Nak kongsi sikit salah satu pengalaman semasa menguruskan Perjumpaan Keluarga Che Mid tempoh hari.
Che Mid, Arni (sepupu) dan Nor (adik) ke pejabat katerer untuk membuat tempahan di Shah Alam.Tempat meletak kenderaan amat terhad lebih-lebih lagi di waktu makan tengahari menyebabkan kami meletak kereta di tepi jalan. Adik Nor yang keberatan terpaksa akur dengan pujukan kami kerana kami pun biasa buat macam tu.
Perbincangan dengan katerer mengambil masa hampir satu jam, lebih kepada berborak, kerana tuan punya syarikat tu adalah jiran sekampung. Itu pun dia mengajak kami makan tengahari tapi kami menolak dengan baik kerana kesuntukan masa.
Turun dari pejabat katerer, adik Nor terus ke kereta, Che Mid dan Arni serta anak-anak singgah di restoran untuk tapau sedikit makanan. Selesai membeli, kami mencari-cari Nor dan keretanya tapi tak kelihatan.
Tiba-tiba terdengar suara Nor memanggil sambil berkata, " Kak, KERETA NOR TAKDE!!"
Macam tak percaya pun ada.. dalam banyak-banyak kereta kat situ, kereta Nor yang 'hilang'.
Panik kami dibuatnya. Tengok muka Nor macam dah nak menangis sangat. Che Mid dan Arni dah rasa bersalah sebab kami berdua yang beria-ia nak Nor parking 'haram'. Aduii.. macamana ni.
Tak pasti samada kereta dicuri atau ditarik MBSA, kami menggaru kepala hilang punca. Tiba-tiba Che Mid terfikir sesuatu lantas bertanyakan di mana Nor memarkir keretanya tadi. Che Mid berjalan perlahan-lahan ke tempat kereta sambil mata memerhati sekeliling kut kut ada tanda-tanda kereta dipecah atau apa-apa klu. Macam penyiasat pun ada.
Akhirnya mata Che Mid tertumpu pada kun oren yang tertampal kertas kecil bertulis plat kereta Nor. Juga catatan bahawa kereta tu telah ditunda oleh MBSA kerana meletak kenderaan di kawasan larangan! Fuhh! Lega sedikit tapi satu hal lagi... Nor kena bagi tau supaya suami tentang hal tu. TAKUT!!
Akhirnya, keesokannya, suami Nor menuntut kereta tu dari MBSA dan dikenakan kompaun.. khabarnya teruk juga Nor kena bebel.. kesiannn...
salam kak mid...miss kak mid so much..senyap sungguh la..:) harap rajin meng update lepas kesibukkan menguruskan gathering hari tu ya..:)
ReplyDeletepeluk cium untuk deeja yang lasak tu..:)
Salam.. ha ha rindu akak, rindu deeja.. emm..bestnya ada orang rindu...
Deletesedang cuba sedaya upaya utk meluangkan masa update blog utk tatapan sahabat-sahabat setia CM ni.. Insyaallah
sian pulak kannn.. tp dr ilang dilarikan org lg la kesian.. aduhai..
ReplyDeleteSalam, memang panik dan kelam kabut dibuatnya. lepas kes tu, Che Mid segan bila bertembung dgn suami adik Nor..
Deletesalam cik mid...
ReplyDeletehadoiii, ntah berapa kompaun kena bayar tu kak..
pastu balik rumah naik taxi ke kak?
Salam, bayar tetap bayar tapi Che Mid tak dapat kurang sebab suami dia tu SB.. kalau tak salah RM60..
Deletelain masa dah tentu adik nor tu mau dengar dah cakal che mid..he he
ReplyDeleteHa ha, Che Mid pun tak nak advise dia supaya parking haram lagi... ha ha
Deleteada tak dalam RM300 kena bayar kompaun? huhuhu
ReplyDeleteTak sampai 300 sebab suami dia rayu bagus punya ha ha
DeleteAslkm
ReplyDeleteSibuk?
Adik ipar pernah hilang kereta. Pergi report, semak2 rupanya kereta kena tarik!
Waalaikumsalam Mama
DeleteTu la kan.. nasib baik kena tarik je..
Salam CM
ReplyDeleteBunga sundal mlm yg mama tau lain, dia kecik tak menjalar-jalar. Tak taulah kot lain tpt lain nama.
hehehe.... kira ok lah tuh sbb tak hilang. kalau saya, maunya tak meraung kan?
ReplyDeletehaish..!.suspen sungguh cerita akak...Alhamdulillah mujur bukan hilang..
ReplyDeletehaish..!.suspen sungguh cerita akak...Alhamdulillah mujur bukan hilang..
ReplyDeleteKakak terlambat komen CM...
ReplyDeleteBaca N3 ini kakak dah agak mesti kereta dia kena angkut sebab salah parking.
Kakak baca juga N3 yg terlepas tengok gambar-gambar keluarga yg berkumpul tu. Seronoknya tak terhingga. Tahu mesti CM keletihan tapi seronok tengok Deeja macam kata CM behave well dan pandai tak buka tudung pulak tu.
tragedi nak menimpa tak disangka2 yee...nasib baik tak hilang terus..
ReplyDeleteAlhamdulillah tak dikebas perompak
ReplyDeleteKalau tak memang susah nak jumpa balik.
Tak mengapalah kena kompaun kan, asalkan bukan dicuri..kalau dicuri lagi banyak duit yang kena keluar..
ReplyDeleteayooo.... kan dah kena tarik kak... heee3x... tak pee... MBSA tarik modal kecik... Kalau bank tarik lagi modal beso.... kalau pencuri tarik .... terus termenung kat tepi jalan ...
ReplyDeletelain kali xmo parking kat tpt haram yer...hehe
ReplyDelete