Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 23 October 2015

Ikan Parang Lada Hitam dan Udang Goreng Tepung

Assalamualaikum wbrk sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian.

Insyaallah, nanti Che Mid sambung kisah sentimental dulu-dulu, tapi hari ni nak tunjuk satu resepi nostalgia dalam pantang. Resepi ni dimasak khas oleh Cik Leha, arwah dah..untuk Che Mid masa dalam pantang Farhan dulu. Maknanya dah 24 tahun lebih dah. Sejak dari tu, Che Mid pernah masak sekali je, sebab che abang tak berapa minat ikan parang.

Bagi orang Jawa dan kebanyakan orang juga, rasanya makan dalam pantang adalah yang berebus dan berpanggang sajakan. Seboleh-bolehnya, tiada minyak dan tiada santan. Tapi yang ini ada santan. Hmm..memang resepi keturunan dia (asal orang Pahang)  atau memang resepi dia saja kut he he..Ok jom tengok resepinya dulu.


Gambar copy dari goggle.  Ikan parang

Bahan-bahannya :

3 potong ikan parang ( 1/2 ekor saiz biasa )
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 sudu lada hitam
4 biji cili padi ( saja Che Mid tambah sbb I bukan dalam pantang ha ha)
1 inci kunyit hidup (kunyit serbuk pun ok je)
1 inci halia diketuk
1 batang serai diketuk
1 cawan santan pekat atau 1/2 kotak 250ml santan
sedikit air
sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam

Cara membuatnya :

Tumbuk bawang bawangan, kunyit dan lada hitam.
Goreng ikan sekejap dan asingkan.
Tumis dalam minyak panas dan kacau hingga agak kering (jangan sampai hangus)
Masuk serai dan halia
Masukkan air dan santan pekat
Bila agak mendidih, masukkan ikan
Perasakan dengan air asam dan garam
Siap




Inilah rupa ikan parang lada hitam. ( Nama resepi ni pun kita reka sendiri sebab arwah makcik tak pulak bagi tau...)

Bila makan dengan nasi panas, mesti ada rasa berbahang kat tekak dan badan disebabkan kepanasan lada hitam. Mau berpeluh-peluh makan ni...

Satu lagi resepi nostalgia dari mak Che Mid nak share hari ni ...guna udang pulak. Dah sah-sah orang dalam pantang tak boleh makan. Jangan nak nerai-nerai pulak..he he..alamat gatal tak bertempat kang..

En goggle punya udang comel-comel je..ada rezeki di pasar, boleh dapat longgok-longgok boleh le goreng tepung

Resepi Udang Goreng Tepung ( maaf le takde sukatan, main masuk je..)

Udang kertas yang comel-comel je..buang kepala dan ekor
Tepung gandum
Lada putih serbuk
Garam
Kunyit serbuk

Campurkan semua bahan, tepung tu agak-agak menutupi semua udang sahaja ya..tak payah terendam macam buat pisang pulak. Sekadar melekatkan udang-udang tu je.

Kemudian goreng dan bentukkan sesuka hati kita le.  Makan time boleh cicah dengan sos kalau suka. Makan gitu je pun ok. Sebaik-baiknya masa nak makan baru goreng, terasa rangup tepung dan kulit udang tadi. 

Inilah dia rupa udang goreng tepung Che Mid

Selamat mencuba!! 

18 comments:

  1. Panas-panas lada hitam sedap che mid... mmg itulah makanannya org dlm pantang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas makan terasa panas satu badan... terbako lemak he he

      Delete
  2. WALAU XBERPANTANG SEDAP JUGA LAUK DIMASAK GINI MKN NASI PANAS2 SEDAPTU....DITAMBAH DGN UDANG CELUP TEPONG ..TERLIUR DIBUATNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak..cuma ikan parang ni jarang sangat makan. Banyak tulang he he

      Delete
  3. che Mid. ikan parang kan bnyk tulang..mcm mana tu .nak makan dlm keadaan selesa.tk payah nk buang tlang setiap suapan.cer citer cer citer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itu lah pun tujuannya, membuang masa utk tengok tulang, jadi tak banyak makan nasi ha ha..cepat kuyusss..

      Delete
  4. salam chemid
    belum pernah masak ikan parang mcm ni
    biasa ikan parang ambik isi ja
    boleh lah try resepi chemid nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kali ni kena cuba buat macam ni..sedappp..

      Delete
  5. saya pun tak makan ikan parang cik mid....hihiii takut tercekik tulang...boleh ganti ikan lain kan ikut resepi cik mid ni?.zaman berpantang bersalin dah berlalu bolehlah masak untuk makan tengahhari ni sedap juga ...nak2 dengan nasi panas boleh bertambah2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan nak cuba guna ikan patin, tentu lagi sedap kut..

      Delete
  6. Kak Zai rasa tentu sedap sebab ada lada hitam dan cili. Rasa lemak dan pedas.

    Kalau ikan parang kak zai suka masak lemak chili api atau asam rebus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss...asam rebus, lagi satu resepi orang berpantang..

      Delete
  7. Assalam CM tersayang. Sihat hendaknya ya... Saya suka makan ikan parang kak. Masa pregnant sampai mengidam nk makan ikan parang goreng garing dengan telurnya. Alhamdulillah tercapai. Sekarang kalau pergi tepi laut, pasti saya beli kalau ada yg baru naik. Masak asam pedas sedap juga. Ayah saya selalu kalai beli, dia tunggu saya balik masakkan asam pedas utk dia.

    Kak, Jawa PD ni mmg lainlah kan. Kitorang kat sini lauk dlm pantang jenis bergoreng. Ikan horeng dengan sambal lada hitam. Itulah mkn hari2. Rebus2 tak boleh sbb air banyak katanya. Tpdulua dulu langgar daulat. Mula2 ikut juga tp x sesuai dgn badan. Sampai sembelit berdarah, siksa sungguh. Lepas tu saya tukar ke corak pemakanan sihat seperti saranan kementerian kesihatan. Ceh...hehehe. Tp barulah saya sihat lepas tu.

    Nnt kalau masak lauk tu, saya share pula yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam darling...

      oops..memang tak pernah cuba makan dengan lada hitam time berpantang.

      Ok, nanti share pulak..masak asam pedas ikan parang spesel kesukaan ayah Aziela he he

      Delete
  8. salam kak..
    alahai.. sedapnya lah ikan parang lada hitam tu.. mcm tak pernah mkn masak camtu...
    nak kena cuba nti.. hehe

    ReplyDelete
  9. Masak org pantang ke tu CM....mcm tak caya pulak.....Kalau cenggitu punya masak mmg berselera sungguhlah jawabnya hihi.....
    Ohhh udang tu pun.....masyaallah terliur mak

    ReplyDelete
  10. sedapnya.. nengok petang oetang ni lapor la pulakk.hikhiks

    ReplyDelete