Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 29 December 2015

Yahanana Events di Restoran Zam-zam

Assalamualaikum kawan-kawan blogger semua.. apa habaq? Alhamdulillah sihat-sihat belaka nampaknya ya..

Hari ini nak cerita tentang show kami di Restoran Zam-zam Arabic Food, Shah Alam pada 5 Disember 2015 yang lalu. Pakej Yahanana Events ialah PA Sistem, Emcee dan Nasyid. Majlis resepsi untuk Amiir dan Ika.

Pada hari Rabu sebelum majlis, telah diadakan raptai di Restoran Zam-zam. Ibu bapa, pengantin dan sedara mara yang terlibat turut hadir.


Macam serius je kan.. memanglah kena serius, untuk pastikan semua faham tugas masing-masing.  Pengantin ada sekali kat situ, tapi Che Mid tak kenal yang mana satu he he.. melampau kan I.. ya lah, sebab pengantin sangat-sangati sempoi dan simple.


Pengantin dah duduk atas pelamin..pakai jeans je..

Akif dan Farhan pun ikut sekali untuk raptai Solawat pengantin


Sambung bincang di meja makan. Syyh..! Jangan kacau..


Lepas tu tuan rumah belanja makan 


6hb Disember 2015, hari yang dinanti-nanti pun tiba. Pukul 9.30 pagi ada antara kami dah tiba di Restoran Zam-zam.


Set up dan sound check pukul 10.00 pagi. Masing-masing pakai baju biasa je dulu. 


Deejay Ray pun ikut kami hari ini menggantikan Ijam yang ada urusan di tempat lain. Testing..testing. Untuk info, lay out Dewan di Zam-zam Restoran ini agak pelik, berbentuk L. Jadi agak mencabar untuk memastikan semua tetamu mendengar kami dengan jelas tanpa rasa bingit. 

Che Mid dah siap. Tema majlis ialah Moroccan Striking.. jadi Che Mid pakai baju meghah mak ngah campur hitam. Shawl panjang cuma di pin atas kepala dan biarkan terurai di belakang. Alhamdulillah, Puan Nik Shamsiah, ibu pengantin lelaki sangat suka. " You look gorgeous", katanya. 

Ittihad juga memilih untuk berjubah warna terang. Memulakan majlis dengan lagu UNIC - Doa Dhuha. Di dalam dewan, tetamu dihiburkan oleh Ittihad, manakala di luar dewan, kumpulan Gamelan Warisan juga membuat persembahan. 

Faris pun ada, back up crew. 

Bapa pengantin lelaki sedang memberi ucapan. Sebelum itu beliau juga yang membacakan doa selamat atas permintaan isterinya. Bagi Puan Shamsiah, tiada yang lebih afdhal mendoakan pengantin kecuali bapa sendiri. 


Pengantin perempuan berasal dari Pekanbaru, Indonesia. Jadi rombongan pengantin didatangkan khas dari sana. Lihatlah pakaian tradisi mereka..


Bergambar dengan saudara mara pengantin lelaki. Yang kiri gambar aalah En Faizal, Floor Manager yang banyak membantu Che Mid melancarkan perjalanan aturcara majlis.


Yang tengah tu Puan Shamsiah, emak pengantin lelaki dan tuan rumah. Sangat berbudi pekerti tinggi.  Setinggi-tinggi penghargaan untuk Puan Nik Shamsiah yang sudi menghubungi kami dan seterusnya menempah kami awal-awal lagi, walaupun tidak pernah melihat kami sebelum ini.




Dhirar dan Akif Ittihad

Farhan dan Shafik Ittihad 

Terus menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu kerohanian menggunakan minus one dan accapella hingga jam 3.30 petang.

Pengacara majlis

Terbaik!!

Team Yahanana Events 

Untuk tempahan PA Sistem, Emcee/Deejay, Nasyid, Qasidah. Kompang, Marhaban dan Fotografer..sila hubungi Che Mid di 013-3672459. Boleh layari fb Yahanana Events juga untuk tengok info-info menarik. 

13 comments:

  1. Tahniah che mid. Moga terus success

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru 2016 kak...moga tahun 2016 memberi 1001 keberkatan dan rahmat pada kite sekeluarga.....amin

    ReplyDelete
  3. Syabas CM! terpaegun kakak tengok
    Menarik, bertambah mantop:)

    ReplyDelete
  4. Yes.. u look so gorgeous in red colour dress Che Mid.

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru 2016 che mid..
    Meriah.. semoga terus suksess che mid..

    ReplyDelete
  6. tahniah kak!baju cantekkk!hihihi

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baru...
    Bestnya ada persembahan macam ni kat majlis kahwin.. kalau di sabah ni, asek karaoke je..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..nmpk meriah sgt2 mjlis...

    tqsm kak..krn sudi memberi sokongan n kekuatan pd lya..hanya Allah SWT mampu membalasnya..

    ReplyDelete
  9. Selendang yg atas itu pakai ala2 viel ye che mid...

    ReplyDelete
  10. Wahhh...Bergaya Morocco betul mak pengantinnya....berturban...
    Seronok mak pengantin tengok DJ ikut tema tau CM hihi ...mmg sporting!

    ReplyDelete
  11. Cantik Che Mid berbaju merah gitu.. ;)
    Cantik juga dekorasi dalam dewan tu.

    ReplyDelete