Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 30 January 2012

Mandi-mandian di Bukit Cahaya

Mandi-mandian di Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam. Satu rendez-vous mengejut.. tak de plan-plan punya..Calling-calling terus gerak..Satu famili tertinggal sebab Acik kata Kak Long ambik, Mak kata Ain tunggu suami .. las-las takde sape amek...

 Mak-mak orang jadi pengiring anak-anak tapi takut ayaq..tu pelampung tu ..tak dan kembang..

 Kakak Farah tak bawa baju spare, tapi kesian pada Deeja maka basah lah separuh badan. Baru je mencecah air, Deeja tak perasan ada anak tangga, terus tersungkur ke dalam air. Kakak kekalutan, terus tarik sebelah kaki Deeja macam tarik kaki kucing..menggantung ke kaki atas kepala ke bawah..Sian kat Deeja, panik kejap si kecik tu..


 Abang Ayan bawa Deeja jauh sikit. Konfiden semula..

 Makin suka bila Pia layan Deeja..

 Anakku Faris yang gelap tapi hensem berposing dengan Aidid yang putih melepak.. Sah bukan adik beradik!

Ini dua beradik seibu sebapa. Dalam perjalanan datang si Isya asyik nangis. Masa balik pulak, si abang meragam sepanjang jalan. Dalam kereta terus tidur kepenatan..

 Si Aidid ni dari awal lagi dah masuk air. Kelakarnya dia ni, asyik nak buka seluar..mungkin dia ingat macam mandi di bilik air kut.. Bila berdiri air paras dada.. ok la tu.. Pas tu selamba dek je menyangkung dalam air.. tenggelam terus la...panik lagi kakak Farah kena tarik Aidid ke atas..

Apa pun, seperti biasa acara makan-makan terbaik..mee goreng, sandwic sardin, nuget, nescafe panas dll..begitu membuka selera..

33 comments:

  1. Sallam Che Mid,

    Seronok dapat berkelah ramai2,
    Comei2 adik2 kecik tuh...

    ReplyDelete
  2. Kakak suka melihat aksi anak-anak tak irlah di mana CM. Itulah mandi di swimming pool kalau cemas pun masih tak secemas mandi tepi pantai CM...

    p/s: Kakak suka tengok muka Fara. Lembut/manis....

    ReplyDelete
  3. Program tak dirancang patutlah tak pakai baju mandi tapi selalunya benda yang dirancang tak menjadi kan.

    ReplyDelete
  4. Dah dekat nih,nak bawak Mifz kesano jugak la ;-)

    ReplyDelete
  5. Salam Che Mid,

    Syoknya......memang betoi kata Zaitun tu,kadang2 apa yang kita dah rancang ni selalunya tak menjadi....

    ReplyDelete
  6. bestnyeee..lama tak mandi manda cemni..

    ReplyDelete
  7. seronoknya dapat bemandi-mandian macam ni.....!

    ReplyDelete
  8. Salam silaturrahim buat Che Mid. Kirim salam kat Pak Long Hussin, Mak Long, Kudang, Dilah, Dan, Lubis, Mastura dan seisi famili. Semoga kita dapat bertemu satu hari nanti...

    ReplyDelete
  9. Seronoknya. Seronoklah ada anak kecik! anak2 cm semua lawa2 dan hensem!ikut mama dan bapak dialah tu..

    ReplyDelete
  10. syokkkk
    anak2 lagi le suka
    mak2 pun suka jugak kan kak

    ReplyDelete
  11. Lipislady - bebudak memang comei2 belaka...tapi kena tahan karenah dan telatah diaorang tu..

    ReplyDelete
  12. mama maman - tengok budak2 happy kita pun happy, tapi kena jaga-jaga bila mandi-mandian ni..

    ReplyDelete
  13. Kakzakie - telatah budak-budak macam tu la..ada-ada je kakzakie ni ckp tentang fara, balik dari asrama esok CM bagi tau dia.. kasi kembang hidung dia kejap he he

    ReplyDelete
  14. Tak dirancang, adakalanya lebih baik
    Kerana anak-anak tak selalu bertanya

    ReplyDelete
  15. quality time with family members~

    ReplyDelete
  16. anak saya kalau dapat mandi cam gini memang tak nak naik la jawabnyer

    ReplyDelete
  17. Kak Mid, bukit cahay seri alam ni dekat sangat dengan rumah mak ayah saya di klang tapi saya tak pernah pergi pun tempat ni..haih

    ReplyDelete
  18. Zaitun - tak sempat nak fikir pasal baju mandi ke mende2 .. terjun je..

    ReplyDelete
  19. Papa Mifz - boleh je ke sana, tapi jalan masuk ke dalam jauh sikit, kena naik tren..

    ReplyDelete
  20. Ros - bagus kalau adik beradik tinggal berdekatan, senang nak jemput dan hantar.. calling2 je..

    ReplyDelete
  21. Kalamhati - che mid tak berapa minat mandi kat swimming pool... malas nak salin baju... main2 air je ok le..

    ReplyDelete
  22. Cekwa - memang seronok sangat..leps tu makannnn..

    ReplyDelete
  23. Aida Ali - Salam silaturrahim kembali. Komen seterusnya di entri terkini Aida nanti

    ReplyDelete
  24. Mama ju - Lawa ke.. alhamdulillah..anak mama pun apa kurang je.. pandai2 dan bijak

    ReplyDelete
  25. Kasihredha - ha ha mak-mak bersembang sambil memerhati anak main air..best ..

    ReplyDelete
  26. Ila - Budak-budak bila nampak air.. tak hengat dunia..

    ReplyDelete
  27. Mat Som - Betul tu, setuju sangat. Kalau merancang mungkin lebih baik cuma emak abah je yang tahu, bila confirm baru bagi tau anak2..

    ReplyDelete
  28. Fatin Marz - quality moms, quality kids.. yess!!

    ReplyDelete
  29. eelobor - a ah penat le kita menjerit nyuruh naik.. buat tak reti je...

    ReplyDelete
  30. Lina Rahim - Begitulah selalunya, tempat dekat dgn rumah, tak teringin nak pergi pun.. orang jauh2 usaha datang, yang dekat tepi mata, buat tak tau je..

    ReplyDelete
  31. Adik beradik kalau satu kepala memang best. Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam tu kat mana cik mid? kat taman pertanian tu ke?

    ReplyDelete