Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 30 January 2013

Geli ke Sedap



Apahal siput ni...

 Mana dia nak pergi tuuu... eee.. gelinya..


 Orang kata duduk diam-diam dalam tu... tak nak dengar!! Asek merayap jee!

 Ya Allah.. makin banyak pulak yang ikut merayap..makin geli geleman..
 (Deeja menjerit-jerit eksited bila tengok siput-siput bergerak..)




Setelah berjuang berhabis-habisan
memotong hujung si siput
dan menarik semula siput-siput yang nak menyelamatkan diri

Kemudian dikenenkan pulak dengan


Pisang muda ni.. (Che Mid tak biasa makan kulitnya sekali.. dah dari kecik mak ajar buang kulit luar tu..)

Maka jadilah lauk ni



 Masak lemak siput dengan pisang muda .. kasi pedas sikit lebeh ok..dan kuah terpekat pulak mungkin sebab lemak pisang tu kut..

Kalau tadi bukan main geli, sekarang tengok bukan main sedapkan..
tapi kena pulak sahut cabaran menyedut siput tu.. 
kalau tak terer merer, 
alamat lagi banyak yang dibuang dari yang ditelan.. 


Jom kita lawan sape paling terer makan siput sedut ni!!

21 comments:

  1. KA kecik2 dulu suka, dah besar2 ni tak leh makan pulak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini apa pulak kes.. dah puas makan masa kecik-kecik dulu ke.. dah besar-besar ni teringin escargot ke.. oh no no no..

      Delete
  2. Alahai Che Mid. Ngencess nyong.

    ReplyDelete
  3. oh sedap ni...lama dah tak makan siput sedut...tak pandai nak masakkannya..omak pandailah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha carik alasan tak nak masak la tu kan.. tak pe tahan je la air liur sampai balik kampung cuti ni

      Delete
  4. aduhai terliur hahaha...nasib baik x pembawakan(",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada seorang sepupu Che Mid dah baca dalam fb.. tgh mengandung lak tu.. sibuk suruh Che Mid masak.. satu hal pulak kan..

      Delete
  5. che mid mula2 geli nak tgk tapi dah masak nyum nyum...sedapnya masak lomak cili api...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. tu la kadang-kadang setengah orang hanya boleh makan, tapi tak sanggup nak memasaknya, terutama bila taim memotong belakang tu..aduii..

      Delete
  6. kat sp ni...siput nya lain pesen che mid...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Mmm.. favorite anak-anak ya.. tapi biasa masak sendiri atau beli?..

      Delete
  8. KY tak makanlah...sedap ke geli...geliiiillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geli tengok rupanya ke atau bayangkan dia merayap kt celah tekak... aish..

      Delete
  9. lya x pnh makan.. aritu cuba nk makan.. tp, mmg cannot go laa

    ReplyDelete
  10. Sedapppppppppppp,

    Anak Mila yg no 2 n ke 3 tu, x payah makan dengan nasi pun boleh jalan juga. Bebaru ni balik Perak, singgah makan kat kedai kat Sg Besar, depa ambil semangkuk share berdua..beriya-2 menyedutnya..he he he

    ReplyDelete
  11. go to my site r9r76p5k86 7a replica bags wholesale replica bags in delhi check that g8w85k3z76 replica bags from china replica goyard bags replica bags wholesale replica gucci handbags w5u15c6z38 replica bags in gaffar market

    ReplyDelete