Che Mid tak berapa sihat hari ni. Dari pukul 5 pagi tadi bersin dan selsema. Baru je makan ubat, nak tidur kejap lagi. Tapi sebelum tu nak gosip sikit ni...jarang Che Mid gosip tapi harap-harap gosip ni jadi bahan untuk sesapa yang mahu berfikir..he he
Alkisah seorang al jiran Che Mid yang duduk sederet. Ada la dua-tiga tahun pindah ke situ. Betul-betul sebelah rumah adik Lina. Masa baru-baru pindah dulu, dah tak kawan dengan adik Lina. Tak tau apa hal tak..tak nak bertegur sapa langsung..padahal adik Lina suami isteri baik dan rapat dengan tuan rumah sebelum tu. Sampailah hari tak bertegur langsung. Tahun lepas orang tu buat kenduri kawen, adik Lina tak dijemput langsung, sampaikan masa hari kenduri tu adik Lina kena 'outstation' nak jauhkan diri dari rumah kenduri. Ya lah, jiran tetangga lain dijemput, dia tidak...
Kali ni orang tu nak buat kenduri lagi. Hari ni, Sabtu. masak-masak..esok hari kenduri buat di dewan. Masa hari biasa tak nak bertegur sapa dengan orang..bila kita lalu lalang depan rumah, buat tak tau je..kalau ada pun senyum macam nak tak nak. Tapi bila nak buat kenduri, boleh pulak pesan pada orang suruh rewang (tolong-tolong). Beria-ia pesan pada hamba Allah tu suruh jemput orang taman untuk rewang..tuan punya badan tak mau pulak buka mulut. Alasannya, " Malulah, seganlah..sakitlah..tak sihat kena buatan oranglah.."
Serba salah si tukang menjemput dibuatnya. Yang dijemput lagi le rasa malas nak rewang.. oh, bila time minta tolong baru cari orang ya..tu pun melalui orang tengah..mana aci!!
Che Mid saja tanya pada Ustazah masa pengajian Selasa lepas. Ustazah kata, " Boleh kalau nak pergi atau tak nak. Kalau nak pergi, niatkan semoga tuan rumah dapat hidayah dan mahu berbaik-baik dengan kita."
Kabarnya, hari ni ramai jiran yang ada hal dan dah keluar rumah awal pagi. Che Mid pulak memang ingat nak pergi, ikut cakap ustazah..berlapang dada dan harap orang tu akan berubah nanti. Tapi dah demam selsema...takkan nak potong bawang sambil lap hinguih..nampaknya rewang dalam mimpi je la kejap lagi...
Maaf le ye tuan rumah...Allah memang tak izin saya ke rumah awak...
P/s : Senyum dan beri salam lah pada jiran..tak luak apa pun..pahala lagi ada!!
Nampak Che Mid, di dunia lagi Allah dah tunjukkan balasan. Walau niat hati org-org/kawan Che Mid/Che Mid sendiri itu baik nak pergi juga tapi ada halangan lain Allah berikan buat mereka termasuk Che Mid juga tak dpt pergi rewang.
ReplyDeleteItulah ..akhirnya kami pegi kondangan je kak...memang jadi pengajaran. Kalau tak baik dengan jiran, jika ada apa-apa berlaku jiran takkan letak hajat kita sebagai keutamaan.
Deletemcm2 jenis org nih kann.. huhu
ReplyDeleteOh ya.. macam-macam jenis, macam-macam kale he he
DeleteKalau perlukan something br nak bersabahat yer..agaknya mrk tuh jenis yg tak pandai bergaul kan che mid..moga Allah bg hidayahlah tuk mrk.
ReplyDeleteBila pergi semalam, memang tak cam suami dia apatah lagi anak yang jadi raja sehari.. walau dah bertahun juga tinggal setaman..
DeleteHayooo ini mcm punya org pun ada ka?.
ReplyDeleteKat Tmn saya ni, walau mostly non muslim.... diorang masih ada
rasa kepedulian terhadap jiran tetangga, sudi jugak jemput kami ni.
Bukan takat telefon.. malah menjemput dgn mengetuk pintu rumah lagi!
Moga jiran Che Mid tu diberikan hidayah...
Satu Malaysia sungguh kan...
DeleteSalam malam minggu ke. Singgah sini malam ni. Dah lama x borak ngan akk ni.
ReplyDeleteMasuk blog adik..macam tak update jeee..
Deletekalau saya,saya pun malas nak pergi...bila berhajat baru nak bermanis mulut...tu pun melalui org lain...
ReplyDeleteKann... serba salah juga sebab hidup berjiran ni..tapi kalau asek kita je menebal muka, dia buat dek je.. camne kan..
DeleteWah, ada 'hati' lagi nak ajak orang rewang. Tapi dia sedar pula dia segan yer... Errmm...macam tu lah...
ReplyDeleteSedihnya kalau ada jiran macam nikan Che Mid....apa salahnya bertegur sapa. Kalau dah buat perangai sapa pun tak mo kawan...
ReplyDeletelongchamp
ReplyDeletejordan shoes
yeezy boost 350
jordan shoes
hermes belt
golden goose
yeezy boost
off white shoes
cheap jordans
yeezy shoes
off white
ReplyDeletecurry shoes
golden goose
bape
off white outlet
yeezy
a bathing ape
off white hoodie
supreme hoodie
yeezy gap hoodie