Susahnya cari masa untuk berkumpul..jumpa kejap je pun payah..Maisng-masing ada hal.
Itulah dia yang selalu terjadi kan. Pernah tak kita kata, " Kalau plan beria-ia payah nak jumpa..kalau dan-dan tu jugak plan, eh boleh pulak.." Jumpa siang anak sekolah, jumpa petang tak sempat, nak jumpa malam suami dah balik..macam-macam hal lah.."
Che Mid dan gang marhaban pun macam tu juga. Akhirnya, kami pakat-pakat jumpa sebelah pagi..taim sarapan. Kami 'pinjam' gerai sup tulang di hujung taman je. Gerai tu buka sebelah petang, jadi kami pinjam sebelah pagi. Jah, salah seorang ahli kami jadi keterer bidan terjun, maklumlah notis perjumpaan kurang dari 24 jam.Tengahari confirm menu, petang tu juga dia ke NSK kat pekan..beli barang. Si Com, seorang lagi ahli, sanggup buat air minuman.
Pukul 8.00 pagi kami dah mula berkumpul. Ahli kami yang kebanyakannya tinggal setaman, jadi memang takde masalah pengangkutan ha ha..
Ni dia contohnya..kejut anak awal sikit, kasi mandi dan datang naik kereta kecik..dah sampai ..
Menu utama...mi kari..walaupun ada yang heran apasal sarapan pagi dengan mi kari..ah tak kira..Che Mid nak jugak. Kalau sedap, pagi ke tengahari ke, malam ke..mesti orang makan punya!
Menu lain..nasi goreng kampung dan telur dadar, tembikai, karipap, dan ada kawan-kawan yang baik juadah sendiri..meriah gak lah.. Kan Che Mid kata kami tumpang gerai orang kan.. adalah pulak hamba Allah datang ke tempat kami nak beli makanan.. ha ha..dia ingat gerai jualan kut..sian dia kan, mesti malu..
Tentu ada yang bertanya, kenapa beria-ia sangat nak jumpa ni? Sebenarnya, kami dah putuskan untuk tahun ini, setiap ahli akan dapat sedikit imbuhan dari hasil cenderahati yang diterima ketika bermarhaban yang kami simpan dalam tabung Fitrah. Kiranya, nak terima duit bonus la...tu yang beria sangat nak jumpa jugak!
Antara ahli yang hadir dan menerima bonus.. Kategori bonus dikira mengikut kedatangan..sape yang rajin ikut marhaban akan dapat lebih dari yang kurang rajin. Kategori lain yang turut diadakan ialah pembaca rawi dan doa, pembawa kenderaan dan kedatangan terbanyak.
Inilah dia ahli paling rajin!! Ada seorang lagi pemenang kedatangan terbaik tapi tak dapat hadir. Semoga terus rajin dan rajin untuk tahun-tahun seterusnya tau!
Biasalah..dah peghabih makan, baru ingat bergambo..
Che Mid dengan Azma dan Zainon...mereka berdua ni pun rajin ikut walaupun ada anak kecik. Kami memang benarkan ibu-ibu bawa anak-anak mereka ke majlis-majlis. Jadi tak payah la suruh suami jaga anak atau hantar anak ke rumah orang lain.
Kami memang jemput para suami untuk join sarapan dengan kami. Tapi suami-suami lebih rela bersarapan sesama mereka di kedai lain. Kecuali suami Che Mid dan Deeja yang setia bersama I he he..
Disebabkan ahli pun ramai juga yang ada hal tak dapat datang, dan suami-suami pulak malu turun sama..kami panggil anak-anak yang baru lepas main bola kat padang berdekatan untuk bersarapan... rezeki jangan di tolak.. penat main bola, dapat makan free!!
Jubah muslimah pun tumpang sekaki..bergantungan di gerai Char Kuey Teow..mujur gerai tu pun tutup..Ruzi, ahli kami, memang menjual jubah-jubah ni. Ada pulak yang pesan suruh dia bawa...emm..akhirnya jadi bazar la pulak!
Dah dapat bonus kan..apa lagi..shopping la!!
Pilih la nak saiz apa...
Seronok kan tengok kami bermesra macam dalam gambar-gambar ni... pada sahabat yang tak join mana-mana aktiviti macam ni..tak semestinya marhaban of course..jom lah masuk. Tak rugi kita bergaul sesama jiran tetangga..sesekali melepas stress selepas bekerja sepenuh masa atau suri rumah. Macam kami ni, diam tak diam dah lebih sepuluh tahun kami aktif bermarhaban. Alhamdulillah setakat hari ni, takde pulak bermasam muka atau kecik-kecik hati..lagi rapat macam adik beradik adalah..Alhamdulillah wa syukurillah!
Seronoknya che mid.. rapat sungguh ukhuwah jiran tetangga kan.. yg lagi best dpt bonus tu ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga terus begitu. hendaknya kawan-kawan lain pun dapat semangat untuk bersilaturrahmi. Sebab memang ada orang yang tak keluar rumah walaupun tak bekerja..pelik juga..
DeleteBila niat ikhlas, bonus2 yang lain pun akan datang menyusul. Contohnya macam ikatan ukhuwah...itu pun satu bonus juga, kan kak. Alhamdulillah. Nawaitu fi sabilillah.
ReplyDeleteKak...manisnyaaaa Deeja senyum. Booking buat menantu, boleh? Hihihihihi
Nak buat menantu..untuk Adam ha ha..kerepot la Adam tunggu Deeja ha ha
Deleteseronoknya che mid..meriah sangat..hihi..knah xsmpat nak join marhaban tman perumahan ni..dorang buat hari bekerja.. sabtu ahad dorang pun cuti gak..
ReplyDeleteeh, camne boleh buat hari kerja...kalau macam tu susah la kawan yang bekerja untuk ikut sekali kan...
DeleteMemang nmpk sedap mi kari tu che mid.
ReplyDeleteSempt lg busnes sini ek..
Kannn..tapi bukan Che Mid yang buat la, orang lain he he
DeleteMemang nmpk sedap mi kari tu che mid.
ReplyDeleteSempt lg busnes sini ek..
tengok tu..marhaban pun dapat bonus..
ReplyDeletenak itut le...
eh bukan percuma-cuma je tau..ada bonus sikit utk penaik semangat..
DeleteMee kari tu che mid punya resipi ke?
ReplyDeleteLa, suka sangat tengok mi kari tu..ni kena buat juga ni..
Deletetak boleh bayang kat sebelah mana rumah Che Mid..
ReplyDeletewalhal bukan jauh mana pun.. hehehe..
apa-apapun moga Che Mid dan semua sihat selalu hendakNYA.
Kalau dari rumah Aiza dalam 5-10 min je...
Deletefuhhh... notus 24jam pun sempat sediakan makanan jgk tu hehe.
ReplyDeletenak jugak bonussss! :P
Oh tentu boleh punya..rumah sebelah menyebelah je he he
Deleteamboi seronoknyer CM.. dah join sekali boleh hehehe
ReplyDeletePenyertaan utk ahli baru memang sentiasa terbuka..jom!
Deletebestnya..kalau dekat boleh join..hehe..:)
ReplyDeletemeh jom duduk dekat sini..
DeleteMesti meriahkan Che Mid... TERBAIK!!
ReplyDelete“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
Moga-moga entri ni jadi penggalak pada jiran yang suka duduk diam dalam rumah untuk bercampur dengan masyarakat, sbb macamana sibuknya kita..jiran itu adalah saudara kita..
DeleteIni namanya diam2 ubi Che Mid diam2 berisi. Apa? Ingat suri rumah tak boleh bersosial ke?
ReplyDeletestone island
ReplyDeletesupreme new york
kd shoes
off white hoodie
kobe shoes
hermes handbags
moncler
off white
supreme clothing
kyrie 6
replica bags for sale replica bags from turkey replica bags supplier
ReplyDeletefear of god
ReplyDeletekevin durant shoes
hermes bag outlet
supreme
hermes outlet online
off-white
hermes
kd 12
kyrie 7
air jordan