Rezeki..Allah anugerahkan Che Mid dan keluarga berjumpa dan bersilaturrahmi dengan ramai orang. Kalau entri sebelum ini Che Mid ramai saudara semasa menziarah jenazah Arwah Azam Sulaiman (saudara sebelah abah), malam minggu lepas kami dijemput ke Kajang untuk bertemu dengan sepupu sebelah suami. Ada yang dah 30 tahun lebih tak jumpa, sejak zaman student dulu...
Tuan rumah, abang Sham dan isteri, kak Milah dah bertahun-tahun menetap di Kajang. Baru je pindah ke rumah baru di Taman Ramal Suria. Adik-adik abang Sham, abang Badin dan Fauziah pulak datang menziarah dari Singapura. Jadi kami dijemput sekali untuk berkumpul sambil makan-makan. Dalam gambar kat atas tu, adik Che Abang, Acam dan keluarga yang pertama sampai.
Famili Che Mid yang kedua tiba.. berpeluk sakan dua sepupu yang dah 30 tahun lebih tak jumpa.. tapi tak sempat snap gambar..kalau pompuan mau nangis-nangis..Dulu kecik-kecik selalu main sama-sama bila abang bercuti ke Singapura...mak mertua dulu membesar di Singapura dan sampai sekarang ni kaum keluarga ramai di sana. Khabarnya dah generasi piut miut dah..Che Mid je tak pernah jejak Singapura
Abang pernah bercerita kecik-kecik dulu balik Singapura naik keretapi dari Lipis, Pahang. Bawa bekal macam-macam tapi yang paling dia ingat bekal telor rebus. Semasa di sana, suka makan lontong. Tu yang bila kawen dengan I (kan Jowo)..suka sangat makan lontong..he he..
Famili Alang datang lewat sekali sebab baru balik dari hadir ke majlis konvo Atiq di MSU. Datang lewat tapi siap bawa kambing panggang... Che Mid kuih frozen je..gambar blur semacam sebab Fauziah ambik kandid je..
Deeja suka dapat jumpa Azyan... sehari sebelum tu jari kaki Azyan terlanggar pintu, luka teruk gak kuku kakinya, sampai ke bawa ke hospital. Bila Deeja tau, menangis dia.." Khadeeja sedih...kalau Azyan mati nanti Khadeeja tak de kawan..." Ke situ pulak dia...aduii..
Tuan rumah (berkupiah) ajak kami lepak di belakang rumah.. tentulah sate Kajang jadi menu utama..
Puan rumah, kak Milah (duduk, bertudung ungu) yang sangat peramah..eh semuanya peramah la..baru jumpa pun dah macam kenal lama... riuh rendah rumah abang Sham tu. Keluarga di Singapura pulak 'tengok' kami melalui facebook. Apa kami buat dan apa kami makan menjadi sasaran kejelesan tak bertepi he he. Fauziah (bertudung biru) 'update' gambar-gambar on the spot..
Anak-anak dara berpangkat sepupu dan dua pupu..
Si macho-macho dan si tembam gebus
Oii..kamera siniiii!
Kat mana-mana pun boleh borak... atas tangga pun jadik!
Sebelum balik...sekali lagi berposing..bukan senang nak jumpa kan..
28 orang dalam satu rumah...KECOH!!
Sibuk berbual panjang dan makan-makan, tak sedar dah pukul 1 pagi...itulah indahnya bila persaudaraan di pupuk... semoga terus bertaut sampai bila-bila. Amiin.