Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 21 May 2014

Rumah Kena Banjir, Jadi Emcee Jugak

Assalamualaikum semua!!

Sabtu 17 Mei 2014.

Che Mid dan Che Abang bersarapan pagi. Dia beli nasi lemak dan kuih muih untuk santapan pagi sang isteri yang akan mengacara tengahari nanti. Di luar hujan mencurah-curah, mujur nanti majlis dalam dewan, tak lah risau kuyup kena hujan.

Lepas sarapan, Che Mid bergegas naik atas, untuk bersiap. Solat Dhuha dan menggosok baju.  Tak lama lepas tu, Deeja masuk bilik termengah-mengah, " Ibu, rumah kita masuk air hujan..kat dapur.." Che Mid ingatkan sikit je...teruskan bersiap.

Bila Che Mid turun je..

 
Ini pandangan dari tangga...Alhamdulillah, rumah dua tingkat.. air menderu masuk dari pintu depan dan pintu dapur. Dah di sendal dengan kain dan tuala pun tak berjaya menghalang air masuk.

Suasana dari jalan besar..jalan dan longkang dah tak nampak..Rumah Che Mid adalah rumah tepi, maknanya paling dekat dengan longkang. Jadi kalau banjir, rumah Che Mid yang kena dulu...Allah..


Alhamdulillah, air yang menderu itu bukan air lumpur...cuma air hujan bercampur dengan daun-daun kering..



 
Pandangan dari atas..laman tempat sidai kain..

Kalau sahabat semua jadi Che Mid, boleh bayangkan apa yang Che Mid rasa.. kita dah bersiap nak keluar, tiba-tiba rumah jadi macam ni... mahu tak mahu, terpaksa Che Mid 'buat tak tahu' sekejap..
Pergi juga dengan Farah dan Faris..Che abang dan Farhan dan Deeja tukang sibuk di rumah buat kerja pembersihan..

Kami keluar rumah mengharung banjir, masuk ke kereta dengan memakai selipar, lepas tu singgah di stesen minyak untuk cuci kaki, lap kaki dengan tuala baru boleh pakai kasut.

Sampai di Zam Zam Grandballroom Shah Alam, 'shut down pasal banjir, fokus untuk event pulak. Amanah orang, jadi kena buat yang terbaik".

Cabaran menanti. Pa Sistem tak set up dengan betul. Berdengung sana sini..sampaikan Farah tak berani 'on' mikrofon'. Dewan tu pulak tak siapkan juruteknik untuk handle pa sistem. Nasib Che Mid ni emcee yang memang ada pa sistem sendiri.  Dah siap-siap bawak mikofon sendiri. Tetamu dah mula datang, sistem bunyi tak ready lagi. Akhirnya masalah selesai walaupun hati ini tak puas hati..

Che Mid nak beri pendapat kat sini, jika ada pembaca yang ingin menempah dewan untuk majlis persandingan...elakkanlah.. tak berbaloi RM30 seorang tapi pihak pengurusan tak mesra alam. Boleh ke beri alasan.." Kami ada dua cordless mic, tapi satu je boleh guna. Satu lagi problem..tapi kalau nak guna jugak..bolehlah saya bagi.."  Tuan rumah pulak, jenis lembut hati ..ikut je ..Kalau Che Mid, " Saya bayar awak tau, jadi awak kena bagi apa saya nak. Kalau dah tau mik tu rosak, baikilah..atau carik ganti ke apa ke..kalau tak, saya potong bayaran.."

Tuan rumah pulak, jemput kumpulan Qasidah..dah tentu-tentu nak guna banyak mikrofon. Orang dewan tu boleh kata, " Dewan di mendap (tak faham apa maksud mendap tu..)  tak perlu guna banyak mic." Logiknya, 15 orang qasidah takkan nak guna satu mic je...

Alla kulli hal, masalah selesai dengan cara kami sendiri... sebab PIC dewan sibuk di kitchen. Kami susun balik kedudukan speaker dll..Tuan rumah pun dah terkata apa dah..janji ok sudah..

 
Yahanana Events team..


Pengantin baru - Cik Nur 'Athiqah dan En Hafizul

 Sangat-sangat suka dengan pasangan ini. Mereka tak bersanding 'persay'..masuk sahaja ke dewan terus duduk di meja makan beradab. Selepas doa selamat, terus makan-makan. Sementara kumpulan qasidah buat persembahan, pengantin keluar sekejap untuk solat zohor dan masuk ke dewan kali kedua untuk acara seterusnya.  Barulah duduk di pelamin untuk sesi bergambar. 

Ini pengalaman kedua Che Mid berhadapan dengan pengantin yang mementingkan solat...Subhanallah. Semasa perbincangan, pengantin kata, "Saya akan cuba sedaya untuk jaga wudhuk dari rumah dan solat dengan pakaian pengantin sahaja. Takut tak sempat nanti, sebab lepas majlis akan terus ke 'outdoor shooting'." Jadi Che Mid bantu susun acara supaya nampak teratur.. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

 
Anak-anak tahfiz dari Sungai Serdang, Kapar. Bersiap sedia atas karpet..kejap lagi nak terbang macam zam zam ala kazam he he..

Pada Che Mid, oleh kerana mereka duduk bersila, sepatutnya duduk atas pentas supaya tetamu boleh nampak dari jauh. Kalau tak pun duduk atas kerusi..mudah untuk ambil gambar atau video. Bila duduk atas lantai macam ni, tetamu pulak berkerumun untuk ambil gambar, laaa.. sian yang belakang-belakang tu ..penat hulur leher, tak nampak gak.. apa pun, persembahan yang baik..

Si bujang-bujang ni pun ikut duduk berderet meraikan qasidah. Masing-masing angkat tangan menggayakan lagu Yahanana..tambah-tambah meriah!! Che Mid dan Farah juga menyampaikan beberapa qasidah dan nasyid seperti Law Kana Bainana, lagu Fattabiuni dan qasidah Ya Imama Rusli..


Tamat persembahan qasidah, pengantin masuk semula ke dewan untuk acara memotong kek. Lepas tu, Che Mid minta pengantin fokus perhatian pada skrin, terpinga-pinga kejap pengantin..sebenarnya adik-adik pengantin buat kejutan dengan tayangan video. Kedua pengantin nampak gembira dan terharu sampai keduanya menangis. Kelam kabut pengapit cari tisu.


Kelakarnya, pengantin lelaki pun tak dapat tahan perasaan..he he

Kemudian, barulah pengantin duduk di pelamin untuk acara bersalaman dan sesi bergambar. Seperti biasa, Che Mid nyanyikan lagu Kasihnya Ibu bila ibu ayah bersalaman, dan Syurga itu di telapak kaki ibu semasa mak mertua naik ke pelamin. Maka berlaku lagi sesi syahdu sehingga airmata mengalir. Sapa yang dah kahwin akan tahu bagaimana perasaan melihat anak bersanding atau berkahwin. Gembira dan sayu bercampur baur..


Gambar khas untuk kami..Tengok tu, Faris dan Farah perasan jadi pengantin pulak ke..bukan main lagi tangan tu..he he..alahai Faris, awat duduk macam tu...

Berpakaian sedondon tu adik-adik pengantin..Che Mid suka baju mereka. Sangat outstanding tapi sweet..

"In between" majlis..dapat info dari Che Abang yang air banjir dah surut, dia dan Farhan bertungkus lumus membersihkan rumah. Deeja pun ikut kemas rumah jugak...main air he he..

Kawan-kawan pun ada yang whatsaap, beri semangat supaya fokus pada tugasan. Kelakarnya, ada yang tulis, " Jangan risau ya..rumah kau takkan hanyut.." 

Pada anda di luar sana yang ingin mengambil kami untuk mengacara, sila hubungi Che Mid di 013-3672459 .


25 comments:

  1. wow.... che mid... hebat!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa gunakan ilmu motivasi masa belajar dulu he he

      Delete
  2. Astaghfirullah hal azim.. nganga baca entri. Hebat dugaan Allah swt bg sikit ujian! Mmg lebat sgt hari Sabtu tu.. hampir menyesal hantar anak pergi mengaji sebab macam naik speed boat dgn kereta kecil tu. Mr hubby xde sbb outstation tp syukur alhamdulillah.. xde apa2 cuma air naik sikit dkt jalan raya dan jam teruk sbb longkang besar jalan Haji Manan tu tersumbat dek daun kangkung liar.. Dugaannnn.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur tak hanyut masa drive tu..Allah...kangkung jugak yang salah ha ha

      Delete
  3. Alhamdulillah. Selesai juga CM harungi amanah dan ujian serentak. Kagumnya saya. Tabah sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman banyak mengajar kita untuk bertenang..kalau nak panik atau melenting, satu apa pun tak jadi..cuma penat tu lebih sikitlah disebabkan stress..

      Delete
  4. superwoman memang macam tu, tiba utk selesaikan masalah orang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yi haaa..superwoman, wonderwoman semua ada lahh..

      Delete
  5. Siannyaa...
    tapi saya suka pemandangan tu... mengimbau kenangan silam di kg halaman..
    dulu2 rumah kami mmg selalu banjir.

    ReplyDelete
  6. Tanggungjawab tetap datang no satu hal kat rumah selagi suami redha tak akan mejadi masalahkan Che Mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, kebetulan semua ada di rumah jadi boleh bahagi tugas..kalau tak, memang pening den..

      Delete
  7. Untunglah cik mid ada pembantu...
    Klau saya kelam kabut juga..
    Mana taknya...rumah masuk air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha pembantu tak bergaji, masa Che Mid sampai rumah.. Farhan dan terbaring kepenatan, che abang masi bertahan lagi membersih rumah..

      Delete
  8. Kesiannya akk. Jenuh la nak mengemas tu nanti. Sabar ye kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak buat apa pun, semua che abang siapkan...he he

      Delete
  9. assalam..singgah dan follow sini..peritnya umh kena banjir ye..

    ReplyDelete
  10. Moga2 bertambah rezeki Kak Mid..

    ReplyDelete
  11. Mak aiiiii tetiba banjir.. sabor je lah.. nasib baik tak musnah ahehehe.

    ReplyDelete
  12. Memang saya tabik spring dengan Che Mid
    Di kala dilanda masalah gawat pun
    tetap cool dan boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada klien
    Inilah yg kita mahu, bukan masalah di rumah dibawa ke tempat kerja
    sehingga menyusahkan orang lain....good

    ReplyDelete
  13. Assalam Che Mid!
    Allahuakbar! tahniah dapat menunaikan amanah yg diberikan walaupun dalam hati betapa kacau bilau nya ye ...

    ReplyDelete
  14. Dugaan betul ye kak mid. Alhamdulillah...majlis berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
  15. Adoiiiii kesiannya rumah Che Mid...nak buat macamana...amanah orang kena tunaikan ye Che Mid....walaupun banjir ...
    Cantik pink pengantin tu Che mid.....

    ReplyDelete