Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 22 October 2013

Adam Dan Si Pencuri Basikal

Kisah benar yang berlaku pada anak buah Che Mid di sebuah IPTA di Pahang.. (fuh macam saspen sangat!!!)


Adam baru dapat basikal (sebenarnya basikal adiknya, Ammar) yang baru dihantar ibu dan abah Adam untuk kegunaan di kampus. Lokasi hostel dan kelas yang agak jauh menyebabkan ramai pelajar menaiki basikal. Adam pernah sebut dalam fbnya, " Masa sekolah dulu tak nak pulak naik basikal.. dah masuk universiti kena naik basikal.. he he"

 Satu hari sebelum Hari Raya Haji.. Adam letak basikalnya di tepi jalan untuk mengeluarkan duit di mesin ATM. Bila Adam datang semula ke tempat basikal tu, tengok-tengok basikal tu dah takde. "Mana basikal ni pergi.. ini mesti ada rang curi..!" Bengangnya rasa sebab basikal tu baru je 2 minggu Adam dapat!

Seharian Adam berlegar-legar mencari basikal tapi tak jumpa-jumpa. Tengah malam itu juga, Adam pinjam motor kawan sebilik dan bergerak perlahan-lahan dari satu hostel ke hostel lain. Adam yakin akan jumpa basikalnya tu sebab tentu masa tu semua pelajar ada di bilik masing-masing. Akhirnya, setelah beround-round Adam meronda-ronda, Adam ternampak elok je basikalnya diparkir di salah satu bilik hostel. 

" Ada satu tanda di basikal tu untuk mengesahkan itu basikal aku atau bukan," kata Adam. Bila dah diperiksa, memang betullah itu basikalnya. Tanpa menanggalkan topi keledarnya, Adam terus mengetuk pintu  bilik tu. 

Elok je pintu dikuak, dengan garangnya Adam menyoal," Itu basikal sape?" sambil tangannya menunjuk ke arah basikalnya. Salah seorang penghuni bilik tu terus menjawab, " Maaf bang... jangan marah bang.. saya..saya.. AMBIL basikal tu sebab basikal saya pun KENA CURI bang.." 

Eh, boleh ke gitu ......

ingatkan Adam nak MARAH... tapi apa yang Adam buat....


Adam 'call' kawan sebiliknya, bagi tau yang basikal dah ditemui dan minta tolong datang ke situ segera. Bila kawan Adam sampai, Adam suruh kawannya tu bawa basikal Adam balik hostel.  Dan Adam ajak pelajar yang telah mencuri basikalnya itu sama-sama naik motor dan BANTU pula MENCARI basikalnya yang hilang...!! Akhirnya, mereka dapat jumpa basikal pelajar tu semula malam tu juga.

Agak-agak kalau orang lainlah jadi Adam, mau ke dia buat macam tu?

Semasa Adam bercerita dengan ibunya, ibu tanya Adam, " Apa tanda kat basikal tu yang buat Adam 'sure' itu basikal Adam?"

Adam jawab, " Ada taik burung kering melekat kat ' mud guard'!!!


Ini bukan basikal Adam.. tapi macam basikal arwah atuk Che Mid..Che Mid suka naik basikal tu dan kayuh laju-laju, tapi basikal tu parking elok je le.. tak bergerak sebab stand basikal tu jenis macam tu..

28 comments:

  1. Uishh...memang bijak dan matang tindakannya. Pasti dia ada personaliti yang mencairkan jiwa...hehehehhehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini Adam lain, moga Adam Aziela pun berpersonaliti yang mencairkan jiwa ..

      Delete
  2. Adam remaja yg panjang akal. Bijak bertindak dan bertindak tidak terburu-buru. Siapalah mak-ayahnya. Baik budak Adam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedua-dua mak ayahnya adalah guru sekolah..jadi tak heranlah kalau anak begitu kan..

      Delete
  3. Best.. macam siri sinetron tghr Jumaat pulak dah.. hahahah.. bagus betul Adam ni, calon menantu pilihan. Thumbs UP!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramainya nak jadikan Adam menantu pilihan.. boleh je.. bukan jauh pun dari Aman Perdana he he

      Delete
  4. Nasib baik Adam masih boleh berfikiran waras.

    Kadang2 bebudak cam tulah ye akal pendek, ambil tapi tak jauh ke mana pergi dok dalam tu jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah kan.. agaknya kalau hilang lagi basikal tu.. curi basikal lain pulak.. mcm curi selipar kt masjid je..

      Delete
  5. Haha kelakar je cerita ni, bila la ibu cita benda ni. Sampai harini kalau budak tu jumpa adam dia akan tegur & sengih2.
    Kawan housemate pulak cakap, nasib baik budak tu jumpa adam, kalau dgn orang lain habis dah kena cepuk dulu, huhu.
    Thankss maklong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thumbs up Adam!!!

      Delete
    2. ini ke adamnya...baguslah adam...

      Delete
    3. Ya.. itulah Adam anak adik Che Mid.. eh, lupa pulak tepek gambao dia kan.. bukan takde dalam fail hu hu

      Delete
  6. sejuk perut ibu mengandung..memang terserlah kesabaran dan kematangan Adam dalam menghadapi situasi ni..wahh..boleh jadik calon menantu ni..hehehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jadik calon menantu ya.. pastikan anda bukan sedara mara atau suku sakat si pencuri basikal tu k.. tentu tak restu punya ha ha

      Delete
  7. hehehehe adam adam~ eh beskal cm ni legen.dh lah laju.hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laju dan besar... tempat duduk luas utk budak kecik macam kita dulu..

      Delete
  8. bagus adam nih... alhamdulillah masih ada anak muda sebegini.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. bila semakin besar akal waras dipaksi iman yang kuat akan membentuk keperibadian mulia..

      Delete
  9. semuanya kerana HATI kan che mid...
    terus bawa pada perbuatan..
    bangga dengan Adam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Anim.. hati baik akan terpancar di perbuatan

      Delete
  10. kat hostel jika curi basikal mesti dapat tangkap kecuali dia dah jual hehe.Yang bestnya tanda tu,...terima kasih lah kat burung tu hikhik.Semoga anakanda Adam akan berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  11. assalam dear..

    dah lama tak singgah.. teringat sangat dengan basikal cargo ni.. dulu2 naik bagai nak gila. heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, t kasih sudi singgah.. kebetulan nampak masa lalu tadi ya he he

      Delete
  12. Namanya Adam. Mulia sungguh budi pekerti budak muda ni. Alahai... anak bujang sapa tu? Boleh booking buat menantu tak? heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sms Che Mid jika anda berminat utk jadikan Adam sebagai menantu terpilih.. he he

      Delete
  13. Baiknya adam..taik burung kering sebagai tanda...?adoiii..adam nih...hehehe.....

    ReplyDelete