Kali ni, jom tengok rentetan kejadian sebelum dan semasa menjadi emcee di Alor Setar pada hari Sabtu lepas, 19 Januari 2013. Selamat pengantin baru kepada pasangan Mohamad Ridzwan dan Noraini, semoga bahagia hingga ke jannah. Mereka 'menemui' Che Mid di iklan Mudah.my.
Che Mid, Farhan, Farah dan Faris bertolak ke Alor Setar pada tengahari Jumaat. Farhan minta cuti setengah hari untuk menemani ibu sekaligus jadi drebar dan videografer. Farah macam biasa, jadi asistan emcee dan Faris ambil peluang ikut sebab nak jumpa kawan-kawan dan jiran lama di Sungai Petani. (Pada yang masih ingat, kan Che Mid pernah tinggal di Sungai Petani pada 2010-2011 ..) Si kecik Deeja dan abahnya tak ikut.. duduk rumah diam-diam he he).
Tiba di Sungai Petani hampir senja, kami tengok dah pusat membeli belah baru dibuka, Amanjaya Mall.. dekat dengan rumah sewa kami dulu..
Ha.. ni lah rupa dua kawan/jiran lama tak jumpa. Dekat setahun lebih dah tak jumpa..Sebelum tu dah berpeluk-peluk tapi abang Ayan lambat stenbai kamera..Faris tinggal di Sungai Petani dan kami bertiga meneruskan perjalanan ke Alor Setar.
Che Mid dan Farah sempat berposing depan rumah lama kami. Dah ada penyewa baru, entah-entah dok mengintai dari dalam rumah tu.. mintak maap le ye..pinjam rumah jap. Nampak rumput-rumput 'clear'.. tapi pokok bunga keladi dan lain-lain pokok tak terjaga la.. khabarnya tuan rumah tu bujang.. patut le pun..
Sampai di Mergong, Alor Setar, kami pekena singgah di Nasi Ayam Tat dulu... lapaq .. ish memang terkenal Nasi Ayam Tat ni di Kedah. Nasi ayam dan sate dia memang kelas, tapi char kue tiau dia so so je.. Harganya kira murah juga la.. patut le ramai pelanggan..
Air teh o ais memang sedap...
Inilah bilik penginapan kami yang ditanggung oleh pengantin. Bersih dan Islamik..
Nak cerita sikit tentang pengantin, kedua-dua mempelai adalah dari keturunan India Muslim. Jadi pada malam kami sampai tu, sebenarnya ada majlis menyarung bunga malai dan memakaikan 'thali'. Kami dijemput hadir tapi tak sempat. Rugi kerana tak melihat sendiri adat mereka tu. Ya lah, kalau Melayu tulin pun ada adat yang masih dipakai guna, orang India Muslim pun ada juga..Kalau yang muda-muda dah faham beza adat dan ingin meninggalkannya, tapi golongan tua masih kuat memegang adat tu. Biasanya yang muda akan 'mengalah'..kerana nak jaga hati yang tua..
Lewat malam juga kami mendaftar masuk dan terus berehat. Alat penghawa dingin dipasang sepanjang malam menyebabkan Che Mid di serang 'selsema' esoknya. Panik Che Mid bila tak henti-henti bersin..
Kami bersarapan pagi di gerai seberang jalan je. Tengok muka Che Mid tu.. mata dan hidung gatal.. aduhai..macamana nak mengacara ni..
Tapi kami ke gerai yang tepat! Ada nasilemak bungkus kecik-kecik. Air minuman pun sedap sangat. Dari tiga cawan jadi enam.. memang kami kena makan kenyang-kenyang sebab tak tau makan tengahari nanti pukul berapa kan..
Tu diaaaa... pek nga.. atau lempeng pisang campur kelapa parut.. makan dengan kari ikan.. SEDAPPP! Memang suka sangat makan ni masa tinggal di SP dulu..
Farhan makan roti telur dan nasi lemak..
Nampak tak muka Che Mid sembab.. tapi mood kena tetap ceria sebab nak 'keje' nanti. Tisu jadi teman setia..
Tengah bincang tentang lagu permintaan pengantin. Dia nak lagu Hindustan masa potong kek nanti. Muka Che Mid makin teruk. Mujur sempat singgah di farmasi beli ubat alergi. Jurujual tu kata makan 1 biji je sehari. Tapi Che Mid makan dua biji dalam jarak masa 2 jam. Panadol pun telan 4 bijik!!
Mula 'sound check'.. Macamana pun mood happy je.. dalam hati sentiasa zikir dan doa supaya 'performance' nanti tak terjejas. Lepas 'sound check', kami balik bilik tukar baju dan 'check out'.
Pengantin tiba menaiki kereta kuda. Memang impian pengantin lelaki dari kecik lagi untuk menaiki kuda bila kawin. Alhamdulillah, tercapai. (Gambar kereta kuda takdak la pulak.. sebab Farhan lebih banyak ambil video..)
Kami sedang 'bertugas' . Alhamdulillah syukur, Che Mid langsung tak bersin atau rasa sumbat tekak.. suara pun elok je..
Kedua pengantin sedang direnjis oleh ibu dan bapa pengantin perempuan. Suka Che Mid tengok keluarga mereka ni. Sangat beradab dan 'cool' je. Pengantin lelaki siap pesan pada Che Mid, untuk buat pengumuman bila masuk waktu solat Zuhur dan dimana letaknya surau. Dia pun tak bersalaman dengan bukan mahram..
Tersenyum simpul pengantin bila Che Mid mengusik mereka semasa berpantun seloka. Stail Che Mid, akan interviu pengantin secara berdepan atau melalui emel tentang kisah pertemuan dan percintaan mereka, kemudian Che Mid akan jadikan pantun atau cerita.
Kalau nak tau, pengantin lelaki, Ridzwan, tu seorang jururawat yang pernah merawat seorang makcik. Makcik tu berkenan sangat dengannya dan diperkenalkan kepada gadis (Noraini) di rumahnya, yang kebetulan juga seorang jururawat. Pendek kata, kalau dah jodoh tak ke mana..
Alhamdulillah, Che Mid dan Farah berjaya menjalankan tugas kami dengan baik. Kedua-dua pengantin pun suka terutama bila kami bersalawat dan berqasidah. Setinggi-tinggi penghargaan buat mereka atas kepercayaan yang diberi kepada kami. Cuma melalui Mudah.my, kami dapat 'job' ini. Langsung tak kenal pun tapi bayaran telah dilunaskan 100% sebelum majlis. Che Mid tau pasangan ini orang baik-baik, semoga Allah bahagiakan mereka hingga ke jannah. Take care both of you!!
YAHANANA Events team - Jangan malu-malu jemput kami ke majlis anda ...hubungi 013-3672459..
Rupa kami otw balik ke Klang... mula-mula Che Mid duduk depan, tapi Farhan suruh ibu rehat kat belakang.. apa lagi lena keletihan. Sampai Klang jam 12 tengah malam. Selesai satu 'job'. Terima kasih anak-anakku!





















