Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 29 May 2012

Mudahnya Mati (Bah. 1)

Lepas solat subuh pagi tadi, kedengaran pengumuman dari surau berdekatan, Hj Ihsan suami kepada Cik Siti telah pulang ke rohmatullah. Agak heran, tak dengar berita sakit pun, tiba-tiba dapat tahu dah meninggal. Disusuli tidak lama kemudian dengan satu sms dari setiausaha surau yang memaklumkan perkara serupa. 

Rupanya, arwah sakit-sakit dada pada sebelah siang. Malamnya dibawa ke klinik tetapi meninggal dalam perjalanan ke hospital kira-kira jam 2 pagi. Ketika itu, cuma isteri dan anak bujang berada di sisi di detik-detik akhir nafasnya.

Pukul 8.30, Che Mid dan suami berziarah ke rumah arwah. Jenazah sedang dimandikan dan dikafan tidak lama kemudian. Jam 9 pagi, sudah pun dibawa ke surau untuk disembahyangkan. Kubur pun sudah siap digali. Sebelum pukul sepuluh, jenazah selamat dikebumikan.

Sewaktu memeluk Cik Siti, beliau teresak-esak berkata, " Time macam ni (8.30 pagi lebih kurang), Wak selalu duduk-duduk kat kerusi tu.." sambil tangannya menunjuk ke arah kerusi yang dimaksudkan. Che Mid tak tau nak respon macamana, cuma memeluk sambil mengusap belakang Cik Siti. Ya, Cuma Allah sahaja yang tahu sebenarnya perasaan Cik Siti waktu itu. Pukul 2 pagi tadi, suami hidup lagi, tapi sekejap lagi suami akan hilang di mata, buat selama-lamanya.

Arwah Hj Ihsan dan Cik Siti memang rapat. Pasangan ini tidak banyak cakap tetapi selalu ke mana-mana berdua, menunggang motosikal lama mereka. Akhirnya, mati memisahkan mereka juga setelah puluhan tahun bersama.

Alhamdulillah, anak-anak arwah semuanya tinggal berdekatan. Kerja-kerja pengebumian juga cepat dan mudah. Insyaallah, semoga itu tanda-tanda rohnya diterima Allah dan ditempatkan bersama orang-orang beriman, Amin. AL FATIHAH khususon ila ruhil marhum Hj Ihsan bin Halil.



20 comments:

  1. dah lame x ziarah blog che mid....

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog ni dah mula berabuk dan bersawang.. tu pasal la rozie tak lalu sini.. he he

      Delete
  2. al Fatihah, moga di tempatkan di kalangan org beriman dan beramal soleh.

    Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati..

    ReplyDelete
  3. Lepas ni ada satu lg citer kematian..

    ReplyDelete
  4. Daripada Allah kita datang, dan kepadaNyalah kita semua akan dikembalikan.
    Semoga Allah mencucurkan RahmatNya kepada roh Allahyarham Hj Ihsan. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..kita juga akan menurutinya satu hari nanti..

      Delete
  5. Itulah rezeki masing2...
    Err, Che Mid, tq singgah blog kita and komen. Tersipu2 kita baca kmen Che Mid..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah qada' dan qadar.. jodoh pertemuan Allah saja yang tahu..

      Delete
  6. bahagian kita tak tau camner kan cm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kan.. tau tau jer nanti, sonyap yo blog ni...

      Delete
  7. al fatihah..kita x pernah tahu bila kita dijemput..pergi secara tiba2 mmg buatkan smua rasa sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkejut sangat-sangat...tapi cik Siti kata dia redho...

      Delete
  8. Al fatihah utk roh armarhum Hj Ihsan.

    Begitulah kita yer che mid, bil2boleh dijemput kembali kepadaNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. dan semoga bila waktu itu sampai nanti.. kita dah siap sedia..

      Delete
  9. Al fatihah buat arwah..beginilah..jika sampai masa tak dapat di tangguh walau sesaat:(

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah.. setiap yg hidup pasti akan mati.. klu sudah sampai ajal tidak cepat dan tidak juga lambat walau sesaat waktu...

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah...... & salam takziah kepada keluarga arwah.

    ReplyDelete