Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday, 5 August 2013

Ucapan Hari Raya untuk Bloger Budiman

Assalamualaikum wbrk sahabat!

 Ha, dah ada di kampung atau masih berada di rumah sendiri? Che Mid masih di Klang, Insyaalllah hari Rabu baru bertolak ke Pahang. Selalunya bila tiba giliran ke rumah mertua, kami akan ke Lipis tapi kali ni kami semua berkumpul di rumah baru adik lelaki Che Abang, Ateh Rosdan, di Dong, Raub meraikan Ateh berpindah ke rumah barunya.  Che Mid pernah buat entri khas tentang Ateh yang bertindak balik ke Dong untuk bekerja sepenuh masa berbakti kepada tanah. Projek terbarunya khabarnya nak buat bela ikan air tawar pulak.

Che Mid ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bermusafir kepada semua rakan blogger yang baik hati. Amat bertuah dan berbesar hati bila entri ditulis mendapat sambutan dan komen dari anda. Walau pengikut tak sampai 200 pun tapi Alhamdulillah, terasa meriah dan bermakna sekali blog Che Mid. Diam tak diam dah bertahan 6 tahun dah..

Tidak dinafikan bahawa rata-rata penulis blog akan bercerita hal-hal yang 'indah-indah' dan kelakar atau apa-apa yang baik sahaja untuk dikongsi. Sesekali ada juga yang 'lepas geram atau stres' dan tentunya akan dapat komen perangsang dan usikan bagi mereda ketegangan. Tetapi, rasanya takde siapa yang nak share hal-hal 'pahit' seperti masalah kewangan dan masalah suami isteri. Ini dianggap membuka aib dan mungkin menyentuh hati pihak lain. 

Termasuk diri Che Mid sendiri, selalu memaparkan aktiviti kemasyarakatan, hal famili dan anak-anak yang kelakar dan mencuit hati. Paling teruk pun tentang kematian ahli keluarga dan sebagainya dan tentunya pengacaraan yang telah jadi sumber rezeki sekarang.. tapi sebenarnya ada kisah sedih disebaliknya. Boleh jadi akan dikongsi pada teman blogger tapi bukan sekarang.

Jadi pada teman bloger yang sedang menghadapi masalah peribadi dan sebagainya tapi tak terluah di blog, tabahlah dan sabarlah lebih-lebih lagi di musim raya ni. Serahkan kebergantungan kita kepada Allah swt. Walaupun di blog kita tersenyum tapi di hati kita menangis.. tidak mengapalah.. Allah Maha Mengetahui. Hasbunallah wa nikmal wakeel. As far as we are concern, we bloggers are best friends.. tak pernah bersua wajah tapi hati bertaut melangkaui maya.

Berbalik pada hal raya ini, Che Mid teringat pada dua, tiga sahabat yang sedang bersedih di lebaran ini. Satu, jiran Che Mid yang paling disayangi.. dulu bahagia dengan suami dan tiga anak. Suami ada syarikat sendiri, ada dua tiga kereta termasuk BMW. Anak pertama bersekolah di asrama dan yang bongsu baru masuk darjah satu. Ujiannya ialah, bisnes suaminya gagal dan si suami mencari peluang bisnes di negara seberang. Katanya mahu ke sana untuk 2 minggu sahaja, tapi sekarang dan dua tahun tak balik ke tanah air. 

Si isteri tak tahu menahu tentang masalah bisnes suaminya. Bila suami tak balik-balik, macam-macam alasan diberi hingga duit simpanan isteri habis, kereta kena tarik, takde pendapatan kerana isteri tak bekerja. Akhirnya si isteri terpaksa berjual nasi lemak untuk menampung belanja harian. Dan akhirnya juga terpaksa menjual rumah yang hampir dilelong. Hari raya tahun ini dah dua kali tanpa suami di sisi. Hingga hari ini, masalah mereka belum selesai. Pihak berwajib tak dapat nak bantu kerana dia bukan ibu tunggal dan dia juga tidak mahu sangat dibantu demi menjaga nama baik suami. 

Tapi kebergantungan sahabat pada Allah sangat kuat. Dia pernah cakap pada Che Mid, " Saya tengah tunggu ni kak, apa hikmah Allah nak beri pada saya nanti.." Dia terus bersikap seperti biasa.. periang, peramah, dan aktif dengan persatuan kami. Sampai kawan-kawan setaman termasuk orang lelaki naik heran tengok semangatnya. Pada dia, untuk apa sedih-sedih, bukannya boleh ubah apa-apa..

Satu lagi kisah sahabat baik Che Mid yang tinggal di blok sebelah juga tak kurang menyayat hati. Su, juga seorang suri rumah, seorang jiran yang baik hati dan peramah. Pada suatu hari kecoh satu taman rumahnya disimbah cat merah. Sejak itu, rumah Su sunyi sepi. Tak tau ke mana dia sekeluarga pergi. Memang sedih kerana kehilangan kawan secara tiba-tiba. 

Beberapa lama selepas itu, baru dengar cerita yang suaminya juga ada masalah perniagaan tapi pada masa sama ada buah hati baru. Akhirnya dia dan 4 orang anak termasuk seorang baru dilahirkan terpaksa balik kampung di pantai timur, tinggal di rumah tinggalan arwah ibunya. Suaminya menceraikan Su dan berkahwin baru. Bolehkah kita bayangkan perasaannya ketika ini? Nak beraya tapi takkan boleh seperti dulu.. Dulu, Su duduk rumah dan jaga anak. Suami keluar cari rezeki dan balik bawa duit untuk keluarga.. agak mewah juga.. tapi kini, anak-anak membesar depan mata, diri sendiri janda yang tiada pekerjaan.

Semoga dua sahabat Che Mid tadi dan para sahabat bloger yang ada masalah seperti sahabat di atas, atau apa jua masalah.. ingatlah, kalau kita susah, ada orang lain yang lebih susah..Allahuakbar!

Ujian Allah berbagai-bagai.. Itu belum termasuk hal masyarakat Islam antarabangsa yang ditindas dan disembelih tanpa belas kasihan di Syria, Mesir, Myanmar dll. Iktibarnya, kalau hari ini kita di atas, belum tentu esok kita masih di atas. Semoga Ramadhan tambah mendekatkan kita pada Allah. Tak terlalu harapkan dunia dan lebih memerhatikan kepada yang memerlukan. Walaupun tak mampu memberi secara fizikal tapi doa untuk mereka adalah sebaik-baiknya. Jika kita mendokan orang lain, tanpa orang itu mengetahuinya maka para malaikat akan mendoakan yang sama untuk kita. MasyaAllah!

Jazakallah khairan kathiro, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari Che Mid sekeluarga.

Photo

24 comments:

  1. cumilnya.. :)

    betul gak tuh che mid.. xkan nak bercerita benda2 aib sendiri buat tatapan org yg kita tak kenal hati budi.. insyaallah cuba mengunci tangan utk tidak berceloteh ttg keburukan diri.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jaga sebaik mungkin, jangan sampai membuka pekung di dada, walaupun dalam hati membuak-buak nak bagi tau satu dunia!!

      Delete
  2. Selagi nafas Allah bagi pinjam tak banyak sedikit setiap kita ada masalah. Tak keluarga, masyarakat, tak masyarakat, tempat kerja; cuma kebergantungan bila terlerai memang peritlah rasanya. Bersyukur dgn yg ada kerana Allah jugalah tempat mohon apa jua.

    Selamat Hari Raya & maaf juga dari kakak CM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu jugalah yang jadi pegangan pada kawan baik Che Mid, tapi rasa kecewa dgn suami sendiri pun ada. Kalau boleh susah senang biarlah suami di sisi, in tidak.. kereta kena tarik,orang bank datang rumah.. semua dihadapi sendiri.. suami jauh di mata, lama kelamaan jauh di hati..

      Delete
  3. Bagus sungguh tazkirah ringkas Che Mid hari nie. Dalam pada keriangan semuanya menanti hari raya, pasti ada yang berduka Ramadhan akan berlalu pergi. Dalam yang riang, pasti ada yang walang.

    Tapi, saya setuju dengan Che Mid. Rakan2 bloggers walau tak pernah bersua, namun akrabnya terasa di hati. Sebab tu lah saya suka blogging. Saya perit dengan fb dan lain2 tu sebab banyak sangat aura negatif. Saya tak mampu nak tepis. Takut2 saya terbawa2 sekali. Saya didik diri dengan positif dari blogging pun cukuplah.

    Kisah 2 rakan Che Mid tu, saya akur. Ramai wanita yang kasih sayangnya tertumpu dengan suami dan keluarga. Sangat bagus dan di tuntut, namun perlu diselitkan kesediaan sekiranya Allah turunkan ujian. Saya risau kalau ada wanita yang hidupnya bergantung 100% dengan suami. Hati manusia bagai pantai. Sentiasa berubah pasirnya tiap kali dilambung ombak. Saya kagum dengan Che Mid. Ada kekuatan untuk berhenti makan gaji, namun tetap berdikari mencari sumber pendapatan walaupun saya kira kalau tidak pun, Che Mid dah selesa jadi home maker.

    Saya sering dikecam dan dimarahi oleh orang2 yang tidak memahami situasi saya. Mereka tertanya2 kenapa saya sanggup tidak berhenti kerja dan berpisah dengan suami. Sanggup menjadi weekend family. Suami ke mana, anak ke mana. Kalau ikutkan hati saya yang lembik dan lemah, memang saya menurut saja tali yang terikat. Tapi saya kuatkan hati sebab kalau memandang kehadapan, manalah tahu kalau2 jambatan yang kita lintas nie patah dan rebah, ada ker tilam spring yang nak sambut kita di bawah sana?

    Kita semua bermohon pada Allah, berikan yang terbaik pada kita semua. Sekiranya yang di hadapan ini, sukar dan pahit, mungkin ia adalah yang terbaik buat masa ini.

    Selamat Hari Raya kembali, Che Mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa yang dah ada karier yang stabil, memang tak patut berhenti semata-mata kerana mengikut suami. Kita ada keluarga sendiri yang perlu diambil berat, ada kemahuan sendiri yang tak perlu bergantung kepada suami. Sikap berjaga-jaga memang perlu buat wanita. tetapi dalam kes sahabat Che Mid ni, mereka ni asalnya pekerja biasa sahaja, rezeki suami dalam perniagaan menyebabkan mereka jadi surirumah sepenuh masa.. namun langit tidak selalu cerah..

      Delete
  4. Setiap hamba Allah dimukabumi ini Dia berikan ujian yang berbeza-beza utk menguji kekuatan & keimanan kita. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya. Moga kawan-kawan Che Mid tabah menghadapi segala dugaan dan pasti ada hikmahh di setiap kejadian yg kadangkala kita tidak sedari.

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Che Mid sekeluarga. Maaf Zahir Batin ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. dan blog menjadi tempat mengalih arah sebentar. Percaya tak, ada antara kita tersenyum membaca entri kawan-kawan yang mencuit hati dengan mata bengkak baru lepas menangis kerana bergaduh dengan yang tersayang..

      Delete
  5. slm singgah & ucap selamat hari raya maaf zahir & batin yer !

    ReplyDelete
  6. Ujian Allah tak pernah putus buat setiap hambanya tetapi setiap ujian itu pasti ada manis di penghujungnya. Semoga sahabat2 Che Mid akam menjadi semakin kuat dan tabah insyaallah kemanisan itu akan datang cuma lambat atau cepat sahaja. Bertawakkallah.

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Che Mid. Saya amat bertuah dapat mengenali Che Mid di alam maya ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua hari lepas, Che Mid bersolat Isya' dan tarawih di sebelah sahabat Che Mid tu. Melihat dia sujud lama, Che Mid yang meleleh air mata.. entah apa yang di doakan lama sangat.. terlalu kesihan padanya hingga satu masa che mid terdetik supaya 'tidak mengapa kalau Allah tak makbulkan doaku, tapi moga Allah makbulkan doanya..

      Delete
  7. Salam Che Mid,
    Benar tu kak. Mengucap tahniah atau mendoakan oranglain sebenarnya akan kembali kepada kita. Ada berkahnya.
    Allah, sadis membaca cerita sahabat che mid. Moga Allah memberi sahabat che mid, petunjuk. Kadang2, ia terletak kepada sang suami yg mengemudi bahtera. Kadang2 berbalik atas diri kita sbg isteri. Selebihnya, ketentuan Allah.
    Selamat berhari raya, kak. Salam Aidil Fitri. :) Kirim peluk cium buat Deeja yg nak balik kampung tu... :)) Berhati-hati di perjalanan.

    Teringat kata-kata puan Roza Roslan, dan ia sentiasa berbekas di hati :
    " Suami adalah anugerah Allah kepada wanita yang bergelar isteri. Ia hanya dipinjamkan dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan Tuhan. Entah bila berakhirnya. Mungkin esok atau lusa. Entahkan sebentar lagi.. Ambillah peluang di masa terluang untuk menghidangkannya walau secawan kopi dengan penuh keikhlasan di hati. Berapa ramai wanita di luar sana yang tidak mempunyai peluang itu. Berapa ramai juga yang telah terlepas peluang itu. Sungguh. Tiada satu pun makhluk ciptaan Allah yang kekal selamanya. Hanya Cinta Allah yang Abadi."


    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi komen panjang di sini. Che Mid amat hargai perhatian Indah. Semoga kita kuat hadapi ujian yang Allah berikan. Bila ada di depan mata hati tak rasa apa-apa, tapi bila hilang dari pandangan, baru melilau ke kiri kanan.. mencari di mana gerangan..

      Delete
  8. Kisah sebegitu sungguh menginsafkan kita. Agar kita juga berhati hati dan bersedia dgn segala kemungkinan yang Allah nak duga kita. Semoga mereka itu terus tabah.

    Tiada kata secantik bahasa,
    Tiada kad seindah Kad Raya,
    Andai tersalah tingkah dan kata,
    Marilah bermaafan sesama kita.

    SELAMAT HARI RAYA,
    Maaf Zahir Batin.
    Ikhlas penuh kasih, Kak Azie

    ReplyDelete
  9. kisah seperti itu selalu kita dengar dan lihat..itu semua ujian dari Allah untuk hambanya...kalau saya berada ditempat kawan chemid tu,tak tahu nak cakap apa...mungkin hilang pertimbangan buat setika untuk mencari nafas baru...inshaa Allah rezeki ada dimana2 cuma kita jangan lupa pada Allah...kerana dia lebih mengetahui segala-galanya...

    selamat hari raya maaf zahir dan batin,in shaa Allah ada rezeki nak sangat bertemu lagi dengan chemid yg manis ni tau...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah.. penulisan yang amat bermakna. Setiap kali membaca ceritera sebegini waima kerap di tonton di layar TV masih juga sebak dan hiba apabila membaca kisah rumahtangga yang menghiris hati ini. Sama sama kita ambil iktibar.. walau susah walau senang.. hanya Allah swt tempat penggantungan yang abadi. Teringat seorang jiran berkata semasa saya memberitahu saya terpaksa balik nak buat teh untuk suami untuk minum petang ketika diajak untuk lebih lama bergebang di laman rumah. "Ala.. sachet 3 in 1 kan ada.. pandailah dia buat air sendiri" . Saya tak sampai hati.. saya memang suka buat air untuknya. Waktu masih berkerjaya walau sesibuk mana pun, walau terlambat bangun pun.. secawan air pasti ada untuknya. InshaAllah.. sama-sama kita berkasih sayang.. SHR Mid.. terimakasih kerana selalu sudi mengomen di laman blog saya. Nanti kalau datang rumah.. inshaAllah you will receive my mystery prize for the top commentator (the only one kot.. kahkahkah). Cium untuk Deeja yang chumil!

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya buat che mid & famili...
    maaf zahir batin...

    seronoknya dapat berkumpul bersama keluarga kat kg....

    ReplyDelete
  12. suka sangat gambar che mid sekeluarga atas tu. happy family:D))
    semoga bahagia hingga dapat berkumpul di jannah, amin.

    p/s selamat hari raya, minal ainil wal faizin buat che mid sekeluarga

    ReplyDelete
  13. cantik header pic akk
    allahuakbar, sedihnya ngan kisah kawan2 akk..smoga dorang cekal dan tabah ngan dugaan yg menimpa

    ReplyDelete
  14. Sungguh sadis kisah dua sahabat Che Mid itu.....
    Sebenarnya di sekeliling kita banyak kisah2 yg boleh menginsafkan
    dan dijadikan teladan, supaya ianya akan menjadikan kita sebagai seorang hamba yg bersykur
    Kita masih punya segala, jika adapun masalah, masalah-masalah kecil
    yg tidak menjejaskan kehidupan kita

    Akhir kata
    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KHAS UNTUK CHE MID DAN KELUARGA

    ReplyDelete
  15. salam aidilfitri.
    maaf zahir & batin :)

    ReplyDelete
  16. Salam Aidil Fitri akak..Maaf jika ada salah silap.

    ReplyDelete