Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 25 August 2015

Abah Sakit - Mimpi Orang Berjubah Putih

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger sekalian

Kita sambung terus dari entri lepas..

Selepas abah di rawat oleh Doktor Singh dari Rawang, jadual dan cara makan abah berubah terus. Cuma boleh makan bubur nasi semata-mata, campur kentang dan lobak sahaja. Ubat dari pagi hingga ke malam kena pantau betul-betul. Ada yang khas untuk malam, dan ada yang khas untuk pagi je. Mak pun naik pening..kami anak-anak sentiasa jenguk mak abah dan 'jaga' (bebel) supaya abah jangan minum air selain dari milo kosong dan air kosong.  Memang abah terkesan sangat dengan diet ni. Sentiasa cepat lapar dan haus..tapi cuma makan sejenis makanan tu je berulang-ulang. Badan abah semakin lemah dan kurus tak berdaya. Terpaksa juga akur arahan doktor sementara menunggu temu janji seterusnya.

Tetapi episod sesak nafas abah masih galak. Datang dan pergi tak tentu masa, walaupun abah makan ubat, walaupun dah makan bubur. Kami semua sangat risaukan abah. Cakapnya jadi kurang jelas. Ingatan dan tumpuan abah semakin celaru.

Tanda sesak nafas abah akan ketara bila abah mula sedu dan sendawa tak henti-henti. Sampai satu tahap tu abah tarik nafas tapi tak lepas. Masa tu kalau abah akan bergerak tak tentu arah atau menumbuk dadanya dengan hingga dapat lepaskan nafas semula. Che Mid tak pernah berhadapan keadaan abah macam tu.

Pernah sekali Che Mid dapat call dari mak. Mak cakap perlahan je, " Abah kena sesak nafas lagi". Che Mid terus bergegas ke rumah mak. Jari pantas je taip WA dalam grup family. Tulis huruf besar " ABAH KENA ATTACK LAGI!!". ( Masa tu abah baru discaj dari hospital dan berehat di rumah adik Nor. Tapi petang tu abah beria nak balik rumah sendiri. Tak lama sampai rumah, abah kena sesak nafas..). Rasanya kalau ada sayap memang kami dah terbang ke rumah abah. Sampai sana tanya mak mana ubat abah, mak kata takde tertinggal rumah Nor. Che Mid berlari ke rumah Nor (di lorong sebelah rumah mak). Sampai sana nampak Nor dan suami kelam kabut nak ke rumah abah. Memang kalut sungguh...Allah..

Ada suatu petang, dalam pukul 6.30 macam tu. Abah datang rumah Che Mid. Kat rumah tengah dicat dapurnya, jadi abah datang untuk mengelak tersedut bau cat. Che Mid tengah sibuk di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa. Sambil tu panaskan air panas untuk buatkan air abah. Mula-mula abah duduk di sofa, kemudian abah keluar rumah. Panas katanya. Che Mid pulak kalut kat dapur sorang-sorang. Deeja temankan atuk di luar. Tiba-tiba abah kelam kabut masuk ke dapur. " Bagi air panas..air panas...abah tak boleh nafas ni.." Che  Mid terus tuang air dalam cawan dan tambah sikit air sejuk. Abah minum sampai 3 cawan berturut..baru lega. Allah, Che Mid rasa menyesal sangat masa tu tak ikut abah keluar tadi. Kenapa aku tak matikan je api dapur dan layan abah je tadiii..kalau abah tumbang ke pengsan ke macamana???

Hari minggu beberapa hari sebelum raya. Abah sendawa teruk. Grup WA family dah riuh rendah semula, masing-masing melapor tentang status abah. Imi, Achik dan Ain ada di rumah abah masa tu. Che Mid di rumah sendiri memasak untuk bekal Faris balik asrama. Mak takde di rumah, keluar dengan Nor dan Rashid. Abah mula sesak nafas lagi. Imi mengurut dada abah. Tak boleh tunggu lama lagi. Ain pandu kereta Myvinya ke Rawang. Abah duduk depan supaya senang Imi urut abah dari seat belakang. Achik pun ikut jugak. Mak, Nor dan Rashid memecut terus ke Klinik pakar di Rawang. Jumpa kat sana terus. 

Dalam perjalanan abah semakin teruk. Ain buat keputusan pusing balik ke klinik kerajaan yang pernah abah pergi hari tu. Masuk saja ke bilik kecemasan, abah mintak ubat yang dulu. Kelam kabut juga keadaan sebab MA yang bertugas tak sama dengan yang merawat abah. Nasib baik ada staf hospital yang iring abah naik ambulan temphari. Dia ingat ubat apa yang diberi pada abah. 

Selepas abah dapat ubat, mereka terus bawa abah ke Rawang..doktor Singh tu dah standby tunggu abah. Ain pasang 'hazard light' sambil mulutnya zikir Ya Allah Ya Allah...Masuk ke pekan Rawang, bertemu dengan kereta Rashid. Rashid pula 'lead' pasang hon dan hazard light juga. Ain dah buka tingkap..keluarkan tangan minta laluan pada kenderaan lain. Allah..kami yang di rumah ni..dah nak kelaur air mata baca WA perkembangan abah... Che Mid dan suami ikut ke Rawang dan Adik pun ikut juga dengan Khairul. Selagi tak nampak abah depan mata, satu apa pun tak boleh buat.


Alhamdulilah, sampai je klinik, Doktor Singh terus rawat abah. Disuruh abah buat eksesais nafas...lama-lama abah semakin tenang dan sesak nafas juga berhenti. Abah diberi suntikan dan kena 'ceramah' kaw-kaw oleh doktor. Doktor kata tentu ada yang abah langgar pantang makan sampai abah teruk balik...

Ain (kiri) dan Nana yang bongsu. Ain la yang pandu kereta di saat kritikal abah. Bukan dekat Meru ke Rawang .  Che Mid risau kan Ain sebab dia tu kalut sikit, cepat gelabah..tapi Alhamdulillah nasib baik tak ada perkara buruk berlaku.






Abah..sehari lepas kena sesak nafas teruk. Che Mid suruh dia try baju raya..kasi motivasi sikit..

Selepas insiden itu, abah semakin sihat tapi badannya masih lemah sangat. Abah selalu mimpi pelik-pelik. Ada orang pakai jubah putih datang jumpa abah. Ajak abah ikut dia tapi abah tak mahu. Kemudian, dalam masa yang lain, abah mimpi kawan baiknya yang dah lama meninggal berjumpa abah dan ajak abah pusing-pusing keliling naik vespa

Ada sekali tu, abah mimpi ada jiran sekampung meninggal. Bangun-bangun tidur terus bagi tau mak, sianu tu meninggal la semalam padahal orang tu sihat walafiat lagi.

Mimpi-mimpi tu semua buat kami tambah 'risau'. Hinggakan mak tanya doktor, " Boleh habis nyawa ke doktor?"

Tidur malam kami memang tak lena. Hp adalah perkara pertama tengok bila bangun tidur, takut ada call atau WA tentang abah. 

Ada satu kejadian yang buat kami sangat-sangat susah hati, tapi biar Che Mid simpan untuk entri senterusnya. Ada appoinmen kejap lagi di Shah Alam.

Illalliqa'...ma'assalamah




12 comments:

  1. tengok syok baca ..sambung pulak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa..ingatkan dah terlalu panjang..break jap..

      Delete
  2. yalah cik mid tengah2 syok baca,bersambung pulak...suspen juga ..apa seterusnya...

    ReplyDelete
  3. Ala akk ni. Ada sambungan pulak. Cepat la cerita.

    ReplyDelete
  4. Takper...saya sabar menunggu. Rasanya ada diagnosis lain yer kak?

    ReplyDelete
  5. Berdebar2 baca entri Che Mid. Tak sabar nak tunggu next entri.

    ReplyDelete
  6. Moga abah berada dalam keadaan kuat dalam menjalani rutin harian.
    Tengah sedap baca mesti ada part kena hold dulu.. tapi sebab dah faham rentak Che Mid mengarang, jadinya takdelah alahhhhh sangat.. ;)

    ReplyDelete