,embah pulak dah meninggal raya kedua thn 2011 dulu.Now tumpang kasih ibu mertua.rindu rasanya kat ibu mertua ..tak sabar pulak nak balik raya umah mertua di kedah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusla Ina ni.. sangat positif dalam memberi kasih sayang.. walaupun emak ayah kandung takde, tapi murah hati menaburkan ksaih sayang pada orang lain termasuk mak mertua. Insyaallah.. Ina akan menerima 'unconditional' kasih sayang dari orang lain.. Amin.

      Delete
  4. Tiba2 rasa nak menangis, betul tu Allah memberi ujian kepada kita melalui ibubapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah menguji kita melalui emak ayah. Ada sahabat yang duduk dengan mak mertua. Dia kata, " Mak mertua saya itulah 'bahagian' saya. Sakit pening dia nanti, sakit tua dia.. memang sayalah yang uruskan."..Che Mid pulak, emak ayah sihat lagi.. tengah 'menunggu' apa bahagian Che Mid nanti..

      Delete
  5. ruginya x tengok..tema kasih byk2 sudi berkongsi..bila ingat mak..x sabar rasanya nak balik kampung!!

    ReplyDelete
  6. Saya semppat tgk pagi tadi kak. Tapi tak habis sbb nak gi kerja dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebab Che Mid suka kongsi dalam facebook dan blog. Khas buat kawan2 yang bekerja.. manafaat kita kongsi bersama..

      Delete
  7. Terima kasih che mid kongsikan..acik tak sempat nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila acik , kecil tapak tangan.. bandar Soromban saya tadahkan he he

      Delete
  8. Beruntunglah mereka yg masih punya mak.
    Macam kakak insya-allah selagi Allah bagi pinjam nyawa ini doa tetap kakak titipkan setiap usai solat kakak...

    ReplyDelete
  9. Dlm keluarga sy pun ada adikberadik yg sering bercakap kasar dgn mak....Allah...bila dengar cara dia tu terasa luruh jantung ni....klau sy pun boleh terasa hati apatah lagi mak sy kan..
    Moga mereka diberi hidayah lah kan kak mid
    Salam aidul fitri kak....maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  10. Salam cik mid...nekcik cepat naik darah klau dengar anak anak tinggi suara kat mak bapak nih..kita dulu suka tak suka pun diam jer...selamat hari raya dan maaf sgala kesilapan....nnti emailkn alamat cik mid kat nekcik ye..mekasih

    ReplyDelete
  11. Salam kak. Singgah sini ziarah akk.

    ReplyDelete
  12. Tkasih byk2 Che Mid, banyak ilmu saya dpt dpd penerangan di ats, selamat menyambut ramadhan ke 27 , malam ni sama2lah mengejar malam yang penuh barakah, in sha Allah

    ReplyDelete
  13. Sapa yang dah jadi ibu, akan segera faham. Memang tak mudah nak didik anak terutama dalam bab perkataan dan luahan kata. Anak2 mudah jer terkilaf. Kita sebagai ibu pun kena selalu memaafkan anak. Sentiasa.

    Thanks berpesan-pesan....

    ReplyDelete
  14. bila sudah jadi ibu, baru faham akan perasaan seorang hati ibu...kadang2 mudah tersentuh walaupun kdang2 anak2 anggap sekadar bergurau saja...tapi kita hendahlah selalu la memaafkan mereka...

    al fatihah untuk mak saya telah tiada lagi didunia ini dan jugak dgn abah yg disayangi al fatihah untuk kedua2nya...semoga aman berada dialam sana...

    ReplyDelete