Tarikh 22-24 September 2011 menjadi sejarah bagi keluarga Che Mid kerana menerima kunjungan adik-adik tersayang. Kalau minggu pertama raya Adik Nana dan Ain yang datang, kali ini Adik Nor dan anaknya Huda, Adik Lina, suami dan anak-anak juga tak ketinggalan emak dan abah tercinta. Tambah bersejarah kerana mereka menggunakan KERETAPI dari KL Sentral ke Sg Petani.
Bertolak jam 6 petang dari Meru ke Stesen Komuter Klang untuk menaiki komuter ke KL Sentral. Teringin melihat pemandangan sepanjang perjalanan tetapi cuma ada perjalanan malam sahaja. Jadi mereka bertolak jam 9 malam dan tiba di SP jam 6 pagi. Che Mid dan suami menjemput dengan dua kereta lepas solat subuh.
Tiket keretapi satu hala RM36 dewasa, RM22 kanak-kanak dan warga emas. Macam-macam pengalaman menarik ditempuh sepanjang perjalanan.
Ada yang duduk mengadap ke belakang..sampai di Stesen Bukit Mertajam, ramai penumpang turun. Ambil kesempatan, bertukar tempat duduk yang mengadap ke depan. Rupanya, keretapi ganti kepala ... jadi duduk mengundur juga!!
Selepas sarapan, sambung tidur ... Eh, Imi pun ada juga.. Dia tumpang kawan yang kebetulan akan ke Jitra. Imi sampai lebih awal, dalam pukul 7 malam. Abah sakit badan dan pening kepala. Mana taknya, asek mengundur je dalam keretapi dekat 9 jam...
Deeja bersuka ria dengan sepupu sepapat...
Di Pekan Rabu eh eh bukan... Wednesday Town.. Adik Lina (kiri), emak dan Adik Nor.
Imi, Iman dan adik Lina
Pulut pedas ini abah pesan suruh beli. Memang sedap.
Selepas makan-makan di Wednesday Town, kami ke Taman Saga, Alor Setar untuk ziarah Kak Normah Nasruddin ( bertudung hitam), sedara belah mak yang dah lama sangat tak jumpa. Jejak kasih la ni..
Selepas makan-makan di Wednesday Town, kami ke Taman Saga, Alor Setar untuk ziarah Kak Normah Nasruddin ( bertudung hitam), sedara belah mak yang dah lama sangat tak jumpa. Jejak kasih la ni..
Mak Long dah siapkan bilik untuk Iman tidur.. tapi pagi-pagi tengok lena atas sofa.. hai.. sepanjang malam rupanya dia macam ni..
Si Deeja kunun nak tidur ramai-ramai dengan sepupu-sepupu. Ajak ke bilik sendiri bukan main susah..
Jom cerita bab makan pulak..
Sarapan pagi hari pertama - pulut kukus yang dah hangus! Aitt.. macamana kukus pun boleh hangus.. sebab Che Mid leka berborak dengan adik-adik dalam bilik.. sedar-sedar Che Abang menjerit-jerit panggil Che Mid sambil tanya apa yang bau hangit.. Rupanya air kukusan dah kering kontang, angkat bekas loyang yang atas, berkepul-kepul asap naik sampai ke syiling.. satu rumah berkabus sekejap!!
Che Mid buat rendang kerang kesukaan adik Lina, 3 kilo banyak tak? Che Mid campur dengan cili api, lada hitam dan rempah jintan juga ketumbar.. Makan dengan pulut hangus ha ha
Sarapan pagi hari kedua.. Che Mid dah siapkan mee goreng, tapi tetamu sesaja jalan-jalan ambik angin pagi, bawa balik berbelas bungkus nasi lemak dan mee hoon..
Makan tengahari hari ke dua - Masakan air tangan ibu ku... masak lemak cili api nenas dengan udang..!
Pencuci mulut - puding roti gula hangus tiru dari dapur Suri Soleha..saja tambah buahan dalam tin..Che Mid ajak anak-anak buah buat sekali, Bukan main suka lagi budak-budak tu di dapur..
Bergambar ramai sebelum bertolak ke Stesen keretapi untuk balik ke Klang. Terima kasih sudi datang, jangan serik datang lagi ya!! Dengan ini kesemua adik-adik Che Mid yang 7 orang tu, dah pun menjejakkan kaki ke rumah Che Mid di SP ini. Alhamdulillah..!
Bergambar ramai sebelum bertolak ke Stesen keretapi untuk balik ke Klang. Terima kasih sudi datang, jangan serik datang lagi ya!! Dengan ini kesemua adik-adik Che Mid yang 7 orang tu, dah pun menjejakkan kaki ke rumah Che Mid di SP ini. Alhamdulillah..!
Seronok sesekali berkumpul kan..:)
ReplyDeleteRindu lak kat ma dan abah kita.. hhuuu
izan tak pernah naik keretapi jauh2..
ReplyDeletebila dh ramai2,tdo mcm mana pun takpe hehe
pulut hangus tu mkn kerak dia pun sodap kak hehe
wah,pekan rabu pun dah international dah,wednesday town!
Meriahnya che Mid... pulut pedas tu macam pulut panggang ker? Mesti sedapkan.. Dan rendang kerang che mid tuh memang sungguh menterliurkan...
ReplyDeleteSeronoknya baca N3 Che Mid ni. Terasa kegembiraan berkumpul ramai2 tukan.
ReplyDeleteAkan pun suka kalau ke Alor Star, kuih2 melayunya terasa kesedapannya dan harganya pun murah berbanding dengan di Lembah Klang nikan.
AsSalam chemid..
ReplyDeleteKita penah dulu naik keatapi pegi langkawi.. seronok.. dapat le anak2 merasa jalan jauh naik keatapi..tapi abih sakit2 badan..hehe
Mama maman - Kita pun dah rindu balik kata mak abah kita...waaa!
ReplyDeleteIzan - Che Mid lagila.. tak pernah naik ketapi langsung..Betulla.. emak akak kata kerak pulut tu yang sodap!!
ReplyDeleteKunang-kunang, memang tak jumpa pulut pedas bentuk macam tu kt Lembah Klang. Ada juga kuih lain yang CM tak pernah jumpa sebelum ni, dan harganya pun murah.. nasi lemak sebungkus boleh dapat 6 atau 70 sen
ReplyDeleteNur - Assalam, Eh ada ke keretapi ke Langkawi? Lalu bawah laut ke...
ReplyDeleteKoi takat naik komuter je la.Tu pun dekat2 je.
ReplyDeletebestnya naik keretapi..kita ni umur dah senja pun tak pernah naik lagi
ReplyDeletetidak ada apa yg lebih menyeronokkan selain dari dapat berkumpul adik beradik... mcm2 cerita mcm2 kerenah... hehehehe rioh..
ReplyDeletedtg memeriahkan blog ni...
ReplyDeletexberani naik..takut muntah
ReplyDeletedah lama tak naik keretapi,sejak anak-anak ramai ni rasa jimat kos naik kereta sendiri...tapi sesekali diorang nak juga naik keretapi...kena bergilirlah nanti...seronokkan bila adik-beradik datang bertandang ke rumah...saya suka
ReplyDeletesinggah follow sini pulak
ReplyDeleteselamat berkenalan
nice blog, gambar pun cantek2
hehehe
Sesekali naik keretapi ramai2 seronok juga,meriah.
ReplyDeleteHappy sangat kan kalau semua ahli keluarga dah pernah berkunjung kerumah.
Wah, seronoknya keluarga datang ramai2. Air tangan che mid memang nampak sedap la, hehe... Pulut ni memang cerewet sikit, kita lambat sikit saja, memang dia merajuk, hanguskan diri, hihi....
ReplyDeleteamboi..beraya sakan che mid bersama family..dh tentu menyeronokkan..
ReplyDeleteSeronoknya Cik Mid dapat bertemu adik-beradik. Bagus sangat tu, dpt terus mengerat sesama mereka dan sepupu dengan sepupu jadi mesra. Ramai dah sekarang ni tak kenal sepupu sendiri, gara-gara jarang berjumpa.
ReplyDeleteKejapnya Deeja dah besar Kak Mid.Dah jadi anak dara
ReplyDeleteseronoknya bila berkumpul.......cukup meriah dengan hidangan yang sedap belake...!
ReplyDeleteSalam Sweetie,
ReplyDeleteSedapnya pulut kukus hangit tu cicah lak dgn rendang kerang. My feveret. Bestnyer... meriahnyer gathering nih.. rindunya nak naik keretapi 9 jam... hihihi...
Mamawana nak fly fly away. Jemput read my latest entry.
seronok nya bila ada tamu..
ReplyDeletebestnya.. bila dikunjungi kaum kerabat.. meriah sungguh.. sudah tentu tuan rumahnya pun hati berbunga-bunga menerima kehadiran orang2 tersayang.
ReplyDeleteSuka tengok emak che Mid.. nampak sentiasa muda dan muka berseri-seri je!
Waaahh lauk pauknya pun sungguh menyelerakan!!
Salam semua, happy sangat dapat baca komen anda..lama cuti fb, sibuk sikit..
ReplyDeleteSERONOKNYERRRRRRRRRRRR..bile reramai.
ReplyDelete