Assalamualaikum sahabat semua...
Sebelum Che Mid berceloteh, Che Mid ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua pembaca senyap blog ini. Rupanya ada pembaca setia ... Che Mid terima satu panggilan dua, tiga hari lepas dan kami berborak panjang. Puan Azizah si empunya nama, arwah atuk dan neneknya sekampung dengan Che Mid. Mungkin ada entri yang dibaca menyebabkan ada rasa 'dekat' di hati Azizah.. akhirnya jadi pembaca setia. Jazakallah khairan kathira.. teruskan bersilaturrahim, semoga Allah semakin mengasihi kita.. ada rezeki kita akan bersua wajah juga nanti..
Cik Juliza ni, jumpa Che Mid melalui blog ini, semasa mencari emcee Islamik untuk majlis persandingan kakaknya. Mula-mula dia ingat Che Mid orang Kedah berdasarkan profil blog ni (akibat malas edit.. dah pindah lama masih tak tukar profil..) Tapi bila bertukar-tukar sms, rupanya kami tinggal sekampung. Tak sampai 5 km pun.. cuma taman je lain-lain.. kalau dah rezeki Allah aturkan, memang tak ke mana..
Kami bertemu dua kali dan berhubung selalu melalui emel untuk berbincang tentang program majlis. Keluarga ini sangat berhajat untuk menjadikan majlis yang Islamik.. tiada merenjis atau tepung tawar tapi diganti dengan pengisian yang baru. Ada saudara mara menentang tapi mereka sekeluarga kuatkan hati. Si ayah, seorang bilal masjid, pun sering mengingatkan pengantin untuk jaga aurat.. Emak pula tak berapa sihat untuk mengurus majlis jadi adik perempuan 'take the lead'. Alhamdulillah, majlis dirancang penuh teliti akhirnya berjaya dan lancar walaupun malamnya terputus bekalan air dan siangnya pula hujan lebat sekejap.
Majlis yang 'simple' tapi sangat meriah dan berhemah. Nikah di sebelah pagi dan kenduri pada tengahari hingga petang.

Kali ini tuan rumah ubah sedikit aturcara.. menyantuni dan memohon restu ibu bapa dan mertua, pengantin yang turun dari pelamin bertemu mereka. Selepas itu barulah pengantin ke meja makan beradab.
Che Mid provoke sedara mara pengantin untuk bawa lagu Ya Thoibah dan Ya Hanana. Memang sporting.. ada yang google dari hp masing-masing cari lirik..
Hujan lebat selepas bersanding menyebabkan air bertakung di depan pelamin. Kaum keluarga bergotong royong mengalirkan air ke longkang, pengantin tetap setia di pelamin.
Che Mid dan Farhan bersama pengantin.
Seronok on the job dengan anak sendiri..
Jadi tumpuan peminat cilik.. anak-anak yatim dan miskin dari Rumah Desa Fahmi yang dijemput khas, becok tanya abang Farhan itu ini. Tangan-tangan kecil pun mula pegang sana, cuit sini..eksited tengok pa sistem tu..
Berebut bersalaman dengan abang Farhan.. macam artis la pulak..
Sepulangnya dari rumah cik Juliza ni, Che Mid mengacara di Rumah Terbuka taman sendiri hingga pukul 11 malam. Lepas tu bergegas balik ke rumah dan bertolak ke Penang jam 12 malam. Kita sambung kisah di Penang nanti ya.
Sebelum Che Mid berundur, meh nak cerita sikit pasal Khadeeja ni..
Semalam, Deeja main sorang-sorang dalam bilik kakak. Tak lama lepas dia masuk bilik Che Mid sambil menangis teresak-esak.
Ibu : Kenapa Khadeeja nangis ni?
Khadeeja : Khadeeja sedih
Ibu : Kenapa Khadeeja sedih?
Khadeeja : Kenapa ibu tinggal Khadeeja?
Ibu : Ha...????
Khadeeja : Tadi Khadeeja tengok gambar.. semua orang ada. Ada ibu...abah.. kakak Farah.. abang Aish, abang Ayan.. abang Firdaus pun ada.. gambar Khadeeja takde pun.. Khadeeja sedih.. Kenapa ibu tinggal Khadeeja..
Bila Che Mid suruh dia ambil gambar tu...
Gambar inilah yang menyebabkan Khadeeja menangis beria-ia..(Abahnya terjumpa dalam stor masa mengemas hujung minggu lepas, jadi abahnya letak dalam bilik kakak.. dalam gambar tu semua orang ada kecuali Khadeeja)
Memanglah masa ni Khadeeja takde sebab belum lahir lagi sayannng..!! Satu hal la pulak nak pujuk dia...
Semalam, Deeja main sorang-sorang dalam bilik kakak. Tak lama lepas dia masuk bilik Che Mid sambil menangis teresak-esak.
Ibu : Kenapa Khadeeja nangis ni?
Khadeeja : Khadeeja sedih
Ibu : Kenapa Khadeeja sedih?
Khadeeja : Kenapa ibu tinggal Khadeeja?
Ibu : Ha...????
Khadeeja : Tadi Khadeeja tengok gambar.. semua orang ada. Ada ibu...abah.. kakak Farah.. abang Aish, abang Ayan.. abang Firdaus pun ada.. gambar Khadeeja takde pun.. Khadeeja sedih.. Kenapa ibu tinggal Khadeeja..
Bila Che Mid suruh dia ambil gambar tu...
Memanglah masa ni Khadeeja takde sebab belum lahir lagi sayannng..!! Satu hal la pulak nak pujuk dia...
hahaahah bijak khadeeja...tegelak2 lieya che mid...jenuh gak tu nak terangkan kat die kan heheheeh
ReplyDeletecantik pengantin...moga kekal bahagia till jannah...
hepi weekend che mid & family...have a nice weekend...
cumilnya la deeja.. :)
ReplyDeleteanak sy lak tanya nape dia takde dlm pic kawin kami.. hehe.. susah nak terangkan..
lawaknyer deeja..hehehe..
ReplyDeleteche mid lawamsmuda tuh..heheh
Comelnya Khadeeja... :)
ReplyDeleteKelakar..dan comel je Khadeeja!
ReplyDeleteFarhan tu anak akak? Mcm kakak dgn adik ada la.. :)
Farhan memang muka matured.. tapi umur baru 22 thn..
Deletebijaknya Khadeeja cik mid...
ReplyDeleteafnan atau aeish selalu cakap macam tuh..
selamat pengantin baru juga buat mempelai...
Masya-Allah.... Khadeeja sayang buat auntie gelak sendiri..
ReplyDeleteCM dapat Deeja jarak jauh ye...
alaa comeynya deja ckp mcm tuu..
ReplyDeleteanak2 saya masa kecik2 pun suka tanya soalan macam tu jugak...
Laaa...kecik hati sangat la tu sampaikan tengok gambar lama pun nangis...hehehee...
ReplyDeleteKalau gambar ibu dgn abah je dia tak kisah, tapi adik beradik lain ada..aduh sedih.. he he
DeleteSalam che mid...
ReplyDeleteSlmt pengantin baru buat mempelai...
Sportingnya famili pengantin,blh bernyanyi bersama...
Hujan rahmat tu...alhamdulillah..boleh bergotong royong masukkan air yg bertakung ke dlm longkang...
Sempat juga che mid n farhan bergambar dgn pengantin ye...hehe
deeja masih kecil..belum memahami...kebanyakan anak kecil akan bertanya soalan kalau terjumpa hal yg begitu..gambar lama..masih elok disimpan....
Teri,makasih sudi dtg ke blog sy ye che mid...maaf lambat br dpt berkunjung ke sini
Comel je khadeeja he he
ReplyDeleteSubhanallah...bagusnya bila keluarga bersatu hati. Walaupun simple, tapi indahnya nampak.
ReplyDeleteAlahai Deeja...dia boleh kenal pula abang kakaknya dalam gambar tu...hahahhahaha. Cutelah Deeja nie.
makin ramai peminat che mid, alhamdulillah...
ReplyDeleteseronok part provoke ahli keluarga pengantin ikut menyanyi tu..
p/s lucu dengan khadeeja. camnalah boleh dia terfikir ditinggalkan..heee
Kak Zai rasa elok juga kalau dipraktikkan pengantin mengadap ibubapa dari tradisi yang selalu dilakukan. Kadang2 ada ibubapa yang sudah agak uzur terpaksa dipapah untuk bersalaman dengan pengantin.
ReplyDeleteKasihan Khadeeja...dia belum faham hihi...
T kaish kak, atas komen membina. Dah dua kali Che Mid cadangkan macam tu.. Alhamdulillah dapat sambutan..
Deletecik mid nampak cantik dari dulu sampai sekarang...hehehe...
ReplyDeleteramainya budak2 kerumun ank bujang akk hihihi
ReplyDeletetergelak plak ngan dialog deeja
Farhan tu anak che mid ke?... anak beranak bekerjasamalah ni yeh...
ReplyDeleteHehe...khadeja ...khadeja....
ReplyDeleteTerbaik .. hahaha.. nape tinggalkan? cutenya dia..
ReplyDelete