Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 6 March 2014

Aku Bukan Ustazah

Sesi luah perasaan ni..dah beberapa hari nak tulis tapi jadual padat. Hari ni rasa lapang sikit dan dan hati pun dah sejuk sikit..Insyaallah..

Selepas terpandang status dan gambar seeorang sahabat yang tunjuk gambar menghadiri kelas agama, rasa nak ikut kelas tu.  Memang aku tengah cari-cari kelas agama pada hari biasa sebab hujung minggu kadang-kadang tak free. Setakat ni, ada kelas pada hari Selasa dua minggu sekali di surau taman sendiri saja.

Bila sampai kelas tu, dah mula pun. Rupanya aku kenal ustazah yang mengajar Qiraati tu. Dia kata, " Ini Hamidah yang marhaban tu kan?".. Aku mengangguk senyum, rupanya aku pernah mengajar  marhaban muslimat di kawasan dia 4 tahun dulu, sebelum berpindah ke Kedah. Tapi kumpulan tu tak menjadi...Ustazah ni pun sangat aktif dalam kerja sosial dan kami pernah terlibat dalam aktiviti bersama-sama sebelum ini.

Kelas Qiraati berlangsung dengan baik, suka dapat belajar tajwid dan membaca al-Quran yang betul. Nampak gaya ustazah ni seorang yang tegas bila mengajar, tapi tak jadi masalah untuk aku.  Di tengah-tengah kelas berlangsung, tiba-tiba ustazah tu bersuara, " Saya dapat maklumat ada orang dah letak gambar saya dalam facebook. Saya tak suka. Tolong keluarkan gambar tu. Suami saya dah terjumpa gambar itu..dia ni orang IT, jadi dia tak suka gambar anak isteri dalam facebook, nanti orang boleh buat macam-macam, kalau nak taruk jugak, tunjuk saya dulu..". Sahabatku dan yang lain-lain semua membisu, tiada yang mengaku atau beri apa-apa komen pun. Aku pulak kata dalam hati, " Wah..ustazah ni, boleh tahan..".

Dan kelas berlangsung hingga tamat. Habis je, ustazah tanya aku, " Puan Hamidah, ok tak?, bacaan ok dah tu.."  Aku jawab, " Bacaan ok ustazah, tapi hukum-hukum saya tak faham lagi.." Allah bagi aku rezeki cepat tangkap apa yang dibaca, tapi susah untuk ingat hukum. Mana iqlab, mana satu wajibulghunnah dll..

Tiba-tiba sahabatku yang baik hati ni bersuara, " Ustazah, dia ni ada buat event tau, kalau ustazah nak marhaban ke, majlis apa-apa lah..boleh la panggil dia.." Wah bukan main promote pulak.. aku senyum je.Mood happy je masa tu..

Ustazah jawab, oh masih ada lagi ke kumpulan marhaban tu? Aku kata ada..

Dia kata lagi dengan nada serius dan suara kuat di depan muslimat lain, " Baik-baik ya, kalau guna mikrofon tu..suara tu aurat..bla bla bla.." Aku tak berapa ingat apa lagi yang dia kata..tapi mood sudah bertukar jadi terkejut..Akhirnya, dia kata.."sori ya"..sambil berlalu ke tempat begnya terletak. Selamba je. Aku cuma mampu tersenyum dan angguk-anggukkan kepala je sebab terkejut dan tak nak menjawab..ya lah aku kan bukan ustazah..

Tapi dalam hati kata, "Wah, macam tu je ke..." Apa yang dapat aku simpulkan, dia memang tak setuju dengan marhaban-marhaban ni..patutle kat tempat dia tu dulu tak jadi buat, walaupun dah praktis beberapa kali. (Emm, tapi panggil pulak orang datang mengajar..)

Tapi yang sikit bengang tu ialah ustazah dah cakap macam tu dengan aku depan-depan orang ramai (yang bagi aku strangers la, sebab aku kenal sahabat aku sorang tu je..) pada hari pertama aku datang kelas dia...tanpa dengar alasan atau feedback dari aku. Seolah-olah benda yang aku buat selama ni haram dan patut dihentikan serta merta. Period. Aku rasa macam ada orang lalu depan aku tiba-tiba tampar muka aku sekuat-kuatnya! Pas tu cakap,..sori ya..!

Aku rasa the only reason dia boleh buat macam tu kat orang macam aku ni ialah sebab aku ni bukan ustazah, kalau aku ustazah dari al-Azhar ke tentu dia tak cakap secara macam tu. Jadi dia ingat apa dia cakap tu aku kena telan dan ambik bulat bulat. Ya lah, sekurang-kurangnya tanyalah dulu macamana aku buat event, apa yang ada dalam event tu.. apa pendapat aku dsb sebab aku dengan kumpulan marhaban tu dah 10 tahun lebih. Sebelum tu aku join kumpulan asal yang sekarang ni ahlinya dah jadi nenek-nenek pun dan masih aktif sampai sekarang. Aku pun bukan budak hingusan umur 14 tahun yang tak pernah buat homework atau research tentang hala halal haram dan aurat ni..! Astaghfirullahal adzim!!

Sekarang aku nak komen pasal apa yang ustazah tu cakap, dia tak baca blog ni sebab tentu suami dia tak suka kan.. ha ha..

Pertama pasal gambar kat facebook tu..aku letak gambar ustazah lain ok je pun selama ni. Ketua muslimat masjid Nurul Jannah grad dari al-Azhar pun ada akaun facebook sendiri.  Siap request friend pun..takde masalah pun gambar terpampang buat ceramah atau pergi trip sana sini. Dah suami dia tak suka, janganlah nak kata orang lain letak gambar dia tu salah! Inikan zaman IT, kalau ya pun, bagi tau awal-awal..jangan letak apa-apa pun..muka dia tu eksklusif untuk suami dia je!

Ustazah Ramlah yang ajar kelas hari Selasa kat surau aku tu, selalu je rujuk contoh-contoh dari fb atau youtube..oh, ibu tunggal, dia takde suami untuk 'jaga' dia hal-hal facebbok ni..

Kedua, tentang  aurat suara..yang ni paling berat dan sebenarnya aku dah banyak kali dengar pasal ini. Disebabkan tu jugalah Farah hampir-hampir tak nak perform di majlis-majlis Yahanana Events.

Kalau nak tau, orang yang membawa aku ke dunia marhaban, berzanji dan nasyid tak lain tak bukan ialah ustaz dan ustazah. Antaranya Ustaz Makmur Hj Noor yang mula-mula ajar berzanji untuk aku bertanding mewakili kampung, masa tu aku lepas SPM. Dia pesan, jangan berhenti belajar dan jangan belajar semata-mata nak bertanding. Ni nak tanya, ada ke pertandingan yang tak guna mikrofon kalau dalam dewan? Ada juga ustaz-ustaz yang tengok, kalau tak pun jadi juri pertandingan..kan berlainan jantina? Bukan mahram lagi...camne tu, takkan ustaz-ustaz tu tak tau hukum..

Kawan-kawan marhabanku pernah tanya ustaz apa hukum guna mikrofon, dia kata, "Gunalah..biar lagi ramai orang dengar suara kita dan sama-sama mahu bersalawat dengan kita.." Sejak itu sahabatku semakin yakin bermarhaban dan berzanji..

Seorang lagi ialah Ustazah Rosnah Yasis..aku masih ingat lagi, masa mula-mula dengar aku mengaji depan dia dulu, dia kata " Sedap suara Midah.." aku senyum je...perasan sangat la kan..sebab ustazah puji la katakan. Dia kata, " Midah, cakap Alhamdulillah, ini rezeki Allah bagi.." Aku pun kata 'Alhamdulillah".  Mulai dari saat itu, aku terus belajar marhaban dan berzanji..sekarang tambah dengan qasidah dll..hingga hari ini. Aku bertahan dengan kumpulan marhaban dan lebarkan lagi dengan persembahan di majlis resepsi dan sambutan hari kebesaran Islam melalui Yahanana Events.

Aku pernah terlibat secara langsung dengan para ustaz semasa forum bertajuk " Seni dalam Islam" di Taman Tamadun Islam, Terengganu pada 2012. Ahli panel Ustaz Zul Ramli, Ustaz Zulkefli dan sorang lagi Ustaz Rozi dari industri nasyid Malaysia ni..


Ini gambarnya..


Antara isi forum tersebut aurat suara ini ialah dibolehkan untuk meninggikan syiar Islam atau menaikkan semangat pejuangan Islam. Dulu masa zaman Nabi, orang perempuan menyanyi dan bergendang ketika orang lelaki berperang untuk menaikkan semangat mereka.

Juga dibolehkan untuk meraikan hari kebesaran atau hari gembira seperti maulud Nabi atau meraikan walimatulurus.  Pada zaman Nabi dulu, ada riwayat menceritakan bagaimana satu hari Nabi Muhammad saw dan Saydina Abu Bakar berjalan pulang dari masjid selepas solat sunat hari raya. Ada beberapa perempuan muda bernyanyi-nyanyi dari tingkap rumah mereka. Apabila lalu di rumah tersebut, Saydina Abu Bakar menyuruh mereka berhenti menyanyi, tapi Nabi menaikkan tangannya seolah-olah menahan) sambil berkata, " Biarkan ... hari ini adalah hari gembira.."

Diharuskan juga selagi bukan untuk menggoda lelaki atau membawa maksiat dan kemungkaran. Jadi kalau dah kita berselawat dan memuji nabi dan rasul, apa yang salahnya..?

Untuk alat-alat muzik pulak..bertali tak bertali pun boleh dimainkan asalkan tujuannya sama seperti kat atas tadi tu. Memang dulu nabi pernah larang orang Islam menggunakan alat muzik bertali tetapi selepas beberapa lama dan atas sebab-sebab tertentu, nabi membenarkan kembali penggunaan alat muzik tidak bertali..Sama seperti hukum wanita diharamkan ke kubur, dulu nabi pernah mengharamkan tetapi kemudian nabi membenarkan semula. Nak cerita detail sangat tak pandai..kan aku bukan ustazah..jadi kalau rajin carilah dalil-dalilnya ok..

Ustaz Ashraf Imam Muda pun bercakap tentang topik ni dalam Nasi Lemak Kopi O. 

Jadi, aku berpegang dengan pendirian di atas.  Kalau ada yang tidak bersetuju tak mengapa, ini perkara khilaf sahaja. Kita boleh tidak bersetuju berdasarkan dalil masing-masing. Tetapi setau aku, dalam bab khilaf ni, kita kena hormat pegangan orang yang tidak sama dengan kita. Tak boleh paksa orang untuk ikut kita. Dan jangan nak tunjuk yang dia punya pendapat je betul dan orang lain punya macam salah sangat..depan-depan orang lain pulak tu..!

Oh ya, nak tambah sikit lagi. Dalam kumpulan marhaban aku tu ada 4 orang ustazah tau. Dua orang ustazah sekolah kebangsaan, seorang ustazah sekolah agama (isteri ketua kampung) seorang bekas pengetua sekolah agama dan pernah jadi nazir sekolah agama. Walaupun aku bukan ustazah, tapi ada ustazah-ustazah lain yang sama-sama dengan aku. Alhamdulillah..kami masih bertahan..


Panjang sangat dah ni..cukuplah dulu untuk hari ini.




39 comments:

  1. Saya tak dapat komen apa-apa,
    semoga Che Mid terus sukses,
    rasanya ada jalan penyelesaian terbaik.

    ReplyDelete
  2. Cik Mid ini betul2 luahan perasaan ni. Aina palinglah menyampah ustazah2 yg tunjuk bagus macam ni mcm dia sorang saja ada ilmu. Ingat dia ada title ustazah semua tau ke kita tak dak title ustazah jahil sangat. Ilmu bukan terletak pada title yg dipegang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali meluah perasaan yang lama dah terpendam..tiba-tiba ada orang tekan suis..apa lagi meletup le dia..

      Delete
  3. Assalam Che Mid..InsyaAllah mudah2an urusan Che Mid dipermudahkanNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih juga atas sokongan selama ini.

      Delete
  4. aiza kurang pasti hukum bab ini.. mak aiza ketika di kampung dahulu juga terlibat dengan marhaban.. ketua mereka adalah ustazah yang suaminya seorang ustaz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab hal-hal marhaban dan nasyid memang dibawa oleh para ustaz/ustazah kan..kita ikut je dengan baik sangka dan teruskan je..tapi akhlah tetap kita jaga..

      Delete
  5. kalau saya pun terkejut kena sound mcm tu depan org ramai..
    kalau nak tegur mmg boleh, tapi ada caranya, bukan memalukan cara mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik kawan-kawan lain (act Che Mid tak kenal pun)..ok je..agaknya dah tau perangai ustazah tu suka sound macam tu kut..

      Delete
  6. Maaf yer Che Mid. Pada saya, ustazah yang 'menampar' Che Mid tu, hanya ustazah lahir sahaja. Dia belum graduate lagi untuk menjadi seorang da'ie. Maka kata2nya janganlah diguna pakai dulu. Nak berdakwah, kena ada etika. Teguran dia pada Che Mid mungkin untuk dia berdakwah, tapi niat tak menghalalkan cara. Teruskan ajer dengan pegangan Che Mid. Insya Allah, sepanjang pengetahuan saya dan setelah saya selidik selama ini pun, sama seperti apa yang Che Mid yakini sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. t kasih Aziela..betul tu, tapi bila terkena macam tu...menangis juga lah kat umah...muhasabah balik..

      Delete
  7. Phewwww...habis pon baca kak. Memang luahan perasaan habis nih. Erkk...klo jadi kat saya pon saya sentap. Klo nak tegur biarlah dgn kita jer. Tak payahlah dpn kawan2 yg lain. Sabar jer lah kak mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorile..terpanjang sikit entri ni, t kasih sudi baca walau banyak tempat nak bw..

      Delete
  8. Masih ingat lagi tentang Sh Khasif qariah kita yang terkenal tu. Dia juga dikecam oleh "viewers" dari Pakistan dsbnya dlm laman you tube mengenai aurat suaranya. Bersabarlah. Allah swt Maha Mengetahui dan Mengasihi. Apa pun dah jodoh .. "suami aku bukan ostad" ! ngeeee,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan..ini baru sikit dibandingkan dengan selebriti lain tu.. kalau aku ustazah, mau dah glamour sampai ke mana-mana kut hihik..patutlah tak jadik ustazah, suami aku pun bukan ostad ha ha

      Delete
  9. terasa dapat menyelami hati CM bila baca n3 ni..cara Ustazah menegur tu salah..bila dia menyakitkan hati orang..Sura pun tak pandai nak cakap lebih dalam bab ni..walopon dulu sekolah agama..tapi setuju dengan apa yg CM tulis....jangan2 sedih2 tau..fikir camni jer..CM cari rezeki sambil berdakwah dgn cara Cm tersendiri..bukannya mengkhayalkan orang seperti nyanyian zaman sekarang..kalau gitu gayanya ustazah tu..rasanya masih byk yg perlu dia pelajari lagi..opps..terlebih-lebih sudah sura ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid banyaaak kekurangan sana sini..subhanallah..tapi rasanya kawan-kawan blogger Che Mid lagi kenal siapa saya sebenarnya kan..

      Delete
  10. assalamualaikum kak...kunjung balas akak pagi nie...saya ade up entri mengenai akak...jempot jengok nnt ;)

    http://thequeenoffadli.blogspot.com/2014/03/review-followers-yg-ke-200.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. terima kasih le ye tolong promote blog Che Mid..dapat rezeki free hari ni

      Delete
  11. Hm... macam terkena batang hidung kakak sama pulak CM. Kakak sekarang ni tengah mengajar anak-anak utk musabaqah dan pertandingan berzanji. Biasalah kalau di Johor musim maulidurrasul selagi belum masuk bulan ramadhan sana-sini masih ada sambutan. Marhaban macam-macam nada ada. Sebab itulah lepas mengaji aje mulalah rumah kakak macam ada majlis riuh-rendah..

    Takut juga tapi nawaitu kita kena betulkan CM sebab memanglah kita bukan uztazah kan huhu... sedihlah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mid menangis kak, balik dari kelas Ustazah tu..rasa macam besar sangat salah kita..

      Delete
  12. Ingat CM walau tinggi mana pun kedudukan kita menegur org biar berhemah. Jgn mengaibkan org lain nanti aib sendiri akan terdedah. Eh... kakak ada idea nak buat N3 tentang aiblah... tunggulah minggu depan kakak nak olah..

    ReplyDelete
  13. buat peringatan semua..
    sy x pandai gak bab agama ni..ni lah yg buat kita sentap kdg2..org bijak pandai tp menegur x berapa bijak.
    jd lah anak muda x berapa minat.
    tp alhamdulillah ustaz & ustazah kita makin cerdik mendekati pelbagai golongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CM pun tak pandai..kita sama-sama belajar..tak kira apa latar belakang kita..

      Delete
  14. Asslamualaikum Che Mid

    Sabarlah bayak2 Che Mid dengan kerenah manusia ni.

    Mungkin ustazah tu lupa mengaibkan saudara sesama islam di depan orang ramai satu perbuatan yang dilarang oleh agama kita. janganlah ada sifat ujub dalam diri.

    Semoga Che Mid terus berjaya dengan usaha yang dibuat sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kakak tersayang..Insyaallah kak..

      Delete
  15. tak mustahil en. suami ustazah tu boleh jumpa blog ni.. hehehe.. kalau jumpa pun apa yang dia boleh buat kan che mid.. ;)
    sabarlah che mid, bukan semua orang setuju dengan kita.. ;)

    psstt: rindu dengan che mid.. nak jumpa lagi entah bila.. rumah pun bukanlah jauh mana.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kalau dia baca pun..tapi kalau dia tau ni kisah isteri dia, fuhh memang terer la dia..

      kalau rindu meh datang umah, bukan jauh pun...

      Delete
  16. Singgah sini kak. Sori lama x singgah. Kat opis x boleh nak buka blog. Kat rumah pulak x sempat nak on laptop. Sesekali kena la jengah jugak. Rindu kat akk kalau x singgah sini.

    ReplyDelete
  17. Kak Zai pun bukan ustazah tapi memang ada sesetengah orang yang bijak pandai bab agama tapi kurang menjaga percakapan. Bercakap ikut perasaan tapi dia tak tahu ada hati yang terluka. Kak Zai harap che mid banyak sabar.

    ReplyDelete
  18. Tak pelah CM...... yang baik kita jadikan teladan yang tak baik kita jadikan sempadan....
    Mana yg CM rasa baik teruskan ajelah, Allah yg lebih berhak menghukumnya...
    Moga CM terus berjaya ye

    ReplyDelete
  19. Sampai hati ustazah tu tegur akak mcm tu.Nak menegur ada caranya.Bukan cara kasar macam tu.Akak sabaq eh :)

    ReplyDelete
  20. kalau saya pun akan menangis. cara 'ustazah' tadi tak mengikut kaedah berdakwah dengan hikmah. sangat ditakuti bila ilmu tidak seimbang dengan akhlak, maka na'uzubillah timbul rasa hebat, angkuh.
    syukur cik Mid mempunyai hujah yang kukuh dan menguatkan keyakinan cik Mid dengan pilihan yang benar. terimakasih berkongsi kisah ini sebagai pengajaran tentang marhaban dan yang lebih penting mengambil iktibar tentang memelihara akhlak dalam pengajian ilmu. semuga 'ustazah' tadi mendapat hidayah dan sedar akan kesilapannya.

    ReplyDelete