Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 22 September 2011

Adik-adik Datang Beraya di SP

Pertama kali beraya di Sg Petani memang menarik. Pada mulanya Che Mid ingatkan tiada tetamu yang sudi datang, maklumlah jauh di utara, kawan-kawan baru pun baru 2-3 orang je kenal. Tapi Alhamdulillah, ura-ura adik Che Mid nak ikut balik beraya di Kedah menjadi kenyataan. 

Hari raya ke empat, 2 September 2011, Che Mid sekeluarga bertolak ke Sg Petani bersama 2 kereta adik-adik dan emak abah sekali. Seronok sangat tetamu bertandang tapi kami tak dapat menyiapkan apa-apa yang istimewa kerana sama-sama bertolak dari Klang, maknanya tuan rumah tidak menunggu tetamu sebaliknya memandu sekali. Gambar pulak, tak ambil banyak.  Yang ada tak berapa jadi.. ish ish..

 Empat beradik berjalan raya - sedang menjamu selera dengan laksa di kampung ipar di Sik.

Satu hal lagi, Che Mid kan suka tayang gambar makan kat mana-mana di Kedah ni, adik-adik dah stand by tanya, " Eh, kak, kat mana tempat makan cendol dan laksa sedap dalam blog akak tu?", " Tu, tempat ikan bakar sedap tu ada dekat-dekat sini je kan.."  Maknanya, suruh bawak dan belanja la tu...

 Ain, suami dan anak-anak  di Ladang Anggur Beris, Sik. Cuaca panas terik. 

 Ramai pengunjung datang ke situ, tapi tempat sedang dibaik pulih. Kalau nak tengok anggur kena berjalan jauh ke belakang.

Menyedari di negeri Kedah ini ramai golongan miskin, kami mengambil  kesempatan mencari satu keluarga yang boleh dibantu sekadar termampu. Pencarian menemukan kami dengan seorang ibu tunggal beranak dua di Belantik, pedalaman Sik. Kematian suami setahun lalu dan kini menumpang teduh di rumah pusaka arwah ibunya. Puan Zarina mengalami sakit pelik seperti sawan menyebabkan tidak dapat bekerja bagi menanggung keluarga. Hanya adik beradik tempat mengadu. Setakat ini tiada bantuan dari mana-mana pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menolak permohonan dengan alasan anak-anak mereka belum bersekolah. Entah apa alasan itu Che Mid pun tak faham. 

Untuk makluman, bulan Ramadhan lalu Che Mid telah menziarahi sambil menyampaikan zakat dan fidyah kepada dua keluarga di Sungai Petani. Satu, ibu tunggal 10 anak, ( tak ingat nama), tiada pekerjaan, kematian suami setahun lalu. Beliau masih dalam keadaan bingung dan hilang punca. Permohonan bantuan dari JKM ditolak kerana beliau menerima pencen arwah suami sebanyak RM250. Nak makan apa dengan duit banyak tu? 

 Kedua, ibu tunggal 4 anak juga kematian suami. Beliau pula kemalangan dan cedera dikepala sehingga menyebabkan ingatan tidak berapa baik.  Dengan wang pampasan insuran kemalangan itu, beliau membeli rumah yang diduduki sekarang.  Disebabkan nama rumah itu menggunakan namanya, JKM juga menolak permohonan bantuan. Tak terbayang bagaimana mereka membesarkan anak-anak tanpa bantuan. Airmata mengalir di pipi mereka adalah bukti nyata tanpa kata-kata!



 Dari Sik kami ke Alor Setar untuk menghantar Farah balik ke asrama, dah jadi macam rombongan Cik Kiah pulak! Malam tu kami makan-makan di Stadium Darul Aman.. Makanan sedap tapi banyak nyamuk!!

Terima kasih pada adik-adik yang sudi beraya dengan kami di Kedah ni. Dengan karenah anak-anak kecil mereka tu, sentiasa riuh rendah. Tiba-tiba rasa sunyi sangat rumah Che Mid bila mereka dah balik.

Hujung minggu berikutnya, 10 September 2011, Ateh Rosdan, adik suami pulak bertandang ke rumah, selepas menghantar anak dara mereka, Athira balik ke UITM Seri Iskandar. Walau cuma satu malam tapi meriah!

 Lambat sangat Pak Teh sampai, Deeja terlelap masa berkaraoke.. ya.. Deeja kemaruk karaoke Wali Band..

 Sesi karaoke berlangsung sampai tengah malam. Mula dengan Wali Band, lepas tu Che Abang pun korek karaoke lama-lama..hiruk pikuk rumah tu jadinya! Tengok mike tu, tak lepas dari tangan Deeja..

Che Mid dah plan bagus punya untuk makan chicken chop. Ayam dah perap, mashed potato siap, coleslaw siap.. bila sampai je nanti panggang sekejap dah boleh makan. Tetiba, oven problem! On je suis, satu rumah letrik off... aduh! spoil betul.. terpaksa la goreng je ayam tu, bila goreng dah jadi hitam semacam je.. tak de cantiknya untuk di fotokan... makan je la ya...

 Sarapan pagi dengan makaroni goreng dan roti je. Ok la tu... Sambil-sambil tetamu mengemas barang, Che Mid sempat bersilat di dapur tapaukan makan tengahari untuk makan di jalanan. Nasi, rebung masak lemak campur daging, ikan goreng dan ikan masin tambah telur dadar. Tau-tau siap! Eh, bila mak ngah masak ni? he he... Pukul 10 pagi bertolak balik ke Raub via Cameron Highlands. Sampai Raub jam 5.45 malam.. Alhamdulillah.

Terima kasih semua sudi datang. Lain kali datang, Mak Ngah pastikan oven tip top ok!

13 comments:

  1. Seronoknya jejalan kak!!! Tingin nk g ladang anggur

    ReplyDelete
  2. Untunglah mereka ada Mak Ngah yg sediakan makanan dah belanja makan... muka pun sengih je tanda gembira...

    ReplyDelete
  3. Meriahnya... seronok berjumpa, beraya beramai2.

    ReplyDelete
  4. JKM tu tolong orang senang je kot.

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah murahkan rezeki Che Mid dan boleh bantu lebih ramai orang yg memerlukan.Amin.

    ReplyDelete
  6. meriahnya... seronok menerima tetamu...disamping kegembiraan kita jgn lupa pada yg kurang berada ya.. sungguh sedeh dgn kisah2 ibu tunggal itu.. alhamdulillah dpat menyampaikan sendiri zakat dan fidyah itu...

    ReplyDelete
  7. Ajunohit - Meh datang SP, Che Mid bawak ke sana..

    ReplyDelete
  8. Kakzakie - Tandanya Mak Ngah suka sangat anak buah berkunjung walaupun jauh beratus batu..

    ReplyDelete
  9. Azmask - Jumpa di kampung hari tu, 2 hari je.. rasa tak puas, bila mereka datang ke SP baru boleh berborak sampai tengah malam..

    ReplyDelete
  10. Nizam - Rasanya banayk double standard di sana sini, penilaian dah jadi tak tepat dan berat sebelah. Yang menjadi mangsa adalah orang yang susah dan benar-benar memerlukan. Sedih sangat!

    ReplyDelete
  11. secangkir madu merah - Betul. Bersedekah pada mereka adalah tanggungjawab dan bersyukurlah kerana Allah tidak menguji kita dengan kesusahan sebegitu..

    ReplyDelete
  12. hahahaha.....kelas gitu.......berpayung sakan pasangan yang 1 2 kan.......

    ReplyDelete