Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 7 August 2014

Raya di Klang

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Minal a'idil wal faizin. Taqqaballah minna waminkum.




 Tahun ini Che Mid dan keluarga beraya dengan emak abah di Klang dulu. Alhamdulillah, setiap tahun kami sekeluarga dapat beraya bersama-sama..Baju raya yang hero-hero tu tahun lepas punya. Memang kami tukar dua tahun sekali. Yang pompuan memang tiap-tiap tahun tukar tapi warna masih ngam dengan baju Melayu.




 Kali ni, 6 dari 8 beradik beraya sama-sama. Lagi 2 keluarga beraya dengan mertua dulu. Gambar ni, kami posing ditengah jalan. Kalau ada orang lalu, orang tu pulak yang minta izin ha ha... kami conquer jalan hari tu!!



 Ini keluarga Acik, anak kedua. Petang tu balik Sik, Kedah. Tiga orang anak, semua lelaki.


 Anak ketiga, Nor. Juga ada tiga orang anak, satu perempuan. Hari tu juga balik Pontian, Johor.

 
 Anak ke empat, Adik Lina. Beraya dengan mertua dulu di Pandamaran. Empat anak, satu je lelaki.

Ijam, anak ke lima. Tiga anak, semua perempuan. Seorang lagi takde sebab ikut bekas isteri.

 Keluarga ke 7,  Ain. Beraya di Seremban. Anak dah empat orang, satu je perempuan.

 Anak bongsu, Nana. Tiga anak, satu perempuan dan dua lelaki. Suami kat Langkawi..kerja. Raya ke tiga baru boleh raya sama-sama. Eh, mana anak dia sorang lagi?..Ooh..tidur kut..

 Ini anak ke 6..masih bujang...emak abah dah risau tu. Time raya dia je terkonteng-konteng sorang. Laa, botol sape pulak dipegangnya tu!!

 The ladies in da house!! Emak buah campur anak buah...sama cantik je kan kan kan..

 Tak habeh lagi posing..Deeja dah mencuka..penat le tu..

 Si adik tayang kasut sebab abang belikan. Si abang pakai selipar jeeee...takpe la ya..





 Cucu-cucu jantan atuk dan mak nenek. Ada lagi 5 orang tak de...memang kaya cucu jantan..encem-encem pulak tu..ikut atuk he he..

 Tak sah kalau kalau takde adegan ni...nasib baik atuk tak ikut lompat. Keluar pulak langkah silat pulut he he

 Lagiii..emak Che Mid, tak pakai spek sebenonya..tapi silau melawan matahari..tu entah pakai sape punya spek entah!!

Jom sambung beraya dulu!




13 comments:

  1. Meriah Che Mid.
    Seamat Hari Raya dari kakak & maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. Sungguh meriah tengok keluarga Che Mid.. tersenyum saya tengok setiap gambar tu.. best..

    Selamat hari raya che mid..

    ReplyDelete
  3. seronok tengok..meriah betul..Salam Syawal..maaf zahir batin..:)

    ReplyDelete
  4. MERIAH NYAsyoknya tengok semua berkumpul time raya semua nya sporrting habisss

    ReplyDelete
  5. Meriah... itulah untungnya adik beradik ramai. Bila berkumpul buat ibubapa tersenyum gembira.

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya Che Mid, Maaf Zahir dan Batin

    ReplyDelete
  7. SHRMZB ... lama betul x berjalan2 melawat2 kawasan.. amboi.. terserlah kemeriahannya!!

    ReplyDelete
  8. Meriah dengan keluarga besar.

    Selamat hari raya che mid.

    ReplyDelete
  9. Salam raya cik mid... waa serba biru ya.... handsome2 panglimanya.

    ReplyDelete
  10. Wahhhhh meriah & seronok sgt tgk family che mid. Ceria sungguh.
    Selamat hari raya che mid. :)

    ReplyDelete
  11. Waaa bestnya... famili belah laki saya.. mmg takde nya nak bergambar2 camni.. last year 1st time beraya as wife.. pelik sbb dorg tak bergambar pun sedangkan famili sy AKTIVITI WAJIB IS BERGAMBAR.

    Tp sy dah takde famili belah saya dah pun... semua bawak diri masing2, tak dulikk saya dah... nasib baik ada famili belah laki.. tahun ni je ada gambar famili 2 3 ketui hihi.

    ReplyDelete
  12. Seronoknya tengok family che Mid, meriah....Kacak dan cantik semuanya.
    Emak ayah che Mid muda lagi ye....nampak kuat mereka
    Emak ayah yg seronoknya bila Raya inilah kumpul anak cucukan Che mid...

    ReplyDelete