Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 30 October 2013

Di sebalik Air Tangan Mak

Baca dulu ya.. maaf.. mengusik jiwa gak ni..
Setiap anak perempuan tentu kena masak. Masa kecik mak ajar memasak supaya besar nanti boleh masak sendiri. Mungkin bila dah duduk kolej atau menyewa sendiri, boleh lah masak yang mudah-mudah. tak lah asek masak telor goreng taruk kicap je. (Tapi rasanya, zaman sekarang, ramai sangat anak dara yang tahu memasak.. malah pegang pisau pun janggal..apa lagi menyiang ikan..)

Che Mid nak tanya ni... pandai ke kita masak macam emak kita masak? Haaa, kalau emak kita atau abah kita puji masakan kita macam emak masak tentu sedap sangat la tu.. tapi rasanya jarang kita dapat pujian macam tu kan..sebab air tangan mak terlalu istimewa. Takkan ada di mana-mana pun tempat di dunia ni selain dari rumah emak.  Che Mid yakin semua orang setuju 100% punya..

Well, masa berubah..selera pun berubah..

Bila anak lelaki dah berkahwin, lama kelamaan selera makan sedap akan berpindah ke air tangan ISTERI.  Semakin lama kita berkahwin, bila dah setiap hari makan masakan isteri dan isteri pulak mengolah masakan itu mengikut selera suami, tentulah tekak suami semakin serasi dan akhirnya 'mengaku' bahawa masakan isteri terbaik. Macam Che Mid, masa baru kawen dulu..memang tak reti langsung masak kari..(sebab keluarga Che Mid jenis tak makan kari..) dekat 2 TAHUN praktis masak kari barulah 'LULUS' dan suami kata sedap. Mungkin ada suami yang bangga dan kata pada kawan ofis, " Wife aku kalau masa rendang ayam kampung..perghh.. memang terangkat punya..kalah Chef Wan.."

 Anak lelaki dan bonda tercinta.. sampai sekarang suka puji mak mertua yang suka buat kuih untuk minum petang atau sarapan pagi.. (isterinya ni, memang tak reti buat kuih..serenderrr! Cekodok pisang pun baru-baru ni je 'menjadi'.




Bila sesekali pulang ke kampung atau mak datang ziarah, mak akan masak hidangan istimewanya. Ada anak yang kata rasanya tetap macam dulu-dulu tapi tak kurang juga ada yang kata masakan mak dah lain. Mungkin sebab faktor usia dan kesihatan menyebabkan rasa masakan berubah..tak berapa lemak sebab kurang santan, atau kurang manis dan sebagainya. "Mak dah tak makan santan sangat sekarang ni..doktor tak bagi.." Itu antara hujah mak. Itulah yang terjadi pada selera suami Che Mid..(tapi masak tempoyak mak terbaik di dunia!)

Sekarang, tengok yang ini pulak..

Sebagai anak perempuan atau menantu, kadang-kadang kita hantar juadah pada emak abah kan..Mak Che Mid pernah kata, " Abah kau tahu kalau lauk atas meja tu bukan mak yang masak.. tengok je makanan tu, dia dah tahu..abah cakap, ini mesti bukan kau yang masak kan.." Dan abah jarang 'makan sangat' kalau orang lain yang masak walaupun makanan tu sepatutnya makanan kegemarannya. Kenapa? Sebab air tangan isteri tak sama dengan air tangan orang lain.. Betul kan..

Ok, sekarang tiba bahagian paling sedih..

Andai kata mak kita meninggal dahulu dari abah... apa jadi dengan abah? Macamana dengan selera makan dia? SIAPA YANG BOLEH MASAK MACAM MAK MASAK? 

Memanglah kita tak boleh layan abah macamana mak layan abah.. tapi sebagai seorang anak tentu kita nak gembirakan abah, lebih-lebih lagi abah dah keseorangan. Tak cukup dengan abah bermain dengan cucu atau sembang dengan kawan lama di kedai kopi..kita juga kena main peranan.

Bila abah nak makan, tentu dia teringat air tangan isteri dia.. "Kalau mak kau ada, dia punya kari memang nombor satu!"

Teringat kata-kata kawan baik Che Mid, " Kalau time raya, bapak aku mesti suruh aku masak.. sebab dia kata masakan aku macam masakan arwah mak..adik beradik aku pun akan datang berkumpul rumah aku, sebab nak makan masakan aku". Tu dia... Dan sebenarnya bapak kawan Che Mid tu dah pun beristeri baru, tapi masih tetap 'setia' dengan masakan arwah isterinya..

Kesimpulannya, anak perempuan wajib pandai masak setanding mak kita masak. Bila mak takde nanti, kita boleh masak untuk abah macamana mak masak untuk abah. 

Dan mesti ajar anak perempuan cara kita masak supaya bila ditakdirkan kita pergi dahulu sebelum suami, kita dah tinggal wasiat terpenting iaitu ilmu masakan kita pada anak, yang akan dinikmati oleh suami dan keturunan kita. Wallahu a'lam.

 Mak Che Mid memang terer masak..diakui oleh ramai orang.. abah pun pandai masak  dan 'cerewet' bab makan. Sedap bagi orang lain belum tentu sedap bagi abah..

 
Terus sebak bila tengok gambar ni.. Tak terbayang bagaimana keadaan kalau mak mertua 'pergi' dulu.. dengan keadaan abah yang dah tak boleh melihat..

Ya Allah, kuatkan kami..anak-anak, menantu, cucu supaya sentiasa didalam rahmat dan kasih sayangMu. Ya Allah..Semoga dipermudahkan urusan mereka dunia akhirat..walaupun ada yang akan pergi dulu.. ketentuanMu tak siapa tahu..

Untuk anak yang 'malas' bab masak memasak..fikir-fikirkan lah...










22 comments:

  1. Buat masa sekarang kepakaran memasak, menjahit mak lebih banyak diwarisi oleh adik. Tangan dia menjadi sahaja. Aina setakat sikit2 tu bolehlah tapi mak selalu puji masakan adik sedap.

    ReplyDelete
  2. Ada yang menangis baca entri ni Aina, sebab dia masak cuma di hujung minggu. CM yang duduk di rumah ni pun, tak boleh masak macam mak..jauh panggang lagi..

    ReplyDelete
  3. saya pun sebak che mid, teringat air tangan aruah mak saya...ank2 saya yang sulung pasti akan ingat keenakan masakan neneknya dan pernah satu ketika dulu pergi satu gerai ni nk beli kuih...siap tunjuk lg kuih sri muka kat penjual tu...dia ckp 'nenek saya pandai buat kuih ni sedap sangat'..

    cucu teringat keenakan kuih nenek..apatah lg saya ni anak....mmg tersangat rinduuu...

    che mid,saya ngaku masa saya blm kahwin mmg x pandai masak...sebab ada 3 org kakak...saya pulak yg paling kecik..tp alhamdulillah skrg ni saya boleh la masak utk suami dan ank2..walaupun tak sedap mana pun..tp yg pasti ada jugak permintaan ank2 minta saya masakan utk diarang...mungkin sebab air tangan ibu kan...goreng2 pun sedapppp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah..memang akak agak komen sebegini akan muncul.. sungguh istimewa air tangan ibu, takkan dilupa walaupun nyawa bercerai dari badan.

      Delete
  4. Assalamualaikum.
    Masakan seorang ibu mmg yang terbaik.... bla makan masakan ibu, kita dapat rasa kasih sayang dalam lauk y ibu masak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      T kasih sudi datang sini. Abah akak, kalau pun mak cuma masak sayur goreng dan ikan goreng dah cukup menyelerakan utk abah..

      Delete
  5. Syahdu pulak kakak rasa CM...

    Walau resepi 100% sama tapi rasa tidak sama itu tak mustahil CM. Sebab itulah org sebut airtangan. Mak-mak kita memasak tak payah sukat-sukat tapi hasilnya tip-top. Pada kakaklah CM, bila pasangan yg berkerjaya/bekerja (termasuk yg tidak lekat dirumah) bab pandai memasak seperti mak/ibu dah tak ada lagi sekarang. Macam mana nak belajar masak ikut mak/ibu sebab usia 13 tahun dah tinggal di asrama sehinggalah belajar dan bekerja. Tak lama menikah mana ada masa nak belajar kalau setakat cuti semester aje..

    Kakak perhati anak-anak buah kakak semuanya dah lebih selera dgn masakan isteri (yg dah berkahwinlah) berbanding mak/ibu sendiri. Sebab membesar pun lebih banyak dgn airtangan org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah..inilah dunia sekarang.. tu sebab CM pastikan Farah turun ke dapur setiap kali cuti. Biar dia berperang dengan pinggan mangkuk dan lauk pauk. Setakat bagi tau resepi je tak cukup..

      Delete
  6. Assalamualaikum che mid

    insaf juga sy bc entry ni...kami ni kalau blk rmh mak,nak mak juga yg masak wpun kami dh bsr panjang,yg mak ni pula,kalau anak kt nk mkn masakan ibu,walau tk larat mcmanapun,pegi juga ke dapur bila dgr anak cucu nak blk.....

    Mcm yg che mid tulis tu..anak cucu makpun ada kata,masakan mak dh tak mcm dulu....mungkin sbb mak dh tak larat atau sbb mak dh ada penyakit kencing manis....selepas ni sy nak belajar dgn mak lah,mcmana nk masak sedap sama mcm mak,supaya bila adik beradik blk berkumpul,sy yg bl masakkan utk mereka...bkn mak lg wpun mak tak pernah bersungut malah gembira bila menantu kata,mak masak sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wirda

      Kita ni bila jadi mak, tau sangat masakan kegemaran setiap anak.. dan akan beria-ia masak masakan tu kalau tau dia balik.. anak yang ini suka pedas, anak yang itu suka manis dsb. Tapi utk mengekalkan citarasa mak, memang kena tuntut ilmu dari mak juga supaya tak ralat bila mak dah takde nanti..wallahua'lam

      Delete
  7. wak pon sukak makan kari jugakk.,ahHKs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lelaki biasa suka makan kari, tu sebab suka ke kedai mamak.. he he

      Delete
  8. sebab lah pulak KA bacan n3 CM ni ! huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. CM yang tulis pun nak meleleh ayaq mata..

      Delete
  9. Last rasa air tgn mak pada tahun lepas sblm emak kena mild stroke... Apa pun masih merasakan kehangatan kasih sayangnya walaupun emak tidak sekuat dulu.. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dan Rehan tentu rindukan belaian mak mertua yang baru pergi..

      Delete
  10. aduh sodih baco entry ni
    part last xtahan
    semoga dipanjangkan umur semuanya ye
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no 172

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya pun Ida jugak.. t kasih sudi folo..

      Delete
  11. macam-macam perasaan bila baca tulisan che mid ni...Rasa sedih dengan ayah tu kalau mak tak ada, rasa gembira bila suami kita macam yg che mid describe...Seronok baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca dari kacamata anak perempuan dan juga isteri.. berbaus perasaan kan..

      Delete
  12. Wah, entri Che Mid penuh berimformasi
    Ada pemuda yang mendambakan bakal isterinya boleh
    MEMBUAT dan MENEBAR ROTI CANAI
    Puas dia berjalan dari satu tempat ke satu tempat
    Akhirnya terjumpa, seorang gadis berpurdah yg boleh menebar roti canai
    sejak itu,Hari2 dia makan roti canai di warung itu
    Malangnya, dia sgt gerun melihat ayah gadis itu
    Misainya ...wajahnya....sangat garang dan bngis....
    Niatnya utk menyiasat gadis itu agak terbantut...

    ReplyDelete