Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 22 August 2013

Raya di Meru

Salam semua!.. minggu ni dah mula sibuk. Sibuk beraya, baraan dan ada keje sikit. Tentu kengkawan pun sama kan..

Gambar raya ni dah lama upload tapi cerita tak sempat buat lagi.. hari ni baru tersempat. Kali ni beraya di sebelah emak abah Che Mid pulak k.. (Oops, sebelum tu, syok sangat baca komen entri lepas.. terutama tentang gambar senget kiri kanan tu he he) Cuma yang tak bestnya abah mertua Che Mid dimasukkan ke hospital sejak 4 hari lepas sebab diabetis, mungkin diet lepas raya yang kurang sihat)

Menu pertama Che Mid di rumah sendiri, selepas balik dari kampung. Ketupat segera, kuah lodeh dan daging palembang. Menu permintaan Farah sebelum balik Penang.

Sepatutnya kami beraya rumah emak abah, tapi kali ni terbalik.. emak abah terlebih dulu sampai sebab nak makan di rumah kami. " Mak, malas masak hari ni.." Sudahnya kami bermaafan di rumah Che Mid je la..

Keluarga adik Lina, adik Che Mid ke empat, pun datang sekali.

Farah dengan nenek dan atuk

Farhan.. paling manja dengan atuk dan nenek

Ustazah Farah nak mula shooting "Tanyalah Ustazah" ha ha

Rumah pertama dilawati selepas bermaafan dengan emak abah. Suka sekali dapat ambik gambar sedara mara yang tua-tua. Ini gambar Cik Suror, adik abah, yang sentiasa tersenyum. Memang tak pernah tengok dia marah...

Ini gambar Wak Long Samsuri, abang mak Che Mid dan wak Usu. Wak Long ni pun tak pandai marah dan terlalu baik hati.

Tiga sepupu mencelah.. yang tua duduk makan kuih, yang kecik-kecik menjelajah rumah.. tapi setakat ini takde cawan yang pecah ha ha.. ok la kan..

Bila beraya lebih suka bawa kereta kecik senang nak parking di laman rumah orang ke, tepi jalan ke.. tapi.. ek eleh.. sangkut gak.. apadda!! Nasib baik abahnya yang bawak, kalau ibu ke atau Ayan.. mau kena marah!


Ini Cik Dhur, adik abah.. Che Mid selalu rasa yang perangai Che Mid banyak ikut dia.. banyak mulut ha ha! Tapi sekarang ni, dia tak berapa dengar.. kami riuh rendah kt laman rumah dia menarik kereta yang terjeblos dalam longkang.. Cik Dhur rilek je tengok tv.. pintu terbuka pulak tu..

Cik Dhur memang pandai masak.. ini kolang kaleng atau halwa kabung.. jadi rebutan..

Dengan Che Abang dan paling kanan Cik Ali, adik abah. Isterinya tu sebaya Che Mid tau.. bulan depan nak dapat menantu .. Insyaallah..

Lepas Asar kami ke Kampung Jawa Klang menziarahi kakak abah. Ini suaminya Wak Man yang dah berumur 85 tahun dan sangat uzur. Tapi kali ni, dia banyak berbual dengan kami. Bercerita tentang macamana boleh berkahwin dengan isterinya, Wak Rom, atas 'perintah' arwah maknya. Masa tu Wak Rom cuma 13 tahun umurnya.  Lepas nikah je, tak sempat menjamu selera, Wak Rom dah pergi main di kebun nenas dengan kawan-kawan ha ha..

Sukaanya... bergambar dengan Kak Ela, dan Wak Rom (tudung hitam).. tentu cumilkan waktu umur dia 13 tahun..hihi

Balik dari rumah Wak Rom, kami ke restoran feberet abah.. Restoran Bismi di depan KTM Klang. Abah Che Mid selalu ke restoran ni dari dia kecik dulu.. naik basikal tau.. tentu banyak sentimental value hingga sampai sekarang masih suka ke situ sekali sekala.. tapi naik kereta le...tengok Inka, budak kecik paling kanan.. eh eh .. tau nak bergambar ya..

Deeja dan kakak dan roti canai..

Nana dan anak-anak dan emak..

Restoran tu kan depan stesen keretapi.. setiap kali keretapi lalu, budak-budak ni panjat kerusi nak tengok...

Adik Lina dan Iman.. balik umrah beberapa hari sebelum raya..

Bersolat maghrib dan makan-makan di rumah anak angkat mak. Sangat cantik rumah dia tau.. Lima beranak.. ada dua lagi anak perempuan dan dua anak lelaki mak takde sama..

Farah sempat jumpa dengan kawan baik di sekolah Teknik yang kebetulan tinggal berdekatan. Sekarang dah berpisah jauh.. Farah di Penang, kawan dia ni di Terengganu..

Inilah tuan rumah.. Fuhh.. penat seharian beraya tapi ada banyaaaaak lagi rumah sedara mara tak terpergi..Insyaallah..ada rezeki kita jumpa ya..

12 comments:

  1. meriah raye che mid..telan air liur lieya tgk daging palembang tu...halwa kabung tu pestime tgk che mid...tu seronok tgk entry raye org ni mcm2 makanan yg kite tak tau leh kite tau heheheeh

    ReplyDelete
  2. beruntungnye punye saudara mara yang ramai... meriah, happy & fun! semoga ukhwah berkekalan sehingga akhir hayat, amin...

    wana7370

    ReplyDelete
  3. wahh..meriah sangat..yang paling suka tengok gambar2 yg kat Restoran tu..bestnya ramai-ramai..:)

    ReplyDelete
  4. meriahnya raya che mid..mkn dan mkn...mmg best...:)

    ReplyDelete
  5. sangat meriah..
    tetiba rasa nak tambah anak.. nanti bila dorang dah besar meriahlah rumah kite.. hehehe...

    ReplyDelete
  6. Chemid seronoknya bila dpt berkumpul ramai2 mcm tu kan...
    Meru dgn rumah saya tak jauh pun...rumah saya kat puncak perdana...kalau nk pergi meru ikut
    jalan kg budiman tu jer...
    Jemput la dtg beraya dirumah saya...

    ReplyDelete
  7. muda lagi rupanya mak Chemid.. kalau kata kakak pun saya percaya :)

    ReplyDelete
  8. raya2 mcm ni, plg sronok dpt jumpa org2 tua kan kak

    ReplyDelete
  9. kak sedapnya daging palembang tu...sharelah resepinya...ida pun nanti nak ke Meru rumah besan mak..tapi tak tahu bila...

    ReplyDelete
  10. Che Mid....ada kolang kaling. Aduhaiii susah nak jumpa tau sekarang nie. Sedapnyerrrr. Seronok nyer jalan2 raya...saya tak sempat nak seronok2 jalan raya lagi. Tapi, ayoyoyo.... tayar masuk longkang. Hahahahahah..lawak la pulak. Nasib baik ramai perwira kan...mudahlah jadinya. Mesti yang perempuan gelak tertahan2 kan.

    Saya nengok Deeja bukan main happy lagi yer...hehehehehehe...

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Mid.. suka baca entry raya ni.. the best! Jemput datang rumah Ahad ni jika berkesempatan..

    ReplyDelete
  12. sedap nyer tengok halwa kabong tu....dah lama tak jumpa tak makan...terliur la pulak...

    ReplyDelete