Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 19 February 2016

Anak Bertuah Sorang Ni..

Assalamualaikum sahabat semua..

Sebelum Che Mid sembang dengan entri seterusnya, nak juga share sikit tentang respon balas dari entri lepas berkenaan dengan ziarah ke rumah anak-anak yatim. Alhamdulillah, ada sahabat baru dan yang Che Mid tak kenal yang ingin ikut serta menyumbang di bulan akan datang. Ada juga yang minta Che Mid simpan nombor telefon siap-siap supaya dapat hubungi mereka terus di program berikutnya. Alhamdulillah. Semakin bersemangat ni.. untuk bulan April akan datang, kami rancang untuk menziarahi anak-anak gelandangan pula. Doakan ya..

Oraito.. hari ni nak borak pasal anak bujang Che Mid sorang ni. Faris Khalifah namanya. Umur 20 tahun..eh dah besar dah anak ibu ya. Ibu dan abah selalu kata, Faris ni jenis yang tak kisah. Makan tak kisah, janji ada makanan atas meja dia akan makan. Sempoi je dia.. tak manja dan tak kaki komplen. Di rumah Faris tak banyak cakap sangat. Cakap bila perlu je. Nak kata pendiam tak jugak, bila dengan kawan-kawan tu ramah sungguh. Setiap hari ada je kawan-kawan datang ke rumah. 

Dulu dalam entri lama, ibu pernah tulis yang cita-cita Faris besar nanti nak jadi tukang gunting rambut. Kawan-kawan blogger lama ibu mungkin ada yang ingat lagi. Tetapi selepas SPM kami suruh Faris belajar di ILP - Institut Latihan Perindustrian mengambil jurusan Computer Networking selepas gagal ke IPTA utama. Bila tinggal berjauhan pun, Faris tak hubungi ibu kecuali bila ada hal. Mujur le ada grup wasap keluarga, menyampuk juge le dia sekali sekala. Ada masanya ibu rindu sangat nak dengar suara Faris. Ibu teringin sangat nak berbual mesra dengan Faris. 

Gambar ini di hari terakhir Faris di ILP

Bersyukur Faris habiskan kursus ni walaupun cuma peringkat sijil je, Kalau nak sambung diploma pulak, kena belajar di tempat lain. 


 Bye-bye ILP Banting, Selangor.

Sedih gak katanya nak tinggalkan ILP.. eleh.. tau sedih gak ya.. he he

Bawa barang semua.. tak mau tinggal.. 


Ibu dan Deeja je yang datang ambil abang Aish di ILP. Untuk kali terakhir. 


Antara Banting - Klang bukanlah jauh sangat, jadi boleh kata setiap dua minggu sekali Faris akan balik rumah. Dan dah jadi kebiasaan, Faris akan berkumpul di Setia City Mall untuk menari. Ya, menari adalah minat Faris dari sekolah lagi. Kalau ibu, abang dan kakak lebih kepada nyanyian dan nasyid, Faris tetap minat sangat dengan menari. Pertandingan " dance music" secara solo atau berkumpulan selalu juga Faris sertai.Tapi biasalah dia tu, Faris sibuk dengan kawan-kawan dia je. Dengan ibu tak mahu cerita sangat. Lebih suka berbual dengan abang Ayan dan kakak Farah. 

Bila time cuti pulak, Faris akan berjaga hingga ke pagi dan kadang-kadang cuma tidur selepas Subuh. Dah petang baru bangun. Itu pun puas kejut, sebab Faris jenis susah bangun tidur. Lepas Asar, Faris akan keluar untuk aktiviti menarinya. Begitulah jadual Faris. Ada kalanya ibu rasa, walaupun Faris bercuti di rumah tapi rindu ibu pada Faris tak hilang dah nak balik ke hostel semula. 


Ini antara gambar terbaru Faris


Faris ada team sendiri. Kadang-kadang masuk pertandingan secara solo atau berkumpulan. Ibu pun tak tau apa nama competition tu. Tapi memang rajin berlatih di luar rumah atau di Setia City Mall. Ibu ingatkan, hobi ni cuma zaman sekolah je. Rupanya sampai sekarang.. dah masuk 20 tahun. 

Sekarang ni, Faris sedang menjalani latihan praktikal di kedai komputer di Giant Klang Sentral agak-agak 5 minit je naik kereta dari rumah kami. Dapat elaun RM500 sebulan dari majikan dan RM300 sebulan dari ILP. Setiap hari abah akan hantar bekal makan tengahari. Hari cuti, Faris akan tidur di dari lepas Subuh sampai Zohor dan petang praktis menari pulak. 


Bila ada kelapangan, ada juga ibu 'paksa' dia ikut. Pergi ziarah anak yatim ke..



Jadi kru Yahanana Events  ke..

Ini kami nak ke majlis bertunang sepupu Faris. 


Dengan sepupu-sepupu. 

Faris akan bekerja/praktikal dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Bila rumah dah lewat, makan malam dan berehat atau main computer games atau lepak dengan kawan-kawan sampai awal pagi. Esoknya pergi kerja seperti biasa. End up, Faris lebih banyak bercakap dengan abah dari ibu sebab abah akan hantar dan ambil Faris. 



Suatu hari, Faris tetiba je datang pada ibu, " Ibu, nah ambik ni.." Faris hulur sekeping note RM50 pada ibu. "Ini gaji pertama Faris". Allahuakbar.. ibu memang terkejut sungguh. Ibu ingat Faris takkan bagi ibu sebab Fariskan jenis tak kisah dan selamba je.  Dan ibu pun tak kisah sebab duit gaji praktikal... banyak mana lah sangat. Alahai.. perasaan ibu bercampur baur masa tu. Rasa macam, " Ingat jugak anak aku ni kat ibu dia ya." 

Sekeping wang kertas RM50 itu terasa sungguh "mahal" dan istimewa sangat. Rasa nak simpan dan tak mau guna sampai bila-bila. Rupanya, Faris dah terlebih dulu beri pada abah. Termasuk duit yuran sekolah tadika Deeja juga. Oh.. anakku.. 

Ok lah.. tak mengapalah kalau Faris nak buat stail selamba macam takde perasan pun. Tapi ibu tau dah, yang hati Faris tetap anak yang baik dan soleh. Dalam hati Faris tetap ada taman dan syurga untuk ibu, abah dan keluarga. Doa ibu memang tak pernah putus untuk setiap anak-anak menantu ibu. Don't worry be happy.  Aamiin. 

Dan Faris dah rancang nak belajar lagi lepas habis praktikal ni. Sambung ke? Tak.. nak ambik kursus potong rambut pulak. Cita-cita asal dia. Sekarang ni pun, set mesin potong rambut Faris akan dibawa ke mana-mana. Sentiasa akan ada kawan-kawan atau sepupu sepapat yang nak bergunting dengan Faris. So Faris.. tepuk dada tanya iman dan minat. Ibu sokong apa je.. janji tak lupa solat ke.. kipidap bro!!

17 comments:

  1. Anak yg soleh tu Che Mid.
    Sgt "tinggi" nilainya RM50 itu..sbb dia baru praktikal.
    saya yg baca pun rasa nak menitis air mata. Moga beliau jadi usahawan rambut yg berjaya!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Hati seorang ibu ni memang cepat cair kan.

      Delete
  2. WAH ANAK BUJANG CHEMID YG KACAK N SOLEH TU BERBAKAT SENI TAPI TETAP ADA SKILL YG DIPERLUKAN DLM KEHIDUPAN...SEMOGA ANAK KESAYANGAN YG MULIA PERKERTINYA TERUS SUKSES DUNIA AKHIRAT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, masih awal lagi hidupnya. Banyak lagi yang perlu dilalui..

      Delete
  3. Anak2 ni memang lain2 perangai kan...apapun Faris anak yang baik...bertuah cik mid .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap ibu memang betuah dikurniakan anak yang menjadi amanah dari Allah. Macam-macam perangai yang kita kena hadam.. tak boleh paksa sangat dan tak boleh lembut sangat..

      Delete
  4. Alhamdulillah anak bujang Che Mid ingat dengan jasa dan kasih sayang ibunya. Pertama kali anak lelaki Mak Long bagi hadiah beg duit kecil hasil dari duit gajinya, Mak Long amat terharu. Beg itu masih tersimpan hingga ke hari ini.

    Muga Faris berjaya dalam usahanya nanti disamping berbuat baik kepada keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan mak long. Nilai tak penting.. yang bermakna sekali ialah ingatan anak pada kita..

      Delete
  5. Salam Che Mid ...
    setiap anak lain-lain gaya pesennya ya ...
    apapun tahniah kat Che Mid & abah nya dapat didik anak2 dengan sebaiknya ...
    banyak lagi yg perlu saya belajar, anak2 kecik2 lagi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dik. Ya, belajar dan terus belajar jadi yang terbaik untuk anak-anak kita..

      Delete
  6. alhamdulillah....che mid punye anak yg baik.... sejuk perut akak.... faris lieya tgk pun mmg anak muda yg baik...bukan jenis huu haaa mcm budak2 skrang....tahniah sebab akka berjaya didik anak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hu ha hu ha juga Lieya. Tapi Insyaallah terkawal. Kawan-kawannya kita kenal.. setakat ini kalau dia ke mana pun, kita tahu ..

      Delete
  7. Assalamualaikum kak, lama tak singgah baca blog akak..seronok baca cerita Faris. Setiap anak perangai, kebolehan, minat semua tak sama kan kak..semoga anak-anak kita berjaya dalam segala bidang yang diceburi selagi tidak bercanggah dengan ajaran agama...insha Allah ^_^

    ReplyDelete
  8. Alahai, bila baca bab beri ibu duit RM50 tu terasa sebak pulak! Ingat juga rupanya anak walaupun nampak selamba sempoi aje. Beruntung Che Mid!

    Itulah doa kita sebagai emak. Apa pun yang mereka mahu lakukan dalam hidup, teruskan. Kita jadi pendorong aje asalkan niat tu tak merewang jauh dari jalan sebenar ^_^

    ReplyDelete
  9. akakkkk...sedih dan sebak pulak masa dia hulur rm50 tu kak..siap bg kat abah dan bayar duit tadika sekali...sebaknya saya kak...huhu...

    Alhamdulillah..akak punya anak yang soleh...saya tumpang hepi utk akak...

    ReplyDelete
  10. Dlm tak cakap banyak tu, dia hulur duit tu yg buat kita rasa sebak dan terharu kan CM.
    Saya suka cara CM menyokong minat anak anak. Mmg itulah yg sepatutnya.
    Saya doakan moga Farish berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi ye....

    Budak budak sekarang mmg suka main game online sampai tak tido agaknya CM.Sama jer dgn anak saya

    ReplyDelete
  11. Dlm tak cakap banyak tu, dia hulur duit tu yg buat kita rasa sebak dan terharu kan CM.
    Saya suka cara CM menyokong minat anak anak. Mmg itulah yg sepatutnya.
    Saya doakan moga Farish berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi ye....

    Budak budak sekarang mmg suka main game online sampai tak tido agaknya CM.Sama jer dgn anak saya

    ReplyDelete