Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 26 December 2012

Sakit Gastrik Biasa Je..

Malam pertama..

Jam 1.30 pagi, Che Abang bangkit dari katil, turun ke dapur. Farhan tak tidur lagi. Che Mid dengar suara dua beranak tu bercakap-cakap, tapi buat tak tau dan terus sambung mimpi indah.

Rupanya, masa tu, Che Abang mula sakit perut. Dia suruh Farhan ke 7E tak jauh dari rumah, beli chi kit tek aun. Dah makan ubat tapi perut makin sakit. Suruh lagi Farhan ke 7E, kali ni beli coke dengan eno.. tapi tambah sakit perut.

Pukul 4 pagi, Che Abang kejut che mid, suruh bawak dia ke klinik. Baru che mid tahu dia dah sakit perut dari awal pagi lagi.  Farhan dan terlena kat sofa. Baru nak turun tangga, Che Abang berlari semula ke bilik air. Muntah...dengar dari bunyi muntah tu macam banyak je..

Che Mid memandu ke klinik 24 Jam yang paling hampir dengan rumah, tapi tak boleh masuk ke klinik tu sebab depan kedai dipenuhi air banjir.

Klinik kedua pulak, senyap sunyi je bila ditekan loceng kat pintu. Lebih sepuluh kali tekan, pun sunyi je klinik tu, tapi terang benderang. Kesian Che Abang, dah tak tentu arah dah dia.. kejap terduduk, kejap menyangkung, kejap menunduk..

Di klinik ketiga baru lah dapat rawatan. Terus doktor bagi suntikan. Tiga jenis lagi ubat bawak balik rumah. 

Ingatkan kat rumah dah boleh tidur, rupanya sakit perut tu tak hilang-hilang gak.. sampai subuh Che Abang mengerang sakit. Che Mid pun ikut tak tidur lah.. Lepas subuh baru kami dapat tidur.

Malam ke dua.. Che Abang ok je.. Alhamdulillah. 

Malam ke tiga.. Jam 1.30 pagi, Che Abang ke klinik. Kali ni dia sendiri pandu kereta,  faris temankan. Kena cucuk jugak. Tapi tak kebah-kebah langsung. Che Mid ajak dia ke hospital je terus, jangan tunggu lama-lama.. Tapi Che Abang masih lagi cuba bertahan. Sekejap berdiri, kejap meniarap, kejap lagi kang dia jalan-jalan keliling ruang tamu.. sakit betul nampaknya..

Jam 3.15, kami berdua keluar rumah membelah malam yang hujan. Mula-mula ke klinik awal tadi, minta surat rujukan ke hospital. Dalam perjalanan ke hospital Sungai Buluh, berhenti isi minyak di Damansara. Che Mid isi minyak, Che Abang pulak muntah di tong sampah sebelah kereta tu je. Nasib baik tak banyak kereta..

Jam 4.30 pagi sampai di hospital Sungai Buluh, terus ke bahagian Kecemasan. Petugas kecemasan kata tunggu di bilik 1, tapi takde pun petugas dalam bilik tu. Akhirnya, petugas tu sendiri yang tolong skrin kan sakit Che Abang. Tak taulah sebab kesian tengok Che Abang tertunduk-tunduk sakit, atau takut dengan muka garang dia tu..

Terus dapat surat merah, maknanya masuk wad kecemasan. Cek BP.. tinggi 174/94, cek nadi..rendah.. cek ECG pulak.. benda yang di tepek atas dada che abang tu asek tertanggal je, sebab Che Abang tak diam.,bergerak memanjang..sakit betul kut..

Lepas bagi ubat, pun dia kata masih sakit. Las-las terdengar doktor kata, "bagi morfin". Ha, baru diam...tidur.

Bila dia tidur, Che Mid duduk di tempat menunggu, baru nak cuba lelap, tetiba Che Abang kejut. " Jok balik". La, ingatkan masuk wad terus, rupanya doktor kata boleh balik. Doktor kata, "Sakit gastrik biasa je... ".



Keadaan Che Abang lepas dimorfinkan.. kiri kanan tangan kena cucuk tapi tak jumpa urat.. kali ke tiga cucuk di lengan tu baru jumpa urat. Dah le sakit perut, sakit kena cucuk lagi..

Alhamdulillah, selepas tiga hari, sakit perut tak berulang lagi. Che abang betul-betul pantang makan mengalahkan orang bersalin. Tak pe lah, sekali sekala pantang apa salahnya kan.. janji sihat!

14 comments:

  1. Memang perit kalau dah kena gastrik. Sometimes, lepas seminggu baru rasa kurang sikit. Nak makan apa pun takut jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, macam tu ke.. hari ni dia nampak ok. Harap-harap tak kena 'attack lagi le'

      Delete
  2. Kesiannya kena gastrik... dah rasa dah, memang perit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Abang kena kali terakhir masa dia study dulu, tahun 80 an.. setelah sekian lama baru kena balik.. pelik juga

      Delete
  3. Alhamdulillah... semoga terus sihat

    ReplyDelete
  4. Saya pun pernah mengalaminya....sakitnya memang tak boleh cerita...rasa lagi mudah sakit nak beranak..keluar baby..dah ok....Sakit gastrik satu malam saya mengerang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit betul tu.. tak boleh tidur langsungkan..

      Delete
  5. Syukur Alhamdulillah, tiada penyakit yang merbahaya. Ujian kecil yang kadang2 tak tertanggung juga oleh kita, kan?

    ReplyDelete
  6. Kalau selalu kena sakit perut macam tu lebih baik buat rawatan lanjut bukan apa takut jadi sakit lain pulak.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Che Mid
    Saya doakan Che Abangnya cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tidak ada yang serius dan merunsingkan.

    ReplyDelete
  9. Semoga sihat kembali dan terus sihat.

    ReplyDelete
  10. semoga cik abang nya cepat sembuh ya akak doakan dari kejauhan ni amin ya robbal alamin

    ReplyDelete