Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 21 August 2015

Abah Sakit di HTAR

Assalamualaikum wbrk semua..

Kali ni Che Mid nak cerita tentang abah Che Mid yang jatuh sakit semasa bulan Ramadhan..inilah antara penyebab kenapa blog ni senyap sunyi je sepanjang posa hari tu.

Bulan Ramadhan lepas, emak dan abah ubah suai sikit bahagian dapur rumah. Lantai ditinggikan supaya air banjir tak masuk bila hujan lebat. Jadi anak-anak yang duduk berdekatan bergilir-gilir berbuka puasa dengan mak dan abah di rumah masing-masing. Jadi mak tak perlu masak sebab alat-alat masak dah dipindah ke luar rumah. Mak pun tak berapa sihat, rumah pulak bersepah dan berbunyi sana sini sebab orang bertukang.

Mengambil kesempatan dan keberkatan Ramadhan, kami adik beradik ikut berkumpul sekali berbuka puasa terutama dihujung minggu. Dalam gambar ni, kami berbuka di rumah Ijam (berbaju merah) sempena hari lahir abah yang ke 76. Tengok rupa abah..nampak sangat-sangat tak sihat kan. Tapi masa ni digagahi juga berpuasa. Dari lapan beradik, seorang je takde ..ada hal masa tu.

 
Imi yang duduk Tanjung Karang pun balik. Satu-satunya anak bujang abah..kek tu katanya Ijam yang buat..


 
Mak suapkan abah..romantik gitu..
Mulanya abah cuma sedu tak henti-henti. Lama-lama jadi sendawa pulak. Abah pergi klinik, doktor bagi ubat gastrik atau ubat angin yang warna putih macam gaviscon. Masih tak berkurangan. Abah pergi farmasi jugak. Pun masih macam tu juga. Abah masih puasa tak dah tak berselera makan. Macam-macam teori pasal abah sakit ni timbul. Kena habuk dan cat baiki rumah la..angin sebab abah banyak minum air gas dan ais lah..sebab puasa tak makan lah..bla bla..

Satu hari, Che Mid call mak untuk bagi tau yang hari tu giliran berbuka di rumah Che Mid, tapi sampai  masuk waktu berbuka mak abah tak sampai. Che Mid turut ke rumah takde orang. Rupanya abah ajak mak pegi berbuka di kedai kesukaannya, kut-kut ada selera.  Itu pun cuma dua tiga suap.

Semakin tak selesa dengan sakitnya tu, malam tu abah pergi berurut dan berbekam. Katanya angin banyak sangat dalam badan. Tengah malam dalam pukul 1.30 Che Mid tengok ada missed call, tapi tak lah rasa nak call balik, ingatkan mak cuma returned call Maghrib tadi. Lagipun tentu mak dah tidur. 

Tapi tak lama lepas tu Min, suami Achik call bagi tau abah kat klinik. Jap lagi nak dihantar ke hopital naik ambulan. Allahuakbar! Rupanya mak call nak bagi tau abah kena sesak nafas. Bila call Che Mid tak dapat, mak call Ijam. Ijam dan Achik yang bawa mak pi klinik.

Perkataan " Abah sesak nafas" sangat menakutkan kami. Mula saat tu kami adik beradik macam cacing kepanasan di tengah malam. Masing bertelefon dan berWA. Abah dibawa ke hospital, mak dan Achik ikut naik ambulan. Khairul dan Lina follow belakang. Ijam pun naik kereta sendiri jugak. Min pun.Che Mid tunggu depan rumah, naik kereta Nor dan Rashid. Che Abang tunggu rumah sebab Deeja tidur. Dalam kereta Che Mid call Imi. Imi pun kata "ok datang sekarang".

Dari lapan adik beradik. Cuma Ain dan Nana yang takde. Masing-masing ada anak kecik jadi kami update via WA family je. 


 
Sampai di hospital abah tak sendawa. Nafas pun tak sesak sebab MA di klinik dah bagi ubat. Gambar ni dalam wad kecemasan Zon Kuning. (Curik-curik ambik. Kat luar tadi dah kena sergah dengan MA ambik gambar di kaunter pendaftaran).

Doktor minta abah buat ECG dan ambik darah. Sian tengok abah diambik darah. Tak mau keluar le pulak darah tu. Kena isi 3 bekas..abah dah mengaduh-aduh sakit. Che Mid yang kat dalam dengan abah cepat-cepat keluar minta ganti adik lain tengok abah. Tak sampai hati. Achik masuk pulak. Tak lama dia pun keluar balik ..tak sampai hati tengok abah. Ijam pulak masuk..pun sama. Akhirnya Imi jugak yang 'keras hati' temankan abah.  . Kami bergilir tengok abah dalam bilik rawatan. Lucu pun ada, doktor pelik tengok kami..muka tukar-tukar yang teman abah. Ramai bebeno he he.. adalah 7-8 orang. Nurse yang incaj tu macam ngantuk sangat nampaknya. Akhirnya, dah cucuk sana sini tak dapat darah gak, doktor tolong buatkan, cepat je dapat darah tu.

Mak banyak diam dan menung. Mungkin terkejut tengok abah sesak nafas tadi. Memang berdua je kat rumah. Kesian tengok mak.

Masa Ijam dan Imi teman abah ke bilik Xray, abah sesak nafas lagi. Ijam terpaksa tumbuk-tumbuk dada abah untuk buat abah 'lepaskan' nafas yang tersekat kat dada. Dua tiga kali jadi macam tu. Bila doktor buat ECG lagi, keputusan tetap kata jantung abah normal.

Masa tu kami bergilir-gilir ke kantin untuk bersahur. Ada yang ke surau bersolat sunat. Sambil makan sahur sambil bincang siapa tunggu abah di hospital. Masa tu dah dekat 5 pagi. Akhirnya diputuskan Che Mid dan Imi tinggal jaga abah. Yang lain-lain balik rumah dulu. Ada yang mengajar dan ada yang kena kerja. Abah dah tidur dah time ni.

Che Mid dan Imi ke surau buat solat sunat terutama untuk kesihatan abah sementara tunggu Subuh. Hujan turun selebat-lebatnya. Usai solat Subuh kami dua beradik terpaksa berhujan ke wad kecemasan, takut-takut abah nak apa-apa. Che Mid masuk dulu, Imi tunggu di luar. Tunggu kat dalam pun terlalu sejuk ..air cond di pagi hari, dengan keadaan kami basah..kasut terbenam air tadi...sejukkkk..

Abah nak sarapan. Baru sekarang rasa lapar sangat, katanya. Katil-katil sebelah dapat makanan dari pihak hospital, tapi abah tak dapat. Tapi suasana wad kecemasan yang terlalu padat dengan berbagai jenis dan ragam pesakit, memang tak membantu abah. Mujur Che Mid ada. Terus ke kantin dan belikan 2 keping roti canai banjir dan air teh ais. Nak belikan air panas, susah abah nak minum..takde cawan..Alhamdulillah, laju je abah habiskan roti canai tu. Sedap katanya. Bila ajak solat Subuh, abah tak mau..seluar abah kotor. Memang semalam Doktor ada check dari dubur abah..abah tak yakin kut. 

Kami biarkan abah berehat di wad, sementara tunggu pemeriksaan. Kami duduk di bangku luar balai ketibaan. Masyaallah, ambulan datang hampir setiap 10 minit. Kebanyakan kes kemalangan jalan raya. Ambulan yang hantar abah malam tadi dengan MA yang sama pun dah datang balik bawa pesakit. Sesak sungguh hospital HTAR ni. 

Bila mak dan Ain datang, bawa barangan mandi untuk abah, baru kami balik. Imi dah mengantuk sangat..mujur anak Nor, Haziq pun datang. Jadi Haziq bawa kereta Imi bawak kami balik. Sepanjang jalan kami lena dibuai mimpi. Maklumlah satu malam tak tidur.

Siang tu, abah dimasukkan ke wad 8B. Ijam dan Imi, dua orang je anak lelaki abah, mengambil tanggungjawab penuh jaga abah. Mak pun tidur rumah je. Siang je tunggu abah.

Imam-imam 1 dan 2 ziarah abah di wad. Abah kata kat wad panas sangat..tak boleh tidur..malam sebelum tu abah kena attack sesak nafas lagi tapi doktor tak bagi ubat. Nurse sibuk lalu lalang sana sini. Sampai abah tak tahan dan mintak ubat gastrik baru doktor bagi. 

 
Adik mak pun datang..

Siangnya abah dapat balik. Pelikkan..sakit tak sembuh lagi tapi dah disuruh balik. Abah yang memang tak suka kat situ terus je setuju untuk discaj. 

Kali terakhir abah masuk hospital 5-6 tahun lepas kut. Memang abah jarang sangat sakit.

Kami anak-anak memang sentiasa cari jalan untuk ubatkan abah. Malam tu Nor bawa abah pergi perubatan Syifa'. Orang tu kata abah takde gangguan tapi penuh angin. Abah diberi air dan kena berpantang makan. Tapi tak banyak perubahan berlaku. Abah masih sedu dan sendawa. Sekali sekala abah sesak nafas..

Esoknya kami ke Pusat Perubatan UITM ( tak tau nama sebenar hospital ini). Empat orang anak bawa abah..mak pun ikut. Che Mid jadi driver, Ain tunjuk tempat, Nor PA, Imi body guard ha ha... Masa-masa macam nilah, rasa bertuah sangat punya adik beradik ramai.


 
Abah menanggung sakit. Kami sentiasa berjaga-jaga, abah boleh kena sesak nafas bila-bila masa je.



 
Dalam bilik rawatan. Che Mid dan Ain yang temankan abah.
 
Memang hati-hati sungguh doktor periksa. Abah ikut je..Tapi doktor pun tak boleh berbuat apa-apa selagi tak buat pemeriksaan dalaman yang kena tunggu giliran dalam sebulan lebih lagi. Sementara itu, abah kena makan je ubat yang sedia ada tu. Agak kecewa, tapi kami tak tunjuk kat abah.


Selang dua hari selepas itu, bila tengok abah masih tak berubah. Kami bawa abah ke pakar swasta di Rawang.

 
Doktor Singh ni nampak sangat berpengalaman dan tahu apa yang dia buat (err..ok ke kata gitu..)

Doktor kata, " Dekat injap dah banyak angin berkumpul. Usus sudah luka. Angin berebut-rebut mau keluar. itu sebab boleh sesak nafas. Tak boleh makan nasi dan benda keras untuk seminggu. Cuma boleh makan bubur campur lobak dan kentang je." Minum milo O saja dan air kosong. Lain tak boleh."

Bekalan ubat pun banyak. Siap tulis pukul berapa. Memang kena ikut dan jaga betul-betul. Abah rasa puas hati dengan rawatan kali ini. Dan kami memang pantau ubat tu betul-betul.

Ada kah abah terus baik? Nantikan entri ini seterusnya ya..banyak insiden yang mendebarkan berlaku..tunggu..














Tuesday, 18 August 2015

Trois Petits Chats Buat Deeja Nangis

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Dah pun habis raya dan masuk Zulkaedah pula ya. Semoga kita terus berbahagia dan bersyukur dengan anugerah Allah pada kita selagi kita bernyawa.

Ni nak cite pasal Deeja. Satu malam tu Deeja datang kat ibu. Ibu nampak matanya sembab dan merah. Abah kata Deeja nangis tadi. Nape pulak? Deeja kata, " Deeja sedih sangat tadi tengok youtube. Pasal abah kucing, mak kucing, kakak kucing dan adik kucing. Semua mati tinggal adik kucing je sorang-sorang." Meleleh-leleh air mata Deeja bercerita.

Aduhai, video apa pulak yang Deeja tengok ntah.  Deeja ni suka explore youtube dan tengok video kelakar, binatang-binatang, kartun, make up make over dll. Tapi tak lah sampai nangis-nangis. Malam tadi Deeja kata dia dah jumpa semula video tu. Ibu pun ikut tengok lagi sekali. Sekali lagi Deeja menangis teresak-esak. 

Rupanya dia bayangkan adik kucing tu diri dia sendiri. " Ibu dia mati, pastu kakak dia, pastu abah dia pun mati. Tinggal adik dia sorang-sorang. Kalau Deeja tinggal sorang-sorang, Deeja nak ikut sape? Sape nak tidur dengan Deeja? Kalau macam tu, nanti Deeja jalan kaki pergi rumah Mimi (sepupu).

Allahuakbar...Ibu kena pujuk Deeja pulak..Ibu kata Allah ada dan takkan biarkan Deeja sorang. Ada ramai orang lagi yang sayang Deeja..bla.. bla bla..sampai akhirnya Deeja tertidur dalam sedu..



 Macam ni lah keadaan dia bila mengadu dengan abah..

Sedih sangat..






Inilah video animasi "Trois Petits Chats" Peranchis yang buat Deeja menangis sampai bengkak mata. Boleh tunjuk pada anak-anak juga. Memang menyentuh hati..boleh nangis. Jom layaaannn.

Wednesday, 12 August 2015

Raya di Melaka

Raya kali ni, keluarga mertua dah berkumpul di Shah Alam pada hari raya pertama lagi. Sebelah petang semua dah turun ke rumah Che Mid di Klang. Kiranya hari pertama tu dan kawtim beraya dengan family sebelah suami. Keluarga sebelah Che Mid satu taman je semuanya, jadi tak jadi hal la pun beraya bila-bila kan.

Jadi pada hari raya kedua, kami sekeluarga buat keputusan untuk berziarah ke Melaka iaitu kampung belah ayah menantu Che Mid, Epa. Mulanya kami rancang untuk berziarah balik hari je, bukan jauh sangat Klang-Melaka pun. Teringin berkenalan lebih rapat dengan besan dan keluarga mereka. Ya lah, masa kenduri dulu cuma berbahasa gitu-gite je, tak dapat nak menyembang, kali ni kami boleh la berbual lebih akrab kan..

Sebelum bertolak kami beraya di rumah mak abah Che Mid.. beberapa tapak je dari rumah kami he he ( ni posing kat luar rumah mak)

Dengan mak tersayang yang cun melecun..




Dengan abah yang tak berapa sihat ( nanti Che Mid cerita dalam entri khas..)

Anak menantu dengan abah atuk dan mak nenek..si Deeja takde pulak kat sini

Selepas beraya dan bermaafan dengan mak abah (masih tak teringat beraya sesama anak beranak...aduii) Kami mula bergerak lebih kurang dari rumah lebih kurang pukul 3 lebih, masuk ke Melaka melalui Pedas-Linggi. Rasa seronok sangat jalan-jalan ke Melaka kali ini bersama satu keluarga. Melihat rambutan bergayutan di kiri kanan jalan, rasa nak berhenti dan capai sejambak dua..


Rumah pertama kami singgah ialah rumah kakak jiran Che Mid. Halijah ni geng setaman jugak geng marhaban. Memang beraya di kampungnya di Kuala Sungai Baharu.


Terima kasih sudi terima kami..(cantik tengok baju Deeja dalam gambar ni kan..)


Kami disaji dengan bubur caca campur spaghetti dan dodol cair..tak pernah makan spagheti dalam bubur. Pun tak pernah makan dodol cair.  Dodol tu dicolek sikit demi sedikit atas piring kecil. Anda pernah cuba ke?


Saja je parkir bawah pokok rambutan..ambik aura rambutan..alhamdulillah kami dibekalkan dua beg rambutan he he..


Teruskan perjalanan lagi selepas solat Asar. Kami tiba di rumah Mak ngah Epa waktu Maghrib. Kami ada berbincang untuk tinggal semalam di Melaka..sambil beraya dan ambil angin, tapi taklah bersungguh mencari homestay atau hotel. Tapi pihak tuan rumah beria-ia mahu kami tinggal di sana. Tau-tau dah ada bilik penginapan untuk kami tidur malam tu. 


Bergambar di gazebo sebelum daftar masuk ke bilik penginapan. Abahnya nampak dah penat tapi besan minta kami ikut ronda pantai Klebang pula sambil minum-minum. Jom la...Balik hotel hampir pukul satu pagi. Deeja dah sibuk ingatkan untuk mandi esoknya sebab malam tu tak dapat tengok pun air laut..cuma dengar bunyi ombak je..


Bersiap dah pagi-pagi..mata sembab tak cukup tidur besan ajak lepak sampai tengah malam he he..berjalan sakan ya..


Di bawa semula ke rumah Mak Ngah Noridah (bertudung hitam) adik kepada besan Che Mid untuk bersarapan pagi. Kami dihidang nasi goreng dan roti canai..


Bergambar di tempat semalam sebelum sambung beraya lagi. Ke rumah sape? Kami pun tak tau..follow je....he he..


Rupa-rupanya kami dibawa beraya ke kediaman datuk Epa (ayah besan) . Dalam gambar tu besan Che Mid suami isteri dan ayahnya.


Ini dia pengasas Madrasah al-Muqorrobin Dan Anak Yatim, Bukit Lintang, Melaka.


Adik beradik Epa dan sepupu pun ikut beraya..berkonvoi dah jadinya. Alhamdulillah, kami dilayan dengan sangat ramah dan hemah. Langsung tak rasa kekok atau canggung... Kami dihidangkan juadah ala Siam pula, Dengan siakap stimnya dan sayur campurnya. Seronok makan ramai-ramai. Pokok rambutan pula jadi mangsa 'serangan' anak-anak.. he he



Seterusnya kami di bawa ke rumah nenek tiri Epa di Pengkalan Lanjut, Tanjung Keling. Di kawasan sawah yang sangat cantik.


Deeja suka sangat kat sini. Banyak pokok nasik katanya..


Betul-betul masuk kampung...kalau kami datang sendiri mahu sesat barat ni..


Ini bukan atas kapal..cuma tepi sawah yang takde ayaq ha ha..


Haaaa...nampak tu..tak sangka sungguh besan masakkan asam pedas daging.. (Malam tu kami ada borak-borak tentang asam pedas daging ni, rupa-rupanya besan sanggup pergi pasar borong awal pagi semata-mata masakkan untuk kami..Allahuakbar!)


Ini rendang Bali. Mungkin resepi family kut..


Rojak..

Subhanallah, kami memang dah kekenyangan sangat. Pukul 10 pagi tadi sarapan nasi goreng dan roti canai. Pukul 11 makan nasi dan ikan siakap. Menjelang Zohor kami dihidang pulak dengan asam pedas daging ni. Memang takkan tolak rezeki tapi mana nak letak dalam perut niiiii!!

Kami minta diri untuk teruskan perjalanan... terima kasih tidak terhingga pada Epa, En Osman dan isteri juga sanak-saudara di Melaka. Terharu sangat atas layanan pada kami tetamu yang tidak diundang ini. Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi nanti. 


Kemudian kami ke Cheng pula untuk beraya dengan Aina, teman serumah Farah di Uitm. Che Mid teringin berkenalan dengan ibu ayahnya memandangkan Farah pun pernah menginap di situ dan sentiasa menumpang kereta Aina ke kolej. Sekali lagi kami dihidang makan tengahari - Nasi zafaran dan ayam dll... Aduhhh..mintak maaf la tuan rumah. Perut kami dah terlalu kenyang ni. Che Mid gagahkan juga menyuap nasi, tapi abahnya dah surrender..

Menjelang Asar kami bertolak pulang. Cukup empat buah rumah diziarah dan empat kali makan nasi. Masyallah, murah rezeki kami.  Ayan dan Epa sambung beraya dengan family Melaka.  

Dalam perjalanan, ada tempat yang sesak ada jalan yang 'clear'. Tapi abahnya pulak mengantuk sakan. Kami singgah di Tanjung Bidara. Sementara abahnya melelapkan mata,  ibu menunaikan hajat Deeja bermain pantai.

Sorang-sorang pun jadik..." Ibu kenapa air laut ni masin?". Sebab Allah jadikan masin. " Kenapa Allah jadikan masin?"....Err...sape nak jawab....

Itulah dia jelajah raya kami ke Melaka. Masyaallah, trip yang sangat menyeronokkan. Dapat meluangkan masa bersama anak menantu, bercerita, bergurau..dan mengerat silaturahmi dengan 'ahli keluarga' baru... Alhamdulillah..



Tak Beraya Lagi

Selamat hari raya maaf zahir batin dari Che Mid dan keluarga kepada semua blogger tersayang yang masih setia bersama Che Mid. Sentiasa dalam ingatan walaupun dah jarang berblogging..





Tahun ini giliran beraya dengan keluarga mertua. Tapi kami berkumpul bukan di Lipis sepertimana biasa sebaliknya beraya di rumah Alang di Shah Alam sebab Atuk dan Wan dah tinggal dengan Alang. Semua 5 beradik dapat berkumpul sekali di hari raya pertama.

Kami dari Klang, Ateh dari Raub, Acam dari Keramat - solat sunat hari raya di tempat masing-masing sebelum ke Shah Alam. Lubis dari JB dah sampai Shah Alam malam sebelum tu.




Selesai solat sunat di surau kami, kami bergegas ke Shah Alam. Terus bersalaman dan bermaafan dengan Atuk dan Wan dan family sebelah suami, Lepas tu acara bergambar yang tak pernah miss.. Gambar atas tu, abnga Ayan takde sebab beraya denga keluarga mertuanya.


Lepas solat Jumaat Ayan dan isteri ikut kami ke Shah Alam.


Cucu-cucu lelaki Atuk dan Wan ...segak dan ramai yang dah besar..\

Cucu-cucu perempuan Husainchiks


Menantu-menantu Husainchiks


Keluarga Ateh Rosdan dari Dong, Raub

Keluarga tuan rumah, Alang Fadilah di Shah Alam





Keluarga Lubis dari Johor Bahru..



Keluarga Acam Mastura dari Keramat



Sepupu-sepupu solehah yang cuns dan anggun..



Kali ni kami dapat duit raya dari kak Ain... terima kasih ya
Deeja & Azyan... 


Alahai comel anak dan menantu ibu..



Menyelit je ibu ya...




Azyan kena tutup mulut rapat-rapat sebab gigi dah tak cukup hiiii...


Petang raya pertama tu juga berkumpul di rumah Che Mid di Klang..




Gambar paling tak semenggah...


Ini pun sama gak..

Pagi raya memang kelam kabut sungguh..pagi-pagi raya ke surau sebelah rumah je. Lepas tu balik dan bersiap untuk ke Shah Alam rumah Alang. Biasanya kami beraya dan bermaafan antara keluarga kami bersekali dengan yang lain-lain. Tiba di Shah Alam, sesi bermafaan sedang berlangsung, kami pun terus masuk barisan bersalaman dengan Atuk, Wan dan yang lain-lain. Lepas tu sesi bergambar-gambar yang riuh rendah tu pulak.

Rupa-rupanya kami terlupa sesuatu!! Che Mid dan keluarga tak bermaafan lagi!!