Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 17 January 2013

Nak dengar suara Che Mid?


Seorang sahabat marhaban Che Mid telah merakamkan video ini pada hari Sabtu lepas, di majlis tahnik dan cukur jambul anak sepupu Che Mid. Maaf le, kualiti sangat amatur.. (siap ada bunyi kipas jadi sound effect ha ha..) tapi boleh lah...

Lagu Ya Toibah ini kami nyanyikan buat pertama kali. Jadi banyak terkucil sana sini. Che Mid fotostat senikata lagu dan diedarkan kepada semua yang hadir. Kebetulan pada masa itu, ada satu lagi kumpulan marhaban dipanggil Kumpulan Nurul Ummi yang bermain perkusi turut hadir. Jadi kami pun 'bantai' melagukan ikut syok sendiri la..jom.. layannn! Sekurang-kurangnya kawan-kawan maya dah boleh dengar suara Che Mid kan.. Ha, kalau sudi komenlah macam juri Mentor atau AF he he..

Entah kenapa masa menulis entri ni, fikiran asyik teringatkan kak Zakie je..

Oh ya, esok (Jumaat) Che Mid akan ke Alor Setar untuk mengacara majlis walimatul urus di Dewan KUIN. Balik Klang hari Sabtu petang. Doakan Che Mid sukses ya..Insyaallah..

29 comments:

  1. Kak Mid semakin menselebriti sekarang kan..heheheehe. Sayangnya, saya tak boelh view video tu. Firewall office block la tuh..heehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. rugi lah tak dengar suara che mid yang lemak merdu macam bunyi katak di tengah malam bulan mengambang ha ha

      Delete
  2. Waaaahhhhh!!!... hebat CM kakak terpegun sekejap. Kalau CM nak tahu nada dering h/p kakak adalah lagu Ya Makka yg sama macam Ya Toiba ini. Kakak minat lagu ini sejak tahun 2008 dan sebaik balik dari Mekah 2009 lagilah minat sebab kakak ada beli unta nyanyi lagu Ya Toiba ini. Bila on unta ini akan berjalan dan melagukan lagu Ya Toiba (masih ada hingga kini - cantik lagi).

    Syabas Cik Mid. Kakak suka - kalau dekat boleh kakak join sekaki hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm patutlah masa buat entri ini teringat akak je ..

      Delete
  3. salam
    Salam kenal jua che mid.
    Nak sain otograf bleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg pegang microphone tu chi mid ke?
      Hebat
      Shoot video penuh sampai ke belakang gitu...daun hijau tu bunga idup ke.sejuk mata memandang.
      Keep it up chi mid and happy blogging.

      Delete
    2. A ah, yang pegang mikrofon tu che mid lee..bunga hiudp tu menghias tempat berendoi baby..

      Delete
  4. Salam...emmm...pitching masa memula tu ada lari sikit, tapi still ok...Gaya persembahan dah ok, mengangguk2...cuma tak gunakan keseluruhan pentas dengan sebaik2nya dan kalu buleh next time mata tu kena berinteraksi dengan kamera dan penonton...overall ok, buleh pi next stage...hehehehe...jgn marah haa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha ha... terkekek-kekek baca ni.. ada harapan tersingkir awal ni!!!

      Delete
  5. hebat, tahniah kak. suka KA dgr, nak komen yg baik2 aje ni.. suara mmg mantap! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen baik-baik je sebab kawan-kawan ya, kalau betul-betul hampeh ha ha

      Delete
  6. Salam perkenalan Che Mid..wahhh..bersungguh-sungguh betol che mid..bagus semangat tu..Cheqkaq dh lame tak dengar marhaban cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah la, tak perasan pun beria-ia beno.. tengok video ni baru tau.. syok oooo

      Delete
  7. met mlm sobat. kunjungan pertada salam kenal membiri spot mbk. trmksi dahg berbagi'y mbk. oh'y klu ada waktu luwang mampir mbk di tmpt ane

    ReplyDelete
  8. ziarah che mid..seronok tngok =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah sini ya.. lain kali datang lagi..

      Delete
  9. Wah glemer lah Che Mid pasni hikhik...
    Cm doakan agar Che Mid selamat sampai ke destinasi yg di tuju dan selamat kembali...eh ke dah balik umah da....Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah balik dah.. tengah buat entri pasal Alor Setaq niii..

      Delete
  10. Marhaban tidaklah terkenal dikalangan wanita di tempat saya. Nampaknya Che Mid memang pakar. Tahniah. Terima kasik sudi melawat saya. Lain kali datang dengan kumpulan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah pakar pun..tukang sibuk dan menyibuk je he he.. T kasih sangat sudi singgah sini.. tak sangka pulak sudi singgah..

      Delete
  11. KY dulu ikut juga ke majlis macam tu, sekarang kekurangan masa, jarang dah dapat join...
    terima kasih sudi singgah ke blog KY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau dah ada masa, jom la join semula..semoga silaturrahmi berkekalan dan semakin rapat..

      Delete
  12. sedap suara cikmid..nafas panjang...mesti cikmid mengajipun sedap ni

    ReplyDelete
  13. Assalam,

    CD Yahanana ni memang menjadi halwa telinga sepanjang perjalanan ke pejabat...start dari dibeli di awal penjualannya, sehingga sekarang tak jemu-2 mendengarnya. Anak-2 pun seronok.

    Rasa rugi juga bila tak tahu maksudnya..dapat tau sikit-2 dari anak-2 tercinta..

    Zaman remaja dulu, Mila terlibat juga dengan marhaban yang biasanya kat kampung Mila, kami meronda beramai-2 masa hari raya...

    ReplyDelete