Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 28 September 2012

Senda Jumaat - Wak Long Sakit

Petang semalam, tiba-tiba je adik Che Mid, Acik, telefon.

Acik           :   Akak, ada dengar cerita tak? (Suara separuh saspen)

Che Mid     :  Cite apa? Tak tau pun..

Acik           :  Ni.. dengarnya Wak Long masuk spital.. (Wak Long tu adalah bapa sedara kami SEBELAH EMAK)

Che Mid     :  Ye ke.. tak tau pun... (Selalunya apa-apa hal pasal famili, Che Mid tau dulu.. he he kepoci la katakan... eh bukan.. Che Mid ni kira macam Centre of Information la..)

Acik           :   Tadi, Abang Usu datang rumah, dia kata Wak Long masuk spital, dari semalam lagi. Kat spital Klang.. tapi acik tanya mak, dia pun tak tau... (Abang Usu aka. Ketua Kampung ialah sepupu SEBELAH ABAH)

Che Mid    :  (Sebagai seorang kakak yang bertanggungjawab terus je tawar diri).. Tak pe.. tak pe, nanti akak tanya anak Wak Long ya.. nanti akak call Acik balik..)


Tanpa berlengah, Che Mid call Awa (pangkat akak sepupu, anak Wak Long tapi disebabkan dia orang lebih muda, jadi Che Mid dipanggil akak..).. tak jawab pulak. Telefon sorang lagi anak Wak Long, Alis.

Che Mid    :   Ni akak nak tanya, betul ke Wak Long masuk spital?

Alis            :   HAA?  Bila ? Alis tak tau pun...(ketawa kecik) La, abahkan memang selalu pergi spital, ambik jenazah ( sebenarnya Wak Long ni buat bisnes kereta jenazah, memang tak heran lah kalau dia selalu je ada di hospital)..

Che Mid    :   Hey, betul ni..dah ada orang datang rumah bagi tau Wak Long masuk spital. Orang tu kata Wak Long masuk sejak semalam lagi kat hospital Klang..

Alis            :   Biar betul kak... takkan Alis tak tau kut.. abah ok je nampaknya..Macam ni, nanti Alis cuba tanya-tanya.. (suara macam tak percaya je..)

Che Mid    :  Ok.. cepat bagi tau akak balik.. kang kecoh satu kampung... (Maklumlah, Wak long ni memang terkenal merata kampung, yang kasi tau pulak Ketua Kampung.. aduhaii..)


Setengah jam lepas tu, Acik telefon balik.

Acik          :     Macamana kak, dah tanya ke belum... betul ke Wak Long masuk spital..

Che Mid    :     Tak tau lagi la... (dalam telefon tu macam dengar je ada call masuk).. eh dik, ni kut Alis call.. nanti ya.

Bila Che Mid jawab je fon tu.. rupanya Wak Long sendiri yang bercakap.

Wak Long :    Ini Wak Long la... wak kat kubur ni.. antar jenazah... ha ha.... apa kecoh-kecoh ni.. Wak tak apa-apa la..


Che Mid    :  (Ikut ketawa)... Ha ha.. Alhamdulillah... abis sapa pulak yang sakit???

Wak Long   :   Ha dah dah.. ko pegi kasi tau semua orang Wak sihat. Nanti ramai pulak orang carik Wak kat spital....

Jadi sape yang sakit???

Rupanya, ada seorang lagi yang dipanggil Wak Long tapi di sepupu disebelah abah Che Mid, tapi kami tak biasa panggil macam tu... kami panggil kakak je...

Tu lah akibatnya bila nama sama orang tak serupa.. tak pasal-pasal jadi kecoh..
















Wednesday, 26 September 2012

Amanat Musikhat - Khas untuk TTI

Menganjurkan satu acara bertaraf antarabangsa bukan mudah. Di sini Che Mid ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) yang telah berjaya menganjurkan acara sedemikian rupa walau pun dengan tenaga kerja yang kecil.

Terima kasih kepada YM Engku Azmi, En Khalizan, En Safwan, En Khairy, En Roslan, En Riduan, En Saiful, Pok Nasir, En Fendi dan lain-lain atas layanan baik kepada semua anggota Amanat Musikhat seramai 41 orang keseluruhannya.

Paling suka sangat dengan Cik Farhana, yang bertindak menjaga kemudahan dan keselesaan tetamu. Sangat cemerlang! 

Arni dan Maznah

Bergandingan dengan Bahman dari Perancis dan Tuan Imam Muda Masjid Kristal, Imam Amzar yang Subhanallah, amat sedap bacaan solatnya. Jadi menantu Che Mid nak tak?

Kiri sekali, Mariam, salah seorang 'orang kuat' TTI..

Hidayat si tukang gambar dan Farhan 

Ustaz Rozi, salah seorang ahli panel Forum Perdana sedang berlatih qasidah dengan Alwi Mustafa, penyanyi qasidah yang selalu muncul di rancangan Dikir Zikir, di TV al-Hijrah. 

Dua orang kaligrafer TTI yang mempersembahkan hasil batikhat sebagai logo TIIAF 2012 (seperti yang tertera di atas pentas utama)

DYMM Sultan Mizan, sedang mendengar alunan muzik MOHRAM semasa perasmian

Para ustaz sedang mengalunkan solawat penutup kepada Forum Perdana yang bertajuk "Seni Dalam Islam". Che Mid tak lah pulak catat isi forum tu, (menyesal la ni sekarang..) konon sibuk ke hulu ke hilir..

Ceh ceh.. tersenyum lebar dengan Ustaz Rozi. Che Mid sempat nyanyi sikit lagu "Ahlan Bina" depan Ustaz tu.. ha ha nak tumpang sekaki gak tu..

Si mamat ni pun, Che Mid 'admire' sangat suara Qasidah dia tu. Syed Alwi Mustafa.. memang mantop habis.. jaga diri baik-baik ya dik.. 

Berdiri di tengah-tengah adalah seorang peminat baru dari Kuantan, Pahang, Mustafa Byrnes Abdullah, dari International School Kuantan, datang sekeluarga ke festival tu, kebetulan duduk bersebelahan dengan Che Mid, maka berborak panjanglah dengan isterinya yang peramah, Puan Mahani. Bila-bila nanti  boleh lah kita jumpa lagi ya..

Akhirnya, inilah MOHRAM di Konsert Amanat Musikhat. Semoga cita-cita untuk membawa konsep ini ke bandar lain di Malaysia akan menjadi kenyataan.. Insyaallah. Sekali lagi, terima kasih TTI..

Sunday, 23 September 2012

Che Mid @ Amanat Musikhat

ASSALAMUALAIKUM wahai sahabat-sahabat yang dirindui sekalian!! Lama benar Che Mid menyepikan diri ya.. Hari ni nak menjenguk sekejap sambil melepas rindu.

Kali ni nak berborak pasal keberadaan Che Mid di Taman Tamadun Islam, Terengganu. Che Mid berada di sana selama 8 hari kerana terlibat dalam Konsert Amanat Musikhat oleh MOHRAM. Sape tak kenal MOHRAM, meh Che Mid perkenalkan..


MOHRAM adalah kumpulan muzik yang dianggotai oleh dua orang pemuzik. Mohar bermain flute/seruling dan Ramli bermain rebana. Gambar di atas diambil semasa promosi Amanat Musikhat di MHI,TV3. Kalau nak tau, kami berolak sebelum subuh untuk tiba di TV3 jam 6.30. Subuh di sana kerana "call time' pukul 7.00 pagi.

He he sempat gak mengecek gambar di Fitri..

Selain dari MOHRAM yang menjadi tunggak konsert tersebut, Farihin Abdul Fattah bertindak sebagai Pengarah Persembahan dan disokong oleh 7 pemuzik dari Kuala Lumpur dan 6 orang lagi pemuzik dari SUKTRA Terengganu.

Latihan telah pun dimulakan di studio Bsync Petaling Jaya seawal 30hb Ogos lalu dan disambung semula di studio SUKTRA Terengganu pada 10 September sehingga hari persembahan pada 15 & 16 September 2012. ( Dah tau dah kan.. nape Che Mid lama tak tulis blog nii... al sibuk al sangat... laptop yang hilang tu tak jumpa lagi sampai sekarang..)

Di Lapangan Terbang Subang sebelum berlepas ke Terengganu. Pertama kali berpisah lama dengan Deeja ku sayang..(Ada cerita mengharukan pasal Deeja yang akan Che Mid kabokan di lain entri..)

 Lihatlah beningnya Sungai Terengganu. Che Mid tinggal di Rumah Tamu TTI yang berlatar belakangkan sungai yang tenang ini.

 Bersarapan sambil menghirup udara segar pagi di tepian sungai.. tenang dan damai..Jangan tanya dah mandi ke belum tau.. terutama yang t-shirt biru tu..hi hi


 Pemandangan Masjid Kristal ketika mentari mula bersinar..Tak lepaskan peluang bersolat jamaah di masjid yang sangat cantik ini. Sayang seribu kali sayang, masjid ini cuma bertaraf surau kerana tidak ada kariah.. tapi Che Mid gunakan kesempatan yang ada untuk bertelekung berjalan kaki dari Rumah Tamu ke masjid. Buat macam di rumah sendiri.. semoga satu hari nanti masjid ini akan mencukupi bilangan pemastautin dan boleh dijadikan masjid. Alhamdulillah Che Mid dapat empat kali Subuh berjamaah di situ.. hari lain cuma solat di bilik saja sebab tidur lewat sangat.. sedar-sedar dah azan.. aduhaiiii..rugi beso..

Farihin, Cha'an, Afi dan Ammar, bersidai di luar Rumah Tamu selepas pulang dari masjid. Che Mid siapkan nescafe O panas dan biskut kering sementara menanti waktu bersarapan. Farihin memang tegas orangnya dan yang paling bagusnya, dia akan pastikan solatnya dan pemuzik terjaga, kalau boleh sentiasa ada air wudhu'.

 Inilah perangai melepaskan stress selepas rehearsal. 

MOHRAM bersedia di atas pentas ketika upacara perasmian Terengganu International Islamic Art 2012 yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Mizan. Di sebelah kanan sekali tu ialah Bahman Panahi, seorang pemuzik dan kaligrafer keturunan Iran yang menetap di Perancis.

Si pendek di tengah sedang cuba meninggikan diri kerana di apit oleh dua orang yang melampai..

 Bersantai di B Beteng selepas selesai persembahan. Kelakarnya, sedang kami leka minum, tiba-tiba dapat panggilan supaya segera ke dewan sebab Sultan nak jumpa.. fuh.. berpeluh jugalah menapak semula ke sana..Rupanya kena standby berbaris sebab sultan hampir berangkat pulang..

Farhan Azman bergambar bersama Firdaus, jurutera lampu konsert. Dah lah namanya Firdaus, umurnya pulak 26 tahun, sebaya dengan arwah Firdaus.. Agaknya kalau dia masih ada, tentu rupanya ada iras-iras ..

 Beramah mesra dengan Kaligrafer dari Jepun, Mariam dan Pakistan, Fareha. Yang lelaki tu, dah tak ingat namanya..

 Taklimat terakhir sebelum persembahan kemuncak pada malam 15hb.. 

 SHOW TIME!
Rasa penat lelah dan kerja keras berbaloi-baloi apabila melihat persembahan hebat yang diakui oleh penonton. Alhamdulillah ya Allah!

Sebahagian dari kami bergambar dengan perwakilan dari Brunei Darussalam..

Che Mid terbang pulang pada malam 17hb September, paling merindui keasyikan pemandangan dan kekhusyukan di Masjid Kristal...

Sunday, 26 August 2012

Bila Tiba Hari Raya


TIGA HARI SEBELUM RAYA (Khamis)

Che Mid, Che Abang, Farah dan Deeja ke Giant Shah Alam untuk mencari barangan raya... las minit punya kerja la ni.. Bersolat Asar.. sambung shopping dan kemudia berbuka di sana.

Habis berbuka, kami bergerak pulang untuk bersolat Maghrib di rumah. Sampai di rumah, Che Mid bergegas untuk solat, Farah tanya, " Ibu, ada tak bawak masuk henbeg Farah?" Che Mid kata tak. Sibuklah Farah dan abahnya menggeledah kereta kami mencari henbeg. Tak jumpa..Rupanya..


Kereta kami dah diceroboh oleh penjahat yang menjolok tempat kunci pintu hadapan (dalam gambar). Pintu kereta dapat dibuka dan henbeg Farah yang ditinggal atas tempat duduk pun menjadi rezeki penjahat tu. Memang salah Farah sebab meletak henbeg atas 'seat' .. mengundang padah. Tapi alhamdulillah, tiada barang lain hilang tapi esoknya kami terpaksa ke JPN untuk memohon membuat kad pengenalan baru dan kereta pun kena dibaiki. Mujurlah tak mahal mana.

SEHARI SEBELUM RAYA...(Sabtu)

Jam 3 petang dapat panggilan telefon yang paling dimenyampahi.. " BAJU RAYA TAK SIAP!!"...
Rasanya tukang jahit tu dah 'over' menjahit sampai jatuh sakit. Ok.. what to do.. Ingatkan hari tu tak mau keluar rumah dah, sebab nak merendang kat dapur.. rumah pun tak habis dikemas lagi.. Tapi mau tak mau terpaksa juga kami keluar carik baju untuk dipakai pagi raya...



HARI RAYA DAY...(Ahad)

Inilah baju raya kami.. hak yang laki-laki memang tak tukar baju Melayu, masih pakai yang tahun lepas.. hak yang pompuan tu.. kami capai las minit kat Tesco dan Alam Sentral...Nak bergambar sangat pun dah takde mood... ni je satu gambar, menyelit pada abahnya masa tengah makan kat umah mak...

HARI RAYA KE DUA ( Senin)

Kami buat keputusan untuk balik ke Lipis. Sedang berkemas-kemas, baru tersedar... LAP TOP CHE MID HILANG!!... Ingatkan nak transfer gambar ke laptop sebelum balik kampung, tapi tak seorang pun tahu ke mana lappy tu pegi. Faris kata dia dah letak dalam bilik ibu masa malam raya, tapi tak le Che Mid ingat kat mana disimpan lepas tu. Ya la.. raya kan.. time ni la nak sorok menyorok barang.. kasi nampak rumah tu terang sikit.. 

Sampai hari ni, kami masih tak tau mana lappy tu. Kalu ada orang ambik, nape cuma satu barang je.. lappy Ayan ada atas katil tu.. sentiasa on je.. tapi elok je kat situ.. Kalau ada dalam rumah.. kat mana pulak letaknya.. Tolong carik!!

Kami balik kampung dengan perasaan bercampur baur.. tapi gagahkan juga balik, sebab nak jumpa emak abah mertua yang disayangi dan dirindui..

HARI RAYA KE TIGA.. (Selasa)

Sepatutnya belum balik ke Klang, tapi kereta buat hal lagi. Pintu depan sebelah penumpang dah tak boleh buka langsung. Che Mid kena ikut pintu belakang dahulu baru injak ke depan. Farah pulak nak exam trial SPM selepas cuti raya. Kepala otak  pun asyik fikir pasal laptop yang tak tau di mana..Akhirnya kami bertolak balik ke Klang lewat petang tu jugak.

Itulah al-kisah Che Mid sekeluarga pada aidil fitri tahun ini. Che Mid ambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Lebaran, minal aidil wal faizin, maaf zahir batin kepada semua sahabat blogger jauh dan dekat, nyata dan maya. Sekarang ni sukar sikit untuk berblog sebab lappy dah takde. Harap guna desktop je..

Sebelum undur diri, jom layan gambar raya ni dulu...


 Ke pusara arwah Firdaus selepas solat sunat aidil fitri. . Si kecik Deeja sedang membuang daun-daun kering.

 Deeja kata ' siram air' lepas tu 'taruk daun'(bunga rampai) atas kubur. Che Mid tunjuk kubur saiz kecik-kecik, "Ini kubur baby".. dia pun suka tengok ada banyak kubur baby...sana sini tunjuk kubur baby..

 Deeja tak pernah kenal dengan abang Firdaus cuma tengok gambar saja. Tapi dia boleh faham istilah 'meninggal dunia' sebab selalu tengok drama 'Tanah Kubur'. Che Mid perasan muka Deeja berubah masa kami baca surah Yaasin seolah nampak sesuatu yang asing. Ayan kata, " Adik nampak arwah abang.."

 Faris & sepupu..

 Deja & Azyan & kak Ili Athira

Che Mid & famili





Friday, 3 August 2012

Jemputan Berbuka Pertama

Hari Sabtu lepas, pi buka posa di umah adik ipar... Che Mid bawa

Salad kentang

 Pecal keli

 Bubur candel

 Tuan rumah sediakan puding roti istimewa dengan sos cream dan coklat..

 Sup sayur.. sedap ada brokoli..

Terima kasih adik-adikku Ayu dan Acam sudi ajak buka puasa di rumah. Ayam goreng dan kari daging memang terbaik!!



Gambar bawah ni takde kena mengena dengan buka puasa kat atas  tu..


Nape Deeja ni???

Si budak Deeja tu sibuk mengacau abang Ayan cuci kereta. Las-las kena 'dajal' dengan abang Ayan. Buih sabun cuci kereta tu, abang Ayan bubuh banyak-banyak atas kepala... lepas tu posing macam ni, siap dengan spek itam lagik.. Si Deeja tu sporting je, walaupun mata terpisat-pisat mata terkena air sabun...

Monday, 30 July 2012

Ular Menyusur Akar...

Hari ke tiga Ramadhan di Taman Dato Bandar.. Che Mid, Farhan dan Deeja beronda-ronda di pasar malam. Nun di simpang jalan besar ke pasar malam, nampak sesusuk tubuh yang macam dikenali sedang memegang mikrofon.

 Ya.. memang betul, penyanyi Nazrey Johani bekas ahli kumpulan Raihan sedang menyumbangkan lagu-lagu terkenalnya menggunakan minus one. Untuk apa dan macamana orang seterkenal dia boleh menyanyi di pasar malam?


Sebenarnya Nazery ini merupakan duta kepada Misi Amal khas untuk membantu orang susah di negerinya, Sabah, terutama orang mualaf di sana. Sambil dia menyanyi, orang ramai yang lalu lalang menghulur derma ikhlas di bekas-bekas yang disediakan.

Siapa sangka penyanyi terkenal antarabangsa sanggup berpeluh-peluh turun padang dalam bulan puasa atas nama kemanusiaan dan jihad fisabilliah. 

Che Mid memang dah sedia maklum tentang kehadiran Nazery sebab telah diberitahu dalam mesyuarat beberapa hari sebelum itu, tapi macamana dengan pengunjung luar yang datang ke situ.. tentu hairan dan tak sangka kan? Anda bagaimana?... Pada Che Mid ini adalah contoh peribahasa ular menyusur akar takkan hilang bisanya..

Hari itu.. suara pujian kepada Allah dan selawat Nazery berkumandang di taman Che Mid hingga menjelang waktu berbuka. Semoga Allah menguatkan hatinya dan hati kita semua untuk sama-sama menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini.