Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 2 April 2014

Waze, SMS, Whatsapp pada Abah

Lepas Maghrib, berkumpul di rumah mak. Che Mid janji nak bawa mak, abah, Cik Hanef dan Cik Siti ke Bukit Damansara untuk menghadiri majlis kenduri kesyukuran sedara mak yang baru lepas menjalani pembedahan. Mak dapat jemputan melalui sms, dan tempat kenduri bukan di rumah tapi di masjid. Kalau rumah tu, memang pernah pergi tapi masjid kawasan tu tak tau la pulak. Nama masjid tu Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Che Mid yang memandu, mak suruh abah duduk sebelah Che Mid, ..tunjuk jalan. Kalau nak tahu, abah ni jenis sangat pesimis, maklumlah dah umur 70an..malas dia nak jalan-jalan kalau tak betul-betul perlu. " Ni kalau abah, dah tak pergi dah..dah la tak tau tempat kat mana..malam pulak tu.  Mak kau la ni, sibuk sangat nak pergi jugak."

"Takpe abah, kita guna WAZE." Che Mid pun mula cari dalam waze di henfon . Tiba-tiba bunyi, Let's get started.. ha ha..abah dah mula cuak. Sambil memandu, Che Mid bagi tahu abah.." Abah tengok tanda anak panah ni..belok kiri ke kanan..." Abah jawab," Aaah, abah mana tau... dulu masa abah sekolah mana ada benda-benda ni.." Left right left right tau la..Nampak sangat dia tak nak ambik tahu pasal waze ke apa benda ke..atau dia tak berani nak ambik tau..

Bila suruh tengok papan tanda jalan pun dia kata tak nampak la..gelap la... sebenarnya memang dia tak nak fikir pun. Asek-asek cakap, kita pergi tempat lain la..makan sate la bla bla...ish ish kelakar pun ada, geram pun ada. Mujur trafik tak sesak malam tu. Muka mak semacam je...bengang kut tengok gelagat abah macam tu.

Abah dan yang lain-lain bukan main seronok berborak, Che Mid terkial-kial mencari tempat. Apa nak buat, penumpang dalam kerets semuanya warga emas..Si Waze ni pulak, mana tempat yang ada 'construction' atau lencongan mulalah gelabah, asek 'reconcile route', akhirnya kami terlajak sampai depan Istana Negara baru. Terpaksa reset Waze dan alhamdulillah sampai ke tempat dituju. Tetamu lain dah mula meninggalkan majlis...aduii..ingatkan boleh ikut sekali baca doa selamat.

Semasa di sana, mulalah Che Mid tangkap gambar. Sebelum bertolak balik, Che Mid teringat nak hantar gambar tu pada grup whatsapp adikberadik. Tunjuk lagi henfon pada abah, " Abah,.. gambar ni hantar sekali je, tapi ramai orang boleh tengok. Ini namanya WHATSAPP."

Abah jawab, " Alaaa..tu apa tu...SMS PUN TAK FAHAM-FAHAM, NI DAH WASAP PULAK." Aduii abah..abah...

Tu la dia, gelagat orang-orang tua dengan teknologi terkini. 

 



Sedang menjamah hidangan di masjid. Gambar belakang sebelah kanan tu lah Tuan Hj Jajuli, tuan rumah. Yang berbaju hitam tu Cikgu Basuni, tuan punya D Keningau Katering. Abah duduk berkemeja tangan pendek.



Isteri tuan rumah, ditengah..menggendong cucu. Hajjah Asmaramah. Suka sangat dia, kami datang juga ke majlisnya.


Balik dari Damansara, abah berkeras ajak minum. Kami lepak di kedai mamak sambil makan roti nan..sampai pukul 12 tengah malam. Nape..ingat orang muda je boleh lepak...atuk-atuk dan nenek-nenek pun mahu juga syakali-syakali..he he

P/s : Sesekali melayan mak dan abah...memang membahagiakan..Biarlah sesat barat pun takpe..Nampak abah bangga dengan Che Mid bila disebut pada tuan rumah, " Kalau tak pasal anak bawak..saya tak sampai sini.." sambil tangannya menunjuk Che Mid

22 comments:

  1. che mid..mak saya terbalik pulak. tak mahu ketinggalan. whatsapp lagi terror..haha, siap minta telefon canggih lagi...

    camnapun salute kat che mid bawa warga emas p ngeteh. bahagia bukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha baguslah tu, boleh buat gang... mak CM sampai la ni, tak pandai sebut pa system he he..

      Delete
  2. mak aiza tak pandai bab whatspp ini.. nak buat panggilan kelaur atau sms pun minta anak-anak tolong buatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha, mak CM pun sama gak. Abah langsung tak minat nak ambil tahu, emak le yang jadi sekretari..

      Delete
  3. waze?...macam gps lah ni yer... baru tau, nanti boleh cuba try...

    ReplyDelete
  4. Tengok tu tadi abah beriya2 kata mak yg nak pi sangat at last dia pulak sebut2 nama anak yg bawak dia... Che Mid org tua memang macam tukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, abah akak memang pandai berborak, tapi malas berjalan. Emak pula pantang diajak asek nak berjalan je, tapi tak berapa pandai bercerita..

      Delete
  5. CM beruntung masih ada abah..beruntung jugak abah CM ada anak macam Cm..Hargai orang tua selagi mereka masih ada..jeles ngan CM dapat berbakti dengan mereka..mak sura jauh dikampung..sekali sekala jer dapat menjenguk..Salam buat Abah CM..suka sura tengok dia masih sihat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..cuba sedikit sebanyak.. takkan sama dengan jasanya yang terlalu besar..

      Delete
  6. mak n ayah sy memang xnk amik tau psl wasap ke ape... hehe.. pakai hp pn nk yg biasa2 je.. pakai hp latest pon 2 ari je. pastu tukar blek hp lama.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kan..malas nak fikir-fikir..guna je yang ada, janji dapat call sudah..

      Delete
  7. Betul kak. Saya selalu seronok kalau jadi driver pada mak ayah, atau untuk nenek saya... Diorang suka bercerita...so sambil saya drive, saya seronok mendengar. Kejap2 saya offer singgah sana sini..makan itu ini... Bahagia...overloaded.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju banget!.. Akak pesan dengan anak-anak, kalau ibu abah suruh atau minta buat sesuatu jangan komplen atau tanya balik kenapa kita, bukan orang lain yang disuruh..kerana tentu ada sebab kenapa ibu abah minta pada kita. Dan ganjaran Allah bagi sangat besar..berbanggalah kerana Allah pilih kita untuk penuhi kehendak ibu abah.

      Delete
  8. Sekali sekala melepak tgh malam...hehe.,..Tak pernah pakai waze pon kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha...akak pun baru je ni..belajar-belajar he he

      Delete
  9. komen abah yg plg bawah tu betul2 buat kita bangga kan che mid

    ReplyDelete
  10. sama jugalah dengan mak saya che mid. Tak boleh bg tepon canggih, sebab tak reti guna, kena bagi tepon dulu-dulu yang senang nak picit butang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji boleh buat panggilan dan terima panggilan..sms pun belum tentu pandai tengok kan..he he..kita pun tua nanti entah teknologi macamana yang datang..pun haru jugak jadinya..

      Delete