Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 15 February 2016

RM10 jeee - Pusingan ke 4 - Dengan anak-anak HIV

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi

Kali ini kita cerita tentang ziarah menyerahkan Sumbangan anak Yatim dan Miskin pusingan ke 4. Alhamdulillah dah berterusan hinggan bulan ke 4 ya.

Seperti biasa, Che Mid mula merisik-risik ke mana akan diserah sumbangan kali ini. Alhamdulillah ada sahabat yang beritahu tentang rumah ini. Kali ini kami memilih untuk ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam dan Tersisih, Jalan Kenangan, Kampung Bukit Kerayong. Kampung ini tak jauh dari rumah Che Mid tapi tak pernah dengar pulak ada rumah anak yatim di situ.


Seperti biasa, kami ber'shopping' dulu. Itu pun setelah dapat kepastian dari pengurus rumah tersebut apa yang perlu kami beli dan bawa. Kemudian kami tambah sikit lagi makanan dan keperluan lain. Cikgu Aznora ikut kami buat pertama kali, Cik Nah pula dah kali kedua. Dah pandai bercongak harga dan barangan. Kipidap Cik Nah. 

Che Mid biasakan untuk menggunakan satu beg kecil atau dompet yang sama setiap bulan semasa kutipan. Untuk ahli marhaban, mereka dah tau dah, kalau nampak beg tu, maknanya untuk kutipan anak yatim lah tu. Dan, Che Mid tak tengok pun berapa isi kandungannya sehinggalah sampai masa untuk menziarah. Kami akan kira sama-sama, dan sama-sama bincang cara membahagikan rezeki tersebut. 

Santan kotak dan kacang hijau untuk bubur kacang pun ada. 

Sebabnya? Nikmat bersedekah itu sama-sama kita rasai dari awal lagi. Dari berkempen, mengumpul, mengira, memilih barangan dan membayar di kaunter.. nikmatnya masyaallah. Kita akan mengira dengan kasih sayang kerana duit itu bukan duit kita, dan kita akan membelanjakan juga dengan kasih sayang kerana amanah dari orang lain kepada yang tidak berkemampuan. Tak percaya? Kena cuba baru tau.. 


Alat kebersihan diri ini diminta oleh pengurus rumah kebajikan tersebut. 

Mak Che Mid pun ada, dan kawan baik dari Pahang yang kebetulan balik kampung, dengan bahagianya ikut serta. 

Farah dan Cikgu Roszana pun ada, balik cuti Raya Cina.. 


Selesai membeli belah, kami terus ke rumah kebajikan yang terletak kira-kira 15 minit dari rumah kam. Kami gerak dengan 3 buah kereta, dua buah kereta dengan barangan dan sebuah lagi kereta menunggu di sana.

Dah sampai. Agak pendalaman nun dihujung kampung yang sunyi dan damai. Kenapa terceruk begini? Ada sebabnya.. 

Berkenalan dengan pengurus rumah ini - Encik Helmi.

Asal ceritanya, rumah ini ditubuhkan pada 2008 bertempat di Cheras Kuala Lumpur dan penghuninya terdiri dari anak-anak HIV positif. Disebabkan suasana bandar yang tidak begitu kondusif, doktor HKL yang merawat anak-anak itu mencadangkan supaya mencari tempat lain yang lebih tenang dan 'bersih' . Apatah lagi sewa rumah yang menjangkau RM3000 sebulan menyebabkan mereka tiada pilihan tetapi mencari tempat lain. 

Antara pengasas rumah ini ialah En Mohd Redza bin Zainal Abidin, seorang juruterbang yang juga anak jati kampung Bukit Kerayong ini. Beliau memutuskan berpindah ke rumah pusaka yang tidak dihuni dengan kadar sewa RM250 sahaja sebulan. Sekali pandang memang dhaif tetapi agak mencukupi kemudahannya. Disebabkan kesibukan di udara, tugas mengurus rumah ini diserahkan kepada 5 staf lain termasuk En Helmi. 


Alhamdulillah, rumah tersebut sudah mempunyai kenderaan yang selesa untuk bergerak ke sekolah dan ke hospital. 

Yang sedihnya, rumah ini dah lah rumah lama yang dibaik pulih, tetapi baru-baru ini dilanda banjir mengakibatkan barangan dalam rumah, seperti buku-buku dan peralatan dapur musnah. Bantuan sangat-sangat diperlukan. Sila hubungi En Helmi - 013 3568933 untuk keterangan lanjut.

Ada seorang hamba Allah menginfak jubin (tiles) untuk menggantikan tikar getah yang rosak akibat banjir di bahagian dapur. Kelihatan dua orang pekerja sedang bertugas. 

Rumah ini dihuni oleh seramai 8 orang anak yatim dan miskin, dan dua orang daripada mereka ialah penghidap HIV positif. Berumur antara 4 hingga 17 tahun. Anak lelaki dan perempuan diasingkan di dua blok berasingan tetapi berkongsi dapur. Disebabkan ketika kami melawat adalah cuti Tahun Baru Cina, anak-anak perempuan semuanya pulang ke rumah waris masing-masing. Yang tinggal cuma 3 orang anak lelaki sahaja. 

Zehan dan anak HIV ini.. I just love this photo.. 

Yang ini Shahrul, nama diberi oleh JKM. Anak ini tidak diketahui siapa ibu bapa kandungnya. dan tiada dokumen pengenalan diri langsung. Penghidap HIV sejak lahir dan terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayatnya. Kini En Helmi sendiri sedang menguruskan untuk mengambil Shahrul sebagai anak angkatnya sendiri yang sah. Masyaallah. 

Semasa kami sampai, Shahrul sedang tidur dalam biliknya. Memang kebiasaannya selepas makan tengahari dan makan ubat, En Helmi akan menidurkan Shahrul. Melihat tubuh mungil ini keluar dari bilik dan berjalan mamai ke arah kami.. membuatkan hati sebak sayu. Sebatang kara lahir di dunia, dengan penyakit yang cukup ditakuti manusia.. Allahuakbar.. 



Anak ini berdua beradik, Aiman dan Adam,  diserahkan oleh JKM dari Kedah oleh neneknya. Ibu ayah berpisah entah ke mana, tiada surat beranak atau kad pengenalan untuk anak-anak ini. Meninggalkan si nenek tua yang tidak berdaya buntu mengenang nasib si cucu-cucu tanpa pembelaan. Akhirnya ke JKM tempat mengadu dan kini berada di Selangor meneruskan kehidupan. Rasa marah dan pelik menyelinap.. apa agaknya yang difikir oleh bapa anak-anak ini. Takkan buat surat beranak pun tak boleh? Sampainya hati membiar zuriat sendiri terumbang ambing tanpa arah.. 

Biasanya kami tidak menyerahkan wang tunai, tetapi kali ini ada sedikit titipan buat membaik pulih rumah akibat banjir. Sedikit sahaja jumlahnya, tapi insyaallah akan membantu. 



Sebelum mengundur diri, kami tinggalkan anak-anak ini dengan bermacam perasaan. Sedih sangat terutama pada penghidap HIV. En Helmi berkata, terlalu ramai anak-anak HIV sekarang dan terrrrlalu ramai anak-anak tak sah taraf yang dilahirkan. Tak kurang 10 orang SETIAP HARI. Nauzubillahiminzaalik. 

En Helmi juga memberitahu pihaknya bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk memberi perlindungan kepada orang-orang Islam yang 'terjebak' dan berada dibawah jagaan pihak gereja. Pihak Kristian sentiasa mencari, memujuk, memperdaya orang-orang Islam yang terbiar susah secara sistematik untuk memurtadkan mereka. Tugas NGO-NGO Islam, MAIS dan orang-orang seperti En Helmi ini memang berat tetapi mesti diteruskan. Jadi, menurutnya lagi, sokongan seperti apa yang kami  ini sangat-sangat diperlukan. 

Frankly, Che Mid rasa sungguh kerdil bila berbicara dengan pengurus rumah anak-anak yatim ini. Bukan sahaja En Helmi sahaja tetapi juga pengurus rumah lain sebelum ini. Mereka berjiwa besar, sanggup berkorban apa saja demi anak-anak yang bukan darah daging keturunan mereka sendiri. Allahuakbar!



Apa pun, tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Yang pasti, sesiapa yang berkesempatan turun padang, akan merasai nikmat infaq dan bersemuka dengan asnaf.

Selesai misi bulan ini, kami basahkan tekak dengan minum petang bersama. Saling mengingat kembali kenangan anak HIV. Insyaallah kita jumpa lagi bulan depan. 

18 comments:

  1. ALHAMDULILAH...semoga usaha berterusan buat mereka.. sharing the love with them. kesiannya yang HIV tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang kami harap-harap sangat. Dan alangkah indahnya jika dengan pendedahan program kami ini di media sosial akan diikuti oleh kumpulan lain pula. Yang mendapat faedahnya tentu anak-anak ini.. Allahuakbar..

      Delete
  2. Biar sedikit asalkan istiqamah kan che mid..
    Semoga usaha che mid dan rakan2 mendapat redha Ilahi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang rasa takut juga. Takut disalahertikan. Tapi buang jauh-jauh perasaan tu. Terus pandang ke depan.

      Delete
  3. Untung che mid dapat memeriahkan insan insan istemewa..semuga usaha che mid di berikan ganjaran dariNya amiin..long taim no sea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.. long time no see..

      Aamin.. itu juga yang kami pinta Nekcik..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Kakak nampak apa yg CM buat bersama rakan sangat istiqomah
    Beruntunglah semua yg terlibat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan kami ya kak. Perlahan-lahan kita ajak yang lain demi kebaikan bersama.

      Delete
  7. Sebak bila tengok dorang ni.. Alhamdulillah, masih ade insan yg prihatin mcm uols

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ramai orang prihatin tapi ramai lagi yang masih tak terbela.

      Delete
  8. Rezeki utk menyumbang, untuk bebas bergerak, rezeki idea...Subhanallah. Tak terjangkau akal fikiran kita. Chaiyook kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat kata-kata artis yang berdakwah,
      Dakwah itu berbagai cara,
      Berdakwahlah dengan cara yang kita suka
      Tapi jangan halang orang lain berdakwah dengan cara mereka

      Delete
  9. tahniah, tahniah org seperti chemid juga susah nak cari....teruskan usaha murni ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih. Adoii.. puji melambung tu yang he he. Insyaallah cuba istiqomah..

      Delete
  10. tahniah, tahniah org seperti chemid juga susah nak cari....teruskan usaha murni ini

    ReplyDelete
  11. Sebak membaca kisah sebegini. Bila tengok gambar anak-anak yang kurang bernasib baik macam mereka ni, lagilah sebak rasa dalam hati. Untunglah ada insan-insan yang baik seperti Che Mid dan rakan-rakan. Ni nak tanya ya Che Mid, kalau nak menderma, boleh contact nombor Che Mid di atas tu ya?

    ReplyDelete