Petikan dari ceramah Ustazah Asni Mansur al-Hafizah di rancangan Tanyalah Ustazah, TV9 tengahari tadi. Sebenarnya Che Mid dah post di FB tapi ada yang beri pendapat supaya dibuat nota untuk memudahkan rujukan, jadi Che Mid tulis elok-elok sikit di sini. Pada ibu bakal huffaz boleh lah ambil tips di bawah ya.. happy reading!
Antara isi kandungan ceramah mengikut kefahaman Che Mid:-
1) Bertuahnya sesebuah kampung jika ada madrasah tahfiz di dalamnya. Keberkatan akan diperoleh kerana ada anak-anak kecil yang belum punya dosa tetapi belajar menghafaz al-Quran. Oleh itu, jangan di marah-marah anak-anak itu, sumbangkanlah apa yang boleh..makanan, bantuan dsb.
2) Seorang al-Huffaz boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarga. Tika Allah memanggilnya untuk masuk syurga, anak ini akan menggunakan syafaat itu untuk membawa ahli keluarganya sekali masuk syurga bersama-samanya.
3) Orang yang tiada al-Quran dalam dirinya, umpama rumah kosong yang ditinggal. Ada anai-anai, pokok terbiar menjalar .. Maknanya, bila tiada al-Quran, unsur lain akan masuk menyebabkan kita cinta dunia dsb.
4) Jangan perlekeh para huffaz dengan alasan hafal al-Quran tak boleh cari makan. Bahkan ustazah kata, orang yang beranggapan ada yang lebih besar dari al-Quran, beristighfarlah.. kerana rezeki milik Allah dan al-Quran adalah sebesar-besar rahmat Allah. Sekarang telah terbukti bahawa seorang huffaz boleh berjaya dalam bidang lain juga.
5) Ada beberapa cara menghafal yang diguna pakai di Malaysia seperti Saba, Mokhtar dan Turki namun menurut Ustazah apa yang penting mesti baca berulang-ulang kali dan betulkan tajwid dahulu baru menghafal. Ditakuti nanti ramai penghafal al-Quran yang huffaz tapi tajwid tak betul.
6) Jangan paksa anak untuk jadi huffaz walaupun hasrat ibu bapa memang mahukan anak yang boleh beri syafaat dan membantu selepas meninggal nanti. Pastikan anak memang minat dan mahu jadi penghafal al-Quran dengan sediakan pendedahan awal dengan al-Quran.
7) Jangan paksa anak tamat hafaz dengan cepat kerana tahap hafalan anak-anak berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Ada ketikanya laju menghafaz, ada masanya perlahan. Yang penting teruskan berdoa dan memujuk rayu kepada Allah agar anak mudah menghafal. Ibubapa tidak tahu macamana bertungkus lumusnya anak-anak menghafal di madrasah, dan bagaimana bertungkus lumusnya guru-guru membantu anak-anak kita menghafaz.
8) Kelebihan al-Huffaz, antaranya boleh membantu ibu ayah di alam barzakh. Ustazah beri contoh bagaimana seorang wali bermimpi melihat suasana alam kubur. Semua orang mengais-ngais tanah mencari sesuatu tapi ada seorang tua hanya duduk diam sahaja. Bila ditanya, kenapa orang tua itu tidak seperti yang lain, orang tua itu menyuruh wali itu ke pasar dan bertemu dengan seorang pemuda yang menjual daging. Rupanya penjual daging itu adalah anak kepada orang tua tadi yang sentiasa mendoakan bapanya walaupun sedang bekerja di pasar. Rupanya pahalanya sampai kepada bapanya sedangkan orang lain mencari saki baki pahala yang dihantar secara jamak oleh orang lain. Allah...
9) Asasnya pemakanan sesuai untuk penghafal al-Quran ialah makan yang halal, jauhkan yang haram. Lebih baik jika memakan makanan sunnah.
10) Penutup : Anaknya ahli keluarga kita tidak ada yang huffaz, kita infaqkan harta ke jalan agama kerana harta itu nanti juga membeli pahala berterusan bila kita mati nanti.
Ustazah Asni Mansur al-Hafizah..menubuhkan sekolah tahfiznya sendiri di Bangi selepas mendapati ramai anak-anak yang mengikuti kelas musim cuti sekolah berminat untuk mendalami al-Quran.
Wallahu a'lam.
bahagianya ibu andainya punya anak hafiz n hafizah..
ReplyDeleteatau yang syahid dan syahidah..
DeleteInshaAllah.. semoga Allah swt makbulkan doa semua para ibu bapa .. amiinn
ReplyDeleteAmiin
DeleteSememangnya para huffaz nie mendapat bnyk ganjaran daripada Allah swt..nama pon huffaz..yg menjaga..bila kita jaga hak2 Allah harta2 Allah, memang Allah akan jaga kita balik..
ReplyDelete-Perkongsian yg menarik makcik-
Dan Allah itu Maha Pemurah, sangat besar ganjaran Dia sediakan untuk sesiapa yang memelihara mukjizat itu..
Deletedoakanlah yer che mid moga anak2 kita pun berjaya jd huffaz jgk..inshaallah..
ReplyDeleteEh ada cita-cita nak hantar jadi huffaz ya..Alhamdulillah, moga berjaya..
DeleteSejuk perut ibu yang mengandung...
ReplyDeleteMaknanya berbahagialah ibu-ibu yang anaknya menjadi huffaz..kan
DeleteTak jemu dengar ceramah agama dari Ustazah Asni ni, suara dia menusuk kalbu.
ReplyDeleteBeuntunglah ibubapa yang anak2 mereka menjadi huffaz.
Itulah dia..tak sedar airmata menitis kan..
DeleteUstazah Asni ni, sejak saya kecil memang rajin dia layan saya, kak. Tapi bila dia jadi femes, setiap kali dia datang menziarah ibu bapa dan nenek saya, saya tidak berjodoh nak berjumpa dengan dia. Tapi dia sering titpkan salam. Memang mak saya suka sangat dengar ceramahnya. Ceramahnya, motivasinya..semua make sense.
ReplyDeleteSedara mara Ustazah Asni ke ni..
Deletealhamdulillah.. rezeki yg Allah berikan pada yg ada anak2 menjadi huffaz.
ReplyDeleteBetul, besar cabarannya besar ganjarannya..
Deleteakak suka sgt dgn ustazah Asni tu...pandai buat kelakar...tak bosan dgr ceramah beliau
ReplyDeletesaya sempat juga dengar ustazah asni ni di ipoh tempohari:-))
ReplyDeletesungguh terkesan kerana kita pun pun dua anak lagi yang masih kecil
Semoga Allah permudahkan anak-anak kita untuk menjadi seorang Huffaz...moga apa yang kita rancangkan itu diredhai Allah serta Istiqamah dalam menjaga dan memelihara Al-Quran...InsyaAllah,Ameen.
ReplyDeletesupreme clothing
ReplyDeletejordan 4
balenciaga shoes
bape hoodie
off white shoes
nike off white
kd 12
hermes belts for men
stephen curry shoes
adidas yeezy
c5a95w3e01 q0f25h8v10 h9o34l8t05 m7n07j1i53 p6w24w4s26 m8y16v5h06
ReplyDeleteyeezy shoes
ReplyDeletegap yeezy
yeezy boost 350 v2
goyard bag
off white
birkin bag
bape
yeezy boost 350
hermes
nike travis scott