Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 11 September 2014

Makan-makan Jumpa Kawan

Bismillah

Assalamualaikum kawan-kawan yang dirindui sekalian. Semua sihat dan ceria Insyaallah.

Oh, lewatnya tulis entri bulan ini. Macam biasa alasan sibuk tetap menjadi ulasan no 1. Alhamdulillah rezeki Yahanana Events tak putus-putus. Hampir setiap hujung minggu ada jemputan. Ditambah lagi, sekarang Che Mid sekeluarga sedang membuat persiapan untuk majlis walimatul urus Farhan pada 1 November ini. Jadi berganda-ganda sibuknya..Allah rasa mau fengshann!!

Ditambah lagi dengan acara kawan-kawan yang tak pernah berhenti dari lepas raya sampai dah nak ke raya Haji ni. Jom tengok!

5 September di KL Steamboat, Petaling Jaya. Berjimba dan makan-makan dengan geng sekolah rendah dari grup wasap.

Che Mid dan tuan rumah, Prof Khadijah Hj Hambali..kawan darjah satu tahun 1973..


Antara kawan-kawan yang hadir..lagi 2 tahun 5 series you!


My truly bff - posing menggoda gitu...dia tukang isi dan panggang..Che Mid tukang makan..laksa nyonya pun mabeles!


Yang bawa suami boleh le pegang suamikan..Che Abang I tak datang..kepenatan baru balik out station.


Dijah dan family yang super duper sporting..

Hero Malaya yang macho dan kekenyangan

Ahli keluarga Dijah pun ramai yang datang..

Santai dan ceria!!

Suka tengok gambar ni - semoga terus berkawan baik sampai bila-bila..no gaduh gaduh tau!

Sebelum bye bye pun bergambar lagi...

Itu kisah hari Jumaat 5 September. Kemudian pada 7 September kami berjumpa lagi di majlis walimatul urus anak kawan sekelas juga. Riuh rendah lagi dewan tu..


Tuan rumah majlis yang berserba merah

Ada yang tidak hadir masa ber steamboat tapi hadir hari tu. Dari kiri : Azmah Zakaria, Prof Khadijah, Siti Hajar, Roszana Asru, Mastura Ahmad dan Aina Habib



Dari kiri : Zailawati Taslim, Mardiana, Sa'anim dan suami serta Jaafar Suhaini. Mereka datang dah petang..jadi tak jumpa Che Mid (tak dan edit gambo..maaf le ye)

Dari kiri : Jamaliah Ardali, Prof Dijah, Maarifah Jamil dan Aina Habib




Ini Siti Hajar, datang bersama dua anak terunanya..pertama bertemu di majlis-majlis sebab Siti tinggal agak jauh. 



Dengan tuan rumah

Deeja jadi anak tumpang jap..Dayang dan suami datang dari KL. Deeja pun dah jadi besfren kawan-kawan ibu gak. Marah dia kalau ibu jumpa kawan-kawan tak bawa dia sekali.

Esok petang (Jumaat) Dayang ajak minum petang pula di rumahnya dan Sabtu Prof Dijah nak belanja minum petang lagi. Kali ni cendol dan soto ceker...aduii..makin gumuk la kami!!








9 comments:

  1. Jumpa kwn mmg xtvt yg sgt best. Mcm2 citer leh kongsi bsama kn..:)

    ReplyDelete
  2. wah bestnye jumpa kawan2 lama ye kak.sy pun tak sabar nak balik bkt kapar 20hb ni,buat pertama kalinye reunion bersama kawan2 sekolah rendah yg tak jumpa 27 thn.

    ReplyDelete
  3. Tak pe walaupun 2 tahun lagi masuk 5 series tetapi memasing nampak masih awet muda dan bergaya.... Yang penting Allah bagi kesihatan yg berpanjangankan CM....
    Kat mana KL steamboat tu CM?

    ReplyDelete
  4. Tentu banyak cerita lama yang dikongsikan.semoga persahabatan kekal selamanya.

    ReplyDelete
  5. Meriahnya kak. Mesti penuh dan padat jadual akak menjelang hujung tahun ni kan....

    ReplyDelete
  6. c Mid.msti best jmpa kwn lama kan? senyuman tk lekang dri bibir. I pun nk mcm you snyum slalu..baru sweet kan kan?

    ReplyDelete
  7. Meriahnya.

    Alhamdulillah...smoga makin bertambah murah rezeki.

    ReplyDelete
  8. Salam jumaat yer ! wah mmg happening sungguh lah CM

    ReplyDelete