Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 21 November 2013

Menjejak Kawan

Bermula dengan gambar ini, telah mencetuskan misi mencari kawan-kawan sekolah rendah sesi 1973 - 1978. Ya..ya Che Mid tau ada yang belum lahir lagi..emak ayah korang pun tak kawen lagi masa tu haha


Ini gambar pengawas darjah 6, maknanya tahun 1978. Che Mid ada dalam gambar tu..tapi Che Mid tak ingat langsung pernah jadi pengawas..hinggalah sorang kawan tu tulis nama satu persatu...eh eh ada nama akulah.. ha ha Lepas tu baru ingat yang tali leher tu ada penyangkut khas kat kolar, jadi tak payah bertali-tali panjang berbelit.. Ha, sape boleh teka mana satu Che Mid, memang terer... 


Kemudian bersua wajah buat pertama kali pada 10 November di kedai mamak..(entri dah tulis tentang ini)

Misi mencari kawan lama diteruskan lagi..kali ini berjanji untuk berkumpul 5 hari selepas itu. Facebook di jelajah, nombor telefon di hubungi, mesej jemputan di hantar,  rumah ibu bapa di ziarah demi menghubung kembali silaturahmi yang terputus 35 tahun dulu.


Roszana ini seorang hamba Allah yang sentiasa dekat denganku. Darjah satu hingga enam satu kelas, sama-sama di UiTM dan sampai sekarang tetap akrab bagai adik beradik. Hampir tiada rahsia antara kami, kisahnya juga banyak yang Che Mid kongsikan di blog ini termasuk kisah pemergian suami tersayang ke rohmatullah. Kali ini, Ana sudi meminjamkan kediamannya sebagai tempat pertemuan.

Dua hari sebelum majlis, kami menerima khabar seorang kawan junior telah meninggal dunia. Berita itu menyebabkan Che Mid lebih bersemangat untuk memastikan pertemuan ini menjadi kenyataan. Rasanya tak ralat lagi andai tak bersua lagi selepas ini.

Kami memilih untuk bersantai di luar rumah sahaja..di tempat parkir yang luas, membentang tikar dan duduk dalam bulatan agar setiap orang dapat berceloteh dan di dengar oleh semua yang lain. Titisan air mata kegembiraan tumpah tanpa sedar, berpelukan disusuli gelak tawa bila rupa berubah jauh dari zaman sekolah dulu.


 Tu diaaa.. berjubah hitam di tengah tu ialah Datin Lia, dia yang paling sporting dan paling kecoh. Perangai lama tak berubah..kuat menyakat kawan-kawan..sama macam dulu...maaf gambar tak berapa cantik..suasana kelam dan hujan jadi puncanya..

Tiada acara tertentu ditetapkan. Cuma sembang-sembang dan makan-makan. Juadah pun secara pot luck. Ada yang bawa nasi Arab, sate, pulut kuning dan rendang ayam, popia goreng, tapai pulut, cendol santan kelapa sawit dan rojak buah ( aku le tu..) Tuan rumah siapkan air minuman. Tapi kami lebih banyak borak-borak dari makan. Sudahnya makanan tapau je.. 



Inilah dia..15 orang rakan sebaya..sama-sama nakal..sama-sama cerdik. Ada yang tak pernah bertemu selepas darjah enam walaupun masih tinggal sekampung... aduhai pelik tapi benar. Yang berbaju hitam duduk di tengah tu sorang sahaja tiada akaun fb..yang lain tu semua ok. Ada dia kata, " FB buang masa..." Eh kawan, cubit kang... sebab FB le kita dapat jumpa tau... FB lah tempat mula-mula bertanya khabar dan saling mengesahkan yang memang benar itu kawan sekolah dulu..




Dari kiri; Mastura, Hamidah, Khadijah, Jamaliah, Saanim, Norliyah dan Azmah

Sesi suai kenal bermula ... ada yang kata jadi pengggali kubur ada yang jadi Professor, ada yang bisnes kuih di pasar malam, ada yang jadi tauke MLM, paling ramai jadi cikgu atau ustazah.. tak kurang juga yang bisnes sendiri.. buka kedai makan dan gerai sup kaki ayam!! Ada yang dah bermenantu dan ada seorang dah jadi nenek!! Yang sedihnya..ada kawan yang jadi penagih dadah.. Itulah kehidupan kan..

Kepada kawan-kawan yang dah meninggal dunia, kami sebut nama satu persatu dan sedekahkan al-Fatihah. Seorang senior yang sudi datang....kak Norahah Asfandi..terima kasih kak.

Mana yang tak ingat kawan-kawan lain, akan ada yang mengingatkan. Bila masuk bab kisah-kisah lama..suasana jadi riuh rendah dibuatnya..ada yang terkencing dalam kelas bila disergah cikgu.. Di bawah antara kenangan mengusik jiwa salah seorang kawan yang dibualkan dalam facebook.



Cuma 15 orang kawan yang hadir tapi ada yang diiringi suami dan anak-anak. Ada kawan-kawan yang bertemu jodoh dengan kawan sekelas atau sama sekolah walaupun masa sekolah dulu tak bercinta monyet pun! Dan 4 orang dari kami mempunyai anak angkat termasuk Zailawati (dalam gambar atas tu..)


Dayang (nama panggilan) memang kami tak pernah bertemu dan tak tau kabar berita..tapi Allah pertemukan kami semula selepas 35 tahun. Che Mid memang pernah rapat dengan Dayang ni dulu..sama-sama ronda kampung naik basikal.. Dayang gunakan nama lain untuk FB, tu yang tak dapat jejak.

Photo

Ini Rozinah, juga 'ditemui' saat-saat akhir.. pernah rapat dengan Ina dan kaum keluarganya. Ina tak dapat hadir kerana tak sihat tapi Che Mid share gambar profile facebook. Rindu sangat..macam tak percaya dapat bercakap di telefon. Masa Ina kawen dulu Che Mid satu-satu kawan sekolah yang hadir tapi lepas tu putus hubungan macam tu je. Ina juga gunakan nama berbeza untuk akaun fb.. tapi mujurlah ada yang tahu di mana Ina bekerja..

Seorang lagi, Cikgu Rosmah, yang beria-ia nak datang majlis tu walaupun bertolak dari Kuantan..heran juga Che Mid.. bila ditanya kenapa tak datang, dia kata.." Aku dah bersiap-siap dari sekolah..suruh anak murid hantar barang dalam kereta. Rupanya dia masukkan ke dalam kereta cikgu lain..termasuk beg dan henfon aku.. Sedar-sedar, cikgu tu dah bawa balik Maran.. "  Ha, tu lah namanya takde rezeki..Insyaallah lain kali..

Tu dia cerita Che Mid hari ini. Yang cantik dan soooo amazing ialah..kesemua yang hadir sangat menghargai persahabatan dan ukhwah. Walaupun ada yang berpangkat dan berharta (nampak dari kereta mewah yang dipandu..) tapi itu semua tak menghalang dari berjejak kasih dan bermahabbah. Syukran jazilan, semoga kekal begini hingga sampai masa  dijemput Ilahi.

12 comments:

  1. best nya jumpa kwan kawan lama~

    ReplyDelete
  2. Rezeki di pertemukan lagi ye Che Mid. Alhamdulillah. Aina lahir tahun 1975.

    ReplyDelete
  3. Best nya dapat gathering dgn kawan skolah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dpertemukan kembali..lama jugak masanya boleh jjek balik kan dengan kuasa Allah

    ReplyDelete
  5. Re-Union setelah berpisah 35 tahun! tak dapat kakak bayangkan happeningnya CM..

    ReplyDelete
  6. Macam best jer ,macam best jer che mid menjejak kasih kekawan lama ye :)

    ReplyDelete
  7. Ay çok güzel fotoğraflar, harikasınız! :) selamlar Türkiye'den

    ReplyDelete
  8. salam akak...mmg best dpt jumpa kawan2 lama..

    ReplyDelete
  9. Segalanya mungkin... dunia di hujung jari.. tak macam dolu2 kena guna surat hehe.

    -dulu2 kalau ada gath sy malu nak gi sebab masa tu sy sorg je tak kawen2 lg ehehehe-

    ReplyDelete
  10. Makchaq yang baca ni pun tumpang seronok.. he he.. tie pakai cangkuk tu... kelakar tapi memang senang la kan... makchaq teka CM yg no 7 dari kanan.
    Makchaq ada akaun fb tapi jarang sangat bukak..

    ReplyDelete
  11. kalau tak salah CM yang no. 5 atau 7..

    ReplyDelete
  12. Bestnya kak jumpa kwn kwn lama. Tp klw sy segan la kak nak jumpa kwn kwn. Klw yg rapat boleh la.

    ReplyDelete