Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 1 October 2014

Tersadai di Pasir Gudang

Sebaik habis program di rumah Tan Sri Rozali Ismail, Che Mid bergegas ke Pasir Gudang, Johor untuk hantar Farah ke Uitm Pasir Gudang sebab esoknya (Ahad) dah mula kelas. Untuk naik bas tak sempat sebab masa tu dah petang dan Uitm Pasir Gudang agak sunyi dan jauh ke dalam, untuk Farah cari teksi sorang-sorang tengah malam memang tak masuk akal.


Deeja dan kakak happy je travel sama-sama. Atuk nak jumpa sedara dan mak nenek nak soping ...

Kami dah tempah homestay, satu malam RM140.  Cadangnya balik nanti nak singgah ke Parit Yaani untuk ziarah sedara abah yang baru kematian isteri. Kalau sempat, mau juga singgah ke Air Hitam mencari-cari bunga pahar untuk kawen Ayan November ini. Plan punya lah santekk!



Sebelum bertolak, kereta dah siap cuci berkilat. Tapi dapat hadiah free di RnR Pagoh sebab letak kereta bawah pokok, di saat-saat burung layang-layang bertenggek untuk beradu. Kami redah jugalah dengan corak-corak abstrak tu..mujur dah tengah malam.


Hari Ahad tengahari,

Sebaik keluar dari Kolej Farah, kereta rasa lain macam..bergerak terhentak-hentak. Akhirnya, tiba je di simpang lampu isyarat, kereta terus mati enjin. Tepat pukul 12 tengahari.



Inilah rupanya kereta kami. Tersadai di tengah panas. Mati kutu jugak bila kereta rosak di tempat orang. Pada sapa nak minta tolong.. Tu yang warna kuning dan hijau tu tuala mandi lembab ha ha..saja je buat macam tu, dari jauh orang dah nampak ..tanda amaran dan jemur biar cepat kering!

Che Mid google worksyop di Pasir Gudang, Alhamdulillah, cepat dapat maklumbalas. Tapi kami terpaksa menunggu hampir 30 minit juga la. 

Mujur dalam kereta ada tikar piknik, mak nenek pulak bawa bekal dan buah-buahan. Maka berpiknik lah kami di tepi jalan bawah pokok nan rendang.. mak nenek ok je..abah atuk yang nampak risau. Maklumlah jauh di selatan tuu...dah janji dengan sedara nak makan tengahari di Parit Yaani..kesian kat tuan rumah tu menunggu kami.

Tow truck sampai, Dah agak dah, bila kereta 'luar' yang rosak..tentu kena paw kaw kaw... walaupun Che Abang hubungi kereta tunda melalui syarikat insurans, tapi dia tetap cuba belit supaya kami setuju ditunda ke KL. Hamboii! Ingat kita mau bayar you ratus-ratus kaaa...time-time macam ni, memang syiok ada hasben muka garang macam polis kih kih..

Kemudian, kereta ditunda dengan kami-kami sekali naik tow truck. Pertama kali merasa naik kereta tinggi terjongket. Panas terik takdak aircond...sabar je la banyak-banyak. 

Tauke bengkel di Serting kata alternator rosak, bateri kong langsung, Ganti alternator sekejap je, tapi recaj bateri kena tunggu 5 jam. Harga RM750... Che Abang google di Mudah.my cuma RM350.. Allahuakbar! Sah-sah kena paw.

Mujur sebelah bengkel tu ada restoran Melayu. Kami makan tengahari di situ. Lepas tu nak buat pulak..5 jam lagi tu. Kami cadang nak ke hotel berdekatan, boleh la nak solat atau baring-baring. Kesian atuk dan mak nenek. Cuba kereta tauke bengkel tu, tak dapat la pulak...takut kita bawak lari ke apa. Geram pun ada!

Ndak tak ndak, Che Mid, Deeja, Atuk dan mak nenek berjalan kaki ke hotel. Che Abang tinggal di bengkel. Kena lalu kaki lima kedai dan melintas jalan dalam 1/2 batu juga la. Sedih nak nangis tengok abah dan mak berjalan tengah panas. 

Sampai kaunter tetamu, staf kat situ kata bilik penuh. Allahuakbar! Cubaan sungguh. Terpaksa suruh staf tu panggilkan teksi untuk ke masjid. Kami naik teksi dan tiba di pintu pagar kecil tepi masjid. You know what? Pintu pagar berkunci!!...Kalau setakat Che Mid dan Deeja je, boleh tahan lagi. Tapi tak suka tengok mak ayah kita berjemur tengah panas ke sana ke mari... 

Alhamdulillah, Allah Maha Pengabul doa..tetiba Che Abang call kata kereta dah siap. Baru 2 jam lebih sikit. Terus kami bertolak balik sebab tauke tu pesan tak boleh matikan enjin. Takut mati terus kat tengah-tengah hiway. 

Terpaksa hubungi sedara abah untuk batalkan ziarah kami. Kami nak tiba di Klang sebelum hari gelap. 

Tu lah dia kisah kereta rosak di Johor. Dah dua kali kereta tu rosak. Dulu masa balik dari job di JB, tayar pancit di hiway dekat Ayer Keroh waktu maghrib. Ada entri pasal tu, yang ini pasal alternator pulak. 



Deeja sempat posing di kedai urut sebelah hotel sementara kami tunggu teksi.

Boleh matching kale tu kan..Deeja kata. " Tu adik Deeja".

Di RnR..abah jadi mangsa buli Deeja, Walaupun penat, si abah tetap layan si kecik..

Dah dulu ya..sibuk yang amat sekarang ni..anak bujang I dah nak nikah lepas raya Haji ni. Tak sempat blogwalking dan borak dengan teman maya..rinduuuuu!

12 comments:

  1. deeja ni yang dulunya ligat macam anak saya Arif tu kan Che Mid??

    Saya pun pernah kereta kena tarik, merasa gak naik tow truck tu, dengan emak dan ayah mertua ada sekali. Fahamlah bagaimana perasaan che mid, masa kejadian tengahari juga...huhu. Tak silap macam kat Johor juga, eh lupalah, peristiwa berlaku 13 tahun lepas, masa arwah bapa mertua saya masih ada.

    ReplyDelete
  2. Bila dah cukup masa, memang macam tu lah kak. Kalau battery, atau timing belt, kita boleh jangka dan buat persediaan. Tapi kalau alternator, memang langsung tak boleh jangka. Kasihannya atuk dan nenek.....

    ReplyDelete
  3. Rindu dgr celoteh2 che mid.. kesian kat sume2. Adalah hikmahnya tu. Mana tahu, mungkin nak dpt kereta baru kot! Anyway.. semoga semua urusan persiapan perkahwinan dipermudahkan.. aaminnn.. #nakmenolongdirisendiritaktertolong :)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah ada hikmahya tu kak..
    tiba2 nak jadi kan, mana kite tau...

    ReplyDelete
  5. Kesiannya che mid...semoga ceria selalu ye..

    ReplyDelete
  6. Siannya kak mid & family. Dugaan betul lah.

    ReplyDelete
  7. Tapi jgn serik pulak ke Johor ye CM

    Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kakak..

    ReplyDelete
  8. Siannya Che Mid...
    Betul bagai dikata Kak Zakie.. jgn plak serik dtg Johor.

    ReplyDelete
  9. Trafic light tu mesti tak dapat Che Mid lupakan kan kan..

    ReplyDelete
  10. Syoknya piknik kak. Dah lama sgt x piknik ni.

    ReplyDelete
  11. senengnya bisa berkumpul bareng keluarga terus...Obat Gagal Ginjal

    ReplyDelete