Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 18 September 2013

Oii Makcik Pengantin, Jangan Over!

Jam 10.15 pagi, tempat di lokasi persandingan.. di tengah padang sebab konsep kawen dalam taman kut..

Seperti biasa, sampai  je di lokasi, Che Mid akan tanya pihak tuan rumah, di mana 'port' sistem PA dan pengacara. Biasanya Che Mid suka tempat yang boleh nampak pelamin dan meja makan beradap, tak le terjenguk-jenguk bila mengacara nanti. Tapi hari ni, mood jadi hilang sebab...masa tu makcik pengantin yang baru sampai tengah komplen kaw-kaw pada perancang perkahwinan. 

"I told you already, tempat laluan karpet merah tu dari sana ke sini, bukan dari sana tuuu.." (sambil tangannya menunjuk sana-sini)

"This one ah.. why like this aah.. i don't like this one, you better change.." (Masa tengok susunan bunga-bungaan di pelamin.. rupanya pelamin kena pasang pagi tu juga, sebab malam sebelum tu hujan lebat. Yalah, kan ke sekarang musim hujan.. ndak juga buat garden wedding..)

"I ask for the white flower in the pot kan.. where is it, i didn't see... "( Che Mid pun ikut menyirap jugak dengar makcik ni punya bahasa dan nada suara..tapi si wedding planner tu diam je.. angguk je..customer always right kut..)

Lepas tu, makcik tu perasan pulak kerusi pengantin di meja beradab sama je dengan tetamu. "Eh, why the chair sama je dengan yang lain.. you should bring the other chair.. go and change now.. i don't care.." (Padahal, masa bincang, pengantin tak request pun.. nasib baik ofis wedding planner tu dekat-dekat situ je.) 

Masa tu jam dah pukul 11 lebih, tak habis-habis lagi komplen.. (Tetamu patut mula datang pukul 12 tengahari)

Bila makanan sampai, dia komplen lagi.." Eh, the buffet table shouldn't be here you know.. it should be in the third tents not second one.. " Aduii... terlebih-lebih pulak dia ni. Masa tu, si waiter-waiter tu pun tak tau, samada nak bubuh makanan ke tak.. masa berjalan ni..Orang katering tu cuba eksplen yang tanah tak rata sebab baru kena hujan.. bla bla bla.." Akhirnya makcik tu akur juga, tapi bila jumpa Che Mid lain pulak dia cakap.." Dia orang patut fikir macamana nak ratakan tanah tu.. taruk la papan ke apa ke.. bagi rata..hisshh.. i ni kalau nak cakap memang banyak.. dulu i pernah buat COGHM punya makan.. beribu orang tau.. takde problem macam ni bla bla.." Che Mid senyum je..

Bila makcik tu tengok meja VIP, "  I want THREE table with dome for VIP not TWO.. later not enough how?".  Tapi pengantin mintak dua je meja VIP... sabor je le..

Khemah-khemah tu pulak cuma cukup-cukup untuk tetamu dan meja bufet. Habih yang kami ni, nak berjemur keee?  Isshh.. tak pernah kami datang majlis macam ni teruk punya planning. Akhirnya, kami undur kereta bawah pokok, buka pintu belakang dan buka meja di belakang kereta. Dah jadi macam 'car boot sale' tau.. Dah pakat-pakat, kalau hujan, kami kemas barang-barang dan duduk diam-diam dalam kereta...

Bila mak pengantin datang, si makcik ni buat laporan pulak pada mak pengantin.. lagi satu sesi komplen berlangsung. Che Mid buat tak dengar je la.. peduli apa I. Tapi dalam hati terbit gak suara jahat, " Kalau hujan lebat kang, baru padan muka... over sangat.."

Pas tu, orang cendol pulak datang... terkial-kial cari tempat. Bolehnya.. mak pengantin tunjuk ke tengah padang, tak de bumbung.. dia ingat apa? Orang cendol tu referee ke?? Nasib baik la, kat umah pengantin ada khemah kecik.. mak pengantin suruh adik Che Mid pi tolong angkat.. wah, bagi instruction macam semua orang kuli dia..! Itu belum bab tarik bekalan elektrik lagi.. rumah dah la jauh dari padang. Mujur kami memang ada kabel panjang, yang abang cendol tu? Macamana dia nak mesin ais dia? Nasib baik la kita orang baik tau.. so, kongsi-kongsi extension cable..

Masa bersanding semua ok... tak de  masalah apa la.. (muka pengantin lelaki macam tak happy je.. tak tau le kalau muka jenis boring je..) tapi tetamu tak ramai seperti yang dijangka kut. Masa sesi ambil gambar di pelamin, kami tak pasal-pasal kena tengking dengan makcik tu, " Oii.. pelan speaker tu.. kami tak dengar!" Rupanya si makcik tu sibuk mengatur orang yang berposing atas pelamin. Sape sebelah kiri, sape sebelah kanan.."  Tak lama lepas tu, dia datang lagi ke tempat kami sambil menjerit, " Pelan lagi la volume tu, fotografer tak dengar arahan!!!". Ha, masa tu ada seorang lelaki datang ke tempat kami, dia pun dah hilang sabar dengan perangai makcik tu kut.." Hey, kalau ya pun nak cakap.. elok-elok le sikit".

Tak tau lah nak cakap macamana kan.. Che Mid pergi buat kerja di majlis kahwin orang, rasanya inilah yang paling cerewet sekali. Majlis tak sebesar mana, enam khemah je pun dan pakej pun rasanya yang simple dan murah je. Tuan rumah pun nampak sombong dan tak campur orang. Sebab, Che Mid tengok.. jiran-jiran dia pun tak nampak 'meraikan' majlis. Banyak pintu bertutup rapat.. sedara mara pun macam tak ramai je.. kalau ada pun, lebih suka lepak di meja taman dan tengok anak-anak main buai!

Yang buat Che Mid bengang sikit lagi tu, tuan rumah mintak kompang yang ada gendang. Tapi Che Mid dah tempah kumpulan yang takde gendang. Wedding planner merayu pada Che Mid untuk cari juga gendang, sebab dia kata orang tu cerewet sangat. Che Mid pun usahakan cari pemain gendang tambahan dengan ekstra kos tau, nak ikut cakap punya pasal.. tapi ironinya, bile time berkompang .. si makcik tu cakap, " Eh, takde GONG ke? Kan dah minta awai-awai.. " Lepas suami dia (kut) menyampuk " Tu, kan ada GONG .. tak dengaq ke? " "Oh.. ya ada..baru dengaq.. tadi tak dengaq..." Ha, Nak kata bodoh kang marah pulak!  GENDANG dan GONG tak reti beza?? Makcik tu GENDANG dibuat dari kulit dan di palu. GONG tu dibuat dari tembaga ke apa ntah yang bila dipukul berdengung satu alam!

Selalunya bila akhir majlis, tuan rumah dan pengantin akan ucap terima kasih dan puji Che Mid la (walaupun mungkin sekadar berbahasa) tapi yang ini.. Che Mid macam tak ujud dalam majlis tu. Bila nak balik, Che Mid bersalaman tapi sebijik 'goody bag' yang berlambak atas meja pun tak dapat. Tak tanya pun kita dah makan ke belum.." Yang Che Mid dengar, si mak pengantin dan makcik kuat komplen tu tengah bincang macamana nak habis nasi dan lauk pauk yang sangat banyak berlebih...

Yang lagi syiokk.. kamera pulak buat hal, bila snap je jadi putih je... jadi NO PIKCE laa...

Pengajarannya...??? 










39 comments:

  1. Alamk che mid, tak boleh bayang macam mana rupa majlis tu. tak faham kan manusia yg jenis bodoh sombong ni!

    Jemput ke rumah baru saya che mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila marah orang ikut suka dia je.. dia tak sedar yang dia dah hilangkan mood orang yang takde kena mengena dengan apa yang dia marahkan tu..dia dah beri aura dan vibrasi negatif ..

      Delete
  2. Tak pernah berkenduri.. atau mmg tak pernah gi kenduri org (kalu pernah gi kompom boleh tgk guano org arange kenduri depa kannnnn)

    sian sungguh... nak ditegur tp rasanya jenis bangsa takleh tegur kot.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini spesis lagi ditegur lagi menjadi.. tu sebab wedding planner diam je..

      Delete
  3. fuhhh, kompem tension kan dgn org cmni, tak tau bersyukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian sape jadi sedara mara orang macam ni. Kalau kita buat majlis makcik macam ni la perosak majlis..

      Delete
  4. no komen dah dgn ornag2 yg macam ni che mid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukurlah kita tak jadi sedara dia he he

      Delete
  5. Subhanallah.... sangat tiada budi bahasa. Mungkin yang datang tu pun, mengenangkan pengantin ataupun yang lain2 kot.

    Tapi memang macam tulah kan CM. Memang wujud orang2 yang macam nie. Cuma kitalah nak kena sabar berhadapan dengan orang2 macam nie. Tapi saya pun kalau berdepan org macam nie, memang kurang sabar sikit.

    Banyak juga pengajaran dari sini kan. CM kena spell out nak tempat berbumbung lain kali dengan tuan rumah. Kalau hujan macam yg lepas tu, walaupun ada bumbung, basah juga jadinya kan. Abg cendol pun kena minta power point dan bumbung juga. Kalau diorang soh bawa sendiri, charge lebih kat diorang...hehehehehhe

    TAPI SAYA PALING SETUJU PART : MUSIM HUJAN PUN NAK BUAT GARDEN WEDDING... hahahahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha.. ye, memang kurang sabar... nasib baik bukan che mid yang kena marah.. dia marah tu macam dia sorang je tau buat keja..

      Delete
  6. trouble some betul kan...incident terakhir tuh nak tergelak jgk..itulah kang nak berlagak sangat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid dah agak dah.. sbb masa nak bersanding pun tak ramai orang datang.. peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.. sbb kita pun akan buat majlsi macam tu juga nanti..

      Delete
  7. Kita ambik sebagai pengajaran Che Mid moga kita tak jadi lagu tu. Mungkin nak sempurna sangat kot sampai terover.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia cakap kat Che Mid, " I ni kan, setiap kali kenduri adik beradik ke anak buah ke, memang i handle.. i akan pastikan bla bla bla.. aduii.. " nasib le sape yang jadi sedara dia.. memang kena dengar cakap dia je la..

      Delete
  8. tiada yang sempurna kan che mid...
    sabar sajalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid ok je.. dengan keje Che Mid dia tak kacau he he.. tapi bila dia marah orang kat depan kita..aura bengang dia sampai kat juga la.. hilang mood..

      Delete
  9. mintak jauh dari berperangai camtu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, jauhkan dari kita dan keturunan kita ha ha

      Delete
  10. assalam che mid..macam2 rgam kan che mid..ingatkn mak cik pengantin je kecoh.rupanya mak pengantin pun sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. khabarnya mak pengantin dah kecoh sebelum-sebelum tu lagi he he

      Delete
  11. hahaha...saya yg tengah baca ni pon dpt bayangkan situasi masa tu..harap2 pengantin yg baru masul dlm keluarga tu dpt la bersabar byk2 ngan karenah kaum kluarga yg terlalu cerewet tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid pun fikir macam tu jugak ha ha.. bukan menantu baru je, besan sekali ha ha

      Delete
  12. tak mahu saya perangai mcm tuu..biar la sopan dan ada budi bahasa...
    sampai bila pun orang akan ingatkann che mid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. tak pasal-pasal Che Mid tulis pasal dia ha ha

      Delete
  13. Ya Allah... jadikan teladan Che Mid. Kalau ikut kesimpulan kakak tuan rumah (mak pengantin) org yg sombong dan tak campur masyarakat sebab itu tak tahu macam mana nak buat majlis. Kalau dia dah biasa dia tahu mana satu yg baik. Kecoh lebih tapi macam tak pandai menghargai akibatnya pasti lambakan banyak baki makanan. Cuba bagi pada tetamu kan ke baik... sampai CM pun tak dibagi apa-apa. Malangnya org macam tu. tak berkat majlis... kena ketawakan org/jiranlah org macam ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh bayangkan kalau hari hujan.. memang akan haru biru jadinya majlis tu.. Allah Maha Mengasihani..

      Delete
  14. ..sress la dpt tuan umah cm tu ye..kalau sy la..xtau la blh bersabar ke x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebab akak mengelak je.. tapi yang kelakarnya, lewat petang tu.. wedding planner tu tanya Che Mid," Apasal tadi masa dia marah-marah I, you lari?".Che Mid jawab," Mestilah, takde kena mengena dengan I kan.."

      Dia kata, " Tolong la I"..

      Delete
  15. redho jelah bace post ni... sabar separuh dari iman..cobaan ke cabaran nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mid tak rasa sangat.. kami siap gelak-gelak lagi tengok majlis tu. Cuma kesian pada crew, asek kena marah sampai satu point macam tak tau nak buat apa dah..semua tak kena..

      Delete
  16. cubaan untuk che mid. selalunya entry che mid...happy2 je..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ni happy la ni.. happy kutuk orang.. Astaghfirullah..

      Delete
  17. dah terbukti takde sape nak attend wedding ceremony mereka,sebab dah sah jenis sombong orangnya,betul2 takde budi bahasa...cerewet pun kenalah bertempat..benda ni kan dah dipersetujui sebelum majlis berlangsung,takleh komplen banyak sangatlah...dengan group che mid pun dia tak say tq..sangat tidak beradab..saya pun marah juga dengar cerita ni...yang best story che mid ni,siap hafal lagi dialog ala-ala datin tu...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tak hafal.. makcik tu cakap kuat dan depan mata che mid pulak tu.. jadi tape recorder kejap ha ha

      Delete
  18. Nasi dan lauk berlambak menunjukkan orang tak ramai datang. Sombong dan cerewet sangat, nasiblah badan.

    ReplyDelete
  19. Che Mid, Saya sedang confius, adakah menantu barunya ini seorang perempuan...?
    Kalau ya, alamatlah hari-hari kena sumpah seranah dengan emak mertua..
    Dan kalau menantunya seorg lelaki pula, alamatlah raya tak balik ke rumah emak mertuanya yang cerewet itu

    Pengajarannya, memang ada jenis orang macam ni, sebabnya dia ni jarang dengar ceramah agama. (agaknyalah kut?)

    ReplyDelete
  20. salam bakyu che mid
    Menguji kesabaran juga ye.erm...rambut sama itam ,citarasa tak sama

    ReplyDelete