
Sudah pun diadakan pada 31 Mei lalu. Memang sibuk sikit untuk menjayakan program ini kerana ada pertandingan yang dianjurkan juga. Pertandingan ucapan hari ibu dan pertandingan fotografi keluargaku syurgaku. Tapi mari kita tengok apa ada dengan Ustaz Fakhrul Radhi ni.
Dari musim AQ 3 dulu memang Che Mid kagum dan teringin sangat jumpa, dan Allah beri izin dan kami berjumpa beberapa kali sebelum ini. Memang ustaz seorang yang sangat baik, rendah diri dan sangat berbudi bahasa. Kebetulan pula. Jadi, untuk program di tempat Che Mid ni, tanpa ragu-ragu Che Mid jemput ustaz datang untuk berceramah.
Ustaz memulakan ceramah dengan memperdengarkan bacaan al-Quran..masyaallah tabarakallah..sangat-sangat sedap dan indah alunan suara ustaz. Syukur sangat dapat dengar secara live.
Dalam ceramahnya yang bertajuk Ibu Permaisuriku, Ustaz banyak menyelitkan hal-hal ketaatan kepada ibu bapa. Bila ditanya bagaimana cara ibunya mendidik sehingga dapat melahirkan seorang hafiz dan sangat merendah diri, ustaz menjawab bahawa ibunya memberitahu tiada apa yang kekal di dunia dan tidak ada satu pun menjadi milik kita selamanya kerana semuanya milik Allah. Satu lagi tips yang ustaz beri dalam mendidik anak-anak ialah dengan cara 'ajar dan ajak'. Maknanya, beritahu dan buat bersama-sama dengan anak-anak.

Soul Brothers juga tidak ketinggalan mengadakan persembahan dengan lagu Arab berjudul Enti Malak, sebuah lagu berkaitan dengan Ummi atau Ibu.

Selesai majlis, ahli Soul Brothers tidak melepaskan peluang beramah mesra dan meminta nasihat dan panduan dari Ustaz Fakhrul.
Sambung bersembang semasa jamuan...banyak tips-tips yang ustaz turunkan pada gang Soul Brothers ni..
Kaum bapa pun tak lepas peluang bergambar bersama selebriti ni. Layannnn..
Si kecik ni dengan selambanya datang ke tempat ustaz semasa majlis berlangsung. Terus ustaz peluk Deeja dan berbual. Risau juga Che Mid entah apa dicakapnya. Tapi tak nak le kacau jadi Che Mid terus ambil gambar ni.
Berbual pun dengan suara lembut je. Beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak sebegini, dan bertuahnya isteri yang dapat suami macam ni. Sejuk hati kan..Allah...
Bergambar sebelum berpisah. Syukran jazilan dan jazakallah khair kathira buat ustaz yang sudi hadir walaupun sibuk dengan program seni bersama UNIC. Eh, macam nampak muda Che Mid dalam gambar ni..kan kan kan...suka i tau..hi hi (teringat ada satu masa tu orang tanya Che Mid Deeja anak sulung Che Mid ke..aduiii..perasan sampai ke langit 7..)
Farah dan Ema, dua anak muda yang rajin melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah. Semoga berterusan ya anak-anak sayang..
Ustaz bergambar dengan tenaga kerja program Hari Ibu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ramai yang tak dapat hadir kerana bertembung dengan jadual peribadi bersempena dengan cuti sekolah.
Deeja menyanyi lagu Bintang Syurga, ustaz pulak tertarik dan suruh Deeja ulang supaya ustaz dapat rakam. Deeja malu-malu, kakak Farah kena teman...
Sampai sini dulu...Insyaallah lepas ni Che Mid tulis tentang acara lain pula ya..
Sesiapa yang teringin jemput Ustaz Fakhrul Radhi atau Soul Brothers ke majlis anda, boleh hubungi Che Mid di 013-3672459
Seronoknyaa.....mesti rasa bahagia jer kan kak. Wah Deeja memang betul2 melekat dengan ustaz yer. Kak,,,ustaz tu dah beristeri ke?
ReplyDeletesuka tengok Farah dari dulu sampai sekarang.... tapi anak lelaki saya baru tingkatan 2
ReplyDeleteche mid memang nampak muda..dengan Farah macam adik kakak je..
ReplyDeletebestnya jadi tenaga kerja program camni..banyak dapat pahala..
ReplyDeleteseronok ya Deeja dapat kawan ngan ustaz...:)
Farah dgn che mid macam nampak kakak dengan adik jer..
ReplyDeleteNi kalau nabil tengok mesti jeles sebab deeja dpt jumpa abang Dikir Zikir tu :)
Ohhhh ustaz ni....selalu tengok kat TV...seronoknya dpt jumpa dan bergambar yeh Che Mid....
ReplyDeleteHehe....seronok lew tu orang puji....padahal anak dah besar panjang yeh Che Mid
bertuah ibubapa yg punya anak mcm tu...berbudi bahasa...warak...tenang ja air mukanya...
ReplyDeleteAssalam .. alhamdulillah.. majlis berjln lancar. jernih airmuka ustaz ni sejernih wajah Deeja dan bondanya. Anyway, tahniah che mid!
ReplyDeleteassalam che mid...lama tak mai sini...harap semuanya baik2 n sihat2 sahaja..
ReplyDeleterindu nak tgk che mid....hehehe
Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
ReplyDeleteComel tengok Deeja siapalah tak tertawan, begitu juga dengan mamanya cantik.
amboi deeja.. excited sungguh dia nak bergambar tu hehe.
ReplyDelete