Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 4 January 2013

Ragam Che Mid Mengacara

Terima kasih kepada semua yang memberi perangsang dan semangat kepada Che Mid di entri semalam. Chaiyok!

Jom tengok gambar Che Mid semasa menjadi pengacara majlis di sepanjang cuti persekolahan tempoh hari.

 'Job' pertama yang didapati dari iklan Mudah.my iaitu menjadi pengacara satu majlis graduasi sekolah agama dan tadika di Bandar Baru Bangi. Rasa 'panik' sekejap kerana tak biasa dikerumuni anak-anak kecil tapi begitu kagum dengan tenaga pengajar yang sangat sabar melayan karenah anak-anak.

Che Mid meredah hujan lebat dari Klang ke Bangi dan tiba di dewan sekadar cukup masa untuk 'sound check' dan berbincang tentang skrip dengan penganjur. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, mula dan tamat program betul-betul ikut waktu yang ditetapkan.

 Sistem bunyi yang bagus membuatkan Che Mid perasan suara 'sedap' he he.. nape le muncung bebeno tu ya.. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi memanggil Che Mid, walaupun di saat akhir. (Agaknya, penganjur sangat berpuas hati, kerana bayaran yang Che Mid terima adalah lebih dari yang dipersetujui.. Alhamdulillah..) 

Riuh rendah suasana anak-anak dan keluarga yang hadir.

 'Job' kedua, menjadi pengacara majlis perkahwinan En Yusri Shamsuri dan Dyana. Che Mid membacakan seloka pengantin yang berkisar tentang  latar belakang dan kisah cinta pengantin. Biasanya, Che Mid akan interviu pengantin lebih awal untuk mendapatkan informasi diri mereka sebelum dijadikan pantun atau seloka yang diselitkan dengan usikan dan gurau senda.

Secara spontan, Che Mid 'paksa' pengantin perempuan menyanyikan lagi selamat hari lahir khas untuk suaminya yang jatuh pada hari perkahwinan mereka. Yang sportingnya, ahli keluarga turut menyanyikan lagu tu bersama-sama. 

Srihawa Samsuri you are the best... and kaaboom!!!

Hamidah Jamil Thanks pada Srihawa Samsuri and family for the offer jadi emcee.. kalau tuan ramah happy, che mid pun Alhamdulillah sangat!

Testimoni dari tuan rumah. Alhamdulillah..


 'Job' ketiga, mengacara majlis persandingan Nurhidayah dan Hamizi di D Taha Kelana Jaya, Kompleks Tabung Haji.

 Kali ini Che Mid bawa anak dara Che Mid yang baru tamat SPM. Mulanya, Che Mid bawa dia untuk membantu mengendalikan notebook tu. Sebab Che Mid siapkan sekali lagu kompang, lagu ketika merenjis, lagu sewaktu memotong kek perkahwinan dan lagu latar ketika makan beradab. Tapi oleh kerana Farah mempunyai suara yang bagus, kami berdua berduet ketika berselawat dan menyanyikan lagu pengantin baru.



Komen dari salah seorang tetamu yang hadir..terima kasih Rehan..

 Selamat pengantin baru Dayah dan Mizi, semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Pengantin bersanding lewat sedikit dari jadual yang ditetapkan, tetamu mula ramai dari jam 12 tengahari tetapi pengantin berarak masuk pukul 2.30 petang. 

Oleh kerana Che Mid dan Farah  mula 'bertugas' dari pukul 2 petang, jadi kami bersolat Zohor dulu di masjid bersebelahan, sempat ikut solat berjamaah!. Apa pun pengantin kata mereka 'happy' dan segalanya berjalan lancar sebelum hujan lebat datang tanpa diundang.. 

Aitt.. Farah pun sempat berposing disebelah hantaran.. dah teringin ke?

Lain majlis lain cara dan lain ragamnya. Melalui pengalaman dan pengamatan, Che Mid cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Keyakinan diri pun semakin kuat, Insyaallah.

 Kepada sahabat-sahabat yang berminat, silalah hubungi kami di YAHANANA EVENTS di 013-3672459 atau emelkan ke hmj_66@yahoo.com. 

12 comments:

  1. Alhamdulillah....che mid berjaya mengenengahkan bakat dari ilahi utk dikongsikan bersama. Napa tak masukkan sekali persandingan nawal & farah pd tahun baru tu? Yahanana dialunkan bersama kaum keluarga pengantin lelaki mmg best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he sengaja che mid tak masukkan hari ini sebab nak buat entri khas.. tunggu!

      Delete
  2. Subhanallah,moga bertambah rezeki yahanan events. Seronok membaca pengalaman che mid. Moga sukses, ya kak! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, akak pun tumpang seronok bila orang suka baca..

      Delete
  3. wah heabtnye Che mid ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde apa nak dibangga.. rezeki Allah bagi, kita saja yang kena usaha..

      Delete
  4. Highly recommended ~ Alhamdulillah... sejuk hati bila memandang dan mendengar suara anak-beranak ni.. keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokonga tak berbelah bagi selama ini..

      Delete
  5. Alhamdulillah, semoga Che Mid bertambah suksess dan gemilang pada tahun 2013 dalam bidang pengacaraan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, mana tahu kami ke Johor pulak he he

      Delete
  6. Salam Che Mid,

    Seronok baca berkembangan kerjaya Che Mid. Alhamdulillah rezeki datang dari segela sudut atas kehendakNYA. Teruskan.....

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. adalah sikit-sikit.. teruskan doakan ya kak..

    ReplyDelete