Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 20 December 2012

Che Mid jadi Pengurus Acara !

Pada 15hb Disember 2012, satu program diberi nama Kempen Kesedaran Jenayah SHELL dan PDRM anjuran Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Shell C08, telah diadakan di Stesen Shell Setia Alam. Che Mid telah dilantik sebagai Pengurus Acara (event organizer). 

Jom tengok apa yang ada di sana!

Upacara pelepasan belon helium dengan tulisan Tanggalkan Topi Keledar Anda merupakan acara kemuncak.

 Pelancaran kempen tanggalkan topi keledar di stesen minyak dengan melekatkan pelekat di pintu masuk kedai serbaneka. DSP Azmi merasmikan majlis, diiringi oleh Encik Jefri Maran dari Shell Centre


 Jemputan yang turut hadir selain dari para pengusaha stesen minyak, adalah wakil-wakil masyarakat setempat khususnya di Setia Alam.

 Salah seorang anak yatim yang hadir, di'sakat' oleh polis untuk membawa beg berisi dadah..

 
Pertunjukan KP 9 - Unit anjing polis amat memeriahkan program. 

 Tengok tu.. anjing tak nak lepaskan dadah yanh dijumpainya..

 Berhempas pulas penjaga anjing tu nak 'rampas' semula dadah tu.. Riuh rendah penonton gelak bila tengok aksi polis dan anjing tu.

 Pameran ringkas pencegahan jenayah turut diadakan. Terima kasih kepada pihak polis IPD Shah Alam yang sudi hadir memenuhi undangan kami.

 Pengusaha stesen minyak C08 bergambar kenangan dengan wakil PDRM dari IPD Shah Alam, balai Seksyen 6 dan balai Setia Alam.

 Pihak Shell juga menyediakan permainan yang memberi hadiah lumayan. Ramai yang cuba dan menang!

 Anak-anak yang lebih kecil pula lebih suka main seni pasiran (sand art)

Yaya Fuyoomagic memang hebat!

 Anak-anak yatim Rumah Siti Khadijah, Meru, Klang bergambar ramai sebelum pulang. Anak-anak dapat 'goody bag', pihak pengurusan pula dapat sumbangan kewangan. Alhamdulillah! Che Mid takde duit nak sedekah tapi tolong uruskan sebegini bolehlah.. 

Kalau ada sesiapa yang berhajat untuk bersedekah pada anak-anak yatim ini, mereka sedang mencari wang untuk membayar yuran sekolah agama sesi persekolahan 2013, sebanyak RM150 seorang. Sila hubungi Ustazah Hasnah di telefon 014 33411321.

Sekolah Tahfiz Hafiz Klang pun datang, siap berkompang lagi..

 Che Mid dan geng.. sesiapa yang nak jemput Yaya Fuyoomagic (yang selalu kat tv tu..) boleh hubungi Che Mid di 013-3672459. Bayaran tak mahal sangat, tapi kelakar itu pasti!! Mereka menyediakan badut, silap mata, 'sand art' dan 'scluptured balloons' untuk korporat juga majlis di rumah seperti hari jadi dan kenduri kendara..


 Dengan Tuan DCP Azmi dari IPD Shah Alam

Tengok tu Che Mid.. berani 'bergurau senda' dengan polis... nak kena nii!

Bagi pihak Che Mid, rasa bersyukur sebab program berjalan lancar, boleh kata tiada masalah langsung. Harap-harap lepas ni akan terus bekerjasama baik dengan pihak PDRM untuk program akan datang, Kepada pengusaha stesen minyak yang lain, ada juga yang berura-ura nak menawarkan kepada Che Mid untuk mengurus acara mereka pula. Alhamdulillah, kalau dah rezeki tak ke mana.

Untuk kawan-kawan di luar tu, jika memerlukan event organizer untuk korporat atau persendirian, boleh hubungi Che Mid di 013-3672459.

13 comments:

  1. Wah...Cik Mid jadi event organizer untuk event besar nie...! Kagumnya saya...

    ReplyDelete
  2. wah.... meriahnya event tu yee... tahniah kerana berjaya menjadi organizer yang menceriakan suasana dan mesej yg hendak disampaikan kepada umum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. semua berjalan seperti yang dirancang..

      Delete
  3. seronok laa ye bila event tu berjaya, mesti tersenyum lega..

    Sy penah gak tgk demonstrasi anjing kesan dadah ni...ish..ish..gerun jer tgk anjing tu. besau lak tu, huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha.. kali ini, instruktor nya pandai buat lawak, jadi penonton banyak gelak..

      Delete
  4. tahniah chk mid! bukannya senang nak jadi event organizer besar mcm ni.
    saya nak buat birthday party utk 10 orang kanak2 pun terkial-kial... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih.. ha ha kalau kita seorang nak jemput orang, pas tu nak masak dan nak mengemas.. memang la kelam kabut.. 10 orang budak pun jadi mcm 100 orang punya majlis.. he he

      Delete
  5. tahniah chemid.. :)

    kalu sy la jadi organizer.. kompom la tak menjadi majlis org.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha sebenarnya tak lah susah sangat.. tapi kena berani berdepan dengan banyak pihak dan ringan mulut bertanya itu ini.. kalau jenis pendiam dan pemalu, memang tak jadik..

      Delete
  6. hebatnye che mid.. kalau sy, blm tntu mampu jd event organizer tu majlis cm ni. Tahniah ye.. :)

    ReplyDelete
  7. salam akak..tahniah! akak dah pindah ke Shah Alam ke?

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah satu lagi pintu rezeki Allah bukakan utk Che Mid.

    ReplyDelete