Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 19 November 2013

Allah dah bagi Nur, peliharalah baik-baik

Kisah benar yang Che Mid dengar dari mulut empunya diri, tapi buat masa ni biarlah dirahsiakan dahulu identiti sebenar. Yang penting isinya...dan pengajarannya..

_________________________________________________________________________________

Adik ini baru sahaja berjaya mengatasi kemelut rumahtangga. Sewaktu sedang 'panas' dengan masalahnya hari tu sehingga hampir bercerai-berai, adik sangat stres dan banyak 'melawan'. Melawan suami, melawan mak ayah, melawan adik beradik dalam erti kata tak dengar nasihat. Asyik dia saja yang betul. 

Yang paling teruk sekali, melawan hukum tuhan. Hijab yang selama ini tersarung kemas, kadang-kadang pakai, kadang-kadang tanggal. Dah jadi uniform je. Masa kerja elok tersarung, luar waktu kerja rambut lepas mengerbang. Bila ditegur, cuma dipandang sebelah mata. "Stres" katanya. Pernah adik mencukur sebahagian rambutnya..konon mengikut trend yang ntah apa-apa.. Status dan posting di fb juga semakin mengarut.

Adik seperti bengang dengan kehidupannya. Anak-anak dibiarkan dengan bibik. Sanggup memandu jauh-jauh keluar bandar dengan alasan untuk tenangkan fikiran. 

Mak abah dah risau. Abah pernah kata setiap pagi, abah bacakan Yaasin khusus untuk adik. Biar lembut hati adik dan dapat jalan yang benar. Mak abah pergi umrah pun tak tinggal doa munajat untuk adik. Akhirnya adik dan suami berpisah sementara kerana suami bertugas di luar negara. Dengan harapan, bila berjauhan suasana akan lebih 'sejuk'.

Benar, itulah yang berlaku. Bila jauh di mata, alhamdulillah dekat di hati. Syaitan dan iblis kurang menggugat dan doa mak abah, suami dan keluarga mula termakbul. Dari hari ke hari, hati adik semakin sejuk dan tenang. Sesekali kepulangan suami bercuti dimanafaatkan untuk adik dan anak-anak. 

Adik semakin dekat dengan Allah. Tudung elok dipakai. Solat terjaga, tak payah tunggu disuruh, sehingga adik nekad untuk berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Ada satu perasaan takut yang pelik adik alami. Adik takut sekiranya tidak berubah, sesuatu akan terjadi pada suaminya yang jauh diperantauan.

Satu malam..dalam pukul 4 pagi..adik bermimpi. Dalam mimpinya, adik melihat satu mayat perempuan tua dalam keadaan aib. Kedua lututnya bengkok (tidak lurus sebagaimana biasa seorang jenazah).  Mulutnya menyeringai seperti menahan kesakitan teramat sangat. Kulitnya dah jadi coklat pekat dan kering. Sedang mayat itu diuruskan dua orang lain yang tak jelas rupanya, kain yang menutupi terlondeh dan menampakkan bahagian sulit..kelam kabut adik cuba tutup. Tidak jauh dari situ, adik ternampak seorang lelaki tua cuba untuk mendekati perempuan tua itu tetapi tubuh sangat tidak berdaya. Tangan cuba menggapai tapi tak sampai.. 

Adik terjaga.. terus menghubungi suaminya.. adik menangis. Adik bangun terus solat subuh dan menangis kesedihan. Mimpi itu seolah-olah menggambarkan dosa-dosa adik dan kesengsaraannya nanti 'disana' kalau tak berubah. 

Siang itu, adik solat Zohor..sambil menangis lagi. Adik menangis sepuas-puasnya ketika sujud. Ketika itulah, adik 'ternampak' satu pemandangan yang sangat indah dan cantik...hati adik jadi sangat tenang.... ada sesuatu yang membisik mengatakan bahawa itulah SYURGA.

Adik menghubungi suaminya lagi menceritakan apa yang dilihat dalam sujudnya tadi. Satu pesanan suaminya, " Allah dah bagi NUR..peliharalah baik-baik."

_________________________________________________________________________________

Sambil adik bercerita dengan Che Mid, airmatanya tak henti mengalir. Kadang-kadang ucapannya terhenti bagai tak percaya apa yang dialami. Tapi Che Mid kuatkan semangatnya, " Adik dah lalui ujian yang besar, sekarang tiba masa untuk memetik hikmahnya.."

30 comments:

  1. Besar ujian Adik tu..
    Tergelincir sementara kerana hasutan syaitan...
    Alhamdullilah...hidayahNYA datang..
    Jagalah hidayah..nur...
    Moga adik istiqomah..
    Moga kita pun tetap istiqomah tambah amalan..bekalan sebelum mati..

    ps: Ooooo...akak tinggal di Meru?Anak saya sekolah di Setia Alam tu..tapi kami di Aman Perdana...dah dekat la kita...Ada rezeki, boleh berjumpa..Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar ujiannya. Sampai kurus kering dan tak bermaya..tapi memang suka sangat tengok perkembangan diri adik, lebih ceria dan tenang.

      Delete
  2. kak.. kita takkan lepas dr dugaan dan cabaran hidup.. harap dugaan itu tidak memnbuat diri melangkawi batas yg sepatutnya... insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau juga tengok dia tak tentu hala hari tu, kasi nasihat tak makan saman..tapi Alhamdulillah..akhirnya hidayah Allah hinggap juga dihatinya..

      Delete
  3. betul che mid...iman kita sendiri ada pasang surut namun bila hidayah tiba....doa sering dipanjatkan supaya ianya tetap kekal di hati.

    p/s saya cikgu BI lah che mid. tapi geng bas sekolah selalu usik dengan panggilan "Ustazah Madam"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 semua kita istiqomah dan semakin dekat kepada Pencipta..Ya Rabbul Jalil

      Delete
  4. Alhamdulillah adik kini berada dalam CINTA ALLAH..bila Allah sayang Allah sentiasa tegur, bila ALLAH dah CINTA, Allah akan pelihara..InsyAllah. Tetapi harus la adik berhati hati dgn muslihat syaitan yg di Laknat!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..Abil kasi komen kat sini..jazakallah.. benar..syaitan takkan berhenti menggoda utk menyesatkan kita..nauzubillahi min zalik..

      Delete
  5. Allah selamatkan adik tuh drp terus tergelincir dan tunjukkan hidayah..alhamdulillah antara yang terpilih sblm terjerumus lebih jauh lagi..
    satu pengajaran n peringatan buat kita jugak yg kdg2 lupa dan acuh tak acuh dlm mengjar akhirah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebab Che Mid catatkan di sini...sekadar peringatan untuk kita bersama. Andai ada yang terkesan dan berhijarh walau hanya selangkah..alhamdulillah..

      Delete
  6. Alhamdulillah, Allah dah beri hidayah pd adik.. Moga terus dipertahankan iman itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah..sebenarnya sebelum kawen dulu, pasangan ini seperti pasangan lain..moden dan agak sosial. Tapi sejak bernikah sisuami mula berubah sedikit demi sedikit dan akhirnya menjadi 'orang masjid'. Adik yang agak 'liat' hingga akhirnya terjadi ujian besar hingga hampir2 ke pejabat agama. Namun, kekuatan cinta dan kasihsayang Allah menyatukan mereka semula ke arah yang lebih baik.

      Delete
  7. Allahuakbar!! Maha besar Allah... beruntung adik punya mak-abah-suami-keluarga yg celik. Doa mereka inilah semua menjadikan hati adik tak tenang dgn cara 'membodohkan' diri sebelumnya. Syukur segala doa mereka yg hampir bagaikan satu cahaya hingga adik diberi petunjuk utk kembali kejalan yg benar..

    Semua ini tak mustahil. Kakak salute cara pendekatan keluarga adik yg sabar dan percaya Allah adalah tempat terbaik utk 'mengubati' penyakit itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena main tarik tali macam layang-layang..kejap tegas kejap lembut
      alhamdulillah berhasil dengan izin Allah jua

      Delete
  8. Keinsafan itu datang bersama seribu rahmat. Alhamdulillah...adik cepat sedar dengan NUR yang Allah beri dan tak biarkan ia berlalu begitu sahaja.

    Bg Aina pula sejak keguguran rasanya hati dan diri lebih dekat dengan Allah, sesuatu ujian itu pasti datang bersama hikmah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikmah besar yang Allah sembunyikan supaya kita belajar redha..

      Delete
  9. alhamdulillah che mid...beliau diberi petunjuk awal dari Allah...
    peliharalah NUR yang diberi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, kita sama-sama jaga anugerah Allah dan sama-sama cari mana yang masih kekurangan..banyak tuuu..

      Delete
  10. Semlm dah buka blog akak. Tp tak terdaya nak bace. Ari ni blh gagahkan diri. Alhamdullilah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang, entri ni banyak tulisan..boring sikit..tapi tkasih sudi baca..

      Delete
  11. Bukan semua org yg memperolehi petunjuk dari Allah swt.. bersyukur lah dier jd insan yg terpilih kan che mid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah..nasib kita belum tahu lagi..sujud atas sejadah pun otak ke lain..astaghfirullah..

      Delete
  12. Alhamdulillah..adik dapat Nur sebelum terlambat.. kemungkinan berkat doa ibu ayah dan suaminya.. Semoga kita semua diberi hidayah berterusan..

    ReplyDelete
  13. che mid, terharu bila bacanya..dan ucapan syukur adik telah dpt petunjuk jln yg benar..
    semoga adik bahagia disamping keluarga tersayang..

    ReplyDelete
  14. tak ramai yang dapat petunjuk sebegini,malah terus hanyut dengan dosa-dosa....bersyukurnya bila kita dipilih untuk diuji...memang elok cerita ini diceritakan untuk tatapan semua sebagai pedoman hidup...

    ReplyDelete
  15. semoga kita semua pun beroleh hidayah dan sentiasa dilindungi...

    ReplyDelete