Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!
Showing posts with label gurau senda. Show all posts
Showing posts with label gurau senda. Show all posts

Wednesday, 18 May 2016

Makan-makan di Adam Lai

Assalamualaikum wbt

Memang dah lama sangat teringin bawa mak dan abah makan-makan sama-sama. Kebetulan abah dan mak mertua ada di rumah adik ipar di Keramat, jadi kami pun ajak makan-makan sekali. Alhamdulillah, syukur. (Ini kisah dah lama, tapi baru sekarang sempat tulis.. kena tulis juga sebagai catatan memori keluarga). 

Che Mid dan suami teringin bawa mereka makan Chinese tapi kena hati-hati pilih menu sebab Atok Jamil memang tak ngam dengan selera Jawa dia he he. Wan Chik pulak dah takde gigi sangat, jadi kena order yang lembut-lembut untuk Wan.



Inilah dia menu kami di Adam Lai Restaurant di Wangsa Maju. Sup ketam tu jangan bagi kat Atuk Jamil tau, memang tak lalu dia. Udang, ikan  tu boleh la. Wan Chik boleh makan tahu Jepun kuah. Nanti boleh order untuk dia ke mee sup ke kan..


Proud moments!! Me and hubby and our beloved parents. Alhamdulillah.. Semoga Allah berikan nikmat kasih sayang melimpah ruah pada kami, dipanjangkan umur yang bermanafaat dan diampuni dosa kami. Aamiina. Memang tak puas-puas tengok gambar ini. Bila masuk kat facebook pun, ramai kawan-kawan yang terharu dan kata kami bernasib baik sebab masih punya kedua ibu bapa kandung dan mertua. Syukur atas nikmat Mu Ya Allah.


Melihat Che Abang melayan mak abahnya makan... bahagia..


Ini pulak sesama besan bermesra-mesraan. Bukan selalu dapat jumpa kan.. Mak nenek tengah demam tu tapi gagah juga ikut kami makan-makan.

Dengan birasku Ayu. Kebetulan mak abah mertua di rumah dia, jadi kenalah ajak dia dinner sekali kan.. ha ha..kalau tak mau tak nak kawan sampai raya nanti he he


The ladies.. Menantuku sedang kembang kemambang menanti hari bersalin. Makan puas-puas ya sebelum kena diet berpantang nanti.



Si Farhan pun tak minat Chinese Food yang steam atau atak pedas tapi udang mentega memang feveret dia.



Syukur alhamdulillah.. 



Kiri sekali tu Darwisy (anak buah). Dia dah mengantuk masa makan, lepas je makan terus terlelap kat situ jugak. Tapi time birthday dia ari tu, cakap dengan ibu dia nak makan udang yang makan dengan mak ngah. Terkedu kejap ibu dia, cepat-cepat WA Che Mid tanya apa nama menu tu. Rupanya Brokoli Udang.  Patutlah kat gambar tu banyak ekor udang. Minat sangat la tu ya.. he he. Ayam mentega pun sangat sedap.. 


Makan time.. Di Adam Lai ni portion makanan memang besar. Untuk saiz kecil pun 3-4 orang boleh makan. Alhamdulillah, bil pun tak le mahal sangat bila dikira bilangan yang ikut makan. Tak le semahal yang kami jangka. Alhamdulillah, rezeki kami bawa mak abah makan kan. 

Sepupu berdua ni.. Deeja dan Azyan.. ramai kata muka hampir sama. 

Sayang mak abah sangat-sangat. Peliharalah ibu abah  kami semua Ya Allah!!



Thursday, 3 September 2015

Nostalgia 70 an - Kuarters Keretapi Batu Kurap, Kuala Lipis

Assalamualaikum sahabat semua..dah makan? Wes mangan? Alhamdulillah..

Hari Isnin lepas kami ke Raub, tapi saja je Abahnya jalan-jalan ke Kuala Lipis, kemudian patah balik ke Dong. Menantu kami tak pernah sampai ke kampung wannya lagi. Teringin nak tengok katanya.

Jadi hari ni kita berkisah tentang Kuala Lipis ya..tempat Che Abang dan adik beradiknya membesar.. Ini kisah tahun 60an hingga 80an. Ada kawan-kawan yang belum lahir kan.. Sekarang umur abah dah 50an..orang kata tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain..

Abahnya memandu perlahan-lahan ke Batu Kurap, rumah lama abah dan keluarga. Dulu atuk kerja KTM, jadi mereka tinggal di kuarters keretapi. 

Sebagai pemanas badan, jom kita tengok gambar-gambar lama ni dulu. Kredit pada fb Mohamad Lubis.



Bergambar di bahagian depan kuarters kira-kira dalam tahun 71 atau 72.. Berkumpul dengan jiran-jiran yang juga keluarga kakitangan KTM. Suami masing-masing bertugas tak tentu masa, para isteri dan anak-anak tinggal di blok kuarters berderetan. Latar belakang dan asal usul berlainan negeri dan tempat tentu menarik. Sama-sama menjaga anak, masak-memasak, bertukar lauk pauk, bergosip dan lain-lain. 

Sangat istimewa dan tentu berbeza dari tinggal di kampung tradisi yang kebanyakannya ada kaitan persaudaraan. Sekarang ni, ada yang dah meninggal dunia dan yang pasti masing-masing dah tinggal berjauhan. Ada yang pulang menetap di kampung asal mahupun ikut anak-anak. 


Alahai..nostalgik betul la gambar-gambar ni kan..jangan salah anggap ya kawan-kawan, dalam gambar tu bukan adik beradik tapi anak jiran-jiran kuarters.. nampak sangat rapat dan macam adik-beradik kan..

Wan Chik bergambar dengan anak-anak dan jiran berbangsa Benggali (tiga orang berdiri di belakang).  Abahnya berdiri hujung kanan. Duduk dari kiri, Mak lang Dila, anak jiran, Wan yang riba pak cik Lubis dan Ateh Rosdan di sebelahnya. Acam yang takde..belum lahir lagi hi hi..

Agaknya macamanalah mereka ni boleh pakat-pakat pi kedai (studio) gambar dan bersiap sakan. Pakai stokin lagik ha ha. Mak lang kata kedai gambar kat bandar tu masih ujud lagi hingga hari ini. 

Okay, cukup-cukup bernostalgia dengan gambar-gambar lama tu. Mari kita jalan-jalan di Batu Kurap, Lepih. 

 Tangga batu ni lah tempat abahnya lepak-lepak dan main-main waktu petang. Wan dulu sangat garang, pantang lepa anak-anak main lama sikit kat luar, memang kena jerit suruh balik rumah. Sebelum tangga ni, ada padang dan pokok-pokok besar, tempat budak-budak main. Abah main tembak-tembak kat situ. Pernah juga kena denda peluk pokok jati yang sangat besar, pastu kawan-kawan tembak dengan bola tenis..

 Ini bekas tapak kuarters KTM yang pertama. Sekarang ni dah jadi padang futsal. Abahnya kata, " Tu yang hujung dekat tiang gol tu la, jamban rumah abah dulu.."  Itu pun nak kabo ke bah ha ha..

 Dari kuarters rumah papan, mereka berpindah ke rumah flat. Sampai sekarang masih ada lagi. Di sepanjang sebelah kiri gambar tu ada jalan keretapi. Memang dekat sangat kuarters tu dengan jalan keretapi tau. Anak-anak pelik tengok.." Abah tak main-main kat jalan keretapi tu ke bah? Tak bahaya ke bah? ". Abah kata mainnnn..." Ada orang mati kena langgar keretapi tak bah?". Abahnya kata, " Adaaaa...ramaaaiiii".

Pernah sekali bandar Kuala Lipis dilanda banjir besar. Air Sungai Jelai naik. Semua penduduk kuarters di bawah bukit tu kena pindah naik atas bukit. Untuk cari makanan, abah adik beradik merayau ke kawasan kebun dan hutan atas bukit, cari ubi kayu, pucuk ubi dan kayu api.

 Sebuah Gudwara Sikh terletak di atas bukit. Dari dulu sampai sekarang masih ada.

Wan selalu cerita pada kami macamana abah kena pukul dengan wan sebab naik basikal laju-laju dari atas bukit pastu turun bukit ramai-ramai lepas tangan. Satu basikal kecik sampai 5 orang naik. Akhirnya jatuh berguling dan berdarah-darah badan. Inilah dia jalan berbukit yang curam yang wan ceritakan tu. 

Gambar rumah-rumah di kiri kanan jalan tu dulu kuarters  pegawai KTM. Kalau time hari raya, sapa dapat beraya rumah pegawai-pegawai tu tentu 'kaya' sebab dapat duit raya banyak. "Berapa bah?" anak-anak tanya. Abahnya jawab, "50sen". 




Bangunan berbumbung biru tu ialah surau. Masa abahnya jatuh basikal, wan kat surau tu tengah khusyuk dengar ceramah agama. Tiba-tiba ada budak datang kat wan beritahu abah jatuh basikal. Wan punya marah, sebab sebelum pergi surau, wan pesan duduk rumah jaga adik. Wan tinggalkan ceramah agama, pi cari abah. Abah menangis-nangis sambil menyorok. Menangis bukan sebab sakit tapi sebab takut wan marah. Memang teruk abah kena balun dengan wan.


Gambar ni dari bawah bukit. Abahnya kata, " Dulu masa kecik-kecik abah tengok bukit ni tinggi sangat...sekarang alahai rendahnya.." Bangunan kayu bercat hijau tu dulunya sekolah Cina tapi sekarang dah jadi tabika Cina. Tahan lagi bangunan tu walaupun dan puluhan tahun kan..Abahnya selalu kata, dia ramai kawan Cina masa sekolah di Clifford dulu.  

Anak-anak kami memang tak pernah ada pengalaman merentas rel keretapi. Abahnya punya seronok bercerita kisah zaman kanak-kanak. "Jalan keretapi (dalam gambar) tu rasanya dari zaman Jepun dah ada. Abah pernah jalan atas rel kat atas jambatan tu. Memang la sempit je..". " Tak takut ke bah? " tu lah soalan anak-anak sekarang. Tak tahan lasak macam orang dulu-dulu he he

Ini gambar di pintu pagar jalan keretapi. Dulu abah main-main dan keluar masuk ke kawasan stor KTM. Atuk dulu kerja ikut keretapi. Jadi wan akan siapkan bekal dalam mangkuk tingkat dan abahnya akan bawa mangkuk tingkat tu ke stesen. Bila atuk sampai, atuk akan ambil bekal yang baru dan pulangkan bekas yang lama. Pastu atuk sambung perjalanan ikut keretapi lagi. Itulah kerja atuk, menyebabkan atuk jarang berada di rumah. 


Bandar Kuala Lipis..yang semakin sunyi..


Bermulanya KM pertama..betul-betul di tengah bandar Lipis. Ada ke 0 km kat tempat-tempat lain kat Malaysia ni? 

Medan Tangga - tempat agak sempit. Menurun ke bawah terdapat gerai-gerai kecil dari dulu hingga sekarang masih ujud lagi. Cuma tuanpunya telah bertukar tangan dari bapa ke anak ataupun dijual kepada pemilik baru. Antara makanan yang paling terkenal ialah pulut rendang oleh bapa kawan baik abahnya, Yuri.   Kami tak turun lama sebab dah lewat sangat untuk balik ke Dong. Tak dapatlah ambik gambar di bahagian dalam

Makcik ni berniaga buah di tepi jalan dekat pasar lama, bandar Lepih. Comel je dengan alat penyukat berat tu..sporting betul bila suruh posing.



Kami berhenti di jalan menghala ke Flat Sri Kerpan. Rumah atuk dan wan, tapi dah  tak berpenghuni sebab mereka berdua tinggal di rumah anak-anak sekarang ni. Memang dekat sangat dengan rumah Siti Nurhaliza. Masa anak-anak kecik dulu, pernah beraya ke rumah lama Siti. Siap bergambar dengan Siti. Tapi gambar tu ghaib entah ke mana takde sape pun tahu. Tiba-tiba Farhan pecah rahsia, " Sebenarnya gambar tu Ayan bawak pegi sekolah, nak tunjuk dengan kawan-kawan, lepas tu hilang". Oooh..selama ni senyap tak bagi tau pun ya.

Sekian coretan abah dan kisah silamnya di Kuala Lipis, Pahang. Setiap orang punya kenangan dan zaman silam, tapi yang Allah pandang ialah bagaimana kita akhirnya nanti. Jom jadi orang baik-baik..
Ma'assalamah wa ilalliqa'


Wednesday, 2 September 2015

Hari Keluarga Husainchiks @ Pulau Chekas, Raub

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi..bagaimana cuti Merdeka kita? Bersihkah? He he..

Che Mid ada event untuk mengacara hari Sabtu 29hb. 30hb balik ke Raub rumah ipar dan bermalam di chalet di Pulau Chekas.

Program : Family Day HusainChiks
Tarikh : 30 Ogos - 31 Ogos 2015
Tempat : Pulau Chekas, Dong, Raub, Pahang
Peserta : Atuk Usin & Wan Chik, anak menantu dan cucu-cucu

Sungai Chekas , sebutan orang sini " Cekeh"..yang sangat cantik dan nyaman..


Awal-awal lagi tepek dulu kat mana kami tinggal ya..catat no tel tu simpan..kut-kut tersesat ke sana.. Satu chalet berharga RM80/malam, satu family boleh masuk. Ada 4 katil, ruang tengah boleh bentang toto. Kami sekeluarga boleh solat jamaah kat situ.

Sebenarnya Che Mid sekeluarga tiba paling lewat sebab kami ronda bandar Kuala Lipis, baru pusing balik ke Raub. Family Alang yang tiba sehari sebelum dan family Ateh yang memang tinggal berdekatan dah pun buat persiapan barbeku. Kambing, ayam dan sosej dah berasap masa kami sampai hampir-hampir pukul 7 malam. Nasi putih, ayam kari, patin tempoyak, sup tulang  dan sup sayur dan siap dan periuk besar.

Kami terus masuk chalet untuk jamak solat dan terus tunggu masuk waktu Maghrib. Tak sempat mandi-manda sebelah petang walaupun deruan air sangat-sangat menggamit untuk mencecah sejuknya air.

 Seperti yang dah dijanji awal-awal, Che Mid sempat sediakan coleslaw campuran kobis dan lobak dan mayo untuk dimakan bersama bakar-bakar.


 Deretan air sejuk dan panas

 Ini pun Che Mid yang janji untuk buat.  Campuran buah lai dan epal, dimasamkan dengan hirisan kulit limau dan kikisan asam boi. Bubuh ais banyak-banyak..

 Ayam dan sosej dan kambing dah siap untuk jamuan kami. Terima kasih pada si tukang kipas dan tukang bakar..walaupun kambing dah sama kale dengan arang, namun tetap bersih kami makan ha ha..

Al maklum piknik dalam kampung...mewah dengan jagung, rambutan, durian dan pisang. Jagung di yang dibakar dan ada yang direbus.  Puas kami makan sambil borak-borak.

Aktiviti malam yang dirancang simple je. Tapi meriah macam nak pecahhhh!

 Keluarga Ateh Rosdan..semua ada..Aidil yang study di JB pun tengah cuti sem.

Keluarga Pak chu Acam..kurang sorang..Afruz takde di Uitm Ganu..

Keluargaku..pertama kali bawa menantu balik kampung Pahang. Farah je takde..ada kem tarbiyah di Muar.

Keluarga Mak Lang..takde pulak gambar satu keluarga..masing-masing tumpang sekaki..Deeja pun sibuk gak menyelit.

Yang paling istimewa tentulah Atuk dan Wan...nampak sangat mereka berdua ni gembira dan ketawa sokmo tengok gelagat anak cucu..

Che Abang buat lawak...

 Ala-ala sukaneka..ini acara dari keluarga Che Mid..kira gula-gula. Pengadil tengah kira berapa biji sebelum umumkan pemenang..kumpulan mak lang berjaya meneka dengan tepat. 47 bijik gula-gula..guna ilmu ke hapa ha? he he..

Main pecah belon yang diikat dikaki..


 Acara pecah belon lelaki..hiruk pikuk dan gamat bila acara ni berlangsung. Meletop-letop bunyi belon bercampur dengan jerit gelak peserta dan penonton..

Pak Lang kena jaga tiang tu..takut ada yang pecah belon tapi terhantuk tiang tu pulak..

Memancing tin..tak sangka Deeja boleh pancing 2 tin..

Lain-lain acara ialah teka berapa duit dalam envelop, perah air dengan tisu dalam cawan, teka teki dan bowling tin. 

Lagu Ya Maulai..makcik-makcik dan anak-anak buah beradu suara..pekak monyet-monyet kat hutan tu..aduii .. Masa ni ada yang menyanyi dan ada yang menari. Ada dalam video tapi tak sanggup masuk kat entri ni..kang jadi viral la pulak. Memang nampak sangat kami semua enjoy sakan. Family kecik je tapi happening..

Menghasut Deeja nyanyi lagu You Are Not Alone..Michael Jackson..

Makan dan makan..

 Penyampaian hadiah..ala bukan apa pun hadiahnya..capai je kat pasaraya..janji happy!!

Main game baca cerita ikut loghat negeri-negeri..terbelit-belit lidah Pahang Acam kecek Kelate ha ha..

 Karaoke lagi dan lagi sampai pagi..Che Mid minum kopi O bercawan-cawan. Time ni Che abang dan adik-adik lelaki dah pergi ke sudut lain..berborak sesama sendiri sampai pukul 3 pagi. 

Che Mid balik ke chalet pun dah lewat sangat. Mandi dan baring tak boleh tidur. Terkebil-kebil atas katil. Dah minum bercawan-cawan kopi o..mata tak mau pejam. Orang Jawa kata dah ' kancilen'. Tau-tau azan Subuh..tu lah penangan berkumpul anak-beranak..

Cerita esok paginya..


Menantu dan mak mertua..nak siapkan sarapan pun bergambo dulu. Ada muka belum mandi tak...sojukkkkk oooiii.. Saja tak nak mandi pun sebab kejap lagi nak terjum kat sungai.

 Mak melayan abah bersarapan..


Tengoklah suasana pagi di tepi Sungai Chekas..nyaman je disinari vitamin D..Deeja dah pun berendam di sungai pukul 8 pagi. Muka ceria je..sejuk sangat tapi ndak juga mandi pepagi..akhirnya tercapai hajat nak berendam. 

Budak ni memang antu doyan..sarapan pagi pun nak doyan..

Jom makan roti telur..

 Tiga beradik Che Abang..yang t-shirt hitam, dan bertudung hitam sebelah Che Abang tu. Si Acam tengah berendam main air sungai..Si Lubis tak dapat datang, isteri tengah teruk mabuk mengandung..

 Menantu ku yang  tak berapa sihat pun ada..sian dia..teringin sangat balik kampung katanya..

 Acam dah encem dan segar bugar selepas mandi sungai..tengok rambutan tu..Che Mid dah cekau berapa bijik ntah..

 Sanwic telur campur mayo dan kobis..Air tangan Che Mid..mulanya rebus 15 biji telor je..pastu tambah lagi 15 biji..habeh sepapan telor untuk keturunan Husainchiks sarapan pagi he he.

Ini Daniel anak Acam yang pendiam tapi suka senyum je.. tengok gambar latar belakang tepi sungai tu..rasa nak tarik nafaaaas...lepassssss..nyaman je kan..

 Mak metua + sorang anak perempun + 3 menantu (sorang menantu lagi tarak...long mc adehhh)...sayang semua..muah muah..


Mandi manda ... tempat ni tak dalam sangat dan tak cetek sangat..sesuai untuk semua..


Manusia memang tak boleh nampak air kannnnn..

Kejap je dah ketar bibir..Ayu and kids



 La dan sibongsu..

 
Mid and Faris..

Awat sowang-owang.. tak takut ka belakang tu ada ulaq kaaa...bewak kaaaa..


Awal pagi dah masuk air...Bismillah...


Deeja sangat-sangat enjoy.. dapat dua kali mandi.

Ok nak balik daaah..Che Mid posing di chalet yang ala-ala kampung ni..

Terima kasih semua Husainchiks members yang menjadikan percutian ini sangat berjaya dan menggembirakan. Singkat tapi meriah!! Tak perlu tempat mewah dan mahal..yang penting semua dapat berkumpul dan berinteraksi melalui makan-makan, main-main dan mandi manda. Kos untuk 2 hari satu malam campur bbq dan sarapan cuma RM180 sefamili. Ok sangat la tu kan..

Lupakan semua cacat cela pertelingkahan dan cakau-cakau. Adat manusia, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula adik beradik..ipar duai..sepupu sepapat. Yang penting HAPPY!! Insyaallah yang lain ALLAH akan jaga untuk kita. Aaamiiinnn!!


Cute je mak mertua dan Acam duk kat belakang kereta Ateh..masa babai-babai kami balik..

Kami balik dulu mak!. Nak antar Faris balik kolej, sebelum pukul enam kena ada sana. Tapi dek kerana jalan jem manyak turuk dari Raub, Bentong, dan Gombak, Faris sampai Banting pukul dekat pukul 10 malam...sian dia..

Habis kisah cuti-cuti kami...Illalliqa'...ma'assalamah!!