Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 21 September 2011

Koleksi Tudung Raya Deeja

Biasalah, taim raya kan, tentulah nak berbaju kurung dan bertudung. Jom tengok gaya Deeja tahun ni..

 Pakaian pagi raya, baju kebaya bersulam, beli siap harga dekat RM100, tapi ramai tak perasan dek tudung labuh sangat. Tangan pulak panjang terpaksa lipat hujung sulam tu. Beg tangan hadiah dari Mak Eda, jiran rumah Klang. Che Mid pin belakang tengkuk tudung supaya tidak mudah ditanggal, dan sempatlah Che Mid halang Deeja dari menayangkan kepalanya yang togel tu..

 Leka mengorek kuih raya di rumah Wan. Alhamdulillah, tudung dapat bertahan sampai tengahari.

 Baju kurung pink polka dot ini Che Mid beli dua pasang, satu lagi untuk sepupu dia Azyan. Puas bergambar Che Abang tertekan entah apa button kat kamera tu, hilang semua gambar. Takde ful pikce dua budak comel tu.. Tudung pink dibelikan khas oleh Mak Teh La. Pun kena pin ketat-ketat kat belakang..Pakai baju ni masa ke rumah nenek di Meru.

 Berbaju pepel raya tahun lepas sebab nak mecing dengan ibu dan abah ke rumah terbuka Naza Kia Academy.  Dah singkat kainnya, tapi sebab ada pertandingan pakaian sedondon, terpaksa pakai baju tu. Kain ditarik sedikit ke bawah biar nampak panjang. Tengok abahnya, basah baju berpeluh sebab asyik mengejar Deeja ke sana sini. Aktif sangat, sampai tempat air terjun pun nak masuk!Tudung tu dah serebeh tapi masih terletak atas kepala.. kira ok la tu..

 Baju kurung hijau ni dipakai masa rumah terbuka dan majlis bacaan Yaasin jiran baru kami. Seram jugak Che Mid, pertama kali bawa Deeja ke majlis macam tu. Mula-mula elok je duduk dalam rumah. Lepas tu, ada budak lelaki datang dengan ibu dia duduk sebelah. Budak tu bawak mainan bajak kecik, dihulur pada Deeja, Deeja ambiklah... Tak lama, budak tu suruh mak dia ambik balik dari Deeja pulak, berebut la jugak. Tapi takde la sampai nangis-nangis.

 Bila orang tengah khusyuk baca Yaasin, Deeja pun pergi dekat budak tu dengan muka baiiikk je.. diam-diam dia tampar kat pipi!.. Terkejut mak budak tu, aduh mana nak letak muka ni. Sejak tu dia dah tak senang duduk, asek ajak keluar. Nasib baik kat luar ada sorang boboi leka main buai, eh elok je duduk berdua sampai taim makan...Pandai pulak boboi tu layan dia walaupun tak faham apa Deeja cakap.. Ibu pun ikut duduk kat luar, tak habeh le baca Yaasin.

 Berbalik pasal tudung, Che Mid pikir-pikir apa nak letak atas kepala Deeja yang togel tu selain dari tudung labuh. Ha, dapat idea.. Che Mid belikan dia serkup/tudung dalam kita tu.. pas tu pakaikan dan jerut kat belakang, jadikan macam siput sikit, kunun-kunun ada rambut la tu, kemudian ikat dengan pengikat rambut yang cantik.

 Tepi tudung pulak, hiaskan dengan sepit dan pin bunga-bunga... cantik jugaklah..Kemaskan bahagian tepi dengan sepit dan pin bentuk riben dan bunga.. cantik gak lah.. Bukan apa, nak latih pakai tudung kecik-kecik ni. Tapi awas, kalau dia cabut, cepat-cepat letak balik, kecuali kalau dia berpeluh sangat..

 Kami dah siap, rasa-rasa macam nak pergi rumah acik Nizam, acik Ajumohit, atau acik Kakzakie atau acik Izan atau acik Kunang-kunang.. kalau tak pun rumah acik Syariza pun boleh la..

 Satu lagi serkup kepala warna hitam, pakaikan dengan baju lengan panjang pink dan seluar dot-dot pepel, beli di uptown..kakak jadi tukang jaga, tanggal je siappp kau dik! Masa ni di rumah kawan baik Che Mid, Roszana..lepas tu kami lepak di KFC 24 jam dari pukul 12 malam sampai dekat pukul 2 pagi bersama seorang lagi kawan baik, Rosmah, yang baru balik dari Kuantan.

 Nampak Deeja selesa pakai fesyen ibu reka ni..tapi abahnya tak berapa gemar..dia kata," Entah apa-apa la ibu ni.."

Cepatlah acik Suri, acik Imun, acik Azie, Mama Yana, Mama Maman, acik Adnaz.., acik Azmask dll Deeja dah tunggu lama ni, bila nak kasi duit raya ni!!

20 comments:

  1. Assalam Che Mid,

    Deeja comel cam maknyalah...SO SWEETTTTTTTT

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    salam kenal.... jalan-jalan sini tengok aksi bertudung yang menarik!

    ReplyDelete
  3. Deeja kalau nak datang rumah CikZakie boleh terus landing di Airport Senai, nanti cikzakie ambil tapi kena bagitahu dulu sebab nak sediakan duit raya yg special...hihi...

    CM... untung Deeja sebab kakak dan abang dah besar dia jadi puteri dlm rumah....

    ReplyDelete
  4. Al Deeja, comelnya.

    Nik bukan acik kurang-kunang, tapi nekma kunang-kunang.

    Cucu kak ani pakai tudung jugalah kononnya hari raya tu, tapi kejap pakai, kejap buang. Tak lekat.

    ReplyDelete
  5. cumilnya deeja...

    bebudak mmg comel, pakailah tudung apa pun...

    ReplyDelete
  6. Adnaz - Maknya bukan comel lagi.. dah MONTELL!!

    ReplyDelete
  7. Amie - Waalaikumsalam, salam kenal juga dari Che Mid. Jangan serik bertandang, Che Mid dah balas kunjunganmu

    ReplyDelete
  8. Nun jauh di selatan.. simpan dulu duit raya tu, Insyaallah ada rezeki kami turun. Memang teringin nak ronda-ronda selatan.

    Deeja memang untung besar.. bagaikan puteri ha ha, pandai pi carik kat bilik sambil panggil akak, abang! kalau abang dan kakak takde..

    ReplyDelete
  9. Kunang-kunang - Kalau Deeja panggil Nekma, CM kena panggil makcik la pulak.. Tulah, dah tua-tua ada anak kecik... mudah konpiuss! hi hi

    ReplyDelete
  10. Azmask - budak-budak memang cumil dan kiut.. tapi ada sesetengah tudung fesyen tah apa-apa, serabai dan kale-kale banyak sangat, hilang muka budak tu..nampak kainn je ha ha

    ReplyDelete
  11. hi kak che mid, bz nye dia..
    kata nak melawat kite, x tiba jua..
    huk3

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...alalaaaa comeiiinya si kenit bertudung...

    selamat hari raya dari E-na Lovely Kitchen.

    ReplyDelete
  13. Salam....comelnya....leh buat menantu...hehehehe..

    ReplyDelete
  14. Salam che mid,
    wah... deeja pakai baju raya tu. siap tudung lagi. macam anak dara dah. hehe... muah utk deeja. :D

    Ala ciannya, ambik duit raya online ya, acik tak buat open house. huhu..

    ReplyDelete
  15. Dah follow... kita takde gambar. :)

    ReplyDelete
  16. Fatin.. syian macamana boleh terlepas pandang.. nanti akak jengah..

    ReplyDelete
  17. Lov Kitchen - Selamat hari raya juga, nanti CM folo k

    ReplyDelete
  18. Fazli - buat menantu? boleh je.. nama abah dia sama dgn pak mertua ha ha

    ReplyDelete
  19. Indah - ha ah anak dara kecik pakai diapers ha ha

    ReplyDelete