Fuhh.. Alhamdulillah Ya Allah, akhirnya selesai sudah sambutan majlis Perjumpaan Keluarga Haji Ismail dan Hajjah Hadiah kali ke 2 pada 10 Mac 2012 lalu. Haji Ismail meninggal 40 tahun lalu, dan Hajjah Hadiah meninggal 22 tahun lalu. Lebih kurang 200 orang waris Haji Ismail dan waris dari Johor sudi hadir memeriahkan majlis.
Sekali lagi Che Mid (berpangkat cucu dalam keluarga Haji Ismail) menggalas tanggungjawab sebagai penyelaras program.
Lama cuti dari berblogging dek sibuk ke sana ke mari menguruskan dewan majlis, tempahan kerusi meja, mengedarkan kad jemputan, menempah katering.. yang semuanya tak cukup dengan sekali temujanji... Bersama sepupu Arni Suria yang tinggal setaman, kami sentiasa berbincang tak kira masa.. dan ke sana sini bersama menguruskan apa yang perlu.
Lagi seminggu majlis berlangsung, Che Mid sakit yang agak pelik... sakit kepala, sakit bahu, kaki tangan kebas terasa dicucuk-cucuk, mata asyik nak tidur saja.. tengok komputer pun 'blank'. Minggu yang sepatutnya dikhususkan untuk menyiapkan aturcara dan program, jadi lembab dan tertangguh-tangguh. Che Mid kuatkan semangat disamping berubat, akhirnya tiba juga masanya. Jom jamu mata dengan deretan gambar-gambar berikut.
Inilah dia pentas kami. Konsep lama mengimbas kenangan dulu-dulu. Tema - Batik-batik an.. Slogan - Ketemu Orak Selalu, Kelalen Orak Sekali (maksudnya - Bertemu tidak selalu, Dilupa tidak sekali)
Suasana sibuk di meja pendaftaran. Buku cenderahati , 'door gift' berupa kitab kecil Al-Ma'thurat dihulur kepada tetamu.
Kehadiran VIP iaitu adik beradik dan ipar abah Che Mid. Masing-masing pakai batik.. Best!!
Hafazan oleh sepupu, Faisal Hadi al-Hafiz membaca surah al-Imran 102-109 dan tafsir dilakukan anakandaku, Farah. Mereka berpakaian sebagaimana yang dipakai oleh arwah Haji Ismail dan Hajjah Hadiah. malah beg jalur-jalur di depan Farah tu adalah kepunyaan arwah nenek Hadiah.
Hadirin memberikan tumpuan pada penerangan Che Mid mengenai salasilah Haji Noor. Dari 6 orang anak Haji Noor, 2 orang dibawa ke Tanah Melayu dari Jogjakarta, Indonesia. Manakala 4 lagi anaknya menetap di Indonesia sampai sekarang.
Kejutan buat tetamu - Farhan masuk ke dewan dengan menaiki basikal sambil membawa mangkuk tingkat yang kemudian diserahkan kepada Ketua Kampung. Konon-konon, 'food presentation' laaa..dapat tepukan gemuruh tau!
Senyum lebar Tok Ketua menerima tepen tu..
Tetamu mula menjamah makanan.
Menu utama - Nasi ambeng termasuklah ayam kicap, serunding daging, mee goreng, sambal goreng, peyek bilis dan ikan masin bulu ayam. Lontong asli dan kuah lodeh dengan sambal kacang. Pencuci mulut pula roti jalan dengan kuah durian, Bubur candel pun ada. Air nenas sebagai minuman sejuk dan teh tarik panas sedia untuk tetamu.
Kru pun nak makan gak.. kami sediakan tikar untuk anak-anak kecil berehat, tapi nampaknya digunakan oleh kru sebab meja mereka telah 'disambar' tetamu lain.
Kejutan harijadi untuk Adad, anak sepupu Che Mid yang hari jadinya jatuh pada hari majlis, 10 Mac.
Kru bersiap sedia untuk kejutan seterusnya - Imi akan menaiki motosikal ke dalam dewan. Belakang motor tu ada kotak besar berisi aiskrim potong. Imi siap bertopi dan berkemeja bagai seorang lelaki Cina penjual aiskrim di tempat Che Mid dulu. Cuma tuala 'good morning' je tak tersangkut di bahunya.
Pasangan anggun lelaki dimenangi oleh Tuan Haji Azmir Suria, sepupu Che Mid, berkemeja batik hitam.
Bergambar ramai sebelum beransur. Ramai yang dah balik masa ni .. terutama yang ada anak kecil.. masa pun dah menjelang tengah malam.
Dari lantai hingga ke atas pentas - semuanya keturunan Haji Ismail dan waris Haji Warit dari Johor
Terima kasih kerana sudi hadir. Lain kali ada rezeki kita berkumpul lagi..!!
Assalam Che Mid...seronoknya..
ReplyDeleteMila baru tau masa sepupu Che Mid jiran belakang meninggal dunia, isteri Tuan Hj Taifur sepupu Che Mid juga...sempatlah berziarah jenazah walaupun sekejap b4 g ofis sbb masa tu mereka (perempuan) nak solat jenazah.
Keluarga sebelah emak Mila, blhlah cari lagi, sebelah bapa ayah, takleh nak tolong, mai dari Cina sana...
Apa-2 pun tumpang gembira..Insyaallah esok kami berkumpul sebelah keluarga Azahar tapi kumpul-2 aje tak ada majlis camni...
Assalam. APA?? Baru tahu?.. ha ha tak patut.. Wak Mokhtar, bapa mertua Pak Imam tu abang abah CM la..
DeleteBapa ayah Mila tu datang sorang2 je ke Malaysia ntah2 ada adik beradik lain tak.. kena carik tu..
Selamat berkumpul ya..
Assalam che mid..tahniah berjaya mengumpulkan keluarga besar..
ReplyDeleteAssalam kembali, tahniah pada diri sendiri gak he he.. ada seorang mak cik yang tolong jemputkan tetamu kata, " Lain kali jangan buat lagi.. tak sanggup" membukikan bahawa bukan senang mengumpulkan sedara mara macam ni..
DeleteSalam CM
ReplyDeleteHebat persiapan tu1 Tahniah memang nampak teratur dan terhormat!
Salam Mama Ju, memang itulah tujuannya pun.. supaya emak abah kita rasa dihormati dan dihargai..
Deletesemoga ikatan kekeluargaan ini akan terus berpanjangan hendaknya amin.......
ReplyDeleteAmin kasihibu..Insyaallah, untuk anak-anak CM yang melihat bagaimana ibunya buat majlis macam ni, moga mereka juga tak lupa nanti..
Deletewah..memang menariklah pertemuan ni...mesti di rancang rapi dan teliti,bukan senang nak kumpulkan keluarga besar macam ni...seronok dengar,,walaupun letih pasti tak terasa dek kerana ramainya yang hadir..tag kuning tu nama ke?
ReplyDeleteBetul, tag kuning tu cuma sticker yang bertulis nama masing-masing, maklumlah ada yang lama tak jumpa, kenal muka tapi tak ingat nama..
Deletewahhhh.... meriahnyaaa.... macam hari raya ye kak.... syabas... dapat mengeratkan kekeluargaan....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletekazman.. hari raya pun tak macam ni.. ni dah berganda-ganda meriahnya..ha ha
ReplyDeleteTahniah Che' Mid dan keluarga.. berjaya menganjurkan majlis yang penuh gilang gemilang ni.. mengeratkan tali siraturahmi ni merapatkan ukhwah adalah ibadah paling mulia.. Semoga Che' Mid di anugerahkan kesihatan yang baik dan di lindungi Allah s.w.t. Rahmat kasih sayang yang amat tinggi nilainya!!
ReplyDeleteT kasih atas doa dari akak, sungguh istimewa rasanya bila ada orang mendoakan sebegitu. Doakan akak juga terus sihat dan boleh beribadah sebaiknya disamping melihat anak membesar.. Amin
Deleteperghhhh....sangat meriah. gambar sahaja pun sudah cukup untuk menceritakan betapa meriahnya majlis berlangsung..... tahniah
ReplyDeleteHarapan Che Mid juga setiap yang hadir dapat merasakannya. Memang bukan senang nak anjurkan majlis sebegini, moga berbaloi pada yang hadir..
DeleteSlogan - Ketemu Orak Selalu, Kelalen Orak Sekali - Wes ketemu sekali kangen sampek taun ngarep. hahaha.... CM mesti tak faham kena tanya wak-wak CM. Seronok menusuk hati. Tradisi makanan terhidang pun mengimbau nostalgia semua mereka yg dah berusia CM.. Pandai CM buat susun-atur yang pasti menggamit rindu bila berpisah..
ReplyDeleteTahniah CM...
He he, dah jawab kat 'umah' Kakzakie..
DeleteMolek sangat dah ter.Bior anok beranok kenei sedare....
ReplyDeleteKalu keluarga Jenderak buat macam ni, buleh kita jumpa sekali kan..
Deletealhamdulillah...tumpang gembira merasai suasana pertemuan keluarga ni ...bukan senang nak kumpul ramai2 tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah, kalau sahabat pembaca buleh merasainya, harap yang hadir malam tu apatah lagi..
Deletecikmid.. terbaik la..:)
ReplyDeletengomong jawa eks..
Ha ha terbaik ya.., tima acih.. yo la.. sekali-sekali ngomong jowo opo sala eh kan..
Deletehappening sungguh~
ReplyDeleteperrrgghhh... meriah + best majlis tu.. :)
ReplyDeletecoach handbags
ReplyDeletegolden goose
nike shoes
calvin klein outlet
canada goose
balenciaga triple s
golden goose
goyard handbags
cheap jordans
nike air vapormax
steph curry shoes
ReplyDeletekyrie 3
golden goose
jordan sneakers
nike shox
balenciaga shoes
yeezy
yeezys
goyard
off white nike
try these out cheap wigs,cheap wigs human hair,hair pieces for women,wigs online,wigs for women,wigs online,wigs for women,cheap wigs,human hair toppers published here
ReplyDeletecontent Ysl replica handbags news good quality replica bags look at here replica wallets
ReplyDeleter7e25l4w82 y1i17m5n04 n2e65s2p38 o8n30p7o96 s7v35h2d57 j9o25v8j41
ReplyDelete