Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 14 January 2016

RM10 jeee... Round 3

Assalamualaikum wbrk

Sumbangan untuk anak-anak yatim diteruskan lagi bulan ini. Kali ini Che Mid dan kawan-kawan tak ke mana-mana rumah anak yatim, tetapi memilih untuk menziarah dan menyumbang serba sedikit kepada anak yatim dan kurang berkemampuan di taman kami sendiri, Taman Dato Bandar. 



Ini adalah Puan Najat dan dua dari empat orang anaknya. Anaknya berusia antara 17 hingga 10 tahun. Suami meninggal 5 tahun lalu. Puan Najat berniaga kuih muih dan pisang goreng di tepi surau taman kami dari pukul 3 - 6 petang hampir setiap hari. Sewaktu kami datang ke rumah, beliau nampak keletihan sebab baru je balik berniaga.

Beliau mengambil bantuan kewangan menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dibayar ansuran secara mingguan. Selain dari berjual kuih, Puan Najat mendapat pencen dari Socso sebanyak RM700 yang digunakan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak. Pihak Zakat juga memberi bantuan sebanyak dua kali setahun iaitu sempena hari raya dan buka sekolah.



Seorang yang sangat tabah dan kuat semangat, Puan Najat sering mengucapkan Alhamdulillah.. cukuplah untuk anak-anak makan. Adik beradiknya juga membantu sedikit sebanyak. Ada yang membantu membaiki rumah jika ada yang rosak, malah kereta MyVinya juga abang-abangnya yang tolong menjelaskan ansuran bulanan. 



"Sesusah-susah saya, ada lagi yang lebih susah," Katanya merendah diri. "Cuma bila musim hujan, hasil jualan berkurangan, tetapi hutang AIM tetap kena bayar. Masa tu memang kami terpaksa ikat perut. . Tapi takpe lah..kami dah biasa."  

Begitulah jiwa orang susah yang beriman. Meminta-minta jauh sekali. Namun, bila kami serahkan sampul sumbangan, tiba-tiba je beliau terdiam. Speechless. "Tak tau nak kata apa", katanya. Air mata terus bergenang seolah-olah menyatakan betapa beliau memerlukan bantuan dan betapa bersyukurnya pada Allah. Che Mid kata, " Allah makbulkan doa awak dengan mendorongkan hati kami untuk datang dan beri bantuan ni". 



Keluarga kedua yang kami ziarahi ialah Puan Yati. Beliau bukan ibu tunggal tetapi baru sahaja menjalani pembedahan yang kedua akibat kencing manis. Gambar di atas ialah semasa baru balik dari pembedahan yang pertama. Waktu itu, kami dah pun sumbangkan sedikit wang tunai dan susu khas untuk pesakit kencing manis kerana keadaan Yati yang sangat lemah dan tak berdaya. 

Suaminya pula yang baru sahaja bekerja di tempat baru,  tak dapat keluar selalu menghantar Yati mencuci luka pembedahan. Ini jugalah antara faktor yang menyebabkan Yati lambat dibawa ke hospital sehingga luka dikakinya bernanah dan akhirnya terpaksa dipotong 2 jari kaki. 

Untuk 'dressing' setiap hati ke klinik kesihatan, suami Yati akan menghantarnya ke klinik dan kemudian ada sahabat yang baik hati akan mengambilnya pulang ke rumah. Yati dan suami malu untuk "menyusahkan" jiran-jiran tapi kami cuba yakinkan mereka bahawa kami sentiasa ada untuk membantu bila diperlukan.



Hanya airmata terharu menemani Yati ketika Ruzzi menyampaikan sumbangan bagi pihak penyumbang. (Gambat tak jelas.. kami kelam kabut nak balik sebab azan Maghrib dah berkumandang masa tu).  Sebelum kami datang, ada juga jiran lain yang berjumpa Yati menyampaikan zakat.. alhamdulillah. 


Keluarga ke tiga yang kami kunjungi ialah Puan Noraini. Seorang balu yang mempunyai dua orang anak berusia 16 dan 13 tahun. Kak Ani menyara anak-anak dengan menjual kuih dan mengasuh anak kecil seramai 3 orang. Semasa kami datang, kak Ani tak berapa sihat, Berjalan terdengkot-dengkot. Memang kak Ani selalu saja sakit-sakit tapi terpaksa digagahi juga demi anak-anak. 


Kak Ani menerima sumbangan dari wakil kami. Setiap kali mengunjungi kak Ani, ada saja yang diceritakan tentang kesusahan keluarganya. Harap kak Ani terus bersabar atas ujian Allah ini ya. Memang sukar bergelar ibu tunggal kematian suami, memang payah membesarkan anak-anak remaja, dengan kudrat tubuh pula semakin lemah. Kak Ani kena kuat dan pandang ke depan. Allah ada kan..


Nadia (berbaju hitam) bersama-sama kawan-kawan ibu yang juga jiran setaman. 

Rumah terakhir yang kami ziarah ialah Puan Nadia, balu anak dua berusia 7 dan 5 tahun. Ibu muda ini bekerja dari rumah secara atas talian. Mereka bertuah kerana tinggal bersama ibu bapa sejak arwah suami masih ada. Sentiasa dikelilingi oleh ibu bapa dan adik beradik, Nadia dan anak-anak tidak kesunyian dan masalah yang dihadapi boleh dikongsi bersama. Kami doakan Akif dan Khalisha membesar sebagai anak soleh sepertimana anak-anak lain.


Dua tahun hidup sendirian, sempat kami mengusik Nadia supaya berkahwin semula jika ada yang melamar. Maklumlah Nadia masih muda, dan tentunya anak-anak perlukan perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Jelas dari raut wajah Nadia yang dia masih terlalu merindui arwah suami, namun hidup mesti diteruskan. Pandang ke hadapan, sinar bahagia pasti ada menanti. 

Itu dia, ziarah kami bulan ini. Setinggi penghargaan kepada SEMUA yang menyumbang. Walaupun dah masuk bulan ke tiga, tapi rakan-rakan masih setia menghulur. 

Sebenarnya Che Mid dah agak kutipan bulan ini akan berkurangan, kerana masing-masing sibuk dengan pembiayaan persekolahan anak-anak. Tetapi ada sampul surat yang Che Mid buka, mengandungi beberapa keping wang kertas RM50... masyaallah tabarakallah, menggigil tangan Che Mid tapi mulut tak henti mengucap syukur. Tak pasti siapa yang menyumbang sebab semua sumbangan dikumpul dulu baru dikira. Kepercayaan beliau pada Che Mid membuat Che Mid sangat terharu. Terima kasih banyak-banyak. Kita sama-sama istiqomah ya..

Tuesday, 29 December 2015

Yahanana Events di Restoran Zam-zam

Assalamualaikum kawan-kawan blogger semua.. apa habaq? Alhamdulillah sihat-sihat belaka nampaknya ya..

Hari ini nak cerita tentang show kami di Restoran Zam-zam Arabic Food, Shah Alam pada 5 Disember 2015 yang lalu. Pakej Yahanana Events ialah PA Sistem, Emcee dan Nasyid. Majlis resepsi untuk Amiir dan Ika.

Pada hari Rabu sebelum majlis, telah diadakan raptai di Restoran Zam-zam. Ibu bapa, pengantin dan sedara mara yang terlibat turut hadir.


Macam serius je kan.. memanglah kena serius, untuk pastikan semua faham tugas masing-masing.  Pengantin ada sekali kat situ, tapi Che Mid tak kenal yang mana satu he he.. melampau kan I.. ya lah, sebab pengantin sangat-sangati sempoi dan simple.


Pengantin dah duduk atas pelamin..pakai jeans je..

Akif dan Farhan pun ikut sekali untuk raptai Solawat pengantin


Sambung bincang di meja makan. Syyh..! Jangan kacau..


Lepas tu tuan rumah belanja makan 


6hb Disember 2015, hari yang dinanti-nanti pun tiba. Pukul 9.30 pagi ada antara kami dah tiba di Restoran Zam-zam.


Set up dan sound check pukul 10.00 pagi. Masing-masing pakai baju biasa je dulu. 


Deejay Ray pun ikut kami hari ini menggantikan Ijam yang ada urusan di tempat lain. Testing..testing. Untuk info, lay out Dewan di Zam-zam Restoran ini agak pelik, berbentuk L. Jadi agak mencabar untuk memastikan semua tetamu mendengar kami dengan jelas tanpa rasa bingit. 

Che Mid dah siap. Tema majlis ialah Moroccan Striking.. jadi Che Mid pakai baju meghah mak ngah campur hitam. Shawl panjang cuma di pin atas kepala dan biarkan terurai di belakang. Alhamdulillah, Puan Nik Shamsiah, ibu pengantin lelaki sangat suka. " You look gorgeous", katanya. 

Ittihad juga memilih untuk berjubah warna terang. Memulakan majlis dengan lagu UNIC - Doa Dhuha. Di dalam dewan, tetamu dihiburkan oleh Ittihad, manakala di luar dewan, kumpulan Gamelan Warisan juga membuat persembahan. 

Faris pun ada, back up crew. 

Bapa pengantin lelaki sedang memberi ucapan. Sebelum itu beliau juga yang membacakan doa selamat atas permintaan isterinya. Bagi Puan Shamsiah, tiada yang lebih afdhal mendoakan pengantin kecuali bapa sendiri. 


Pengantin perempuan berasal dari Pekanbaru, Indonesia. Jadi rombongan pengantin didatangkan khas dari sana. Lihatlah pakaian tradisi mereka..


Bergambar dengan saudara mara pengantin lelaki. Yang kiri gambar aalah En Faizal, Floor Manager yang banyak membantu Che Mid melancarkan perjalanan aturcara majlis.


Yang tengah tu Puan Shamsiah, emak pengantin lelaki dan tuan rumah. Sangat berbudi pekerti tinggi.  Setinggi-tinggi penghargaan untuk Puan Nik Shamsiah yang sudi menghubungi kami dan seterusnya menempah kami awal-awal lagi, walaupun tidak pernah melihat kami sebelum ini.




Dhirar dan Akif Ittihad

Farhan dan Shafik Ittihad 

Terus menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu kerohanian menggunakan minus one dan accapella hingga jam 3.30 petang.

Pengacara majlis

Terbaik!!

Team Yahanana Events 

Untuk tempahan PA Sistem, Emcee/Deejay, Nasyid, Qasidah. Kompang, Marhaban dan Fotografer..sila hubungi Che Mid di 013-3672459. Boleh layari fb Yahanana Events juga untuk tengok info-info menarik. 

Sunday, 27 December 2015

Jalan-jalan Mersing

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian

Tentu ramai yang sedang bercuti-cuti Malaysia atau balik kampung kan. Che Mid dan keluarga tak kemana-mana cuti ni. Tapi dah berjalan-jalan ambil angin pada 11 Disember lepas sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor.


Pukul 9 pagi kami gerak ke Kuala Rompin untuk mencari udang galah. Ibu teringin sangat nak makan, walaupun tahu jarak dari KL ke Kuala Rompin tau jauh sangat. 


Bekal kami - Roti jala, kari sardin, nasi lemak, sambal tumis dan sayur. Cadangnya untuk makan di bilik penginapan nanti. Sukun goreng ni untuk kunyah-kunyah dalam kereta.


Kami ikut jalan Seremban - Kuala Pilah - Bahau - Rompin - Muazam - Kuala Rompin . Sepanjang jalan sentiasa ditemani hujan lebat.  Tiba di Leban Chondong Kuala Rompin hampir pukul 3 petang. Semua dah kelaparan. Tadi nak berhenti untuk makan bekal yang kami bawa, macam takde tempat untuk berhenti. Lagi pun hujan merata-rata. 

Kami makan nasi hidang je lah di salah satu gerai. Ini daging gulai tapi pekat. 

Siput sedut kegemaran Farah dan Abahnya. 

Masak lemak labu 

Ini dia udang galah lemak cili padi. Sekil0 RM85.  Sayang sekali, menantu yang sedang 5 bulan mengandung alah pada makanan laut. Tak sampai hati nak beria-ia makan udang ni. Jadi cuma ambil setengah kilo je. Memang sedap udang galah ni. "Fresh n juicy" gitu... Tapi anak-anak tolak kepala udang kat ibu. Ibu sorang telan otak udang... aduiii cepat muak le.. ha ha. Apa pun, tercapai hajat makan udang galah Kuala Rompin, tapi rasanya masak sendiri lagi sedap kut....


Kami tiba di Air Papan Neach Resort, Mersing, Johor lebih kurang lepas Asar. Check in di Family Room berharga RM265/ malam. Simple tapi luas dan sesuai untuk kami bertujuh. Ini pemandangan dari pintu masuk. 

Dua katil di luar. Jap lagi kami tolak dua-dua katil ke tepi dinding. Berlonggok bergolek ramai-ramai nanti ha ha

Ini bilik tidur utama. Kami beri peluang Ayan dan Epa tidur di sini. Menantu ibu ni, masih malu-malu dengan kami. Biarlah ada privasi sikit.

Penat berkereta, akhirnya sampai juga ke Mersing ni. 

Dari tingkap bilik kami.. 



Lepas solat jama' Zohor dan Asar, mulalah sesi bermain pantai... lebih pada melayan si Deeja.

Pantai Mersing ini sunyi dan nyaman je. Tak ramai orang datang.. mungkin sebab kedudukan Mersing yang tidak melalui lebuhraya utama menyebabkan ia tak berapa popular. Tak tau lah, kalau masa kami datang je tak ramai... sebab musim hujan pun ya juga.

Dengan boyfriend-boyfriend

Dengan dara dan bakal mak dara.. eh ke mak bujang.. he he.. dah mula nampak perut tu kan..

Ibu nyibuk je kat belakang tu..

Abang teman adik main pasir.. sian adik takde kawan baya-baya dia..

Suka betul dapat baring-baring atas pasir...

Dapat air laut-laut sikit-sikit pun jadilah...


Pastu kutip cengkerang..

Cinta-cinta hati bunda..

Anak menantu bunda..

Menanti senja berlabuh di Air Papan



 Lepas Maghrib kami makan malam dengan bekalan - roti jala kesukaan Ayan, cicah kari sardin dan nasi lemak,

Ayam masak campak-campak dan buncis goreng pun ada.


Kemudian kami sekeluarga berkaraoke selama 2 jam. Masing-masing bawa lagu kegemaran masing-maisng. Pastu balik bilik dan tidur.

Hari ke 2 pagi, sambung mandi-mandi lagi.

Buli adik...

Abahnya pun sibuk jugak..


Dah jadi duyung..

Abang Aish tolong angkat..

Check out pukul 12 tengahari. Ingatkan ak bermalam di tempat lain tetapi sebab hujan sepanjang jalan, tak boleh nak menyinggah-nyinggah, akhirnya abahnya buat keputusan untuk balik terus ke rumah. Memang tak best tapi faktor cuaca menyebabkan kami terkurung dalam kereta. Waze dan maps tidak banyak membantu. Ada tempat yang kami nak singgah, tapi 'maps' paksa kami berpusing di round about yang sama berulang kali.  Keadaan jalan raya kadang-kadang merbahaya juga buat rasa 'takde mood' untuk berantai-santai cuti.

Kami meredah hujan hampir keseluruhan perjalanan dari Mersing ke Pasir Gudang. Sampai Pasir Gudang, kami isi perut di Restoran Kampungku di Tesco Seri Alam. Kali kedua datang ke restoran ni, memang sedap-sedap masakannya. 

Faris makan ayam penyet



Pengat labu


Farah's feveret - Nasi Goreng USA


 Epa dan Ayan pilih mee hailam dan apa ntah.. dah lupa..


  Budak kecik ni memang buah hati abah



Kuat menyakat jugak..

 Kakak Farah makan chocolate oreo crepe

Lepas makan, kami ronda-ronda di jalan lengang ni sebelum hantar Farah balik ke UITM

 UITM Pasir Gudang - berhenti solat

My heroes


Faris!! Tepi sikit.. 

 Minit-minit terakhir sebelum adik berpisah dengan kakak

Bye bye kakak..

Itulah cerita cuti-cuti kami yang takde apa yang syoknya pun. Tapi kebersamaan sesama ahli keluarga itulah yang sangat-sangat mahal. Alhamdulillah Ya Allah..