Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Saturday, 20 August 2016

Mak, Doakan Saya..


Anak Yang Soleh;

"Ibu bapalah yang melahirkan dan menjaga kepada kamu, lebih baik kamu bertanyakan khabar mereka hari-hari. Seseorang berkata, "Eh, hari-hari?" Ya, sepertimana kamu hari-hari mesej dengan kawan-kawan, sahabat-sahabat dan isteri-isteri mu. Mesej lah ibu bapa kamu juga."

"Nak ke mana-mana hantarlah mesej kepada ibu bapa mu. "Saya di restoran", "Saya di office". Kenapa tak nak buat dengan ibu bapa kamu macam ni?" Mak, saya nak pergi kerja, doakan saya". Tak perlu call, mesej sahaja. Kalau mereka tiada handphone, belikanlah untuk mereka macam handphone isterimu. Buat untuknya whatsapp."

"Supaya apa? Supaya hari-hari boleh mintak doa dari ibumu. Barakah! Barakah! Ulama kata, orang yang ibu bapanya masih hidup tak perlu dia mintak doa daripada sesiapa pun. Tidak perlu. Malaikat Allah berkata kepada anak Adam yang ibu bapanya masih hidup."

""Wahai anak Adam, jalanlah sahaja. Maka sesungguhnya Allah memeliharamu dengan barakah doa ibu bapamu." Tetapi apabila ibu bapamu sudah meninggal, para malaikat berkata kepadamu; "Wahai anak Adam, berusahalah sungguh-sungguh. Buat kebaikan dan mintalah doa daripada orang-orang soleh dan para ulama."

"Maka sesungguhnya pintu doamu sudah tertutup. Maka buatlah pintu yang lain." Maknanya apabila seseorang hendak keluar daripada rumahnya, bermusafir atau pergi kerja. Telefon ibumu. "Mak doakan saya."

Saya nampak Habib Umar hari-hari sebelum dia buat apa-apa selepas Qiammulail, solat Subuh, Wirdul Latif kalau dia musafir dia akan call ibunya."

"Hari-hari call ibu dia. "Sihat? Apa khabar? Doakan saya, saya di tempat sekian." Lebih daripada isteri-isterinya.

Ibu bapa barakah! Doa mereka makbul. Dan ulama kata, kalau seseorang ibu bapanya masih hidup, dia masih kecil walaupun umurnya sudah seratus tahun. Saya pernah dalam satu kelas dengan Habib Masyhur."

"Habib Masyhur adalah abang kepada Habib Umar yang berumur tujuh puluh tahun keatas dan ketika itu ibunya masih hidup. Suatu hari kami sedang belajar dengan beliau, kitab Fiqih.
Dia berkata; "Tahukah kamu sebenarnya saya masih kecil. Walaupun saya sudah berumur tetapi hakikatnya saya masih kecil. Selagi ibu saya hidup, saya masih kecil." Benar, apabila dia duduk dengan ibunya, Subhanallah."

"Memang macam kanak-kanak, cium tangan, cium lutut dan kaki ibunya. Duduk macam kanak-kanak dengan ibunya. Barakah! Pintu syurga di bawah kaki ibu. Doa ibu makbul. Tiada hijab antara doanya dengan Allah سبحانه وتعالى. Ambillah peluang! Bagi orang yang ibu bapanya masih hidup, pintu syurga di sisi mereka. Rahmat Allah di sisi mereka! Pintu rezeki zahir dan batin di sisi mereka!"

"Sebelum pergi mana-mana kalau malu nak call, hantarlah mesej. "Ibu tolong doakan saya, saya nak pergi kerja", "Ibu tolong doakan saya, saya di sini", "Ibu, Alhamdulillah saya sudah balik daripada kerja" Kita buat dengan isteri kita macam ni. Pergi restoran hantar mesej. Pergi kerja hantar mesej. "Sudah makan ke?", "Makan apa?", "Tengah buat apa?" tetapi ibu bapa kita lupakan. Tak bolehlah macam ni."

"Macam mana yang kamu buat dengan isterimu, buatlah dengan ibumu. Barakah! Allah سبحانه وتعالى memeliharamu dengan barakah ibu bapamu. Kepada yang ibu bapa masih hidup, semoga Allah panjangkan umur mereka Insya Allah."

"Semoga Allah سبحانه وتعالى berikan kesihatan dan keafiatan kepada mereka. Kepada ibu bapa yang sudah meninggal, semoga Allah سبحانه وتعالى, jadikan roh-roh mereka bersama para syuhada, siddiqin dan ariffin. Amin. Insya Allah."

Daripada Sheikh Abdullah Al-Jahaf

Gambar hiasan

5 comments:

  1. ASSALAM...ANAK SOLEH SENTIASA INGATKAN IBUBAPANYA..........TELADAN BAIK UTK DIIKUTI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Betul tu. Tapi kadang-kadang pengaruh dunia menghilangkan fokus pada ibu bapa. Bukan tak sayang..

      Delete
  2. Anak yang baik memang akan sentiasa ingat pada ibubapanya. Manusia yang kekurangan macam kita ni, selalu aje alpa. Peluang ada depan mata tapi masih lagi tercari-cari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, betul sangat tu. Teringat satu video dari Indonesia yang menceritakan kisah seorang anak yang terlalu kaya, tiap2 tahun pergi haji dan suka membantu orang tapi tiada masa untuk ibunya sehingga ibu nya meninggal...

      Delete
  3. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete