Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 15 August 2013

Berhari Raya di Ulu Dong, Raub, Pahang

Berhari raya di Ulu Dong, Raub, Pahang. Rumah siapa? Di rumah adik ipar Che Mid. Biasanya bila tiba giliran beraya sebelah mertua kami akan berkumpul di Lepih, tapi kali ni sebab rumah baru Ateh yang besar dan cantik tu baru je siap, kami sepakat beraya di sana. 

Che Mid dan famili masih di perjalanan semasa waktu berbuka terakhir, tapi sempat bersolat Isya' berjamaah.

Gambar malam raya.. selepas solat Isya' berjamaah, Atuk Husain jadi imam.. anak cucu jadi makmum..

Kaum bapak lepak di luar rumah sambil makan kacang..Inilah 4 beradik lelaki che abang.

Orang pompuan dan anak-anak dok mengisi kuih muih dalam bekas tapi separuh kuih masuk dalam perut! Memang riuh rendah dibuatnya dalam rumah tu..anak-anak buah kebanyakannya dah dara dan bujang belaka..

 Raya ni paling tak best buat Khadeeja sebab beraya di rumah Pak Teh yang suka buli (usik, dukung dan peluk cium..) tengok la muka dia tu..Syian..

 Anak dara dan bujangku..

Warna kelabu kami tahun ni.. (tengok Deeja.. tak mau senyum walau macamana diusik sepupu sepapat dia.. sebab Pak Teh ada kt depan tu..)


Alang Fadilah dan keluarga..


Keluarga tuan rumah - Ateh Rosdan dan keluarga


Si duda yang single; Lubis  dan empat anak terunanya ..


Si bongsu - Acam dan famili

Tiga dara pingitan.. cewah..


Sapa punya idea yang bertenggek di tepi sofa tu, kalau bukan Che Mid???.. 


Emak dan abah bersama anak-anak dan menantu, dan dua cucu termuda.. (tengok muka Deeja.. alahai.. Pak Teh pulak duduk betul-betul depan Deeja..)


Another crazy idea from Che Mid.. dah tak tau nak bergaya macam mana lagi.. Che Mid kata," Ok, semua senget kanannnnn!"


Kirriiii!... Semua pakat ikut pulak tu... termasuk emak abah sekali.. 

Sekarang cerita bab makan.. tak payah le tunjuk gambar lemang dan rendang hitam yang superb tu. Pagi raya Che Mid memang kena masak kuah lontong.. tapi yang sedihnya, sibuk sangat kat dapur sampai kena tinggal untuk solat raya.. hu hu.. sedihnya sampai tengahari tau! Masa kena tinggal tu, Che Mid dalam bilik air.. kelam kabut mandi.. tiba-tiba air takde! Hm, memang takde rezeki untuk ke surau kampung Ulu Dong..

 Pagi raya ke dua, Che Mid juga masak.. no problem.. campak-campak je dalam kuali tu.. jadilah daging goreng! Licinn!

 Kuer tiaw ni pun Che Mid masak.. selalu masak tak berapa sedap, tapi hari ni sedapp gak  he he

 Nasik goreng ni pun Che Mid masak tapi selalu Che Mid bubuh belacan kaw-kaw punya, tapi tuan rumah ni tak makan belacan rupanya.. rasanya agak hambar sikit tapi bila makan dengan daging goreng atau rendang, ngam le jugak !

Cadangnya lepas sarapan, nak berjalan raya. Tapi Pak Lang Johari ajak masak nasi briyani pulak..

 Inilah nasi briyaninya.. not bad la Pak Lang Joe.. tapi Joe masak banyak sangat. sekampit beras basmathi 5 kg dimasak semua. Satu periuk besar le jadiknya..

 Ini menu spesel mak mertua Che Mid, laksa lemak. Macam laksam tapi dimakan dengan laksa beras je. Memang feberet Che Mid ni..Campurkan semua dalam mangkuk terutama cili kering tumbuk tu.. prrgh! Che Mid sanggup brekfes, lanch dan diner dengan laksa tuuu je..

 Ini jelatah ala-ala salsa gitu.. Che Mid suka la rasanya.. lain kali boleh buat lagi ni.. kan Alang..

 Ini resepi bidan terjun gak.. daging masa asam pedas tak cukup bahan ha ha! Hantam sajalah Labu! Janji boleh makan ramai-ramai..

Oh.. ini dalca sangat sedap oii..ada campur itu dal sama tulang lembu la..Tengok pun tau kan!

Ini gambar paling istimewa.. Che Mid sedang suap abah mertua tersayang. Pada yang belum tahu, abah ni dah 15 tahun lebih tak boleh melihat tapi badan sihat lagi. Dalam gambar tu Che Mid tengah suap lontong kiriman dari mak Che Mid (besan dia la tu..) Abah ni, kalau makan nasi je boleh makan sendiri tapi makanan yang berkuah kena suapkan. Selalu mak mertua yang suap, tapi saja je Che Mid tu.. Esok siangnya, Che Mid suap rojak buah pulak.. 

Che Mid suka usik-usik abah.. tanya tu ,tanya ni.. lewat malam tu, Che Mid ajak abah dengar Che Mid baca al-Quran. Che Mid baca, abah dengar, Farah cek bacaan. Masa tu Che Mid baca juzuk 28 (dah malam raya tak sempat khatam..hissh) setiap kali habis satu surah, Che Mid sebut pada abah apa nama surah seterusnya. Abah tu banyak hafal surah, tapi banyak dah lupa sebab dah tak boleh baca sendiri kan..alhamdulillah, kami berjaya habis satu juzuk malam tu. 

Setiap kali bersalaman, Che Mid suka peluk dan cium pipi abah.. bagi Che Mid, selagi ada hayat abah, Che Mid nak tunjuk kasih sayang Che Mid pada dia. Che Mid takde harta dan kemewahan, balik kampung jumpa dia pun jarang sangat.. tapi Che Mid nak dia tahu yang menantu dia ni sangat sayang dia..

I wish I can do more for him... sayang abah..


41 comments:

  1. salam hari raya che mid.wah meriahnya..big happy family!saya tengok foto yang senget ke kiri,kepala saya pun senget ke kiri hahahaha...terbaeklah foto2 tu.

    owh sedapnya semua menu tu..wah nak batlah jelatah ala2 salsa macam tu best..best.

    wah tiba2 terharu tengok foto che mid suap abah mertua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha, senget kepala takpe jangan senget otak ha ha..

      Delete
  2. Gambar yang Kirriiii tu paling menakjubkan
    Wah puas beraya nampak Che Mid kita ni
    Ulu Dong ni macam selalu kudengar dulu, tetapi di mana?

    ReplyDelete
  3. bestnyer..meriah tol raya che mid..
    family semua njoy n sporting..

    selamat hari raya chemid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami memang selalu macam tu.. Insyaallah.. bahagia selagi hayat dikandung badan..

      Delete
  4. eh lupa pulak...
    cantik la color baju family Alang
    hijau dia mengancam...tahun depan kena amik color ni..hahaha(baik raya aji jer kan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Alang baca ni, tentu dia suka.. Nak tau beli kt mana? Nagoya.. sbb kebetulan masa dia beli Che Mid terada di situ..

      Delete
  5. suka tgk pic ramai2 tu..masing2 sporting berposing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya semua famili besar berkumpul akan jadi macam tu kan.. ya lah, bukan selalu dapat berkumpul pun..

      Delete
  6. tacing saya tgk gambar yang terakhir tu kak.. mesra sungguh gambar tu.. yelahkan selagi ada hayat mereka selagi tu kita kena lahirkan kasih sayang untuk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu orang cakap, bila dah takde nanti baru terkenang-kenang, tapi masa tu dah terlambat kan..

      Delete
  7. suka3 tengok!!sangat meriah....beruntungnya bapak mentua Che Mid dpt menantu cam Che Mid..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, tak de apa untungnya.. biasa je..nak bagi banyak tak mampu jadi kena fikir sendiri macammana nak zahirkan kasih sayang tu..

      Delete
  8. last pic tuh mmg terbaik.. bagus che mid.. keeping gud work ya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. kadang-kadang segan juga dgn ipar duai sbb che mid ni macam over sikit.. tapi demi abah.. tak pelah..

      Delete
  9. Orang2 sekeliling yang sentiasa buat kita gembira yang kadang2 sehingga menitiskan air mata. Selagi terdaya buatlah mereka gembira. Aina abah meninggal dari masa umur dua tahun bila kahwin pun bapa mertua sudah meninggal jadinya kasih sayang ayah tu terkurang sikit tapi alhamdulillah Allah s.w.t beri Aina suami yang banyak sangat beza umur layanan dia sesekali umpama ayah manjakan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia, maknanya jangan merungut atas apa yang berlaku kerana Allah sediakan hikmah yang sangat besar di kemudian hari. Now, enjoy your life Aina.. to the fullest!

      Delete
  10. Psstt: blh je.. dtg lah kak.. ;) rumah saya msuk Jalan Islandar trus mghala ke pekan Kapar..
    Akak msg saya kat sini aizamia28@gmail.com. nnti sy bg info lgkap.

    ReplyDelete
  11. Saya sangattt suka tengok gambar family CM. Tak kiralah belah CM atau belah ipar duai. Semuanya ceria, semuanya sporting dan semuanya cool. Tertahan2 saya gelak dalam opis nie. Tapi saya tahu, semuanya kerana sebuah keluarga yang makan bersama, solat jemaah bersama, pasti akan sentiasa bahagia. Amiin.

    Saya teringin nak jadi macam CM. Sangat rapat dengan in-laws dan manja seperti ibu bapa sendiri. Saya akan usahakan seperti itu dengan izin Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, awat tahan-tahan.. gelak aje lah HA HA HA..

      Nanti ada rezeki kita jumpa in person, ada banyak benda boleh kongsi.. standby utk terkejut!

      Delete
  12. bestnye tengok gambar family CM terutamanye part condong ke kanan & ke kiri... kelakar, happy & sporting....

    wana7370

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abeh tu, dah tak tau nak buat apa.. nasib baik tak buat dongak ke atas dan tunduk ke bawah pulak.. simpan tuk raya haji buleh?

      Delete
  13. salam aidilfitri...

    samalah macam mak nur..raya ke 2 mesti balik kgnya kat perak...beraya dgn adik beradiknya...
    meriah keluarga che mid sambut raya tahun ni...

    semua sporting bergambar...best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh, nak terus budaya macam ni sampai bila-bila .. sampai bercucu menantu kut..

      Delete
  14. selamat hari raya che mid..laksa lemak tu kegemaran acik tu che mid..tapi acik tak berpa pandai nak buat..bila dah teringin tu acik buat main hantam sajalah labu..nak makan punya pasai..nak beli tak de jual laksa lemak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantam pun hantam la acik.. janji ada rasa laksa lemak.. kalau rasa agak lain macam je, kasik nama lain..

      Delete
  15. kadang2 tu masak yg campak2 tu la cpt licin, makan ramai2 ni mmg sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha , betul tu.. lagi-lagi kalau bendanya sikit.. berebut sekejap je, habis..

      Delete
  16. Che mid_bila baca ulu dong, teringat cerita hangat satu masa dulu kan? Meriah raya che mid bersama keluarga. Samalh saya, jadi menantu sulong, kerja memasak...pass kat saya. Seronok jugak bila depa enjoyed apa kita masak walaupun hanya campak2 saja kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. masih segar dalam ingatan he he..

      Delete
  17. posing senget2 pun cantik...hehehe...tak dapat juga kita jumpa ye...kita menongkah aruslah...ida balik KL,che mid balik Raub pulak...kemudian ida nak balik sana balik,che mid nak balik Kl pulak...nantikan saatnya akan tiba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan.. hari tu kami dah masuk pekan Benta.. dekat sangat dah.. apakan daya.. mungkin bukan time raya kut kita jumpa kan..

      Delete
  18. Seronok kumpul ramai2 kan....mcm2 gelagat hehehe
    Sejuk hati tgk gaya tudung anak dara kak mid...org muda plak boleh pakai tudung perfect gitu...tgk makcik2 moden kat luar tu haiii....malu kat org muda...pandai kak mid didik anak :)
    I wish anak2 dara I pun mcm tu....doa kan sama dgn I ya kak mid...
    Selamat hari raya...maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bukan kak Mid pandai jaga anak.. Allah beri hidayah pada dia tu.. tapi kak mid memang tak beri anak-anak pakai skirt langsung bila dah mula sekolah. Terus pakai tudung. Bila dah semakin besar ni, sedikit demi sedikit dia 'labuhkan' tudung dan pakaian. Alhamdulillah, sebagai ibu kena terus berdoa untuk anak-anak..

      Delete
  19. salam che mid :)

    dah ada anak dara besar dh che mid rupanyaaa....smlm xde ikut kan? nmpk deeja je. sporting betul la family che mid! ramai...happening!

    ReplyDelete
  20. syoknye tengok gambar2 raya che mid ni.meriah sakan.Saya balik raya kedah je thn ni.Insyaallah raya hj kang baru balik bkt kapar.

    ReplyDelete
  21. memang sangat meriah..

    psstt: kat sini ada kisah kita..
    http://aizamia3.blogspot.com/2013/08/kisah-disebalik-rumah-terbuka-mak-budak.html

    ReplyDelete