Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 27 January 2012

Senda Jumaat - Dompet Sejuk Beku

Semalam, di rumah Klang.

Che Mid berbincang (bersembang) dengan sepupu, Arni, tentang perjumpaan keluarga bulan Mac nanti. Si Deeja dan Fariq (anak Arni) bergurau senda dan mula menghuru harakan ruang tamu. Tak lama lepas tu, emak Che Mid pula datang sambil membawa seorang cucunya yang sebaya Deeja. Tambah sorang lagi ahli huru hara..

Orang-orang tua leka (sangat leka...) berborak dan gelak-gelak, budak-budak semakin buas. Deeja sudah main dengan dompet Che Mid. Mengeluarkan satu persatu isi perut dompet yang berisi duit juta-juta tu..Mak nenek yang duduk paling dekat dengan Deeja, ambil dompet dan isi semula isi perut dan 'sorok' dompet tu dari diambil semula Deeja.

Che Mid pun tak kisah langsung hal dompet tu, cuma perasan emak dah pun 'rampas' dari Deeja. Sambung potpet pot pet lagi dan lagi dan lagi..

Malam, lepas Maghrib. 

Bersiap keluar dengan anak-anak untuk beli barang dan makan-makan. Mata melilau mencari dompet. Baru teringat mak yang simpan siang tadi. Dah puas cari... tak jumpa gak. Telefon mak, mak kata atas peti sejuk agaknya.. Dalam hati kata," Ish takkan atas peti sejuk sebab peti tu besar dan tinggi. Takkan emak terfikir nak letak atas tu. Faris menjengket-jengket kaki melihat ke atas peti sejuk, tapi tak de pun dompet ibu.

Mula semula sesi menggeledah sofa dan celah sana sudut sini. Tak nampak batang hidung dompet pun.. Emak kata atas peti sejuk..tentu ada dekat-dekat situ. Che Mid tergerak hati buka freezer..Laaa, memang dompet Che Mid ada dalam tu....dah jadi DOMPET SEJUK BEKU!!

Pengajarannya - Bila leka berborak, otak fikir lain tangan buat lain...jadi jangan berborak ketika berfikir...

Gambar hiasan - Mak nenek dan Deeja...

33 comments:

  1. slm.. cumil je dlm peti kan dompet cm.. hehehe.. mama lak.. lupa terus letak dompet, smpi la 3hari gi keja tak bw dompet.. cari smpi huruhara rumah.. tipon MIL kot2 tertinggal umah dia.. takde.. tiba2 jadi frust n stress... dan fikir nak buat report polis dah.. teringat lak.. nak selongkar beg baju-bajan yg blm kemas sebab br blk kg.. rupanya disitu diamnya dompet mama.. hahaha... bukan risaukan duit 'juta2 tuh' risaukan lesen keta, ic dan mcm2 mak nenek dlm tuh... kih..kih... byk resit2 utang je dlm dompet.. hahaha.. ops panjang lak..sori :)

    ReplyDelete
  2. hahaha...nk sorok drp cucu, sampai tersilap letak lam peti ais hehehehe

    ReplyDelete
  3. heheheeee.. nasib dlm peti sejuk klu dlm mesin basuh lagi haru kan.. hehe

    ReplyDelete
  4. Hihihi... kalau lama sikit lagi beku dompet CM tu dibuatnya.
    Deeja... Deeja punya pasallah ye:)

    ReplyDelete
  5. hihihihi... penah jugak budak2 kat umah ni menyejukbekukan telepon cokia mak dia kak...kuikuikui

    ReplyDelete
  6. NAK INCOME SECARA ONLINE, ADA SATU PROGRAM BARU TANPA PERLU MODAL ..... BACA SELANJUTNYA UNTUK MENGETAHUINYA, TAK RUGI, PERKARA YANG BAIK TAK SALAH UNTUK DIKONGSI BERSAMA-SAMA....


    http://signup.wazzub.info/?lrRef=cb910


    Salam Sejahtera Saudara dan Saudari...


    WAZZUB ! JOM KITA UNTUNG SAMA2...


    Cuma KLIK link dan SIGN-UP saja ! TAK kena bayar apa apa.. saya pun dah sign up ! Cuba saje lah sebab bayaran nya pun LUMAYAN.. Diaorg ni nak Launching WEBSITE BARU, so , diaorg mintak tolong kita war2 kan SITE dorang. Lagi ramai register, lagi banyak payment katanya, nak tahu lagi ? Meh KLIK link ni dan register ....


    http://signup.wazzub.info/?lrRef=cb910


    KENAPA SAYA DAFTAR? SEBAB TAK PAYAH KELUAR DUIT.. TU YANG SAYA DAFTAR . CUBALAH !! MANA TAHU ADA INCOME DISINI . CUMA BUAT IKLAN UNTUK DIA ORG SAJA .=)


    Ape ke bende Wazzub ni?


    Wazzub ni akan menjadi PESAING baru kepada google, yahoo, msn dan lain2 laman website di internet. Yang bagusnya, die ade PROFIT SHARING dgn semua pengguna2 die. Tapi untuk mase yang TERHAD saja.. So saye mengajak you all semua supaya menjadi yang TERAWAL untuk join bende ni. So kalau betul, kita akan dapat share profit tu. Tak mcm google, kite gune google, google yang makin kaya. Kita tak dpt ape2 pun. Kalau yang ni, katekan walau dibayar $50 sekalipun, kita masih dapat sesuatu dari diorang.


    Jadi, sekali lagi saya ajak kawan2 semua, marilah join bende ni. Tak susah, cume sign up je. FREE JE. 1 SEN PUN TAK KENA BAYAR, FOREVER !!!. Dari kita duduk layan internet tak untung apa2, baiklah kite cari peluang nak tambah pendapatan. Tak perlu bnyk pun, dapat sikit pun jadilah. Kate tambah pendapatan kan..


    Renung2kan dan selamat menyertai Wazzub.


    CONTOH ANDA AJAK 5 KAWAN DAN KAWAN AJAK LAGI 5 KAWAN2 DAN
    SETERUSNYA...
    1st. Generation 5 x $1.00 =$5.00
    2nd. Generation 25 x $1.00 =$25.00
    3rd. Generation 125 x $1.00 =$125.00
    4th. Generation 625 x $1.00 =$625.00
    5th. Generation 3125 x $1.00 =$3,125.00
    ANDA AKAN TERIMA PASIF INCOME SETIAP BULAN $3,125.00 SETIAP BULAN
    SEUMUR HIDUP.
    KALAU ANDA TAJA 10 ORG x10 SEHINGGA 5 GENERATIONS..BAGAIMANA.. ANDA AKAN DAPAT
    $111,110.00 per month in passive residual income for LIFE!


    Kalau anda masih ragu2 dan tak nak percaya atau tak mahu beri masa anda sedikit kat sini, tak mengapa lah.... saya macam ni juga... mungkin 75 hari lagi saya ada pendapatan disini, ANDA ??? Tetap di tempat yang sama kan?



    JADI APA TUNGGU LAGI JOM DAFTAR RAMAI-RAMAI DISINI :


    http://signup.wazzub.info/?lrRef=cb910


    AJAK RAKAN SERAMAI MUNGKIN,,SEMAKIN BANYAK RAKAN YANG DAFTAR DIBAWAH ANDA SEMAKIN BANYAK PENDAPATAN YANG ANDA TERIMA...


    CHECK EMAIL [VERIFICATION]. KLIK LINK [VERIFICATION] UNTUK PENGESAHAN..
    JIKA TIADA DI INBOX EMAIL CARI DI SPAM/JUNK FOLDER EMAIL ANDA.


    SETAKAT INI YANG TELAH JOIN ADALAH 550,XXX ORANG JADIKAN DIRI ANDA YANG TERAWAL.....


    SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA…...

    ReplyDelete
  7. Nasib baik tak jadi ikan goreng, dah jadi beku mungkin disangka ikan hehehe....

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Nasib baik kat dlm peti sejuk... Kalau kat dlm cik tong sampah lagi haruuu....

    ReplyDelete
  10. salam che mid....kelakar la pulak dompet dlm freeze ya...!

    ReplyDelete
  11. mana pic dompet sejuk beku tu akak CM.. hehee
    seb baik jumpa kan..

    ReplyDelete
  12. hehehe...kelakar jugak..nasib baik jumpa walau dah beku...

    ReplyDelete
  13. hihihi sian dompet tu..mujur tak demam sbb sejuk sgt..hehe

    ReplyDelete
  14. hahahaha.....serius saya tergelak bila dah nak abis baca. hihihihihi

    ReplyDelete
  15. Mama maman - ha ha tertimbus dek himpunan baju-bajuan ya..

    ReplyDelete
  16. Syariza - Tu la.. lepas tu nenek pulak lupa dia bubuh kt mana dompet tu..

    ReplyDelete
  17. Lia - Kalau mesen basuh... mau meraung Che Mid dibuatnya..

    ReplyDelete
  18. Kakzakie - Kalau dah beku macam tu.. kena defrost pulak lee..

    ReplyDelete
  19. Sz - ha ha henfon pun jadi mangsa ya.. mau menggigil-gigil bunyi call masuk ..ha ha

    ReplyDelete
  20. Zaitun - ha ha ikan goreng tepung paling mahal ha ha

    ReplyDelete
  21. ainnoraini - Alamak.. tong sampah... ya ampun... jadi rezeki alam flora he he

    ReplyDelete
  22. Cekwa - Tu la dia.. nasib baik tergerak nak tengok kat dalam tu...

    ReplyDelete
  23. Fatin Marz - Tak teringat masa tu.. sebab nak cepat, takut Jusco tutup...hihi

    ReplyDelete
  24. Mulut payau..t kasih sudi folo Che Mid..

    ReplyDelete
  25. Kalamhati - ha ha demam?? tak kut.. sebab dia dekat sebelah kool fever deeja.. ha ha

    ReplyDelete
  26. eelobor - t kasih sudi ketawakan saya..ha ha ketawa lah lagi..

    ReplyDelete
  27. Mama Ju - Dompet tu memang tak hilang. tapi duit juta-juta tu Che Mid dah hilangkan di Jusco malam tu jugak ha ha

    ReplyDelete
  28. Rahayu aka Mak Chu29 January 2012 at 21:42

    alahai, sebab deeja.... dah mak nenek x sengaja wat lawak yer...

    ReplyDelete
  29. Sallam Che Mid,

    Hahaha..kelako sangat,
    memang selalu terjadi gitu
    kalau kita tengah leka berborak,
    hati fikir lain,
    tangan buat kerja lain...
    nasib baik cepat jumpa,
    kalau tak rangup semua yang ada dalam beg tu...

    ReplyDelete
  30. cerita lebih kurang saya, cuma saya pencuci muka termasuk dalam peti ais..huhu..sehari semalam dalam peti

    ReplyDelete