Orang lain dah cerita lepas Syawal, Che Mid masih terkial-kial bina 'rumah' baru. Dahlah masa raya kami terkejar-kejar dari Sg Petani - Klang, Klang- Kuala Lipis, balik semula ke Klang sebelum pulang ke Sg Petani. Penat di jalanan tak terkata, dibuktikan dengan seorang lepas seorang demam dan selsema, termasuk Che Mid sendiri..
Apa pun, kita layan jugalah gambar-gambar raya ni dulu ya...
Suasana raya di rumah mertua. Balik solat sunat Aidil Fitri, kami bersarapan sebelum bersalaman. Ruang yang sempit dan terhad tidak menghalang seluruh adik beradik suami seramai lima orang berhari raya bersama. Itulah kelaziman setiap dua tahun sekali, semua adik beradik berkumpul menyambut Syawal.
Acara memohon ampun dan restu emak dan abah dimulakan dengan keluarga Che Abang sebagai abang yang tua, diikuti oleh keluarga dan adik-adik yang lain. Lepas tu, kami juga bermaafan sesama sendiri. Gambar - Alang mencium tangan abah dengan penuh kasih sayang.
Lubis mencium anak keduanya, si anak tersenyum gembira. Kali pertama pertama beraya tanpa seorang isteri di sisi. "Bad mood la Pak Ngah! Kalau nak bagi duit raya tu bagi je la.. tak payah le tanya macam-macam, ishhh..", Agaknya itulah kata hati Azyan sambil memegang bantal bucuk kesayangannya!
Entah apalah yang Deeja buat tu, semua orang fokus pada dia je...
Hai, baru raya pertama dah tepuk kepala..Pak Teh, Mak Teh dan Irfan...pikir apa dong?
Selesai beraya dalam rumah, kami turun ke tepi flat dan bergaya sakan di tepian pohonan.. Lihatlah keluarga Mak Lang Fadilah ni.. Kalau anda perasan, baju raya kami macam sedondon je kan, tapi tak janji-janji pun. Macam tu lah setiap tahun, seakan-akan je.. Mak kata semuanya sehati sejiwa..!
Ini Pak Teh Rosdan sekeluarga. Makin manis anak dara nan sorang tu kan...
Pak cu Acam Mastura dan famili. Senyum la sikit Azyan oii! Tengok kakak tu, sweeeet je.. piwwitt!!
Gambar kami beraya di rumah Mak di Meru. Warna 'pink' campur 'peach'. Masih lagi sedondon dengan gambar kat atas tu kan...Masing-masing letih sebab baru sampai dari Lipis sebelum Maghrib, tapi malam tu kena teruskan beraya.. jadual padat mengalahkan menteri!! Nak beraya sebanyak yang mampu sebelum balik SP..
Assalamualaikum.
ReplyDeleteHi che mid! Diam-diam dah pindah rumah rupanya.. Selamat terus berblogging ya, kita tentunya akan terus ikut InsyaAllah.. :)
Meriahnya raya... tumpang suka nengok gambar.. :)
ada rumah baru dah ya.....selamat hari raya che mid sekeluarga dari cekwa!
ReplyDeleteAssalam n selamat hari raya Che Mid...
ReplyDeleteDah follow, tak leh ketinggalan setiap berita dari Che Mid.
Saja nak bagi tau Che Mid, semalam g raya rumah x jiran TDB..lupa pulak namanya-Baitul Barakah (rumahnya Ust Zamri sewa), sekali Che Nah (Paman Kosim), Mak n Ayah Che Mid pun ada, Zainon n family dan x ingat namanya (klu x silap Zihan-yang pandai jahit langsir) bersama Ust Zamri n wife..kebetulan berkumpul di sana...
slmt hari raya kak. dh pindah rumah rupanya
ReplyDeletetesting
ReplyDeleteNasib dah ok rumah baru ini kan CM. OK kakak dah ikut masuk rumah baru CM nie...:)
ReplyDeleteMeriah raya che mid.
ReplyDeleteok, dah boleh tgok blog baru...nak follow camna pulak ni...jap kena study dulu.(kereta lama,enjin slow.)
ReplyDeletesalam kak che mid,
ReplyDeletesy sgt suke gambar outdoor ats tikar tuh..
nmpk relax jer!
dgn tema pastel ngn kotak2 sumer.. cantek.
sgt sweet..bold berlatar belakang kan kehijauan alam.. =}
Akhirnyer sampai jugak izan ke rumah baru akak... walaupun tak dpt mkn kuih raya tp hepi smpai sini hehe..
ReplyDeletesemua ceria2 belaka gmbr,meriah!~
Nur - Ya la, ada masalah teknikal sikit pada blog tu...
ReplyDeleteCekwa - Moga-moga rumah ni lebih meriah dan bertahan! Selamat Hari Raya juga Cekwa
Adnaz - Tentu berkat beraya bersama-sama, itulah amalan orang TDB yang murni sekali. Tempat CM skrg ni, masih jauh panggang dari api..
ReplyDeletesyariza09- kena pindah jugak, problem pasal upload gambar tu tak setel, malas nak fikir byk2, pindah je..
Kakzakie - Masih terkial-kial, tak boleh follow blog lain pulak ni, asek tak jadik je.. dari siang tadi cuba..
ReplyDeletehani - folo jgn tak folo tau
Fatin - Terima kasih kerana sudi folo akak... nanti akak folo balik k
ReplyDeleteIzan - Sedih juga nak tinggalkan rumah lama, dah banyak cerita suka duka kat situ..