Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 7 January 2014

Deeja Pergi Zoo

Malam sebelum tidur abahnya cakap, " Khadeeja, tidur awal malam ni..esok kita nak pegi jalan." " Jalan mana abah?". Abahnya jawab " Surprise!!. Asal tanya je, abahnya akan jawab 'surprise!!'

Deeja punyalah suka bila sampai kat luar Zoo Negara. Memang pun hari-hari ajak ke zoo..akhirnya sampai jugak. Bayaran masuk RM30 dewasa dan kanak-kanak RM10. Kami sampai dalam waktu Zohor, cuaca agak panas tapi angin kuat..

Kami datang berempat je. Abang Faris dan Farhan tak ikut, ada hal. (Save duit tiket he he) Tapi Deeja kejap-kejap tanya, kenapa abang tak ikut? Macam rasa tak best pulak abang-abang tak ikut sekali. Si Faris pulak, tiba-tiba call ibu..Nak ikut!! Laaa..ibu ajak kata ada hal, ibu sampai kata nak ikut. Farhan pun sama, bila call tanya kat mana, ada binatang apa, adik Deeja macam mana?? Agaknya, walaupun cuma ke zoo, tapi bila dah namanya berjalan-jalan..rasa 'jeles' pun ada gak kan..walaupun dah besar panjang ha ha lebih-lebih nak tengok gelagat adik kecik sorang tu..

Binatang yang pertama Deeja nampak ialah gajah..kakak Farah dah tunjuk dari luar zoo lagi. Excited sangat sampai lalu depan zirafah..dah tak nampak zirafah..

Antara burung-brung yang ada..ayam tak nampak la pulak..

Eleh..macam tau-tau je...sesat ke Deeja?

Kami layan dia je lah hari ni ya..enjoy sakan Deeja...abah dan ibu kepenatan berjalan. Nasib baik kakak Farah ikut sekali.

Deeja memang berani sentuh binatang..kalau boleh semua binatang nak dipegangnya..

Paling takjub bila sampai kawasan ni..Harimau tu garang sungguh..tek henti bergerak ke hulu ke hilir..lapar ke atau nak mengawan?


Yang ni, betul-betul relax atas palang tu, tengok dia macam takde perasaan je..

Rehat di tengahari... rupanya rimau pun pandai tidur terbongkang dan telentang macam tuuu...

Bagi makan rumput...eh eh sebenarnya pokok ceri tu..


Mamat kat belakang tu takde kena mengena dengan kami k...

Awat mata kuda tu jadi merah bila tengok dalam gambar?  Kuda ke kuda kepang kaaaa..ha ha..

Deeja pandang kuda tu macam sayaaang sangat kan...cute!

Kakak Farah tu berani tapi geli he he..dia yang ajak Deeja bergambar dengan ular ..Deeja ok jee...ibu pegang kejap ular sawa tu..lembek le..geli!

Dalam akuarium banyak ikan besar.. Deeja suka ajuk mimik muka ikan-ikan. Deeja tanya, " Kenapa muka ikan tu..sedih je..nangis ke?" Deeja teruja tengok kura-kura gergasi, buaya dan binatang lain. Memang patut pun bawa anak ke zoo, dia boleh tengok real life animal dari di TV. Lepas tu boleh kaitkan pulak dengan siri Pada Zaman Dahulu bila tengok kancil, kungfu panda bila tengok panda dan lain-lain.

Deeja buli kakak, suruh akak dokong sana sini..penat la kakak! Si kakak pulak, sabo je le layan adik..macamana le Deeja tu tak manja sangat..

Saja je rebahkan badan..kelam kabut kakak dibuatnya

Ha, kan dah jatuh...Deeja gelak sakan, kakak malu-malu..orang ramai dok perati dai jauh..

Penat ronda-ronda, pakat makan aiskrim. 

Dah nak balik ni.. Deeja nampak keletihan tapi suka sangat..

Yang agak menyedihkan di Zoo Negara ialah keadaan surau/ musola yang tak terjaga. Harap-harap pembinaan yang dibuat disebelah surau tu ialah untuk buat 'proper surau' untuk pengunjung. Sekarang ni, bekas restoran mungkin KFC dijadikan surau sementara.

Kepenatan ke Zoo, Deeja mula meragam...masuk kereta terus tertidur. Bila sampai rumah, kejut dia bangun..menangis kuat-kuat. Bila tanya nape nangis, Deeja kata.." Nak pegi  LEGOLAND!!"


19 comments:

  1. Budak2 mmg seronok kak bila pg zoo ni...anak2 sy pun...gitu la...x larat nak layan kadang tu...

    Bangun2 mntk pg legoland? Adoiii tekujut sy baca...hik3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak tu muda lagi..CM ni dah nak pencen ooi..ndak tak ndak ikut kan je le. .

      Delete
  2. Last saya pergi masa anak saya umur 2 tahun kak.. Itupun rasa tak larat nak melangkah. sekarang nie kalau suruh, saya akan sewa basikal kot...hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana boleh bawak basikal..naik tren la..tapi memang penat, naik bukit turun bukit..

      Delete
  3. Replies
    1. Uitt..lebih-lebih lagi diapit oleh haiwan2 kan..ha ha

      Delete
  4. comel sgt tgk rimau terlentang tido...mcm kucing kat umah sy aje, huhu...
    jarang tau dpt peluang tengok rimau tido mcm tu. Untung deeja, kan deeja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid pun fes time tengok rimau tido macam tu..

      Delete
  5. che mid..mai lah bawak deeja datang zoo tepeng plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya memang nak ke Tepeng, tapi asek tak sempat je bila balik hantar kakak ke uitm penang..

      Delete
  6. budak2 mmg suka sgt dapat ke zoo…. puas hati deeja dapat berkenalan dgn semua haiwan2 tu :)
    ewah, next list Legoland pulak yer Deeja.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, deeja ingat dekat ke Legoland tu ish ish..

      Delete
  7. samalah che mid..zaman usia 30an dulu, ok jugakle bawa 2 abdul p zoo. masuk 4 series, aduhh, capek. tapi tempat itulah yg depa minat. ikutkan ajalah...

    ReplyDelete
  8. berani anak2 dara yg comel tu berposing dgn ular sawa

    ReplyDelete
  9. Amboi dah puas buli kakak mendukung, puas tengok binatang nak ke Legoland pulak ye..
    Meh lah sini Deeja. Legoland dekat aje dgn rumah makcik Zakie:)

    ReplyDelete
  10. manis2 anak dara CM..memang best jugak skali2 pegi zoo..last sura pegi akhir tahun 2012..

    ReplyDelete
  11. Seronok nya jalan2 di zoo..
    salam kenal Kak..sy follow sni #182..:)

    ReplyDelete
  12. alahaiiii beraninya pegang ular tu, kalau saya da menjerit2 dah..takottt

    ReplyDelete
  13. Baru ni sy pg zoo taiping kak. X la seluas zoo ngra. Tp rs cam zoo ngra ni dah x byk binatangkan.

    ReplyDelete