Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday 24 May 2015

Suspense..Simple Yet Special

Assalamualaikum semua

Che Mid nak kongsi satu rahsia ni. Sebenarnya sepanjang hampir 3 tahun mengujudkan Yahanana Events bermacam-macam pengalaman kami dah tempuh. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Cuma dalam  hati terdetik juga, " Satu hari nanti akan ada masanya Allah beri cabaran yang menduga kesabaran kami". Tapi Che Mid selalu berdoa supaya apa pun terjadi, majlis orang tetap berjalan seperti yang dirancang. Biar kita susah, tapi pelanggan tetap happy!

Akhirnya masa yang TAK ditunggu-tunggu pun tiba...saspen kannn..meh baca..

Kami dapat job untuk menyediakan emcee dan sistem PA dengan  Kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah yang akan berqasidah. Tempat di Taman Rimba Kiara TTDI berkonsepkan 'Garden Wedding' Yang menghubungi kami ialah adik lelaki pengantin. 

Dari sebelah siang hari majlis, Che Mid dan adik pengantin dah berhubung. Dia kata di sana dah mula hujan, jadi persiapan agak lewat. Perbincangan di telefon berlangsug beberapa kali.  Kebetulan pihak sekolah juga menempah sistem PA kami untuk 3 hari berturut-turut jadi Ijam dan Farhan berbagi tugasan. Untuk job ini, kami menggunakan set PA sistem yang kedua.

Masa bertolak pukul 5 petang, hujan lebat pulak di rumah. Farhan kelam kabut mengisi barang dalam kereta. Lewat sikit tapi Hazman kata tak mengapa sebab di sana pun hujan. 15 minit bertolak, Farhan kata, " Rasanya ada barang tertinggal ni.." Allah..dah mula dah..." Apa dia?" Farhan kata kabel untuk sambung dari punca letrik utama (power point). Che Mid kata jangan ambik risiko sebab majlis di tempat terbuka, bukan di dewan atau rumah memang punca letrik tak tau berapa jauh. Terpaksa kami buat pusingan U dan balik ke rumah untuk ambil kabel. 

Dalam kereta Farhan kata kunci rumah dia ada pada Epa (wife Ayan) dan Epa ada di rumah arwah maknya. Hmmm...masa berjalan, hujan pulak..Farhan kena cepat. Apa kami buat, Farhan tinggal kereta di rumah Che Mid dan balik ke rumahnya naik motor. Cepat sikit katanya. Che Mid pulak bawa kereta di stesen minyak tepi jalan dan tunggu dia di situ sebab Ijam pesan suruh beli bateri untuk mikrofon yang baru dibelinya.

Che Mid whatsapp pada Hamzan si tuan rumah supaya tak tunggu kami. Takut-takut dia pun nak bersiap kan..

Kami tiba di Taman Rimba Kiara sebelum pukul 7 malam. Lewat satu jam. 



Begini keadaan khemah. Basah dan belum siap lagi. Kakitangan Katering dan khemah bertungkus lumus mengejar masa untuk siapkan semuanya menjelang 8.30 malam. Mujur bawah khemah tu bersimen, itu pun kata Hazman pada siang tu, mereka terpaksa sauk air keluar dari khemah.

Rupanya tempat untuk kami dan qasidah ialah di pentas terbuka, tiada bumbung langsung. Mulanya kami cuba bersetuju untuk ok je tapi bila gerimis mula turun, tiada pilihan..terpaksa beralih tempat ke bawah khemah. Hiasan tanglung dan lilin di pokok-pokok tepi pentas cuma tinggal hiasan..tapi suasana memang sangat romantik dan syahdu sangat. Pandai sungguh mereka rancang majlis ni. Cuma cuaca tidak menyebelahi. 

Farhan set PA sistem seperti biasa. Speaker ok..alhamdulillah, lagu-lagu dah boleh pasang. Tapi mikrofon tak boleh on..Allah..masa tu hujan semakin lebat. Terpaksa tutup speaker dengan plastik hitam untuk elak dari basah. Maklumlah alatan seperti ini sangat sensitif pada air. Satu mikrofon saja yang boleh digunakan sedangkan qasidah perlukan 4 mikrofon. Rupanya pin kabel mikrofon yang baru tu tak compatible dengan extension power points yang ada. Ijam asek-asek call tanya macamana ok ke. Akhirnya Ijam buat keputusan untuk datang beri bantuan.  Mujur hujan turun, sebab dengan sendirinya majlis bermula lewat. Tetamu pun tiba lewat...blessings in disguise. 


Bila kumpulan qasidah tiba, terpaksa kami beritahu yang mikrofon tak cukup. Mujur Ustaz Ashraf kata takpe dia ada bawa mikrofon sendiri sebab kebetulan siang tu ada jemputan. Alhamdulillah syukur. Inilah bagusnya bila bekerja dengan orang yang dah biasa. Tolong menolong dan 'cover meng cover' he he.. Sementara tunggu mikrofon siap, Che Mid dan Farah membuka majlis dan buat persembahan pembukaan. 

Tiba-tiba Farhan pulak kata, tangan dia tak boleh sentuh sebarang punca kabel. Ada 'current'..Allah..satu lagi masalah timbul. Che Mid dah cuak tapi cuba buat 'cool' je dan teruskan majlis. Bila Ijam sampai baru lega hati kami. Dia memang jadi 'trouble shooter' sungguh. Rupanya ada 'power point' pada monitor speaker yang terdedah dan dimasuki air hujan. Akhirnya masalah selesai dan persembahan qasidah dapat diadakan dengan baik. 







Inilah dia pasangan pengantin - Imran & Nabilah





Tengok latar belakang..sunyi dan romantik.. Fully Islamic concept garden wedding..



Ada muka stres ke?  Takkan..he he..begitulah kami..problem ke apa ke..hanya kami yang tahu. Pelanggan tetap nombor satu..yang penting majlis berjalan seperti dirancang. 

Ini dia Hamzan dan keluarga yang jemput Yahanana Events. Sebelum majlis dia kata, " Tak sabar nak dengar Che Mid buat persembahan..macam menarik je ada emcee yang boleh berselawat sekali" Akhir majlis dia kata, " Tadi ada yang tanya Che Mid dari mana..nanti saya rekemen!" Alhamdulillah. 

Kumpulan Qasidah terpaksa duduk atas kerusi, tak jadi duduk atas pentas yang dah basah kuyup..alhamdulillah. Persembahan tetap mantap!!


Ustaz Ashraf dan anak buahnya. Sesiapa yang nak tempah kumpulan Qasidah, memang kena tempah awal-awal ya...kalau tak gigit jari le..

Majlis berakhir menjelang 11 malam. Kagum dengan adik-adik pengantin yang nampak sungguh rapat dan saling bekerjasama mengendalikan majlis. Ketiadaan ayah dan ibu yang tidak berapa sihat tidak mengurangkan kemeriahan majlis. Semoga abang tersayang berbahagia melayari rumahtangga hingga ke jannah. 

10 comments:

  1. alhamdulilah walaupun bagai2 dugaan tetap berjalan lancar....

    ReplyDelete
  2. Nasib baik che Mid dan kumpulan dah 'pro'... masih coollll lagi walau pun berada dalam keadaan yg sedikit mencemaskan ye... Sayang, majlis cantik tapi agak terbatas kerana cuaca. tentu ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  3. Singgah blogwalking :)


    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. cantiknya tempat depa wat garden wedding tu che mid...tenang sajakan suasananya..
    banyak pengalaman..senang nak handle kan che mid.yg penting, cool jangan gelabah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, apa pun nampak majlis begitu meriah dan cantik sekali..

    ReplyDelete
  6. Syukurlah CM. Kalau ada gandingan kerjasama apa pun cantik pengakhirannya..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..semua berjalan lancar....kalau kita ikhlas memberi.... Allah akan bantu

    ReplyDelete
  8. Biasalah tu CM.....Hidup mmg tak sunyi dpd dugaan. Kira oklah tu....
    pandai gak CM handle. Kalau okje sure dah panik tu. Betullah .....nampak syahdu suasana belakang tu, warna kanopi tu pun cantik.....

    ReplyDelete